Bicara Siswa


Khamis, 8 Oktober 2009

MAJLIS SAMBUTAN 1 MALAYSIA BERAYA @ UniMAP

Assalamualaikum dan salam aidilfitri….

6 Oktober,Kubang Gajah:Satu majlis sambutan ‘Aidilfitri telah dianjurkan oleh pihak UniMAP yang diadakan di kampus pengajian UniMAP di Kubang Gajah bermula pukul 8 malam.Pelbagai aktiviti diadakan pada malam tersebut.

Para tetamu dan hadirin mula hadir dan memenuhi tapak sambutan bermula pada pukul 8 malam lagi.Hadirin yang hadir terdiri daripada warga UniMAP,mahasiswa dan juga rakyat Perlis.Pelbagai jenis makanan dan juadah yang disediakan untuk para hadirin seperti sate,laksa,air batu campur,ais krim dan lain-lain.

Aktiviti yang diadakan pula adalah nyanyian lagu-lagu raya dari pelbagai golongan yang hadir.Yang Berbahagia Dato’ Naib Cancelor juga mendendangkan lagu raya pada malam tersebut.Terdapat juga jemputan dari artis tanah air.Hadirin yang hadir juga begitu bergaya dengan pakaian masing-masing.

Begitu meriah sambutan hari raya yang dianjurkan oleh pihak UniMAP ini.Namun timbul persoalan juga kepada warga mahasiswa yang dianggap golongan intelek dan menjadi contoh kepada masyarakat,adakah setiap program perlu berunsurkan hiburan?? Yang dibimbangi oleh ahli akademik,apabila mahasiswa yang dianggap golongan intelek namun menjadi golongan yang sangat mendambakan hiburan yang melampau ditambah dengan pakaian penari dan penyanyi yang agak seksi dan tidak sesuai dengan adab ketimuran kita.Ini adalah satu fenomena yang membimbangkan.Akan pupuslah nilai intelek dan moral mahasiswa jika sentiasa disogok dengan hiburan yang melampau dan tidak terkawal.Berhibur tidak salah,namun bila salah memilih hiburan itu yang jadi bersalah.

Sesiapa yang hadir pada malam tersebut tentu dapat menilai setakat mana nilai hiburan dalam kalangan mahasiswa.Tujuan hari raya adalah meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dalam sebulan Ramadhan.Namun sayang jika hari raya disambut dengan program yang membawa dosa dan maksiat.Sia-sialah segala amalan dalam bulan Ramadhan selama ini.

Wahai mahasiswa yang berpelajaran tinggi,nilailah sendiri taraf anda pada pandangan masyarakat.Jangan jatuhkan maruah dan kredibiliti mahasiswa.
Mahasiswa Pemangkin Kemajuan Negara..

Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri kepada seluruh warga UniMAP..
Maaf Zahir dan Batin…

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruk la persembahan malam tu..yg gelek arab tu plg melampau..duk tayang punggung kat orang wat ape..
ish2..bertaubatlah wei..

Tanpa Nama berkata...

ErMm..bTuL2,aGk mLaMpAu tRiAn Dr aRaB 2..pE NmAnYa nTaH..pALg xLEh bLaH bLa tRiaN 2 wT 2x,yG LaKi xb'kLiP pNdG..dWn dR kOsG tRUs pNuH..adOyAii

Tanpa Nama berkata...

maknanya, hampa semua pun tgk jugak la kan..kalo dak takkan hampa bleh describe tarian arab tu camna..pandai nak ckp ja..

ahlong_13 berkata...

aku pon sempat ternampak gelek tu... macam pelik pulak, aku ingat aku kat disko waktu tu.. hehehhe, setahu aku.... UNiMAP ni, kalau pasal bab2 hiburan memang no. 1.... kalah universiti2 lain, aku harap benda ni lain kali tak terjadi lagi....

http://pemikirjalanan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kami nak p makan..

ingat wahai orang yg menganjurkan bnda tu,dia bertanggungjawab di hadapan Allah

Tanpa Nama berkata...

hahaha..yang aku pelik,ada sumber mengatakan yang orang atasan kita ni berpegang teguh pada agama.tapi acara2 yang dia lakukan menunjukkan sebaliknya.pelik bukan??sape yang luluskan semua aktiviti ni?
mestilah org atasan.teringat lagi waktu kita buat bantahan berjalan kaki terhadap israel dulu.kita melaungkan "ALLAHUAKBAR"..beria2 lah beliau menjerit.last2 ada plak persembahan tarian yg tergelek2 tu.masyaallah..janganlah mempersendakan agama.mmg kami tgk,dan disebabkan itu la kami menegur.klu kita da nmpk,tp butakan je mata,sampai bila2 pn ia berleluasa...

Tanpa Nama berkata...

dah bnyak kali dah pihak atasan mmpersenda agama kita ni. hiburan smata2, itulah yg ada pd pmikiran mereka terutama skali kelab kebudayaan tu. bodoh betol..x hilang2 lgi pemikiran liberal yg ade pd diorang..

kami sayang Islam berkata...

salam..
sahabat sekalian,inilah tugas kita..menyedarkan rakan2 kita daipada hanyut dengan dunia dan hiburan semata-mata..

walaupun kita tidak alim dalam agama,tapi kita sesekali tidak akan mempersendakan agama Islam ini..
kita akan berusaha untuk mengamalkan Islam sedaya mungkin..
kepada pihak yang serupa dgn islam liberal ini,insaflah..
wahai ayah dan abg2 kami di pahak pentadbiran,jgn campur adukkan kebenaran dgn kebatilan..
kalian bertanggungjawab dalam mendidik kami..
tapi dalam bab hiburan melampau ini,jika ramai pelajar yg rosak kerana hiburan yg du=icanang oleh kalia,bersedialah dengan jawapan untuk menghadap Allah

Mahasiswa UniMAP berkata...

NC memang kaki hibur!

UNIMAP = Graduan hiburan!

MPP tak jalan! Kami mahasiswa UniMAP mahu keadilan!

Tanpa Nama berkata...

KAWE xcaro,kawe g sb nk make n nk duit ry jh...
tp sero bodo pulok bilo tgk ad ore tino sanggup g berhimpit ng ore jate nk brebut duit ry rm5 jh...
tepuh abis buah dy...agk2 la...kawe xpo mugo ore jate..

Anak Perelih berkata...

sebagai pemerhati luar UniMAP, tapi anak perelih... pendapat saya...
UniMAP masih bernasib baik lagi... tak macam ITM.. pernah dicop Universiti Fun Fair... pesta convo siap ada Ferris wheel , merry go round , konsertetc lagi.... so aku harap UniMAP tak le jadi sampai tahap tu...

Aku rasa UniMAP patut tubuh satu faculty baru... Faculty seni dan Persembahan... boleh celen UiTM... sesungguhnya anda tidak berseorangan... ramai masyarakat perelih memerhati dan bersependapat dengan anda...

kami sayangkan Islam berkata...

ni la akibatnya jika agama dipisahkan dari kehidupan..

tgk org atas UniMAP,bercakap Islam pandai tapi duk campur aduk maksiat dengan kebaikan..

astaghfirullah..

Marley berkata...

Salam Satu Malaysia..!

MPP di Unimap bukan wakil pelajar tetapi wakil HEP
Saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa pihak..tapi inilah hakikatnya.
MPP buat kerja yang diarah oleh HEP tetapi langsung tidak mengambil sebarang inisiatif tentang kebajikan pelajar di Unimap..Raya pun raya juga tetapi duit elaun tetap masuk..kebajikan dilupakan..MPP HOI MPP..BERTAUBATLAH SIKIT..

budi baik berkata...

nak tau kenape berebut? bende ni dah lame jadi. aku ni dah 3 tahun pegi majlis beraye tu. tiap2 tahun bende yang same jadi. makanan habis. orang berebut2 nak ambik makanan. tak de ke countermeasure untuk bende ni? knape tak dibuat sistem kupon? kan lebih menguntungkan mana2 pihak. makanan disediakan cukup tak perlu berebut. jika makanan kurang pihak katering boleh dipersalahkan. aku tengok ade bekas2 mee udang yang orang makan tak habis. aku kecewa la sebab aku berebut nak mkan mee udang tp abes. dah lame dah bende ni ulang2. macam kes mase puase aritu. budak tahun 4 ade 7 pillars kt dewan2020 katanya cukup makanan untuk berbuke tp ramai budak2 tak dapat makanan berbuke. yang aku jadi geram sebab tengok ade sorang mamat ni amik makanan sekali 2 untuk dia sorang. dah la tak puasa. amik lebih pulak tu. jadi kat sini buleh kite simpulkan dimana tiadanya sistem yang terkawal diunimap ni. MPP tak pernah fikir ke semua tu? atau MPP dah dibengapkan oleh HEP? hairan bin ajaib.

Tanpa Nama berkata...

itu lah... kalo MPP ini dilantik oleh suara ramai, InsyaAllah system di unimep ini akan terkawal sedikit demi sedikit... tp kalo MPP ini dilantik oleh mulut HEP yg busuk berulat tu, smpai bile2 la system nye mcm tu gak... walaubagaimanapun, memang majoriti MPP ini x bole buat kerja dan pemikiran liberal, tpi mungkin ade sedikit sgelintir MPp yg ingin mengubah kepada yang baik tetapi disekat. so usaha kita semua ini utk mengubah kebatilan tu amat diperlukan.

Tanpa Nama berkata...

betul 2...
kalo mereka ni dilantik atas pilihan mahasiswa, mgkin mereka x akan buat kerja sambil lewa kerana mereka sedar mereka ini merupakan wakil kepada mahasiswa. yg merasai pahit getir ketika berada di sini itu adalah mahasiswa yg memilih mereka. jd, mereka akan berusaha sedaya upaya bertindak utk memulihkan keadaan tersebut. jika mereka dilantik oleh pihak atasan, belum tentu mereka dpt menyuarakan segala masalah yg dialami oleh mahasiswa unimap kerana mereka ini pasti terhutang budi kpd pihak atasan.

Tanpa Nama berkata...

salam.......
ala senang2 xpayah p jamuan raya...
mcm pesta konvo ari tu,
buat forum perdana,
ada student unimap pi tgk+dgr?????
xda...
jln2 kat gerai bleh plak...
duduk dgr forum xbleh???
pnuh bhgian dpn dgn sketeriat ngn jemputan ja...
malu beb...
tp dok kutuk2 unimap byk hiburan...
tp korang gak pi tgk yuna,lan n the typewriter...
pe kes?????
penuh je....
sblum kutuk2 pape....
cermin diri korang dulu....
sy xda la baik sgt,
tp bersyukur la skit korang TERPILIH masuk unimap k????
ape2 pn...
sorry..........................

Tanpa Nama berkata...

kecewa tol tgk dak pompan yg dk nari gelek tu...cam da xde maruah da,,,padahal unimap ni tmpt org yg otak waras ye x...ade gak org yg xtaw malu ek...x pk pndgn org lgsung,,,suke plak tu org dok sorak2 kt die,,,da macam pesta ape tah....ishhhhhhh...unimap oh unimap...nk name dripada agame.......

Tanpa Nama berkata...

nak ambik satay sebatang pun bertumbuk dkt 20 org..kalau sistem nak bg satay pun x dpt bg elok..bygkan nak takbir pelajar..mcm mana la sistem dia

Tanpa Nama berkata...

harap MPP baru ni akan bersuara kepada pihak atasan untuk mengelakkan perkara ini pada masa akan datang..