Bicara Siswa


Jumaat, 9 Oktober 2009

UniMAPKini di "block"

Alamat asal UniMAPKini yang telah digunapakai sebelum ini iaitu http://unimapkini.blogspot.com telah di"block" oleh HEP dan pihak-pihak yang terlibat. Kami sedar punca mereka bertindak sedemikian. Kehangatan dan panasnya isu yang dibawa, tambahan pula komen-komen yang agak terbuka sedikit sebanyak telah menggugat nama dan imej HEP serta pihak universiti.

Walaubagaimana pun pihak kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak HEP dan jabatan yang terlibat atas tindakan mem"block" blog ini. Perlu diketahui, kami tidak pernah sesekali bermusuh dengan pihak Universiti, HEP mahupan NC. Anda semua adalah keluarga kami di UniMAP.

Apa yang kami mohon adalah bersihkan sistem PRK UniMAP yang penuh dengan konspirasi untuk menghalang berlakunya PRK, jangan sesekali menghalang mahasiswa untuk berpilihan raya, buka seluas-luasnya ruang untuk mahasiswa menjadi calon, dan elakkan berlakunya diskriminasi kepada calon-calon yang terlibat, calon dari pilihan HEP mahupun calon dari mahasiswa.

Semoga pihak universiti dapat mempertimbangkan suara mahasiswa UniMAP yang inginkan PRK dijalankan dengan adil dan saksama di universiti yang dicintai ini.

Buat sementara waktu, blog UniMAPKini telah berpindah ke alamat
http://unimap-kini.blogspot.com

Sekian untuk makluman.

Terima Kasih.
-admin@unimapkini-

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

website malaysiakini.com juga telah diblock kerana menyiarkan berita mengenai prk unimap ini...

btw.. hidupkan balik unimapkini.blogspot.com kerana url tu sudah diketahui ramai... redirect dia ke blog baru di sini...

pakDin berkata...

Teruskan mengeluarkan idea dan pendapat tentang apa yg dirasakan betul...

Tanpa Nama berkata...

ayuh.. brgerak maju... syabas...

Tanpa Nama berkata...

teruskan usaha... kami sentiasa menyokong..

Tanpa Nama berkata...

TOLONG PENUHKAN WEBSITE NI DENGAN CERITA BLUE, MMG AKAN MENARIK PERHATIAN

Tanpa Nama berkata...

x perlu cerita blue da menarik perhatian...blog ni x nampak memihak pada mana2.. tapi cuma menyampaikan suara hati...

Tanpa Nama berkata...

pe r..nk crita blue plak..lagi la kene blog..
wat pnt je c editor tu t nk wat balik yg lain..
seNget2~