Bicara Siswa


Isnin, 12 Oktober 2009

Tiada Pro M atau Pro Aspirasi

Sebenarnya tiada istilah pro-Aspirasi mahupun pro-Mahasiswa (pro-M) di UniMAP. Sebagai mahasiswa UniMAP, kita tidak perlu terpengaruh dan terbawa-bawa dengan budaya politik kampus di universiti-universiti lain.

Pihak media cuba membawa dan menjerumuskan kita ke arah budaya politik seperti itu dan cuba menggunakan label-label sebegitu rupa untuk melariskan dan memanaskan berita mereka dan menghangatkan lagi suasana yang sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.


Suasana kampus UniMAP amat jauh berbeza dengan suasana di universiti-universiti yang lain khususnya universiti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tidak benar jika dilabelkan sebahagian calon yang bertanding adalah daripada pihak pro-Aspirasi dan sebahagiannya adalah daripada pihak pro-M.


"Tiada pernah wujud sebenarnya satu gerakan yang dinamakan pro-Mahasiswa mahupun satu gerakan yang disebut sebagai pro-Aspirasi, jika dikatakan ada, sila kemukan bukti, ia tidak benar sama sekali." kata seorang mahasiswa UniMAP yang tidak mahu namanya disiarkan kepada wartawan UniMAPKini.

Menurut beliau, perkara yang berlaku sebenarnya adalah calon-calon ini ada yang dicadangkan oleh HEP dan ada yang memohon pecalonan daripada kalangan mahasiswa yang ingin bertanding atas tiket diri sendiri dan bertujuan untuk membawa suara mahasiswa. Mereka bukan datang dengan membawa obor-obor pro-M mahupun pro-Aspirasi. Jika dikatakan wujud gerakan pro-Aspirasi atau pro-M sebenarnya salah, tidak pernah wujud gerakan-gerakan tersebut di UniMAP.


Menurut seorang lagi mahasiswa yang juga tidak mah
u identitinya didedahkan, mahasiswa di UniMAP tidak menuntut dan tidak menginginkan adanya kedua-dua puak ini, tetapi apa yang sebenarnya dituntut dan diinginkan adalah jawatan dan kerusi dalam MPP itu dibuka seluas-luasnya untuk dipertandingkan oleh mahasiswa secara adil dan saksama, bukan diberikan menang tanpa bertanding dan secara percuma malahan tidak diberikan ruang untuk pencalonan lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi untuk melangsungkan berlakunya proses berkempen.

"Saya wakil kepada mahasiswa di sini menuntut HEP agar melaksanakan amanah mereka bagi memastikan berlakunya Pilihan Raya Kampus di UniMAP, bukan melaksanakan konsiprasi dan halangan untuk memastikan supaya ia tidak dapat dijalankan, itu sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada kami" tambahnya lagi.

Mahasiswa yang telah dipilih oleh HEP untuk menjadi calon MPP sebenarnya juga tidak tahu bahawa mereka ditaja oleh HEP atas tiket pro-Aspirasi. Maka, tidak sepatutnya dilabelkan mereka sebagai pro-Aspirasi. Begitu juga mahasiswa yang bertading atas tiket individu, tidak wajar jika dilabelkan mereka sebagai calon pro-M. Itu adalah hak mereka untuk bertanding dan hak mereka untuk membawa suara dan memimpin mahasiswa UniMAP.

Tiada ulasan: