Bicara Siswa


Isnin, 28 Februari 2011

Mahasiswa/i Perlu Bebas dan Intelek

1.Mahasiswa adalah satu kelompok manusia yang intelek dan bijaksana.

2.Mereka merupakan golongan yang perlu diberi kepercayaan dan kebebasan untuk mereka memilih apa yang baik dan buruk.

3. Bila mahasiswa disuap apa sahaja tanpa diberi peluang berdikari,maka ia umpama ayam daging yang disuap sahaja.tidak produktif dan mandom.Berbeza dengan ayam kampung yang lincah dan sukar ditangkap,kerana mereka banyak berdikari.

4. Alam kampus merupakan satu alam yang tidak ada galang gantinya.Sangat menarik dan hebat.Kampus bukan tempat MENIMBA PENGALAMAN.Akan tetapi merupakan tempat MENCIPTA PENGALAMAN.

5. Tidak menarik dan sangat sedih jika siswa diatur segala-galanya program dan pengisian mereka dalam soal aktiviti persatuan mahasiswa.Semuanya diatur dan disusun.Di mana ruang untuk siswa mencipta pengalaman mereka?Mana ruang untuk mereka menimba pengalaman?

6. Berilah ruang kebebasan untuk siswa merangka aktiviti mereka.Beri mereka peluang untuk menyusun pengisian mereka.

7.Mahasiswa:Bangkitlah.Jangan jadi mandom dan lesu.Gunakan peluang di kampus ini untuk mencipta pengalaman.

8. Pihak Universiti:Jangan kongkong mahasiswa.Beri peluang mereka untuk belajar.

Mahasiswa bebas dari mana-mana kongkongan.Hidup Mahasiswa.



BELIA BUTA QURAN?

Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah


2011/02/28

KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.
Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.
“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.

Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.

“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarsekolah_IPTtakfahammaknaal-Fatihah/Article/

Kemalangan Maut siswa UUM

Dua penuntut UUM maut, seorang parah kemalangan

28/02/2011 4:36pm

KUBANG PASU 28 Feb. – Dua penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) maut manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Sintok-UUM di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika tiga penuntut perempuan itu dari arah UUM menghala ke Hotel EDC-UUM untuk menghantar rakan mereka menjalani latihan praktikal di situ.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusus berkata, dua maut ialah Lim Hsiao Pei dan Teh Chiew Sien manakala rakan mereka yang cedera ialah Lim Seow Chin.
Kesemua mereka berusia 23 tahun.

Seow Chin adalah penuntut yang sedang menjalani latihan di hotel tersebut. – Utusan

Ahad, 27 Februari 2011

Apa nak jadi?

2 penuntut IPTA dicari bantu siasatan kes rogol


SUPRITENDAN Mohd. Nashir Ya (kanan) menunjukkan gambar-gambar lelaki yang dicari bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah, selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar, semalam.


KANGAR 25 Feb. - Polis mencari dua penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan dari IPTA yang sama di sini pada 15 Februari lalu.
Kedua-dua mereka ialah Muhammad Naim Mohd. Kamaruzzaman, 19, dari Kampung Banggol Kemian Paloh Rawa, Machang, Kelantan dan Ahmad Amirul Amin Rosely, 19, dari Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, mereka adalah antara tujuh pelajar dari dua IPTA di negeri ini yang dipercayai mengetahui kejadian kes rogol pelajar perempuan yang juga merupakan rakan mereka.
"Polis telah menemui lima daripada pelajar itu pada 19 Februari lalu. Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan sehingga Isnin depan namun dua pelajar lagi telah menghilangkan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua pelajar berkenaan dalam lingkungan umur yang sama dipercayai mengetahui kejadian itu di sebuah rumah sewa di Taman Sri Mawar, Arau.
Mangsa, katanya, kini dalam keadaan trauma namun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Sehubungan itu beliau meminta kedua-dua pelajar berkenaan supaya hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Supritendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-5203977.
Sementara itu beliau berkata, polis sedang mengesan dua lelaki, salah seorang daripadanya merupakan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkat Leftenan, bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan menyeludup kenderaan ke negara jiran.
Mohd. Nashir berkata, Mohd. Saidi Man, 44, dari Lot 41, Kampung Tersusun Batu 20 1/2, Jalan Padang Besar Utara dan Mariswandy Mohamad, 32, dari No. 2 Lorong 2 Rancangan Perumahan Awam (RPA), Chuping dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes curi dan seludup kereta import.
"Kedua-dua lelaki itu juga dipercayai turut terlibat dalam kes curi kenderaan antaranya jenis Toyota dan Honda di Lembah Kelang," katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, polis juga sedang mengesan seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayor, Kaki Bukit untuk membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan parah pada Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Mohd. Nashir meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar, Asisten Supritendan Khaizam Shahabudin di talian 019-6787474.

7 SISWA IBLIS

Tujuh siswa iblis


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.
Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.

Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.


*Sumber berita Harian Metro...

Apa kejadahnya ini?

Dua penuntut IPTA diburu disyaki rogol rakan kuliah
Oleh Rashidi Karim
bhnews@bharian.com.my
2011/02/26

 NASHIR  (kanan) menunjukkan gambar lima lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rogol, menyeludup kenderaan dan pergaduhan di  IPK  Perlis,  di Kangar, semalam.
NASHIR (kanan) menunjukkan gambar lima lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rogol, menyeludup kenderaan dan pergaduhan di IPK Perlis, di Kangar, semalam.
Lima rakan suspek sudah diberkas selepas mangsa buat aduan

KANGAR: Polis memburu dua penuntut lelaki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, kerana disyaki merogol rakan sekuliah di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau, dekat sini, pada 15 Februari lalu.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, berkata pelajar terbabit, Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman dan Ahmad Amirul Amin Rosley, masing-masing berusia 19 tahun, menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Beliau berkata, dua suspek itu dikesan bersama lima lagi rakan disyaki merogol secara bergilir-gilir gadis berusia 19 tahun yang juga rakan sekuliah salah seorang suspek, di sebuah rumah di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari sebuah IPTA, di sini dalam operasi khas selepas menerima aduan daripada pelajar perempuan terbabit. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri.

“Alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang.

“Mangsa kini trauma selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh pelajar. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Nashir berkata, orang ramai yang menemui mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes curi dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan mangsa cedera parah.

“Dua daripada tiga lelaki berkenaan, iaitu Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran,” katanya.

Polis turut memburu Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayur, Padang Besar atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penduduk awam di pekan itu, Januari lalu.

Khamis, 24 Februari 2011

Hari ini pengundian PRK UniMAP

Hari ini adalah hari pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kampus UniMAP.

Maka kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UniMAP,tunaikanlah tanggungjawab anda.Turunlah mengundi calon-calon pilihan anda.



Isnin, 21 Februari 2011

PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN


JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
#################################################

" MEMORANDUM "


Tarikh              :           16 Februari 2011
Kepada         :           Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011
Daripada       :           Dekan HEPA 

MAKLUMAN PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN PELAJAR SESI  2010/2011

Merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pembubaran Majlis Tertinggi setiap Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011 adalah pada 31 Januari 2011.

3.         Sehubungan dengan itu, setiap kelab/persatuan hendaklah mengambil tindakan berikut:-

·         Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan masing-masing bermula dari tempoh 14hb Februari hingga 10hb Mac 2011.
·         Agenda mesyuarat ialah membuat perlantikan Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan untuk Sesi 2011/2012.
·         Tarikh perlaksanaan dan tempat Mesyuarat Agong tersebut mestilah dimaklumkan kepada Unit Aktiviti Pelajar, Jabatan HEPA.
·         Minit mesyuarat dan senarai Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan Sesi 2011/2012 mestilah diserahkan kepada pihak Jabatan HEPA bermula tarikh 14hb hingga 21hb Mac 2011.

4.         Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Aktiviti Pelajar & Antarabangsa di talian 04-9831163.

Sekian, terima kasih.

“HARAP MAKLUM”

TAHNIAH DATO' NAIB CANSELOR


                                                                                                  

   
KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASE

PROF. DATO’. DR. KAMARUDIN HUSSIN DISAMBUNG KONTRAK DUA TAHUN LAGI
17 Februari 2011
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin telah dilantik semula sebagai Naib Canselor universiti tersebut pada 17 Februari 2011 untuk tempoh dua tahun lagi. 

Prof. Dr. Kamarudin yang merupakan bekas pengarah kampus Kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik sebagai Rektor Kolej Univerisiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang pertama pada 2002. Setelah itu, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Naib Canselor pertama UniMAP setelah KUKUM melalui proses penjenamaan semula menjadi UniMAP pada 1 Februari 2007 sehingga sekarang.

Beliau yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pelantikan semulanya dan berazam unuk memajukan UniMAP mengikut Pelan Strategik dan Hala Tuju UniMAP 2011-2015 yang telah dibangunkan oleh universiti terbabit.

“Saya berasa sangat gembira dan amat berterima kasih kepada pihak Menteri Pengajian Tinggi dan pengurusan beliau kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menerajui UniMAP untuk tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan kecemerlangan sesebuah universiti, beliau sebenarnya bekerja keras dan mendapat sokongan padu daripada kakitangan UniMAP sendiri.

“UniMAP merupakan sebuah universiti yang masih muda dan sebagai penerajunya saya perlu bekerja keras dalam memastikan setiap kerja yang dilakukan oleh staf saya dilaksanakan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Beliau juga turut berterima kasih kepada kakitangan UniMAP atas kerjasama yang tidak berbelah-bagi yang diterima beliau sepanjang perkhidmatannya.




Berjuang untuk negara

Betis tembus tertusuk kayu


2011/02/21

AZIZULHASNI dalam kesakitan selepas betisnya tertusuk serpihan kayu  dalam perlumbaan di Manchester, semalam.
AZIZULHASNI dalam kesakitan selepas betisnya tertusuk serpihan kayu dalam perlumbaan di Manchester, semalam.
MANCHESTER: Menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.

Terdahulu, Azizul terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir saingan sirkit terakhir di Velodrom Manchester tetapi bangkit untuk meraihkan tempat ketiga. Ia sudah memadai bagi Azizul merangkul juara keseluruhan siri berkenaan.
Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan.
Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

Dengan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya, anak muda dari Terengganu itu menunggang semula basikal dan membuat henjutan semula untuk memenangi pingat gangsa dan terus dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas itu.

Hoy, seorang daripada dua yang menamatkan perlumbaan tanpa terbabit dalam pelanggaran berkata: “Azizulhasni biasanya akan membuat henjutan dan pecutan untuk memintas... jadi sesuatu yang seumpama itu mungkin tidak dapat dielakkan berlaku terhadapnya.”

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester menyaksikan kejohanan itu, berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan berdasarkan ujian imbasan X-Ray, serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai tulang Azizulhasni.
“Azizulhasni memberitahu saya dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan. Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Betistembustertusukkayu/Article/


Jom Mengundi

Jom la kita sama2 TURUN MENGUNDI !

(edisi khas PRK UNIVERSITI 2011)

 (sekadar ilustrasi shj)

Rayyan~
  • Jom kita turun mengundi kerna masa yg dinantikan telah tiba!
  • Jom kita lihat siapa yang kena, mengena dan terkena!
  • Jom kita tarik diri dan sahabat yg suka mengomel itu tidak betul ini tidak buat untuk sama2 buang undi!
  • Jom kita Jangan Dok Gebang Ja Lebih , kalau tidak mahu jadi calon jom kita jadi orang yang mengundi calon!
  • Jom kita keluar daripada dilema siswa U yg sibuk mengejar 1st Class Hons untuk mengundi kepada calon2 yang sudi meluangkan waktu untuk menjadi pemimpin anda pada masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai pelajar & menjadi seorang anak kepada ibu bapanya!
  • Jom kita sedar2 kan sahabat2 kita untuk melalui proses membuat pilihan MENCARI BAKAL2 KHALIFAH!
  • Jom kita CERDIK MENILAI BAGI MENGELAKKAN KITA MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG TIADA NILAI!
  • Jom kita gunakan peluang yang ADA untuk tahun ini untuk kita mengundi, mana tau tiba2 tahun depan xdak plak! :P
  • Jom kita SEGAN/MALU sikit dengan sahabat2 POLITEKNIK/KOLEJ KOMUNITI/IPG yang bersemanggat menganjurkan PRK semata2 nak mencontohi PRK U!  (mereka telah punya kesedaran betapa pentingnya PRK)
  • Jom kita revolt Jom kita reform, opss ayat sensitif nih..begini la..Jom kita sama2 berganding bahu membantu U kerna U adalah kita kerna kita adalah nadi U kerna U perananya melahirkan modal insan seperti kita.!
  • Jom akhir sekali Undi Adalah Hak, Rahsia & Tanggungjawab Kita!




    dipetik dari laman:
    http://penarayyan.blogspot.com/

Ahad, 20 Februari 2011

Calon-calon PRK sudah mula kempen

20 Februari: Hari ini para calon Pilihan Raya Kampus UniMAP telah memulakan kempen mereka.Setakat ini beberapa orang telah memulakan kempen di dalam facebook.

Krew UniMAP Kini juga mendapat maklumat di kolej kediaman Simpang Empat telah bermula kempen dengan menampal poster calon.Satu perkembangan yang amat baik,.

Namun masih ada lagi calon yang belum menonjolkan diri mereka dalam tempoh kempen ini.

Para calon,mahasiswa dan mahasiswi UniMAP sedang menunggu anda.

Sabtu, 19 Februari 2011

Safee Sali di Pelita Jaya


No 10 untuk Safee
Daripada Hussain Said di Jakarta
hussain@bharian.com.my
2011/02/19

SAFEE (kanan) bersama rakan sepasukan sebelum latihan.
SAFEE (kanan) bersama rakan sepasukan sebelum latihan.
Pelita Jaya hargai kehadiran penyerang negara bantu keluar dari kelompok bawah

"SEMANGATNYA (Safee Sali) seolah-olah seperti orang mendapat kereta baru."
Itulah kesimpulan pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim ketika ditanya perkembangan bekas penyerang Selangor itu selepas dua hari menjalani latihan bersama kelab barunya, Pelita Jaya FC.
Selepas lima hari berada di Jakarta, Safee tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal atau merindui Malaysia, sebaliknya Zakaria berkata, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu bersemangat tinggi untuk menyahut cabaran baru dalam Liga Super Indonesia (ISL).

“Jurulatih dan rakan sepasukannya juga mengalu-alukan kehadirannya,” kata Zakaria. “Malah, pengurusan kelab memberi penghormatan kepadanya dengan memberi jersi nombor 10, sama seperti ketika mewakili Selangor.” 

Zakaria berkata, Safee bersama rakan sepasukannya berlepas ke Puncak, Bogor pagi semalam untuk menjalani kem latihan sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua ISL, sehingga esok.

“Sepatutnya, dia dijadualkan menjalani latihan di sana sehingga Jumaat depan tetapi kerana kemudahan yang kurang sesuai, pengurusan kelab memendekkan jadual latihan hingga Ahad ini (esok),” katanya. 
Buat masa ini, Zakaria berkata, pemain 27 tahun itu dan keluarganya menginap di sebuah hotel sebelum dijangka berpindah ke kediaman yang disediakan kelab itu, esok.

“Selain kondominium, pengurusan kelab juga menyediakan sebuah kereta dan pemandu untuknya,” kata Zakaria yang meminta peminat tidak memperlekehkan keputusan Safee menyertai Pelita Jaya yang sedang menghuni tangga tercorot ISL.

Menurutnya, kelab berpangkalan di Sawangan, Selatan Jakarta itu sebenarnya memiliki sejarah gemilang termasuk pernah disertai pemain handalan dunia seperti Mario Kempes, Pedro Pabro Pasculli, Roger Milla, Maboang Kessack dan Julies Onana serta dibimbing Fandi Ahmad dua musim lalu, selain gelaran juara Galatama 1988/89, 90 dan 93/94 dan tempat ketiga Kelab-Kelab Asia 1991 dan 1995.

Safee menggalas tugas besar untuk membantu kelab itu keluar daripada kelompok bawahan apabila pusingan kedua ISL bermula 5 Mac ini dengan aksi pertama menentang Sriwijaya. 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/No10untukSafee/Article/

Penghargaan Kepada Mantan MPP 2010/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini musim Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaysia Perlis.Selepas ini akan bertukar tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP.

Namun begitu,hendaklah kita melihat ke belakang sejenak,iaitu kepada barisan mantan MPP.Tanpa yyang lama,tidak akan ada yang baru.Maka dengan ini,seluruh mahasiswa mahasiswi UniMAP merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada barisan MPP UniMAP sesi yang lalu.Segala jasa dan bakti kalian kepada universiti dan mahasiswa mahasiswi UniMAP amatlah dihargai dan dikenang.

Tahniah di atas kecemerlangan kalian dalam menerajui MPP UniMAP sesi yang lalu.

Sekian terima kasih.

Tempoh Kempen PRK UniMAP

PPK yang ada pemilihan MPP:

1.Komputer
2.Mekatronik
3.PPIPT

Kerusi Umum:14 calon

Tempoh berkempen kepada para calon-calon MPP telah pun bermula.Kepada mahasiswa mahasiswi UniMAP,tunjukkan sokongan anda kepada Pilihan Raya Kampus UniMAP kali ini.


Jumaat, 18 Februari 2011

Keputusan Terkini Penamaan Calon MPP UniMAP

Kerusi Umum:14 orang calon (akan merebut 9 kerusi)

PPK Alam Sekitar:2 orang calon (menang tanpa bertanding)

PPK Bahan:2 orang calon (menang tanpa bertanding)

PPK Komputer:3 orang calon (merebut 2 kerusi)

PPK Mekatronik:3 orang calon (merebut 2 kerusi)

PPK Pembuatan:2 orang calon (menang tanpa bertanding)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul UniMAP

Satu majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat UniMAP akan diadakan sebagaimana berikut:

Tempat:DEWAN KAPITOL

Masa:8-10 MALAM

Tarikh:18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)

BAS DISEDIAKAN.JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.

Pesta Tahun Baru Cina

TARIKH: 20 FEBRUARI 2011

TEMPAT: DEWAN KAPITOL,KANGAR

MASA: 8.00 MALAM

BAS AKAN DISEDIAKAN DI SETIAP KOLEJ KEDIAMAN PADA PUKUL 7.30 MALAM

TEMPAT PEMBUANGAN UNDI


TEMPAT PEMBUANGAN UNDI BAGI PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

1.                  Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 yang telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor telah memutuskan bahawa tempat pembuangan undi bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 adalah di Pusat-Pusat Pengundian berasaskan tempat penginapan pelajar seperti berikut;

A ) Kolej Kediaman Simpang Empat
                        Tempat                        : Dewan Kolej Kediaman
                        Pelajar Terlibat           : Semua Pelajar PPIPT

            B)  Kolej Kediaman Seberang Ramai
                        Tempat                        :  MKR 2 Dan MKR 3
                        Pelajar Terlibat           :  i. Semua Pelajar PPK Pembuatan
  ii. Pelajar Pengajian Diploma

            C)  Kolej Kediaman Kg Wai
                        Tempat                        : Dewan Serbaguna Kg Wai
                        Pelajar Terlibat           : i.   Pelajar Mikro E,
  ii.  Sistem Elektrik  
  iii. Komputer dan Perhubungan

            D)  Kolej Kediaman Taman Semarak
                        Tempat                        : Makmal Semarak 1 (MKS 1)
            Pelajar Terlibat           : semua pelajar PPK Mekatronik

E)  Kolej Kediaman Wang Ulu
            Tempat                        : Dewan Terbuka Wang Ulu
            Pelajar Terlibat           : i.        Semua Pelajar Pusat Pengajian Yang Tinggal di Wang Ulu
                                                  ii.       Semua Pelajar Antarabangsa
                                                  iii.      Semua Pelajar Lepasan Siswazah
                                                  iv.      Pelajar Yang Tinggal Diluar Kolej Kediaman
                       








2.                  Tarikh pembuangan undi ialah pada 24 FEBRUARI 2011 ( KHAMIS ) bermula jam 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG. Sila bawa KAD MATRIK anda untuk mendaftar pada hari pembuangan undi.

3.                  Notis yang dikeluarkan pada 26 JANUARI 2011 mengenai tempat pembuangan undi (Perenggan 6) adalah dengan ini TERBATAL. Bagaimanapun Pusat penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Kg Wai pada hari yang sama adalah kekal.

4.         Sebarang maklumat lanjut boleh dihubungi di talian 04-985 1244/1370 atau 04-985 4524



Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/201
Universiti Malaysia Perlis
Tarikh        :   14 Februari 2011