Bicara Siswa


Khamis, 15 Oktober 2009

Lawatan HEP UiTM Pahang

Pihak UniMAPKini dimaklumkan, HEP UiTM Pahang sedang mengadakan Lawatan kerja mereka di UniMAP bermula semalam, 13 Oktober 2009. Difahamkan, mereka berkampung di Kolej Kediaman Wang Ulu (KKG).

Walaubagaimanapun, tujuan dan matlamat mereka datang tidak diketahui secara lanjut dan terperinci setakat ini. Harapan agar 'research' dan 'study' yang bakal dilakukan di sini akan memberi kebaikan dan manfaat yang cukup besar kepada mahasiswa, bukan membeban dan menakutkan mahasiswa.

Pihak UniMAPKini mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan pihak HEP UiTM Pahang sebagai tanda erat hubungan antara universiti tersebut dengan UniMAP.

Semoga lawatan kerja yang dilakukan memberi faedah yang cukup besar kepada kedua-dua unversiti dan turut sama kepada mahasiswa UniMAP.

"We Unite for UniMAP"

4 ulasan:

ahlong_13 berkata...

ahlan wasahlan...

diharapkan pihak UiTM dapat memperoleh hasil 'research' dan 'study' yang mereka mahukan, para student juga disarankan memberi kerjasama yang sebaiknya kepada mereka apabila diperlukan,...

"pengkritik_sinis"

ahlong_13 berkata...

assalamualaikum...

aku dengar... band hujan akan buat tour kat unimap,jumaat ni,15 oktober.. kalau aku tak silap arr.. kat dewan kapit.... (kapitol) betul ker?? kalau betul, maknanya ... memang benarlah apa yang katakan sebelum ini ,yang unimap adalah universiti berkonsepkan hiburan adalah tepat sekali, kenapa mereka dengan senangnya menggunakan dewan kapit sebagai tempat untuk membuat konsert,kan banyak lagi tempat yg mereka boleh buat konsert,staduim kan ader....

kalau student nak guna dewan kapit sebab nak buat program susah nak dapat approve, tapi.. bila band hujan nak pakai.. fuh.. sennagnya mereka dapat... sesiapa yang tahu lebih lanjut tentang benda ni, sila bagi komen, aku tak berani nak tulis banyak2, sebab aku pown tak tau sangat benda ni...

"pengkritik_sinis"

unimapkini berkata...

insyaAllah UniMAPKini akan dpt laporan berkaitan band hujan...

thanks bro..

"We Unite for UniMAP"

ahlong_13 berkata...

you are welcome..

apa2 info yang aku dapat tau dari sumber2 yang boleh dipercayai, insyaallah aku akan khabarkan di dalam ini blog, sebab.. semenjak aku baca blog ni... banyak info yang aku peroleh, terutama sekali pasal perkembangan semasa kat unimap, dan aku juga baru tau.. yang sebenarnya... masih ramai lagi insan2 yang memendamkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap universiti yang mereka sayangi...

semakin kita banyak tegur... itu menunjukkan kita amat sayang kepada universiti.. pihak atasan janganlah asyik memblock blog2 seperti ini.... aku sarankan kepada pihak atasan membaca blog ni.... dan cuba berinteraksi dengan student,dari hati ke hati...

kami sayang UNiMAP

"pengkritik_sinis"