Bicara Siswa


Jumaat, 30 Oktober 2009

KPT sudah bagi lesen, UniMAP ?

Kementerian benar sudut pidato diwujudkan di IPT

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi membenarkan sudut pidato atau Speaker's Corner diperkenalkan semula di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengasah bakat pengucapan umum berkesan di kalangan warga kampus. Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata aktiviti yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa itu sebelum ini dihentikan berikutan pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Sambil menjelaskan aktiviti itu boleh diperkenalkan semula setelah AUKU dipinda Februari lalu, beliau berkata, sudut itu memberi pelajar peluang menyuarakan pendapat menerusi pidato umum yang dinanti-nantikan warga kampus.“Kementerian memberi peluang pelajar berkongsi pengetahuan dengan mengemukakan isu dan topik bernas untuk dikongsi bersama, selain dapat memperkemaskan sistem pengurusan sedia ada dalam usaha memartabatkan IPT.

“Mahasiswa adalah golongan pencetus minda positif dan idea membina dalam membangunkan komuniti kampus serta masyarakat sekeliling,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri 2009 Peringkat Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa dan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gempa Sumatera, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Saifuddin berkata, pelajar bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa, antaranya politik, ekonomi dan sosial selain pandangan serta kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara. “Kami lebih liberal dalam hal ini kerana yakin pelajar mempunyai wawasan dan pandangan jelas mengenai setiap topik dan isu yang akan mereka kemukakan.“Usaha ini adalah antara langkah kementerian lakukan bagi melahirkan pelajar serba boleh dan mempunyai semangat juang tinggi,” katanya.

Mengimbau kembali kegemilangan sudut pidato di IPT sekitar 1960-an hingga 1970, katanya, pemimpin pelajar ketika itu di kalangan mereka yang petah berpidato dan mempunyai idea bernas untuk dikongsi bersama.Beliau berkata, pemimpin kampus juga mempunyai pengikutnya yang berpengaruh dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, hasilnya negara mempunyai pemimpin yang berani dengan semangat juang tinggi.“Ramai pemimpin negara hari ini lahir di kalangan pemidato yang bernas mindanya ketika di kampus dan kini menjadi tokoh disegani,” katanya.

Mengulas kemungkinan kelonggaran itu menyebabkan pelajar menjadi alat pihak tertentu menyalurkan dakyah politik mereka, Saifuddin berkata, warga kampus golongan berpelajaran. Katanya, mahasiswa tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang cuba mempengaruhi mereka kerana masing-masing berfikiran matang, manakala topik perbincangan pula dikupas secara rasional sesuai tahap pendidikan. - Berita Harian


Oleh Norliza Abdullah (lizz@bharian.com.my)

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan editor tunggu apa lagi...
Cadangkan kat dato VC cepat....
Jgn dok tulis fitnah jaa...
Jom nak kenai gak tuan editor nie....hehehehe

Tanpa Nama berkata...

aku geram betul dgn editor unimapkini ni.. kalo dapat tangkap harap2 management universiti buang saja aktivis ni dari unimap..

Tanpa Nama berkata...

No 2, editor unimapkini macam kepala botak tuhhh..
apa nama raja apa tahh...

lepas tuduh larii...

mahkamah panggil pon tak dtg pi nyorok...

Tanpa Nama berkata...

salam..

kawan2 kat atas,kamu semua duk membebel apa??

cuba bgtau apa salah editor??

Tanpa Nama berkata...

no 1,2 dan 3...

pmikiran hang pa masih lgi terkunci kemas di samping ada karat2 yg dah x boleh nak di cuci.. tertutup langsung otak hang pa ni.. biaq pi la editor ni wat kerja dia.. dia tu ada usaha utk nak ubah sistem unimap yg teruk ni.. aku yakin bila unimap dah ok nanti.. hang pa akan berasa lebih selesa utk mengaji dan tinggal di uniamp ni..

kepada editor.. teruskan usaha!

Tanpa Nama berkata...

tak per...yang botak pun boleh dikesan..nikn yang kecik pendk...nak lari kemana..semua database bolh ditrace..ingat adik juniorku..kita guna sistem ict unimap..semua dikontrol & dipantau ict..mereka tau sapa editor blog ni...jgn satu masa editor di bawa kemahkamah dah..just pesan..hati2,,,kalau ghairah mkn diri,,,

Tanpa Nama berkata...

editor pe komen senyap ja....

bestkan menabur fitnah......

Tanpa Nama berkata...

ICT pun malas nak keje.. ni kan plak nak cari student.. u lain ade blog tersndiri ok je... unimap plak x bole? apahal plak? cubalah ikut universitti lain yg lbih jauh berkualiti dripada unimap ni supaya unimap cpat maju mcm u lain.

Tanpa Nama berkata...

apa kaitan kualiti ngan blog pulak...

aku nampak blog ni macam tempat tabur fitnah jekk...

Tanpa Nama berkata...

ko buta mmg la nmpak blog ni mcm tmpt fitnah je..

Tanpa Nama berkata...

mcm tempat nk gaduh jer (~_!)

Tanpa Nama berkata...

editor bodoh!..editor bodoh!..editor bodoh....! (saje je nak panaskan editor)...jangan marah yer...nanti kena jual.

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah....

editor sepi tak berkata apa-apa..

mungkin panas pungung dibuatnya......

baru editor tau cemana rase dok kutuk org lain kannn..

mahasis berkata...

xsgka lak ade yg emosional cm tanpa nama 12 n 13..editor xemo cm koranglaa,die tenang je, tu yg xjawab...

buang mase die je nk jwb prktaan yg xbrnilai cm smph ni..

Tanpa Nama berkata...

aku pelik la..yg dok backup2 isu ni plak yg panas...emo sgt sampai kluar prkataan bodoh2...padahal editor guna ayat ok je seolah2 ada yg panas..awat..ade yg terase ke...camnela unimap nak maju camni...kene tegur sket dah melatah..sshla kalau semua ikut je..xboleh dtegur langsung...aku tau editor ni syg unimap..tu die buat blog camni spaya yg xbetul tu blh dbetulkan balek..

Tanpa Nama berkata...

apa2 komen pi la bubuh dalam bersama pengurusan tu...

dah ada special utk student...

dah tentu dpt jawapan dari pihak uni...

kat sini...artikel editor jer yg macam sampah...

Tanpa Nama berkata...

haha,ko g la tanye kat pengurusan tu pasal yuran LI ni..msti dorg cakap pengurusan u dah tetapkan camtu...xpayah tanyela dah tau jawapan camtu..hahaha...buang masa je tanya sane...

Tanpa Nama berkata...

blom cuba dah ngaku kalah...


cemana tuhhh....


so lebih baik buat fitnah lah erkkk...

Tanpa Nama berkata...

heran btol la. bila korang bg komen bknnya nk bncg isu yg dperbncgkan tp asyik kutuk editor pas2 maki2 plak (xke btanbah dosa tuh..)..sekrgnya saudara editor 2 ada gak usaha mengeluarkn idea2 o prbncangan isu smasa d unimap nie..bknnya nk backup editor tp sy heran ja dgn plwt2 blog nie..hehe sori ek klu trasa ati:-)

Tanpa Nama berkata...

berita terkini...

editor unimapkini telah di tangkap.....

ex-ppk komputer berkata...

erm.. tak matang langsung ler korang nie... cube ler rasional sikit... jangan duk menghentam jer... semua mender di jadikan baik-baik berlaka, manusia lah yang memilih jalan yang salah untuk kepentingan diri yang mi\engikut bernafsu, mengapikan-apikan, melagaka-lagakan sesama masing2, expecially melayu.. tengok bangsa lain, university lain, negara lain, mungkin lagi teruk, tapi leh muafakat gak.. ex-ppk komputer

ex-unimap berkata...

ape2 pun good job editor malaysiakini.. yang berasa nak menang nak dominan, berkuasa, takpuasa hati, yang nak menunjuk tererr, yang maha ape2 larh lagi tuh.. engat kita ni hidup sementara sahaja... hidup untuk beribadat, cube betulkan kesilapan, bukan nk tengok lagi teruk... sayangi unimap anda

Tanpa Nama berkata...

good job....

apa ko merepek nih no 22.....

kata sayangi unimap kunun....

hang tak malu ka.....

Tanpa Nama berkata...

geng2 mustaffa albakri, razli n kamaruddin jah tu yang duk komen panas2 tu..geng2 kaki bodek kamaruddin...padhal kalo mati jadi mayat gak...gemuk pun, yinggal rangka saja...eleh....mpp dah tanya pasal yuran Li, jawapan dato' gemuk tu 'pihak u dah tetapkan g2'...apa kebodohnya...bincang la balik dgn pihak pengurusan, kurangkan yuran Li...utamakan student..opss....dorang nk enjoy2 guna duit student la..apa kita boleh buat.....kahkahkahkah...