Bicara Siswa


Isnin, 21 Februari 2011

TAHNIAH DATO' NAIB CANSELOR


                                                                                                  

   
KENYATAAN AKHBAR / PRESS RELEASE

PROF. DATO’. DR. KAMARUDIN HUSSIN DISAMBUNG KONTRAK DUA TAHUN LAGI
17 Februari 2011
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin telah dilantik semula sebagai Naib Canselor universiti tersebut pada 17 Februari 2011 untuk tempoh dua tahun lagi. 

Prof. Dr. Kamarudin yang merupakan bekas pengarah kampus Kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik sebagai Rektor Kolej Univerisiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang pertama pada 2002. Setelah itu, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Naib Canselor pertama UniMAP setelah KUKUM melalui proses penjenamaan semula menjadi UniMAP pada 1 Februari 2007 sehingga sekarang.

Beliau yang ditemui melahirkan rasa syukur dan gembira dengan pelantikan semulanya dan berazam unuk memajukan UniMAP mengikut Pelan Strategik dan Hala Tuju UniMAP 2011-2015 yang telah dibangunkan oleh universiti terbabit.

“Saya berasa sangat gembira dan amat berterima kasih kepada pihak Menteri Pengajian Tinggi dan pengurusan beliau kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk menerajui UniMAP untuk tempoh dua tahun lagi,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan kecemerlangan sesebuah universiti, beliau sebenarnya bekerja keras dan mendapat sokongan padu daripada kakitangan UniMAP sendiri.

“UniMAP merupakan sebuah universiti yang masih muda dan sebagai penerajunya saya perlu bekerja keras dalam memastikan setiap kerja yang dilakukan oleh staf saya dilaksanakan dengan sebaiknya,” ujarnya.

Beliau juga turut berterima kasih kepada kakitangan UniMAP atas kerjasama yang tidak berbelah-bagi yang diterima beliau sepanjang perkhidmatannya.




Tiada ulasan: