Bicara Siswa


Sabtu, 10 Oktober 2009

KRONOLOGI TAKTIK KOTOR JHEPA

Berdasarkan hasil risikan wartawan UniMAPkini, telahpun berjaya mengumpul cerita & berita penuh serta bukti-bukti dari saksi-saksi yang terlibat. Berikut merupakan kronologi penuh berkenaan penafian hak mahasiswa untuk menjadi calon.

Hari penamaan calon sudah pun berlalu, tetapi setiap detik yang berlaku pada hari tersebut masih segar dalam ingatan calon-calon yang bertanding khususnya calon-calon yang bertanding atas tiket mahasiswa dan bukan dicadangkan oleh HEP.

Seramai 4 orang calon mahasiswa yang cuba nasib untuk bertanding atas tiket kerusi umum pada Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Dalam proses melengkapkan butiran borang pencalonan, mereka berusaha untuk mendapatkan tandatangan dari dekan JHEPA, En. Razli Ahmad dan Naib Canselor UniMAP, yang menjadi kemestian kepada setiap mereka yang ingin menjadi calon.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak halangan dan kekangan yang dialami mereka tetapi tidak sepertimana calon-calon tajaan HEP yang diuruskan sepenuhnya. Ia seoalah-olah wujud satu perancangan dan konspirasi yang telah dilakukan untuk menghalang mereka daripada mendapat tandatangan dari kedua-dua pihak tersebut seterusnya menyerahkan borang pencalonan pada 7 Oktober yang lepas.

Dalam syarat-syarat yang dikemukan, borang pencalonan seharusnya mendapat tandatangan daripada JHEPA dan NC terlebih dahulu sebagai tanda pengesahan. Namun begitu, ia sangat mengecewakan apabila pihak JHEPA cuba mengelakkan diri di antara selang masa pengambilan borang dan penamaan calon untuk tidak menurunkan tandatangan ke atas borang ke empat empat calon tersebut.

Setelah menyedari bahawa mereka telah teraniyai dan ditipu, cubaan pertama diambil untuk bertindak menemui Naib Cancelor bagi mendapatkan tandatangan ‘alternative’. Walaubagaimanapun sekali lagi, Naib Canselor sendiri cuba mengelak dari bertemu dengan mereka.

Sejurus daripada itu, borang tetap dihantar ke pejabat NC seawal 8.30 pagi. Atas persetujuan NC, calon-calon tadi bersetuju untuk meninggalkan borang dengan harapan ia akan ditandatangani pada waktu petang.

Namun apa yang berlaku, tidak disangka-sangka, borang tersebut masih lagi tidak ditandatangani malah ia diserahkan kepada pejabat JHEPA dan NC memohon kepada calon-calon untuk hadir ke pejabat JHEPA dan diberi jaminan oleh beliau bahawa Dekan JHEPA akan pulang dan menandatangani borang-borang tersebut keesokkan harinya pada awal pagi yang mana pada hari tersebut merupakan hari penamaan calon.

Cubaan sekali lagi dilakukan bagi menuntut hak mereka, mereka telah hadir ke JHEPA seawal 8 pagi bagi melengkapkan borang pencalonan mereka. Ternyata Dekan JHEPA sekali lagi cuba melengah-lengahkan masa untuk menemui mereka dan tindakan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dan keraguan.

Ke empat-empat calon masih sabar menunggu walaupun telah banyak peruntukan masa yang telah dihabiskan, kali ini mereka menuntut untuk berjumpa dengan Dekan dan akhirnya tepat pukul 10.45 pagi Dekan JHEPA memberi keizinan untuk bertemu dengan beliau. Walhal, waktu penamaan calon bermula pada pukul 8 pagi dan seterusnya berakhir pukul 12 tengahari, hanya berbaki 1 jam 15 minit sebelum tamat proses penamaan calon.

Pertemuan tersebut diharap dapat memberi hasil yang positif dan baik kepada calon-calon mahasiswa pada mulanya, ternyata sekali lagi mereka masih gagal untuk mendapatkan tandatangan Dekan, malah pertemuan tersebut telah bertukar kepada proses pendoktrinan dan ‘brainwash’ kepada calon-calon ini agar mereka menarik diri daripada masuk bertanding dalam PRK kali ini.

Ia berlanjutan sehingga jam 11.55 pagi sehingga seorang mahasiswa yang lain masuk dan cuba melepaskan calon-calon tersebut daripada belenggu dan membuang masa berbicara bersama Dekan yang ternyata tidak akan menurunkan tandatangan.Dalam pertemuan itu juga Dekan JHEPA, En Razli Ahmad cuba bertindak seperti polis dengan memaksa ke empat-empat calon tersebut supaya mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan mematikannya serta diletakkan diatas meja dihadapan beliau.

Hal ini jelas menunjukkan ketakutan Dekan JHEPA terhadap calon-calon ini agar tidak merekod apa yang berlaku sepanjang sesi perbualan mereka berjalan.

Sehingga ke saat-saat terakhir penamaan calon, borang mereka masih belum mendapat pengesahan tandatangan darpada Dekan seterusnya mereka dinafikan hak untuk bertanding.

Calon-calon aspirasi yang bertanding atas dasar pilihan dari dekan sendiri telah dipermudahkan segala urusan mereka dan disediakan dengan pelbagai kemudahan termasuk :
· Pemberian borang secara percuma yang sepatutnya berharga RM50.
· Wang cagaran berjumlah RM200 juga dikecualikan atau disumbangkan oleh pihak universiti.
· Perkhidmatan pengangkutan ambil dan balik dari kelas ke tempat penamaan calon juga disediakan sedangkan calon-calon lain tidak disediakan.
· Dipermudahkan urusan untuk mendapatkan tandatangan dari dekan.

10 ulasan:

pakDin berkata...

Tidak kusangka teruk begini sistem yg digunakan pihak unimap.Apakah mereka takut untuk bersemuka dgn calon yg yg mampu menggugat calon2 aspirasi unimap??

p/s: saman jer NC tuh...

student berkata...

Hebat juga pilihanraya unimap ni.Igtkan asyik mng tanpa bertanding je.Rupanya permainan politik juga ada.Patutla 3 tahun aku dok cni x dak pilihanraya pon.Aku pon nak gak rasa pilihanraya ni sblum grad.Yg aku tgk MPP x wat pa pon.Mesyuarat tiap2 mggu.Habuk pon x dak.Apa yg aku mntak suma cakap pejabat x leh wat la, NC x bagi la.Apa barang jd MPP kalo dok ikut telunjuk orang.Patutla student asyk dipermainkan oleh pihak atasan..Pegi mamposla

P/s: Ni tenet kat wang ulu apa barang?Apakah tndakan MPP yg "hebat dan mantap 2".

adebe berkata...

Alhamdulillah akhirnya ade kesedaran di kalangan mahasiswa unimap yang mahukan perubahan. Seawal aku masuk unimap thn lps ak agk terkelu suasana PRK hanyalah dgn menaikkan bnner drpd pihak U. Fight for our rights. I suggest kite buat pungutan suara.

Tanpa Nama berkata...

malaysia negara demokrasi canang najib..!!tapi universti sendiri tak bleh buat demokrasi..negara undang2 rimba..yg kuat tindas yg lemah..hancurkan golongan mustakbirin..!!

Tanpa Nama berkata...

biasa la tu....
nk wat mcm mna...
diri ini juga pernah terkena tempiasnya....
hm....

Tanpa Nama berkata...

nape mesti mcm nie?
x ke ase bnda nie akan memburukkan ag nama unimap?
pemainan politik nie mmg biasa..sbb politik jgk ar perpecahan berlaku.masing2 nak menang.nak pngkat nak nama.pe yg HEP plih tu ase da baek nya.sbb dorg tau sapa yg layak n sapa yg leyh wat keje.cara pemilihan pun da ckup baek.salah 1 platform nak jd mpp adalak PPMS.sapa2 nak jd MPP tu join la PPMS dlu.baru tau sng susa.jgn tau nak tunding jari cari sapa salah sapa betol!

Tanpa Nama berkata...

kalo btol2 unimap nie ikot cara btol..
baek hep buat sesi perbincangan trbuka dgn sume stdent unimap..
kte tgok sape yg menang..
adkah unimap???
atau stdent???
ceramah BTN bru nie pom macam HARAM...
maen politik byk...
saje nk rosakkn pmikiran stdent dgn hasutan BN..
ak mmg x puas hati la dgn penceramah yg ke-2 BTN bru nie..
suke menjatuhkan kaum cina n india..
inikah 1 MALAYSIA????

azid berkata...

salam..
dari awal2 lagi mmg unimap telah menetapkan untuk tidak menjalankan pilihanraya.. banner dan memo yang dikeluarkan merupakan hanya untuk menutup bahawa tidak akan ada pilihanraya.. calon2 dipilih xtau la berdasarkan kriteria apa..tp kalo stkt nk kena join ppms dl br leh jd mpp xbtol kot..ramai lagi pelajar intake diploma dari universiti luar yang mana mungkin lebih baik dan matang dari calon sedia ada skrg..mantan mpp..make a open dialog with student n hep as soon as [ossible..

unimapkini berkata...

kpd peserta BTN,anda boleh lontarkan ketidakpuashatian anda kepada kami di UniMAPKini..berikan mklumat terperinci kepada kami utk didedahkan..identiti anda tidak perlu kami tahu dn tidak akn didedahkan..
sila send ke unimapkini@gmail.com mklumat2 yg berkaitan,flow program BTN,point2 yg disampaikn,dn perasaan tidak puas hati anda...

Tanpa Nama berkata...

tuan editor kata nak telus@teloq....identiti kena la ada kalau buat aduan...kalau tak tu nama nya fitnah....:)