Bicara Siswa


Jumaat, 16 Oktober 2009

Bilik Diselongkar Tanpa Kesan

UniMAPKini dimaklumkan, sebuah bilik seorang mahasiswa di Kolej Kediaman Wang Ulu (KKG) telah dselongkar lebih kurang pada jam 10.45 pagi oleh beberapa individu yang cukup dikenali di KKG pada hari rabu baru-baru ini. Tindakan ini mungkin berikutan wujudnya blog UniMAPKini. Difahamkan tindakan ini dibuat bagi mencari "figure-figure" yang terlibat dalam menjalankan aktiviti blog dan penyebaran berita-berita di blog UniMAPKini.

Menurut seorang mahasiswa yang merupakan salah seorang saksi yang menyedari kejadian ini, beberapa orang yang cukup dikenali di KKG telah memecah masuk sebuah bilik seorang mahasiswa semasa ketiadaannya. Mereka menyelongkar dan menggeledah semua barang-barang sehingga bersepah. Tetapi timbul keraguan dan tanda tanya apabila mereka bertindak menyusun rapi semula barang-barang tersebut tanpa meninggalkan kesan digeledah dan selongkar. Identiti saksi tersebut dirahsiakan oleh pihak UniMAPKini.

"Tindakan menyelongkar dan menggeledah bilik tanpa kebenaran penghuninya adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar, ia jelas mengganggu privasi dan hak mahasiswa tersebut sebagai penghuni di kolej kediaman ini." kata seorang mahasiswa yang enggan namanya disiarkan yang sempat ditemui ketika diminta mengulas isu ini.

Menurut beliau, jika benar pihak pentadbiran KKG ingin bertindak menjalankan "spotcheck" atau "rushing", bukan ketika mana penghuninya tidak berada di bilik dan memecah masuk sesuka hati, seharusnya ia dilakukan semasa kami berada di bilik. Apa hak mereka untuk menggeledah bilik penghuni di sini? Adakah kerana mereka adalah pengurusan asrama maka mereka boleh bertindak sesuka hati? Ia mencabuli hak kami.


"Bilik tersebut seolah-olah dipecah masuk, kerana pintunya dikunci setelah penghuninya keluar. Saya menjangkakan ada perkara yang tidak elok akan berlaku, kerena mereka tiba-tiba datang dan terus membuka bilik mahasiswa tersebut. Jika mahasiswa yang lain tahu akan tindakan sebegini rupa daripada pihak pengurusan KKG, ia akan memburukkan dan mencemarkan imej mereka kerana tindakan memecah masuk bilik mahasiswa tanpa sebarang notis atau waran adalah tidakan yang tidak dapat diterima oleh mahasiswa." kata seorang lagi saksi yang tiba-tiba terlihat kejadian tersebut, identitinya juga dirahsiakan oleh pihak UniMAPKini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut cukup memalukan kerana ia dilakukan secara rahsia tanpa diketahui oleh penghuni bilik berkenaan dan ketika mana mahasiswa tersebut sedang menghadiri kuliah. Apa tujuan mereka menyelongkar bilik mahasiswa sebegitu rupa? Adakah mereka mempunyai waran tangkap atau notis untuk berbuat demikian? Tindakan tersebut sangat menimbulkan keraguan.

Tambahnya, yang menarik perhatian apabila barang-barang yang telah digeledah disusun rapi semula, tidak meninggalkan sebarang kesan sedikit pun, malahan lebih kemas daripada sebelumnya. Ia seolah dirancang dengan rapi dan teliti.

Seorang mahasiswa ketika diminta mengulas isu ini berkata, jika pihak pengurusan benar-benar mahu menjejak krew-krew UniMAPKini, bukan begitu caranya, sehingga menakut-nakutkan mahasiswa yang lain dan sehinggakan mahasiswa lain menjadi mangsa atas tindakan yang tidak releven pihak pengurusan. Ia bukan menyelesaikan masalah, ia hanya menambahkan lagi masalah malahan mencemarkan lagi imej pihak pengurusan KKG di mata mahasiswa kampus.

"Mahasiswa tidak perlu takut dengan tindakan yang dibuat walaupun sehingga digeledah, ia adalah tindakan terdesak mereka sehingga melanggar peraturan dah hak asasi individu. Kita berada di pihak yang benar, maka berpegang teguh dan bersatulah atas kebenaran ini di samping menuntut hak-hak anda sebagai mahasiswa di UniMAP, bukan membiarkan diri anda diperkudakan dengan begitu mudah oleh pihak atasan." tambahnya.

33 ulasan:

ahlong_13 berkata...

aku berharap... korang semua berjaga2.... sebelum ni pown, dah berlaku perkara sebegini,kalau tak silap masa GENG 15 ni tengah top kat unimap, diorang 2nd batch yang masuk unimap.... aku ada gak kenal ngan ahli geng 15, Dato' memang cukup tau pasal diorang.. tapi perkara ni tak kecoh sangat,

hanya org tertentu sahaja yang mengetahui perkara tersebut.... kalau korang nak tau,try tanya ngan senior2 hang pasal GENG 15... mungkin ada yang tau mengenai mereka...

jadi.. berhati2lah anda semua...

"pengkritik_sinis"

Tanpa Nama berkata...

personally,
aku tggal kt KKG,
yup, org yg selongkar tu,
mmg aku cam,
sal kejadian ni JADI DEPAN MATA AKU SENDIRI,,
diorg wat bodo je ble aku lalu dpan pintu bilik,
aku bru je blik dr kangar time tu,

Tanpa Nama berkata...

hmm.. tindakan yang sangat "bijak", "akedamik" dan " berhemah tinggi".. so pas ni mungkin kot sape2 buat repot bilik kne ceroboh takkan dilayan..hmm.. mmg wang ulu tu " slamat"..

Tanpa Nama berkata...

wang ulu mmg slamat,
smpai almari loker aku pun pnah dibukak pakguard....
mau xilang maruah aku diorg wat cmtu....

Tanpa Nama berkata...

ic...kire bek dia wat tak wajib duk asrama kn kalo dh cm tu gayenye..duk luar pun same je risko dia..hmm..kire kite sume ni mmg tak leh ade privacy ke?next tym sape2 kne ceroboh cm tu n dorng tak de waran ke surat ke.. trus je repot polis..coz mahkamah pun kalo nak gledah umah pesalah o sape2 yg dirasekan terlibat dlm ape hal pun dia kuar kan waran dlu..nak tangkap orng pun ade waran..so repot je polis..even kite student.. hal2 pasal ni tau la skit2.. tak la kite sume ni bute sgt..temanye skrng ni..jgn aggap sume orng bodoh k..."hidup biar tulus n telus"

Tanpa Nama berkata...

Saye sayang UniMap, Unimap xsayang saya.... eh, Unimap syang saya, tp staf UniMap x sayang nyawa... Sakai kpala mau!!! staf mane yg selonkar akn dtg, tgkp gmbr diorg...kite setel kt Kangaq....brani kerna benar, takut kerna salah... Amar Makruf Nahi Mungkar....///

Tanpa Nama berkata...

Sekarang kan dah ade Pintu BESI...letak je mangga SOLEX...kompem xde pencerobohon..,hehehe

penyokong hep berkata...

bawa isu ni ke depan...jgn sembang dalam blog jer...

penyokong berkata...

bukan soal mangga atau apa,soalnya integriti dan ketelusan pihak terbabit..

Tanpa Nama berkata...

betul-betul! soal integiriti dan ketelusan!

Teluskah pihak pentadbir UniMAP ini?

Tanpa Nama berkata...

hampa ingat ni macam cite CSI ka...kena ada waran....spot check boleh dibuat pada bila2 masa sahaja oleh pihak universiti...
hampa tak penah dok asrama ka.....

Tanpa Nama berkata...

pecah masok asrama tanpa kebenaran sprti menjatuhkn maruah pelajar... klau tuan rumah yg menyewa pn mnta izin penyewa masok umah inikn lg "penceroboh"... DUH~

Tanpa Nama berkata...

budak2 lani macam macam bawak anasir dari luar....pihak universiti kena la berjaga2...jgn kerana nila setitik semua kena musibah...

Tanpa Nama berkata...

anasir pakatan rakyat semakin menusuk ke jiwa mahasiswa2 universiti tempatan.. semua hanya tahu kritik saja.. cakap mmg pandai tapi sendiri xdak apa pn sebenarnya..xmampu nk buat apa pn.. pihak universiti kena tangkap editor unimapkini.. mungkin boleh dikenakan tindakan jika didapati melanggar AUKU. Jangan bagi muka lagi kt depa ni..

Tanpa Nama berkata...

aduuhhh.. unimap sndiri pun langgar AUKU... ape cerita?????

Tanpa Nama berkata...

kalau nak kritik pun x bleh... habis la manusia sekarang... sia2 sje akal yg dikurniakan ALLAH, tp wt x atu2 je kalau berlaku kemungkaran...

Tanpa Nama berkata...

*tau

Tanpa Nama berkata...

kkkhhaaaaahkkkkhhh tuih!!! (ludah kahak)

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Said,

hampa ingat ni macam cite CSI ka...kena ada waran....spot check boleh dibuat pada bila2 masa sahaja oleh pihak universiti...
hampa tak penah dok asrama ka.....

Posted on 2009 Oktober 18 12:44

lol
kalu nk check pn mesti la kena ad tuan bilik
kalu depa tu curi brg cmna?
kat sekolah dlu pn kena ada tuan locker baru bleh check loker!

Tanpa Nama berkata...

btl2 ty skol dlu nak wat spot check aku duk tepi locker aku tu...tak de plak warden aku suh p jauh2 o tym aku tak de..nak tipu agak2 la.. ke awak ni yg tak penah duk asrama? hahahha! aduyai..tak pham la aku

wanhikmah berkata...

waduh2, cepat sungguh berita ni tersebar nooh... taw mana nih? sapa hang ha?? x pasai2 aku lak yang kena tuduh... maaf la lama x masuk, tenet wag ulu down.. hampa sapa ha??

gengKIPAS berkata...

sebenarnya dewang x boleh check sesuka hati..if barang2 berharga hilang...sapa mau bertanggungjawab? salah siapa? kalau berlaku kecurian???? x boleh utk bertindak sesuka hati, if ada student x per...

Tanpa Nama berkata...

komen org num 11 2 mmg bodo...
yg bt spotcek mcm 2 org yg dok pusat serenti je wei... even mrsm or sbp or asrama harian pn xpnh bt cm2
ko dok asrama mane wei???? ke xskola???
msk u gne link ka???
bajet je lbh...

Tanpa Nama berkata...

so,sape yg selongkar tu sbnarnyer?
salah student,ataw salah universiti?
x phm..

Tanpa Nama berkata...

yang selongkar tu pihak universiti...
mungkin student tu ada bawak bnda salah kot(x tau jgk),tapi pihak berkenaan kena geledah dengan izin dan kehadiran student..bukan main redah mcm x de prosedur...

Tanpa Nama berkata...

aa...aku syorkn buat jer urintest..kiter tgk mcm ner studnet UNimap neh..sangkot ker x...brg bley clear cpt bro tp amik brg lmbt clear maaa

Tanpa Nama berkata...

xsabar kot..nk tggu kampus tetap "terbina"
aman ckit~
ne tau lebeh tratur..t kurg ckit mslh2 cmni..

Tanpa Nama berkata...

pihak universiti mmg la ader hak wat sportcheck..
tp aperlak hak korg nak masuk bilik org tanpa izin?
biadab sungguh..jgn tunjuk pandai klu da B***H!!YAHUDI..
kami ni mahasiswa..bukan bdak standard 1..jd layan kami cara yg sepatutnyer..

Tanpa Nama berkata...

Bhahahaa

Tanpa Nama berkata...

hahahaha... padan muka.. mari kita terjahhhhhhh wang ulu...

Tanpa Nama berkata...

wey...mendani???...nk terjah skali boley tak..aku suka..terjah menerjahni,,,,lallaalaa

Tanpa Nama berkata...

tu la psl..
student luor negara bukan main layan leklok..
student tempatan nie dilayan mcm haram!!!
kalo nk jaga student luor negara tu baek jaga btol2 dlu student tempatan nie..

Tanpa Nama berkata...

Isu ini belum lagi dijawab oleh pihak atasan????