Bicara Siswa


Isnin, 5 Oktober 2009

KONSPIRASI:Dekan & Aspirasi

Salam mahasiswa & salam 1 Malaysia, Sedar ataupun tidak, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa UniMAP bagi sesi 2008/2009 telahpun dibubarkan semenjak tarikh pengeluaran Notis Pemilihan MPP 2009-10 yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Naib-Naib Canselor/Rektor dan bagi pihak Sekretariat Timbalan Naib Canselor Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA).

Oleh kerana demikian, suatu proses demokrasi perlu dijalankan bagi memilih Ahli Majlis yang baru. Namun begitu, persoalan pokok yang perlu diselesaikan apabila berhadapan dengan politik kampus di bumi UniMAP ini ialah, adakah politik kotor yang saban tahun diamalkan oleh universiti ini akan diteruskan lagi buat sesi kali ini??

Dan adakah mahasiswa/i UniMAP masih lagi bertindak membutakan mata & memekakkan telinga dengan cara diam membetuli apa sahaja keputusan yang datangnya daripada universiti?? Fakta dari JHEPA UniMAP, telahpun mengesahkan bahawa borang pencalonan telahpun terjual lebih daripada bilangan kerusi yang ditawarkan.

Ini menampakkan bahawa kebangkitan mahasiswa/i untuk menuntut keadilan melalui proses Demokrasi semakin meningkat dan perlu diberi perhatian dan sokongan yang serius daripada semua siswa/i. Sebagai kesimpulan awal , anggaran mudah yang dapat dibuat ialah akan wujudnya pilihanraya kampus pada sesi 2009/2010 ini , jika dan hanya jika sekiranya semua borang-borang tersebut ‘boleh’ dihantar pada waktu penamaan calon nanti.

Namun begitu, menjadi kebimbangan kepada kita semua jika ‘tabiat lama’ universiti & pihak SPR(JHEPA) masih menjadi tradisi pada tahun ini. Menurut beberapa sumber yang tepat, wujudnya konspirasi jahat pada sesi yang lalu, diantara segelintir DEKAN PPK dan DEKAN JHEPA bersama calon-calon aspirasi dengan mengamalkan sikap “DOUBLE STANDARD” terhadap calon-calon yang bukan dari kalangan calon aspirasi yang akhirnya menyebabkan calon-calon tersebut gagal untuk memenuhi syarat-syarat menjelang hari penamaan calon.

Inilah puncanya, saban tahun kita diperbodohkan dengan berita-berita palsu yang mengatakan bahawa “PRK di UniMAP tidak dapat dijalankan kerana calon yang mendaftar dihari penamaan calon adalah tidak melebihi dari jumlah kerusi yang dipertandingkan”. Namun hakikat yang berlaku adalah berpunca daripada tindakan Dekan yang mengamalkan sikap double standard ini, dengan cara cuba menyulitkan calon(bukan aspirasi) untuk mengambil tandatangan dan cop PPK yang menjadi salah satu syarat wajib yang perlu ada untuk menjadi calon, yang sekiranya gagal mendapatkan tandatangan tersebut meyebabkan dia tidak dapat bertanding dalam PRK tersebut.

Manakala bagi calon aspirasi pula dipermudahkan proses mengambil tandatangan melalui pemakluman waktu-waktu tertentu yang hanya Dekan tersebut ada di pejabat. Bila berhadapan dengan calon(bukan aspirasi), dikatakan sibuk sepanjang seminggu. Sebaliknya, calon aspirasi begitu mudah berjumpa dengannya dan akhirnya mampu untuk bertanding diatas perolehan tadatangan tersebut.

Tidakkah ini dikira sebagai double standard?? Mahasiswa/i sentiasa mengambil berat berkenaan hal ini. Oleh hal demikian, bagi sesi kali ini, pihak universiti perlulah mengurangkan karenah birokrasi bagi memudahkan proses pencalonan yang akan membawa kepada wujudnya Pilihanraya Kampus (PRK) yang lebih telus & adil. Beranilah untuk mengubah, & anda mampu mengubahnya.

13 ulasan:

mR berkata...

assalamualaikum....
kita semua mesti brsama2 menuntut hak kita...
mari adakan PRK di unimap demi memartabatkan mahasiswa/i unimap.....
takbir..!!!

mahasis berkata...

salam..seharusnya mhsiswa unimap perlu sedar,JHEP adalah ahli keluarga kita, dn NC adalah ayahanda kita semua,tidak pernah ssekali kami sbg mhsiswa/i unimap bermusuh dgn JHEP atau mane2 phk di prngkat universiti, apetah lg ingin menimbulkn permusuhan antara kedua-duanya,ape yg kmi mhn hnye suburkan kmbali demokrasi kmpus yg turut same diperjuangkn oleh NC dan JHEP, kmblikan hak kmi utk mmilih pemimpin dan menjalankan PRK, bersihkan PRK kali ini daripada sikap double stndrd dan amalkn dasar keterbukaan dan adil kpd setiap mahasiswa/i,demi melihat mrka tidak ketingglkn dlm bidang kpmpinan dn organisasi di universiti..

Tanpa Nama berkata...

x cukup baek ka unimap ni.... leh balajr elok2.. wat pa kita nk kacau... ampa ni memang x taw nak bersyukur langsung!!

Tanpa Nama berkata...

memg unimap ni baik,x kate x baik pun...
cuma kita nak lebih baik...
harap baik-baik belaka...hehehe

saje berkata...

wahai mahasiswa unimap,jgn lagi diperbodohkan....

Tanpa Nama berkata...

dekan HEPA x de seminggu ni
dah jelas ini konspirasi...

izuwan berkata...

tuk pengethaun semua n Unimapkini,

DEKAN da balik PETANG 06hb/10/09 (sehari sebelum penamaan calon) dari KL. & telh bertlak ke KL semula selepas waktu penamaan (3.20ptg naik flight)

hanya pada waktu penamaan calon je dia ada.

maybe dia baca posting ni kot, 2 yang dia tercabar n balik gak 2...

boleh jadi, andaian..

Ahmad berkata...

Unimap dah melampau! 4 tahun belajar, satu pilihanraya pun tak ada!

Selama ni memang dah agak! Yang jadi MPP pun tak nampak kredibiliti memimpin dan menjaga kebajikan pelajar langsung!

Program hiburan dan kebudayaan saja yang banyak di Unimap nie! Pastu HEP rasuah melancong sana-sini habiskan yuran dibayar pelajar!

Kebajikan tak ada!! TUNTUT HAK KITA!!

adebe berkata...

Bagi aku HEP unimap ok je overall.
Cumenye betul la PRK hak kita. Mungkin boleh buat dengan cara yang lebih aman. tak perlulah wujud aspirasi atau Pro-M disini. Sebab korang tau tak kat UM tu susah nak buat keja sebab Pro-M menang. So xde point nk jadi aspirasi ataupun Pro-M kalau susah nak buat projek.

Tanpa Nama berkata...

entahla..dah lame aku nampak seme nie...cuma korang xnk same2 bganding bahu...so goon jela..tut2 dah last year...erm...

Tanpa Nama berkata...

ade je la fitnah2...
pelik btul aku...
bg komen tu biar la berakal skit...

mahasis berkata...

"Sebab korang tau tak kat UM tu susah nak buat keja sebab Pro-M menang" qoute from adebe

susah nk bt keje bkn sbb pro-M tp sbb HEP brskp "double standard" bile por-M nek xmau bg kje same,tp pro-Aspirasi nek bkn stkt krjsma,siap jg sungguh2 lg diorg tu..

ni sikap double standard..zalim..

Tanpa Nama berkata...

Mahasiswa dari UniMAP x kan berminat ambil berat pasal tentang pilihan raya dan pemilihan pemimpin ni..nanti keluar u,mereka hanya tahu nak isi perut jer,,sebab x dididik oleh pihak u tentang demokrasi..
Timbalan Menteri KPT,Dato' Saifuddin telah mengarahkan semua politeknik melaksanakan pilihan raya kampus supaya sama dengan semua universiti..ini untuk mendidik mahasiswa supaya mengambil tahu tentang demokrasi dalam negara dan untuk mengatasi masalah pengundi muda yang x minat mengundi..
tapi..UniMAP x nak wat jgk...
saje letak banner,jual borang,tu pun mahal,nak mengaburi mata KPT la tu..padahal dasarnya memg x mau buat..

pelik2..