Bicara Siswa


Ahad, 11 Oktober 2009

MEDIA BERSAMA KITA!!!

SALAM 1 MALAYSIA,

Pelbagai pihak media sekarang sedang menumpu ke arah kampus kita, berita penyelewengan unimap kini di pandang serius oleh mereka. Kesedaran wartawan & mahasiswa kampus kita adalah bergerak seiring. mahasiswa kita sudah sedar bahawa kitalah golongan pemimpin bukan lagi dipimpin. Hal ini telah menarik minat lebih banyak media untuk membuat liputan bersama kita.

Unimap, kini berada di dada-dada akhbar berikut:


http://www.malaysiakini.com/news/114547

http://mahasiswakini.com/archives/4451

http://peghelihla.blogspot.com/2009/10/pilhanraya-kampus-unimap-mahasisiwa.html

http://thestar.com.my/education/

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022767&Itemid=111

Menurut temuramah wartawan unimapkini bersama beberapa orang staff unimap, rata-ratanya yakin bahawa blog & web ini pasti akan di sekat oleh unimap dalam masa terdekat ini. Namun begitu, mereka juga percaya bahawa pendedahan demi pendedahan perlu dilakukan sama ada di peringkat kampus mahupun diperingkat kebangsaan. Hal ini, mampu befungsi sebagai " Check And Balance" bagi universiti dan mahasiswa selain dapat membongkar kesalahan & penyelewengan yang telah dilakukan samada yang melakukan kesalahan tersebut adalah dipihak mahasiswa atau pun universiti.

Apabila disoal berkenaan tidakkah pendedahan seperti begini boleh menjatuhkan nama & maruah sesebuah universiti. Mereka menjawab, kejatuhan nama & maruah ini tidak penting, asalkan nilai integriti & solidariti dapat dipertingkatkan. Islam tidak pernah mengajar kita untuk mengejar nama & kedudukan. Kenapa memperkasakan nama & kedudukan yang perlu diutamakan oleh universiti?? sedangkan nilai integriti & solidariti terus dikhianati seperti yang mereka lakukan kepada beberapa orang mahasiswa baru-baru ini. Peristiwa ini, telah membuka mata ramai pihak terutamanya media yang sanggup turun padang bersama kita mendapatkan maklumat.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak unimapkini kerana telah berjaya membongkar penyelewengan ini. cuma penerangan demi penerangan perlu dilakukan setiap masa bagi menyedarkan seluruh mahsiswa kita berkenaan penindasan ini. Bangunlah wahai mahasiswa sekalian.

11 ulasan:

ingin perubahan berkata...

yer,media bersama kita..namun adakah student bersama kita???

apa akan terjadi kepada calon2 baru-baru ini jikalau mereka diambil tindakan oleh pihak u atau diugut sedangkan mereka x pernah bersalah??

adakah kita mahasiswa akan berani bersuara dalam membela kawan2 kita itu jika terjadi apa-apa kpd mereka??

sila respon di sini kawan2,..

berani atau tidak??

penyokong berkata...

siapa yg 4 orang tuh???
aku x kenal,jadi mcm mane nak support...hurm..

ustaz azizan berkata...

aku sentiasa bersama hampa.. jagn risau n takut... xkesahlah ampa sapa pow... aku dengaq ja apa2 jadi pada ampa, siaplah unimap. kita main undng2 lak, aku dah tnya dah abang aku, dia lawyer bahgian nih,... crta bab student gampang jah...

& aku yakin, mesti ramai dari stdent unimap yang brad di side yang sma ngn kta. cuma depa ni, ingat depa sorg2 ja, 2 yang duk senyap dalam bilik ja 2... la nie.. kita dah abgun dah,, da da kesedran... wat apa nk takut da.. media pun da bersama kita... klu unimap wat papa kt 4 org ni mesti media akan wat ulasan lagi... malu lagi unimap nieh...
ha, masa 2 pun, unimapkini, jgn hot2 chicken jah... kuat lah skit.... lantng skit bersuara...

Tanpa Nama berkata...

lantangkan suara mahasiswa di unimap
hidup student!

Tanpa Nama berkata...

abang aku pulak askar..aku boleh suruh dier tembak bilik NC guna meriam buluh kalau jadi pape kat 4 orang nih...kakak aku pulak pramugari,dier mmg x boleh buat ape2..huhu..

ape2 pun,smoga 4 org nih tabah..kami akan sentiasa menyokong anda

Tanpa Nama berkata...

bgus blog nie..nape nk kena blog plak..lau xder pembangkang..cm ne nk maju..biasa ar..lau ader penyokong..mesti ader pembangkang..lau ader pompuan...mesti ader laki..lumrah alam semua 2...kt mner lagi mahasiswa dan mahasiswi nk luahkan pndpt msing2...

Paracetamol berkata...

mahasiswa kalau bersuara secara terbuka,bukan sahaja diugut,malah dicanang satu PPK perihal mereka bercakap benar..kadang2 berlanjutan & mengungkit2.. padahal benda remeh je..

Ahmad berkata...

HIDUP STUDENT!

ANDA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMIMPIN NEGARA DI MASA HADAPAN!

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPIMPIN, BELAJARLAH MEMIMPIN!

Tanpa Nama berkata...

"Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak unimapkini kerana telah berjaya membongkar penyelewengan ini" ni ayat angkat diri masuk bakul....hehehe

Tanpa Nama berkata...

salam ahmad,"JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPIMPIN, BELAJARLAH MEMIMPIN!" jangan memimpin ke arah kehancuran dah ler...kalau dipimpin pun apa salah nyer....macam Dr Mahathir pimpim Malaysia selama 22 thn, aman dan makmur.

Tanpa Nama berkata...

ahmad dan unimapkini nak anwar ibrahim la pimpin depa.. idola.. idola demonstrasi jalanan..