Bicara Siswa


Rabu, 14 Oktober 2009

KKC:Jawatankuasa Atasi Kecurian

Semalam 13 Oktober 2009 telah diadakan perjumpaan tergempar bagi Kolej Kediaman Tun Hussein Onn (KCC). Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan gejala kecurian yang semakin kerap berlaku di KKC.

Pembentukan sebuah jawatankuasa telah dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak UniMAPKini menyokong penuh pembentukan jawatankuasa ini bagi menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa.

Walaubagaimana pun, pihak UniMAPKini juga menyatakan harapan agar jawatankuasa itu juga dibentuk di kolej-kolej kediaman yang lain bagi tindakan berjaga-jaga supaya tindakan pencegahan awal dapat diambil.

Syabas dan Tahniah kepada pihak pentadbiran serta mahasiswa KKC.

"Mahasiswa Memimpin dan Terpimpin"
"We Unite for UniMAP"

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yuhhhuuu..tahniah untuk semua kakitangan KKC && mpkkc..harap2 lepas nie xkan ada lagi kes..

warga KKC berkata...

rasa-rasa MPP perlu jumpa dgn Naib Canselor untuk mohon pasang CCTV dikolej-kolej kediaman ni.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya,perkara2 mcm ni dh lama berlaku since era kukum lagi..kenapa terjadi?antara masalah utama ialah:
1-Kolej kediaman mudah di akses masuk oleh orang awam (bukan pelajar) dan menyulitkan pihak keselamatan memantau.
2-Lazimnya,rumah pelajar jarang berkunci selain pintu bilik mudah dibuka tanpa menggunakan kunci.
3-Wujudnya PENCURI di kalangan rakan2..Jgn terlalu percaya pada rakan2...Pernah satu tahap,sebelum pergi solat Jumaat pelajar TERPAKSA menyimpan PC Desktop di rumah rakan.

Budaya mencuri ni agak sukar dibendung kerana pencuri sentiasa ada disekeliling kita...

Ex-kukum/unimap

Tanpa Nama berkata...

Tahniah MPKK KKC...
mgu ni pemilihan MPKK baru..diharap MPKK baru ini akan lebih aktif dan mesra pelajar..

Kami sentiasa menyokong anda pemimpin kami..

Tanpa Nama berkata...

Siapa Mpkkc? sepanjang aku blajar kat sini aku takp pernah kenal pun,jgn kata kenal jumpe pun tak pernah,jadi bagi mengatasi maslah ini aku syorkan Mpkkc wat lawatan /ramah mersa dengan setiap penghuni KKc dengan datang dari rumah ke rumah ,mcam dalam pilihanraya ,baru ada betulnye..jadi renung2kan lah