Bicara Siswa


Sabtu, 31 Oktober 2009

Tahniah MPP dan MPKK!

Pertamanya, UniMAPkini serta seluruh warga mahasiswa kampus ingin mengucapkan sekalung tahniah buat Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana di setiap Kolej Kediaman(KK) bagi menghadapi peperiksaan bermula 2 November ini.

Ia sebagai satu permulaan yang cukup baik bagi MPP kali ini untuk meneruskan agenda memperjuangkan hak mahasiswa di universiti yang disayangi ini. Harapan tinggi kami berikan agar MPP pada kali lebih mesra pelajar dan menunjukkan keprihatinan mereka dengan lebih kerap untuk turun padang menyelami masalah yang dihadapi oleh mahasiswa.

Tahniah sekali lagi! Semoga MPP pada sesi ini akan terus mengorak langkah dan terus bersama kami memimpin suara mahasiswa dalam menjuarai isu-isu berkaitan hak student.

Keduanya, UniMAPkini serta seluruh warga mahasiswa kampus ingin mengucapkan juga sekalung tahniah kepada Majlis Penghuni Kolej Kediaman(MPKK) yang baru atas penerimaan watikah perlantikan sebagai kabinet yang akan menerajui MPKK pada kali ini semalam.

Harapan yang tinggi kami berikan kepada pimpinan MPKK pada sesi ini agar mereka lebih sensitif kepada isu-isu berkaitan masalah penghuni di KK dan sentiasa turun padang dalam memahami keadaan mereka. Biarlah pimpinan MPKK pada kali lebih ramah dan mesra pelajar serta memahami masalah student berbanding hanya sekadar menganjurkan program-program yang 'grand' dan hebat.

Ucapan tahniah sekali lagi buat MPP dan MPKK.
TAHNIAH!

"Unite for UniMAP"

Jumaat, 30 Oktober 2009

EB: Kami Tahu Ke mana Yuran LI (2)

Kali ini Squad Bongkar UniMAPKini(SBU) akan membongkar lagi berkaitan Yuran LI. Ayuh kita lihat perkiraan yang hanya dibuat dengan nilai anggaran. Dengan anggaran ini walaupun bukan nilai sebenar, mampu untuk membuka minda kita dalam melihat ketelusan dan logikal sama ada perlu atau tidak untuk kita membayar lebih kurang RM 870 (+/-) sebagai yuran kepada universiti.


Anggaran Minima Jumlah Keseluruhan Wang yang Diperolehi oleh UniMAP daripada (1.)Yuran Student LI; dan (2.)Wang daripada KPT:

1.Yuran Student LI:
Yuran pengajian untuk student LI = RM 870 (+/-) / orang
Anggaran bil. student yang menjalani LI = 1000 orang
Jum. Yuran yang diperolehi oleh UniMAP (Jbt. Bendahari) = RM 870 000 (+/-)

2.Anggaran Wang KPT:
Jum. wang yang diberikan oleh KPT = RM 625 000 (+/-)

Jumlah Keseluruhan (1.) dan (2.): = RM 1 495 000 (+/-)


UniMAP memperolehi wang sebanyak RM 1 495 000
(+/-) atau RM 1.495 juta (+/-), hasil daripada wang KPT dan Yuran LI. Ke mana perginya wang tersebut? Adakah ia digunakan untuk menanggung student lain? Sepatutnya tidak kerana wang student LI seharusnya digunakan untuk menanggung student LI.


Jika kita buat kiraan jumlah RM 1.495 juta ini ditolakkan dengan kos (1.)Bayaran elaun kepada pensyarah yang pergi membuat tinjauan(observe), (2.)Majlis 'dinner' yang diaturkan dan (3.)Kos-kos lain serta kontijensi maka;

1. Anggarkan maximum 200 orang pensyarah(observe):
Anggaran Elaun pensyarah (observe) = RM 1000 (+/-) / orang
Anggaran bil. pensyarah (observe) = 200 orang
Jumlah bayaran elaun kepada pensyarah = RM 200 000 (+/-)

2. Anggaran Majlis Dinner untuk semua student LI = RM 100 000 (+/-)

3. Kos-kos lain dan kontijensi = RM 100 000 (+/-)

Jum. keseluruhan (1.), (2.), dan (3.) = RM 400 000 (+/-)

JUMLAH KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI OLEH UniMAP ditolak dengan
JUMLAH KESELURUHAN ELAUN, MAJLIS DINNER dan KOS-KOS LAIN SERTA KONTIJENSI:

RM 1 495 000 (+/-) - RM 400 000 (+/-) = RM 1 095 000 (+/-)



Hanya RM 400 000 (+/-) digunakan daripada RM 1 495 000. Ke mana lagi RM 1 095 000 (+/-) atau
RM 1.095 juta (+/-) ?

Ini hanya anggaran dan cara pengiraan biasa untuk memudahkan sahabat mahasiswa untuk memahami.

Antara persoalan-persoalan yang perlu dijelaskan oleh pihak pentadbiran UniMAP khususnya Jabatan Bendahari adalah:

1. Adakah
RM 1.495 juta (+/-) ini digunakan semata-mata untuk menampung kos pensyarah yang datang 'observe', majlis 'dinner' dan kos-kos lain serta kontijensi?

2. Jika hanya angggaran kasar
RM 400 000 (+/-) digunakan untuk menampung kos pensyarah yang datang 'observe', majlis 'dinner' dan kos-kos lain serta kontijensi, adakah wang daripada KPT sebanyak anggaran RM 625 000 itu tidak mencukupi?

3. Jika kos-kos untuk menanggung perkara-perkara tersebut hanya angggaran kasar RM 400 000 (+/-), mengapa masih perlu dikenakan yuran sebanyak RM 870 untuk setiap student LI?

4. Wang daripada KPT adalah wang hangus, yang tidak perlu diauditkan, adakah ia lebih mustahak untuk digunakan bagi tujuan yang lain sehingga perlu mengambil yuran bagi student LI?

5. Ke mana wang hangus itu pergi? sudah tentunya ia tidak boleh disemak melainkan orang-orang yang terlibat menguruskannya kerana wang tersebut tidak diauditkan.

6. Kami tahu ke mana perginya wang tersebut...

7. Wang tersebut boleh dikatakan mungkin tidak ke mana-mana..

8. Wahai Pihak pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana perginya wang tersebut, sesungguhnya kami tahu...

9.
Wang yang bernilai RM 1 495 000 (+/-) atau RM 1.495 juta (+/-) itu adalah wang mahasiswa yang menjalani LI, pulangkan kepada mereka. Jika tidak untuk student yang telah menjalani LI, berikanlah hak itu kepada student yang bakal menjalani LI pada semester hadapan dan semester seterusnya.

10. Kami tidak minta untuk dimansuhkan kepada RM 0, tetapi buat permulaan, kurangkan ia sehingga nilai yang dirasakan munasabah. Kemudian mansuhkan ia apabila sampai satu masa yang dirasakan sesuai. Tetapi yang pastinya perlu dimansuhkan!

11. Mohon pihak yang terlibat untuk menjelaskan persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan.

12. Jika "kerja-kerja" ini masih ingin diteruskan, kami tidak menghalang, teruskan sementara anda masih ada peluang dan ruang yang "selamat"...

Amaran! Tiada penggunaan perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang berunsur fitnah atau menunjukkan tuduhan negatif kepada sesiapa dalam posting ini.

KPT sudah bagi lesen, UniMAP ?

Kementerian benar sudut pidato diwujudkan di IPT

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi membenarkan sudut pidato atau Speaker's Corner diperkenalkan semula di semua institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengasah bakat pengucapan umum berkesan di kalangan warga kampus. Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata aktiviti yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa itu sebelum ini dihentikan berikutan pelaksanaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Sambil menjelaskan aktiviti itu boleh diperkenalkan semula setelah AUKU dipinda Februari lalu, beliau berkata, sudut itu memberi pelajar peluang menyuarakan pendapat menerusi pidato umum yang dinanti-nantikan warga kampus.“Kementerian memberi peluang pelajar berkongsi pengetahuan dengan mengemukakan isu dan topik bernas untuk dikongsi bersama, selain dapat memperkemaskan sistem pengurusan sedia ada dalam usaha memartabatkan IPT.

“Mahasiswa adalah golongan pencetus minda positif dan idea membina dalam membangunkan komuniti kampus serta masyarakat sekeliling,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri 2009 Peringkat Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa dan pelancaran Tabung Kemanusiaan Gempa Sumatera, di Kuala Lumpur, kelmarin.

Saifuddin berkata, pelajar bebas berpidato dengan mengemukakan isu semasa, antaranya politik, ekonomi dan sosial selain pandangan serta kritikan bernas dalam memperkasakan pentadbiran IPT dan negara. “Kami lebih liberal dalam hal ini kerana yakin pelajar mempunyai wawasan dan pandangan jelas mengenai setiap topik dan isu yang akan mereka kemukakan.“Usaha ini adalah antara langkah kementerian lakukan bagi melahirkan pelajar serba boleh dan mempunyai semangat juang tinggi,” katanya.

Mengimbau kembali kegemilangan sudut pidato di IPT sekitar 1960-an hingga 1970, katanya, pemimpin pelajar ketika itu di kalangan mereka yang petah berpidato dan mempunyai idea bernas untuk dikongsi bersama.Beliau berkata, pemimpin kampus juga mempunyai pengikutnya yang berpengaruh dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, hasilnya negara mempunyai pemimpin yang berani dengan semangat juang tinggi.“Ramai pemimpin negara hari ini lahir di kalangan pemidato yang bernas mindanya ketika di kampus dan kini menjadi tokoh disegani,” katanya.

Mengulas kemungkinan kelonggaran itu menyebabkan pelajar menjadi alat pihak tertentu menyalurkan dakyah politik mereka, Saifuddin berkata, warga kampus golongan berpelajaran. Katanya, mahasiswa tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang cuba mempengaruhi mereka kerana masing-masing berfikiran matang, manakala topik perbincangan pula dikupas secara rasional sesuai tahap pendidikan. - Berita Harian


Oleh Norliza Abdullah (lizz@bharian.com.my)

Elaun UPNM RM 1200 sebulan

PUTRAJAYA: Semua penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi sesi Jun tahun depan bakal menikmati layanan sama rata sebagai pegawai kadet dengan menikmati elaun bulanan RM1,200 sebulan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan Kabinet dua minggu lalu yang mengumumkan tidak ada lagi status penuntut awam dan mereka dikategorikan penuntut kadet yang akan menikmati kemudahan bertaraf pegawai.

Beliau berkata, sebelum ini, pendekatan yang digunakan adalah dengan mewujudkan dua kategori iaitu penuntut awam yang tertakluk dengan peraturan Akta Universiti dan Kolej (Auku) dan ketenteraan yang memperlihatkan layanan berbeza di antara dua kategori itu.“Bagaimanapun, bermula sesi Jun tahun depan, kita akan mewujudkan hanya satu kategori iaitu penuntut berstatus pegawai kadet yang bakal menikmati kemudahan pegawai dan menjalani latihan sebagai pegawai kadet.

“Permohonan boleh dibuat mereka berkelayakan, tidak semestinya yang lulus dari universiti itu akan diterima berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.“Permohonan boleh dibuat mereka berkelayakan, tidak semestinya yang lulus dari universiti itu akan diterima berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.

“Kementerian hanya menerima penuntut berkelayakan ketenteraan yang cemerlang mencakupi aspek termasuk akademik, fizikal selain daya kepemimpinan yang baik,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Tinggi dan Pembinaan Negara dianjurkan UPNM di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin dan Presiden Persatuan Universiti-Universiti Malaysia (AMU), Tan Sri Dr Nordin Kardi.Mengulas pendekatan terkini, Dr Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu melihat ada penuntut yang menikmati juadah secara berasingan dengan penuntut berstatus pegawai kadet.

berita:
Ahmad Shahrul Nizam
Muhammadahmadshahrul@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091029090015/Article/index_html

Memo: Solat Hajat Perdana

UniMAPKini dimaklumkan, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) akan menganjurkan Solat Hajat Perdana di setiap kolej kediaman sempena peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Maklumat lanjut seperti berikut:




Tarikh : 30 Oktober 2009

Hari : Jumaat
Masa : Selepas Maghrib (Datang awal dan solat maghrib berjemaah!)
Tempat : Mengikut tempat yang disediakan di kolej kediaman masing-masing

Datanglah beramai-ramai bagi menundukkan diri kita kepada Allah dan menguatkan lagi pergantungan kita kepada-Nya. (Jangan solat hajat di situ je, teruskan walaupun tiada lagi solat hajat perdana)

"Ingatlah bahawa sesungguhnya USAHA ditangan Manusia, tetapi KEJAYAAN di tangan Allah"

Khamis, 29 Oktober 2009

KKF: Tazkirah, Mohon Penjelasan

Dilaporkan, baru-baru ini sekumpulan penuntut di Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba(KKF) ditegur kerana salah seorang rakan mereka menyampaikan tazkirah ringkas di surau Kolej Kediaman(KK).

Difahamkan oleh seorang penuntut di situ, mahasiswa tersebut telah menyampaikan tazkirah ringkas setelah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah di surau. Setelah selesai menyampaikan tazkirah, beliau pulang ke bilik. Walaubagaimana pun, ahli jemaah yang lain masih berkumpul di surau untuk membaca Al-Quran dan beribadah. Tanpa disedari mereka telah didatangi oleh seorang penolong pengetua yang lalu menyatakan teguran dan rasa tidak senang beliau dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh mahasiswa tadi.

"Sebab teguran dan rasa tidak senang hati penolong pengetua tersebut tidak diketahui." tambahnya lagi.

"Warga mahasiswa Islam UniMAP khususnya penuntut di KKF ingin memohon penjelasan daripada penolong pengetua tersebut atas teguran yang diberikan, kami memerlukan penjelasan atas tindakan tuan." kata seorang lagi mahasiswa yang menuntut di KK berdekatan.

"Tidak wajar bertindak sebegitu rupa tanpa alasan yang munasabah. Kami hanya memerlukan alasan dan sebab? Adakah kerana ia mengganggu penuntut-penuntut yang lain? Sedangkan tazkirah itu hanyalah ringkas dan tidak langsung menyentuh sensitiviti atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya." persoalnya lagi.

Menurut seorang lagi mahasiswa yang tidak mahu namanya disiarkan, ahli jemaah surau sudah tentu ingin mengetahui sebab teguran yang telah diberikan. Ia seharusnya munasabah dan releven untuk diterima oleh penuntut muslim, jika tidak, ia nampak seolah-olah telah melanggar hak dan kebebasan beragama di kampus UniMAP.

"Saya rasa InsyaAllah ahli jemaah surau bersedia untuk berbincang dengan baik dan akan menerima pandangan daripada pihak pentadbiran KKF jika ia releven, tetapi pihak pentadbiran tidak wajar untuk memaksa mereka tunduk dan menerima arahan yang tidak jelas dan munasabah alasannya." tambahnya.

"Biarlah mereka menghidupkan surau dengan aktiviti-aktiviti tazkirah. Jika bukan mereka siapa lagi yang ingin menghidupkan surau tersebut. Allah akan mempersoalkan jika tiada siapa yang mengimarahkan surau walaupun surau tersergam indah di depan mata." kata seorang pimpinan mahasiswa yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Menurut beliau lagi, pihak pentadbiran KK seharusnya mengadakan garis panduan dan mengatur aktiviti surau agar ia tidak disalah guna dan seteursnya menjadi tapak penting untuk mendidik mahasiswa dengan kehidupan beragama. Inilah peranan dan tanggung jawab besar yang telah dipundakkan oleh Allah ke atas bahu penolong pengetua dan pihak pentadbiran KK.

Takziah:Tragedi Perkhemahan 1M

Program Perkhemahan 1 Malaysia murid-murid tahun 6 seluruh sekolah-sekolah di Lembah Kinta bermula dengan tragedi buruk. Program yang baru bermula petang semalam di di SK Kuala Dipang di kejutkan apabila jambatan gantung yang menghubungkan antara SK Kuala Dipang dengan tapak perkhemahan di seberang Sg. Kampar tiba-tiba runtuh kerana tidak mampu menanggung sejumlah pelajar yang agak ramai.

Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk makan malam di SK. Kuala Dipang setelah selesai acara yang diadakan di tapak perkheman. Bilangan pelajar yang melalui jambatan gantung terlalu ramai sehingga jambatan tersebut runtuh. Jumlah yang sebenar dihanyutkan sungai yang deras tidak pasti, tetapi menurut laporan polis 22 orang pelajar disyaki hanyut dan dikhuatiri lemas.



Beberapa orang guru yang terlibat dalam program tersebut telah memberi maklumat, kejadian berpunca dari jambatan gantung yang dibina secara tergesa-gesa (katanya tak sampai sebulan siap), jambatan yang dibina tidak menepati struktur binaan yang kukuh, saya lihat sendiri bagaimana tiang jambatan gantung di sebelah SK. Kuala Dipang boleh terbongkar dan tercabut, filing binaan tidak kukuh, hanya beberapa meter sahaja tiang di tanam kemudian di simen begitu sahaja.



Sesiapa pun melihat walaupun bukan kontraktor atau mengetahui asas-asas berkaitan binaan, pun boleh pertikai binaan tersebut. Kita tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, tapi apa yang kita mahu persoal berdasarkan maklumat yang diperolehi mengapa program yang melibat pelajar yang ramai (peserta hampir 300 orang) fasilitator yang dilantik cuba 11 orang sahaja, mengapa ketika kejadian berlaku kebanyakan guru berada di SK Kuala Dipang, hanya beberapa orang sahaja yang berada di tapak perkhemahan, bagaimana pula murid-murid yang begitu ramai dibiarkan berpusu-pusu menuju ke jambatan tanpa diawasi atau meniti jambatan secara berkumpulan, jambatan gantung yang dibina pula adakah sudah diperiksa dan diluluskan sebelum digunakan, dibina pula secara tergesa-gesa, dan banyak lagi.............



Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak wajar bertanggungjawab di atas insiden tersebut. Jabatan tersebut merupakan penganjur kepada program tersebut yang bukan sahaja diadakan di SK. Kuala Dipang bahkan di seluruh Perak atas nama Perkhemahan 1 Malaysia. Difahamkan program seumpama itu diadakan bertujuan menghabiskan peruntukan hampir 6 juta yang mesti dihabiskan pada tahun ini juga. Antara program yang bertujuan menghabiskan peruntukan tersebut ialah menganjurkan perkhemahan seumpama ini.



Akibatnya semua dibuat dan dibina dengan tergesa-gesa, jambatan gantung dibina dengan tergesa-gesa, yang penting bagi mereka siap dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat, lalu jambatan tersebut dibina dengan tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Jambatan itu pula selepas siap terus sahaja digunakan oleh sejumlah pelajar yang ramai. Saya percaya sekiranya jambatan tersebut diperiksa dengan teliti aspek-aspek binaannya sudah pasti tidak akan diluluskan untuk digunakan.



Pihak UniMAPKini dan seluruh warga UniMAP ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mereka bersabar menghadapi ujian ini.



Kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ini, diharap insiden yang berlaku memberi kesedaran untuk masa akan datang untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.


EB: Kami Tahu Ke mana Yuran LI (1)

Edisi Bongkar(EB) kali ini akan membawa sahabat-sahabat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ke mana perginya Yuran LI sebanyak RM870 (+/-) yang mana telah dibayar oleh mahasiswa semasa menjalani LI.

Wahai pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana perginya Yuran LI, kami tidak akan tanya ke mana anda semua "menghilangkan" wang tersebut, tetapi sebagai mahasiswa yang bijak, kami sudah tentunya tidak perlu tanya kerana kami sedia maklum dan tahu ke mana ia "pergi".

Nilainya cukup besar, bukan sedikit, ditambahkan lagi dengan wang yang diberikan oleh Ministry of Higher Education(MOHE) atau lebih dikenali dengan nama Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) kepada setiap IPTA untuk mahasiswa yang berpraktikal.

Tahukan anda, seluruh mahasiswa UniMAP, KPT menyediakan wang dengan jumlah tertentu kepada setiap IPTA di seluruh Malaysia untuk student LI, dan UniMAP dianggarkan memperolehi lebih kurang sebanyak RM 625 000 (+/-) daripada KPT.
Nilai(wang KPT) ini adalah mengikut jumlah bilangan mahasiswa yang berpraktikal di setiap universiti. Ia sudah tentunya nilai yang sangat besar. Kemudian ditambahkan dengan lebih kurang RM 870 yang dikenakan sebagai yuran kepada setiap student yang menjalani LI.

Jika dibuat anggaran dengan 1000 orang student yang menjalani LI, maka nilai kesemuanya adalah RM 1 495 000 (+/-) ataupun RM 1.495 juta. Banyak sebenarnya jika dinisbahkan dengan bilangan student LI. Itu jika hanya 1000 orang student, tetapi dimaklumkan kepada UniMAPKini, seramai 1000 orang lebih mahasiswa yang akan berpraktikal pada sem hadapan.

Persoalannya adakah nilai sebanyak itu digunakan untuk menampung pensyarah-pensyarah yang membuat tinjauan(observe) dan melaksanakan majlis dinner? serta menanggung kos-kos yang lain? Adakah wang yang lebih kurang RM 1.495 juta (+/-) ini digunakan semata-mata untuk tujuan itu? Sungguh tidak logik!. Jika dikatakan ya mereka menggunakan RM 1.495 juta (+/-) ini untuk membayar dan menampung semua kos tersebut, maka ia sesungguhnya satu pembaziran yang cukup besar dan sangat LUAR BIASA!.

Squad Bongkar UniMAPKini(SBU) akan membongkar dan terus membongkar satu persatu..
Diharap anda setia menunggu untuk pembongkaran seterusnya..

"Wahai pihak pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana 'perginya' wang itu."

"Unite for UniMAP"

Selasa, 27 Oktober 2009

Perlantikan MPKK

Pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan di peringkat Majlis Penghuni Kolej Kediaman(MPKK) setelah dibuburkan pada 16 Oktober baru-baru ini dimaklumkan telah berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah. Kebanyakan kolej kediaman termasuk KKC telah pun mengadakan proses pemilihan ini bagi memberi peluang dan ruang kepada muka-muka baru untuk naik memegang jawatankuasa dalam MPKK pada sesi ini.

Untuk makluman, tempoh memegang jawatan bagi MPKK juga sama seperti MPP. Apabila genap satu tahun iaitu 2 penggal memegang jawatan, ahli jawatankuasa ini akan dibuburkan rentetan berlaku pembubaran MPP. Apabila MPP dibubarkan maka secara automatik semua ahli jawatankuasa MPKK dan juga kelab-kelab terbubar dan satu AGM atau proses pemilihan mengikut pentadbiran kelab masing-masing perlu dilakukan dengan segera bagi menyerah tugas kepada muka-muka baru.

Namu begitu, ada sesetengah kes berlaku di mana, pihak pentadbiran Kolej Kediaman(KK) terpaksa melanjutkan beberapa ahli jawatankuasa MPKK yang lama untuk digandingkan dengan ahli jawatankuasa baru bagi meneruskan sesi "pemerintahan" memimpin dan menerajui MPKK dan seluruh warga mahasiswa. Ia berlaku jika dipersetujui oleh ahli-ahli jawatankuasa lama tersebut.

19 Oktober merupakan hari terakhir bagi mahasiswa menghantar borang pencalonan mereka untuk menyertai MPKK sebelum ditemuduga pada 20-23 Oktober. Walaubagaimanapun, UniMAPKini dimaklumkan, temuduga yang sepatutnya dijalankan pada 21 Oktober iaitu hari rabu baru-baru ini terpaksa dibatalkan kerana watikah perlantikan MPP dijalankan pada malam tersebut.

Pengumuman nama-nama yang terpilih bagi menganggotai kabinet MPKK kali ini telah diuar-uarkan pada 2 hari yang lepas iaitu 27 Oktober. Calon-calon yang telah berjaya melepasi temuduga dan tersenarai dalam pengumuman tersebut akan menerajui KK masing-masing bagi membawa matlamat dan visi UniMAP.

Dimaklumkan juga oleh seorang bekas ahli jawatankuasa MPKK salah sebuah kolej kediaman di Kuala Perlis, watikah perlantikan MPKK akan diadakan pada 31 Oktober ini. Tempat dan masa masih dirahsiakan di peringkat UniMAPKini dan akan dimaklumkan kemudian.

Jurucakap MPKK berkata, MPKK kali ini akan memaparkan ramai muka-muka baru sebagaimana berlaku sebelum daripada ini, cuma apa yang mungkin berbeza adalah calon-calon yang dipilih ini walaupun mungkin tidak disedari oleh pentadbiran KK, mereka sebenarnya adalah antara yang matang dan bakal membawa 'perubahan' kepada MPKK.

"Dengan situasi yang telah berlaku sekarang, mereka mungkin lebih matang menilai dan membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada mahasiswa walaupun mungkin mereka masih muda." jawabnya apabila ditanya tentang kematangan mereka ini memimpin.

"Apa yang dimaksudkan 'perubahan' itu, kita akan sama-sama perhati dan lihat apa yang bakal mereka lakukan untuk menggegarkan UniMAP dipersada tanah air khususnya di universiti ini sendiri." tambahnya.

Edisi Bongkar

Jelas beberapa tindakan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran universiti khususnya HEP dalam menyekat suara mahasiswa yang kian lantang memperjuangkan hak mereka.

Sedikit demi sedikit tekanan yang diberikan oleh mereka selaku pemegang amanah dalam mendidik anak bangsa kepada penuntut di UniMAP atas beberapa alasan yang dikira tidak munasabah.

Edisi bongkar akan memaparkan komplot-komplot yang telah dilaksanakan dan tindakan yang strategis yang telah dirancang bagi menyekat kebebasan bersuara mahasiswa seterusnya menundukkan mahasiswa agak tunduk dan patuh atas segala arahan yang dikeluarkan oleh universiti. Pembongkaran juga akan dibuat berkaitan dengan peringkat-peringkat pendoktrinan yang telah disusun rapi bermula daripada peringkat orientasi sehingga mahasiswa bergraduasi.

Diam UniMAPKini bukan tanda berundur dan takut dengan tekanan yang diberikan, kami akan terus menyampaikan suara dan hak mahasiswa demi menuntut dan memperjuangkan keadilan bagi student.

Khas untuk Mahasiswa UniMAP, anda semua diharap setia manunggu dalam pembongkaran demi pembongkaran akan dibuat oleh "Skuad Bongkar UniMAPKini (SBU)"....

Tunggu Edisi Bongkar seterusnya....

"Unite for UniMAP"

Jumaat, 23 Oktober 2009

Pilihan Raya Pertama UniMAP

HARI INI DALAM SEJARAH

Telah terpahat di papan sejarah UniMAP, bahawa 19 Oktober yang lalu pilihanraya yang pertama dijalankan di UniMAP, Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur Majlis Anugerah Dekan &. Majlis Ramah Mesra Bersama RPS 2009 serta EGM bagi PERKASE.
MAjlis ini dianjurkan dengan kerjasama jawatankuasa PERKASE
& PPK Sistem Elektrik

Majlis ini telah diadakan pada 19 Oktober 2009 (Isnin malam) yang lalu bertempat di Dewan 2020. Majlis ini yang direstui DEKAN ini, turut disambut dengan kehadiran sebahagian besar para pensyarah dan staf-staf serta para mahasiswa dari PPK Sistem Elektrik bagi bersama-sama menyertai pilihanraya ini.

Sistem pilihanraya buat pertama kalinya dalam sejarah PERKASE juga telah diadakan untuk pemilihan calon-calon wakil mahasiswa bagi menerajui pucuk pimpinan Ahli Majlis Tertinggi dalam PERKASE. Para mahasiswa yang hadir pada majlis itu dapat mengundi seramai 6 orang calon daripada 10 orang calon.

Proses pengiraan undian dijalankan pada keesokan harinya.

Keputusan pilihanraya akan diumumkan kelak. Pelbagai juadah sempena aidilfitri juga telah disediakan.

SYABAS KEPADA AHLI JAWATANKUASA SURUHANJAYA PERKASE... PERKASE MENGORAK LANGKAH KE ARAH PERUBAHAN !!!!

Air Perlis Tidak Bersih


Bahan cemar tinggi dalam air paip di Perlis, K'tan

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus E. coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.

"Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan pihak Jabatan Kesihatan.

Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk, medan telaga dan LRA sebagai kawasan larangan, selain menaiktaraf LRA.

Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan. BERNAMA

Isnin, 19 Oktober 2009

Info: Haji Pada Tahun 1953

Umat Islam pada zaman sekarang, perlu bersyukur atas kesenangan yang Allah kurniakan untuk mereka menunaikan Haji. Itu pun belum ramai golongan yang mampu dapat menunaikan seruan dan panggilan kaa'bah.

Jangan jadikan kesenangan sebagai alasan untuk tidak menunaikan hak Allah dan segala perkara yang diperintahkan-Nya. Cuba sama-sama kita lihat bagaimana susahnya umat Islam yang hidup pada tahun 1953 berusaha untuk mengerjakan Haji, sama-sama kita mengambil pengajaran.































Info: Tabik Syaitan

Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.


Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.


Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above


Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.


A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)


Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.


MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!

Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...


ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....

Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...??????

Ahad, 18 Oktober 2009

Metro: Anak haram bercambah

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Ini antara sebab Islam mengharamkan pergaulan bebas dan zina.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

Berdebat jika Khaled masih ‘tidur-tidur’

Kuala Lumpur 18 Okt - Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) dimaklumkan akan menyediakan pentas perdebatan antara mahasiswa dan Datuk Khaled Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat.

Hal ini berikutan tidak ada jawapan dan respon balas daripada menteri berkenaan atas persoalan yang diajukan oleh gabungan tersebut terhadap sistem pengundian elektronik (E-Undi).

Khaled semasa ditemui wakil BANTAH pada 11 Okt lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) dimaklumkan akan menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan mahasiswa terhadap sistem pengundian berkenaan dalam masa terdekat.

Namun beliau gagal menjawab, lalu diberikan masa 3 hari lagi untuk menyediakan jawapan.

Walaubagaimanapun, beliau tetap gagal memberikan sebarang respon yang ditimbulkan oleh gubungan mahasiswa berkenaan walaupun selepas diberi memorandum dan kajian lengkap berkenaan kelemahan sistem pengundian E-Undi.


Ketika dihubungi, Mohd Aizat Salleh, pengerusi dan koordinator gabungan mahasiswa tersebut bertegas untuk terus menekan KPT bagi mendapatkan jawapan dan respon balas terhadap memorandum dan kertas kajian mereka.

“Kami (BANTAH) akan panggil Khaled berdebat jika beliau masih ‘tidur-tidur’,” ujar beliau.

Terdahulu, BANTAH yang menggabungkan lebih 18 organisasi mahasiswa sebulat suara untuk menolak penggunaan sistem penggundian elektronik E-Undi bagi pilihanraya kampus (PRK) akan datang.

Aizat semasa mengulas semalam memaklumkan telah membuat kajian berkenaan kelemahan sistem tersebut disamping perbandingan sistem sedia ada yuang dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Multimedia (MMU).

Dalam pada itu, di Universiti Malaya (UM), ada dakwaan yang menyatakan wujud pertelingkahan antara Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan pengurusan kampus tersebut berkenaan pengurusan sistem terbaru itu.

PTM sebagai pengendali sistem didakwa “sudah kurang yakin dengan pengurusan kampus”.

Laporan lanjut akan menyusul.-mahasiswakini

UniMAP Rosakkan Mahasiswa

Baru-baru ini, 16 Oktober 2009 sebuah kumpulan Band Tempatan, Hujan telah dijemput ke Universiti Malaysia Perlis untuk mengadakan konsert di Dewan Kapitol bermula jam 2.30 petang. Kumpulan yang mempunyai empat orang ahli ini difahamkan dijemput khas ke Perlis khusus untuk UniMAP bagi mengadakan Konsert Tour Hujan 2009 dengan tema "Mencari Konklusi @ UniMAP".

Konsert tersebut telah dianjurkan dengan bayaran tiket yang berharga RM15. Bayaran tersebut membolehkan peminat-peminat melihat konsert tersebut dengan lebih dekat dan menjadi "fanatic fan" yang berada berdekatan pentas untuk memeriah dan merancakkan lagi suasana.


Banner di KKG


Menurut seorang staf awam yang berpejabat di sekitar Dewan Kapitol, kumpulan Hujan berjalan memasuki Dewan Kapitol bersama peminat-peminat mereka yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa UniMAP dengan berpakaian hitam yang tertera tulisan "Jiwa Kosong". Walaubagaimanapun, konsert ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dengan sorakan dan teriakan para peminat yang dahagakan suara dan muzik mereka.

UniMAPKini cuba untuk mendapatkan ulasan dan pandangan daripada beberapa "student" UniMAP berkaitan konsert yang telah dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti.



Adakah ini budaya UniMAP ? Terkinjal-kinjal dan melompat-lompat seperti cacing kepanasan. Pihak pentadbiran dan 'Top Management' UniMAP cuba merosakkan mahasiswa dengan hiburan sebegini rupa.


"Ia jelas mencemarkan imej universiti ini sebagai salah sebuah insititusi pendidikan di Malaysia dan sebagai sebuah madrasah dalam melahirkan graduan-graduan dalam bidang kejuruteraan. Konsert sebegitu rupa bukanlah hiburan yang selayaknya dibenarkan untuk beraksi di sini." Kata seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan.

Menurut beliau, ia sepatut dikawal, bukan dibiarkan sebegitu rupa sehingga hilangnya identiti mereka sebagai mahasiswa yang rata-ratanya datang sebagai peminat. Ia sangat memalukan dan apatahlagi memalukan kami sebagai mahasiswa UniMAP.



Macam disko. Peminat-peminat yang terdiri daripada pelajar UniMAP bersorak-sorak dan berteriak tanda seronok dan tersangat 'enjoy' dengan persembahan Hujan.


Manurut seorang lagi mahasiswa yang sudi berkongsi pandangan berkata, sebagai mahasiswa tanggungjawab kita datang ke universiti untuk menuntu ilmu, bukan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti konsert yang langsung tidak ada etika dan moral.

"Mengapa perlu terkinjal-kinjal dan bersorak-sorak seperti itu? Ia tidak mencerminkan budaya intelektual dan kemahasiswaan yang sewajarnya menjadi tunjang kepada imej "student". tambahnya.


Hujan sedang beraksi di atas pentas Dewan Kapitol dengan "fanatic fan" berada di sekitar pentas.


"Saya lihat mereka yang datang ini memang jiwa kosong, malahan mungkin jiwa kacau, itu sebab mereka cuba untuk mengisi jiwa dengan perkara-perkara sebegitu walhal sebenarnya ia boleh menambahkan keburukan kepada mereka kerana jiwa mereka hanya penuh diisi dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan merosak serta mematikan jiwa mereka." ulas seorang mahasiswa muda yang mohon identitinya tidak didedahkan.

Menurutnya juga, pihak pentadbiran perlu bijak menilai mana satu yang sesuai dan releven untuk meningkatkan kecemerlangan mahasiswa dalam akademik termasuk 'Softskill', bukan merosakkan mahasiswa dengan anasir dan budaya songsang.


Adakah ini budaya yang cuba diterapkan oleh universiti kepada mahasiswa? Lebih banyak sof di sini daripada sof-sof di surau KKG atau mana-mana kolej kediaman.


"Saya tidak tahu apa sebenarnya peranan pihak pentadbiran UniMAP khususnya 'Top Management' yang sering kali disebut sebelum ini. Jika benar peranan mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik di kalangan belia-belia harapan negara, adakah releven dengan mengundang Band Hujan ke UniMAP, kemudian membiarkan "student" terloncat-loncat seperti cacing kepanasan di sekitar pentas? Ia sudah tentunya tidak, dan bukanlah caranya sebegitu rupa. " kata seorang bekas pimpinan MPP yang mohon identitinya tidak didedahkan.


Inilah dia bakal-bakal pemimpin masyarakat pada suatu hari nanti, yang sibuk dengan hiburan yang merosak dan mematikan jiwa.


"Adakah UniMAP suka dilabel sebagai universiti yang gila berhibur? Universiti digunakan sebagai sebuah tempat untuk mendidik anak bangsa dalam bidang-bidang tertentu agar mereka keluar dan bergraduasi dengan cemerlang, bukan tempat untuk melompat-lompat sepertimana yang ada di konsert tersebut." ulas seorang lagi mahasiswa UniMAP.

"Tidak ada tempat untuk Hujan ke sini dan tidak layak untuk mereka menjalankan konsert di sebuah universiti yang cukup mulia tempatnya untuk menuntut ilmu dan mendidik jiwa agar taat dan patuh kepada perintah Allah." tambahnya lagi.