Bicara Siswa


Ahad, 11 Oktober 2009

PRO-M UNIMAP??

SALAM MAHASISWA & KEADILAN

Benarkah wujud beberapa "puak" di unimap ini yang menggelarkan mereka ini golongan Aspirasi dan golongan Pro-Mahasiswa??

benarkah ini berlaku? jika benar wujud, siapakah orang-orangnya??

NAntikan terjahan wartawan unimapkini untuk berita ini...... will be continued

2 ulasan:

ingin perubahan berkata...

bagi saya,tidak perlu wujud golongan pro-m atau pro aspirasi atau apa2 pro pun..

yg penting,hak kita sebagai mahasiswa dalam demokrasi kampus dikembalikan oleh pihak universiti..

soalnya sekarang,ada bebereapa orang yg tidak telus dalam melaksanakan amanah..
kita menghormati dan menyayangi pihak pentadbiran dan HEP,namun dalam masa yg sama kita menegur dan menuntut hak kita.
kepada HEP dan pentadbiran,kami sgt menyayangi dan menghargai jasa kalian,namun berikanlah ruang untuk kami bersuara dan bergerak bebas dalam sistem demokrasi yg masih dalam kawalan undang2.kalau kami melanggar undang2,itu memang salah kami..

kepada mahasiswa,janganlah menjadi golongan bisu,yg hanya tahu bermain game,bercouple,berfoya di sana sini..anda adalah mahasiswa/i,golongan terpelajar yg dipandang tinggi oleh masyarakat..

salam perubahan..

adebe berkata...

aku sgt bersetuju dgn cik/encik ingin perubahan. Tidak perlu kewujudan Pro-M mahupun aspirasi di UniMAP. Sebab?

1. Banyak keburukan berbanding kebaikan. Melalui pengalaman rakan2 senior di IPTA lain, kebanyakan PRK dicemari dengan unsur2 mengugut peribadi calon dan melanggar etika2 dalam demokrasi. Dan di luar kampus, berlaku pertelagahan antara dua puak ini yg agak ekstrem kadangkalanya.

2. Kesukaran menjalankan aktiviti dan projek. Apabila ada dua pihak yang bertentangan ideologi dalam satu pasukan kepimpinan,bolehkah mereka menyatu. Ini mungkin kurang menyerlah andaikata satu pihak sahaja dominan (sbg cth:aspirasi mendominasi majoriti). Tetapi andai Pro-M menguasai hampir separuh atau keseluruhan kerusi, adakah pihak Universiti akan memberi kerjasama semudah mereka berkerjasama dengan aspirasi (yang ditaja dan menyokong mereka)?

3.Setakat pengamatan peribadi, suasana di UniMAP tidaklah seekstrim di IPTA yang lain. HEPA dan pihak Universiti sendiri banyak turun padang untuk bersama pelajar. Aktiviti2 juga banyak dirangka untuk pelajar (cuma mungkin persoalannya pelaksana tidak terdiri daripada pelajar 100%. Tapi isu ini boleh dibawa ke meja bulat).

Ini baru sebahagian daripada sebab2 mengapa tidak perlu wujud Pro-M mahupun aspirasi di UniMAP,selebihnya gemblenglah akal yang dianugerahkan tuhan. Anda mahasiswa.