Bicara Siswa


Khamis, 29 Julai 2010

Guru dibenarkan berpolitik,Pensyarah bila lagi?

Pensyarah turut mohon berpolitik
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/07/29

KUALA LUMPUR: Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) meminta kerajaan memperluaskan kebenaran untuk bertanding, dilantik dan memegang jawatan dalam parti politik, kepada kira-kira 20,000 pegawai akademik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Presidennya, Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata pegawai akademik
di IPTA amat wajar diberikan hak sama rata seperti yang bakal dinikmati guru Gred DG41 hingga DG48, berikutan pensyarah sering dilihat sebagai idola kepada pelajar universiti yang sudah layak untuk mengundi dalam pilihan raya. Tambahan pula, katanya, rata-rata pensyarah menepati kriteria kepemimpinan yang digariskan belia, antaranya memiliki ilmu pengetahuan dan berkelulusan tinggi, selain mempunyai sahsiah baik.

Ketika ini, pegawai akademik di IPTA tidak dibenarkan untuk bergiat aktif dengan memegang sebarang jawatan dalam parti politik tetapi secara asasnya, boleh dikatakan ramai yang berminat.

Malah, sudah terbukti ramai wakil rakyat, termasuk dalam Jemaah Menteri, adalah bekas pensyarah. Ini menunjukkan pensyarah adalah role model di universiti dan pada masa sama, mampu menjadi pemimpin pelapis yang berkualiti dalam arena politik negara.

Pensyarah bukan saja berilmu pengetahuan tinggi tetapi juga memiliki banyak maklumat awal kerana terbabit dalam pelbagai penyelidikan penting melalui pusat kecemerlangan di universiti, katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48, dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuatkuasa 1 Ogos ini. Keputusan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, kelmarin, membabitkan 140,000 guru.

Noor Aziah mengalu-alukan keputusan kerajaan membenarkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48, bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuatkuasa 1 Ogos ini dengan menyifatkannya sebagai permulaan kepada perkembangan berpolitik yang semakin terbuka di negara ini, lebih-lebih lagi guru memang mempunyai kedudukan yang istimewa dan dihormati masyarakat sejak dulu.

Sementara itu, Ahli Majlis Eksekutif MAAC yang juga Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Abd Rahman, berkata pensyarah berupaya menjadi ahli politik yang berjaya kerana mempunyai hubungan langsung yang rapat dengan masyarakat peringkat akar umbi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pensyarahturutmohonberpolitik/Article


"Tahniah kepada Dato' Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia yang telah membenarkan para guru terlibat dalam arena politik.Ini adalah satu keterbukaan beliau dalam memberi ruang kebebasan kepada rakyat jelata.

Maka timbul satu persoalan,bilakah pula warga IPT,para pensyarah dan pegawai IPT akan diberi kebenaran yang sama.Dengan ikon-ikon yang ramai dari kalangan pensyarah IPT,maka amat sesuai selepas ini mereka dibenarkan turut sama dalam arena politik dalam mengukuhkan pengurusan politik dan pentadbiran tanah air.

Contoh yang tidak lari jauh,melihat kepada kepimpinan UniMAP yang begitu kemas dan menjadi contoh ikutan mahasiswa UniMAP sendiri.Dato' NC sendirilah adalah contoh terbaik seorang pemimpin universiti yang sangat cekap dan mengambil berat kepada seluruh warga kampus.

Bertuahlah para mahasiswa/i UniMAP mendapat seorang ayahanda dan staf universiti di antara yang terbaik.Syabas UniMAP"

SEKOLAH KHAS UNTUK ANAK LUAR NIKAH??

Sekolah Khas?

“ ayang, kalau i kantoi mengandung mcm mana? ” tanya si perempuan ketakutan..
“ apa masalahnya. Kita masuk je lah ke sekolah khas tu. Lepas beranak nanti keluarlah” balas teman lelaki.
“ ye la.. dalam tu hanya kita je ada. Orang-orang(masyarakat) dah tak ganggu kita ” kata remaja perempuan yang penuh gembira.
Dialog itu mungkin akan terjadi sekiranya cadangan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam untuk membina sekolah khas bagi remaja terlanjur diteruskan.  Motifnya adalah untuk memberi peluang kedua kepada remaja tersebut membina hidup baru setelah bergelumang dengan najis zina.
Saya puji langkah kerajaan Melaka yang menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500 bagi pasangan yang ingin kahwin awal. Ini yang patut fikirkan bersama. (namun penulis tidak berhasrat menyahut langkah kerajaan Melaka ini lagi… hehe)
Namum cadangan untuk membina sekolah khas tersebut, saya amat tidak bersetuju. Asasnya adalah :
  1. Akan wujud stigma yang negatif kepada pelajar sekolah khas tersebut khususnya bila berhadapan dengan masyarakat.
  2. Islam tidak menggalakkan pengubatan kepada sesuatu masalah tanpa dengan langkah MENCEGAH. “ jangan kamu dekat/hampiri zina!!
  3. Sekolah ini seolah-olah menjadi suatu peluang kepada pelaku zina untuk terus ‘berpesta’ kerana ada pihak yang akan bantu mereka untuk memberi peluang kepada mereka selepas ini.
  4. ‘Sekolah ini akan melindungi pelajarnya daripada gangguan masyarakat’… berita harian.  Masyarakat dipersalahkan? Sedangkan tidak ada suatu masyarakatpun yang ada dalam Negara ini setuju dengan zina.
  5. Penzina mesti dikenakan HUKUMAN, bukan HADIAH@BANTUAN. Barulah mereka insaf dan belajar dari kesilapan.
  6. Saya cadang, kerajaan negeri MELAKA boleh rancang Universiti Khas bagi mahasiswa yang terlanjur untuk menghabiskan pengajian sarjana muda mereka.  Antara subjek teras universiti tersebut adalah CARA MENGURUSKAN ANAK. J
Banyak lagi side effect yang lain sekiranya sekolah ini dibuat. Akan tetapi, kita bukan sekadar mengkritik, tapi ingin mencadangkan sesuatu kepada semua kerajaan ‘anak’ termasuk pusat sekiranya bersungguh-sungguh ingin membanteras gejala buang bayi dan anak haram.
  1. Tapis laman web porno dan lucah sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir. Bangunkan penggunaan jalur lebar yang sejahtera sebagaimana kerajaan Kelantan buat, internet toyyibah.
  2. Wajibkan pakaian menutup aurat(muslim) dan pakaian beretika(non muslim) bagi semua sekolah mahupun universiti. Ini mencagah unsur-unsur yang membawa kepada ransangan nafsu.
  3. Kurangkan ‘mengeksploitasi’ wanita sebagai bahan kempen di media cetak mahupun elektronik.
  4. Kawal filem-filem dan drama yang berunsur keterlanjuran dan penuh tidak bermoral.
  5. Buat revision kepada matapelajaran agama disekolah-sekolah dan tekankan elemen akhlak dan adab pergaulan yang diajar Agama. Saya kira semua agama tidak membenarkan penganutnya bergaul terlalu bebas tanpa ada batasan yang dibuat.
  6. Universiti wajib mengadakan kelas bimbingan agama dan dikira penglibatannya dalam jam kredit. Jangan hanya lepaskan program dan aktiviti islam dijalankan oleh perstuan mahasiswa islam dan balai islam semata-mata kerana stigma ini adalah SALAH.
Pepatah arab pernah menyebut : “ mencagah lebih baik dari mengubat ”
Saya mohon kerajaan negeri Melaka mengkaji balik cadangan yang tersebut demi kebaikan umat bangsa kita pada masa akan datang. Melaka penuh dengan sejarah dan tidak kita lupakan pernah menjadi negeri yang melaksanakan hukum hudud dalam Hukum Kanun Melaka awal pembukaan dahulu.belajar dari sejarah, maka kembalilah kepada ISLAM, kerana itulah UBAT yang paling mujarab yang dicadangkan oleh DOKTOR yang paling pakar.

PMIUM bersama semua.

"Penulis merupakan Presiden PMIUM,mantan MT MPMUM dan merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Malaya.Penulis boleh dihubungi melalui blognya  http://kasturi89.wordpress.com/"

PESTA KONVOKESYEN UniMAP KE-5

TARIKH : 3 OGOS HINGGA 8 OGOS 2010

TEMPAT : DATARAN DATO’ SHEIKH AHMAD, KANGAR.
 
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH MALAM
 
JEMPUTAN SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP DIJEMPUT HADIR
 
KONSEP : URBAN
 
TEMA :”MEMBANGUN MINDA KELAS PERTAMA,
                        MENYANGGA MODENISASI NEGARA”
 
PENGANGKUTAN BERMULA DARI JAM: 8.30 PAGI


Kepada semua mahasiswa UniMAP,sama-samalah kita meriahkan Pesta Konvo kali ini.Kepada mahasiswa baru di kampus UniMAP,inilah peluang untuk saudara/i mengenali universiti anda ini secara lebih dekat.

SELAMAT BERKONVO KEPADA ALUMNI UniMAP.
TAHNIAH!!

Isnin, 26 Julai 2010

Selamat Datang ke UniMAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidak terlewat untuk krew UniMAPKini mengucapkan selamat datang ke Universiti Malaysia Perlis kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang baru menjejakkan di bumi UniMAP.

Hari ini 26 Julai,UniMAP juga telah menerima lagi mahasiswa/i untuk ambilan kedua.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah bergelar mahasiswa/i baru.

Salam perkenalan daripada krew UniMAPKini,ISU MENDEPANI MASA.



Tolonglah Kami Kaum Lelaki ini Wahai Kaum Hawa!!

Selamat Kembali Berpencak Di Alam Maya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semuja warga Universiti Malaysia Perlis.
Selamat datang ke laman blog yang mendepani isu semasa,khususnya di kampus UniMAP.Krew UnimapKini akan kembali berpencak di alam maya sebagai salah satu wadah perkongsian isu-isu semasa kepada warga UniMAP.