Bicara Siswa


Ahad, 18 Oktober 2009

UniMAP Rosakkan Mahasiswa

Baru-baru ini, 16 Oktober 2009 sebuah kumpulan Band Tempatan, Hujan telah dijemput ke Universiti Malaysia Perlis untuk mengadakan konsert di Dewan Kapitol bermula jam 2.30 petang. Kumpulan yang mempunyai empat orang ahli ini difahamkan dijemput khas ke Perlis khusus untuk UniMAP bagi mengadakan Konsert Tour Hujan 2009 dengan tema "Mencari Konklusi @ UniMAP".

Konsert tersebut telah dianjurkan dengan bayaran tiket yang berharga RM15. Bayaran tersebut membolehkan peminat-peminat melihat konsert tersebut dengan lebih dekat dan menjadi "fanatic fan" yang berada berdekatan pentas untuk memeriah dan merancakkan lagi suasana.


Banner di KKG


Menurut seorang staf awam yang berpejabat di sekitar Dewan Kapitol, kumpulan Hujan berjalan memasuki Dewan Kapitol bersama peminat-peminat mereka yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa UniMAP dengan berpakaian hitam yang tertera tulisan "Jiwa Kosong". Walaubagaimanapun, konsert ini berakhir sekitar jam 6.00 petang dengan sorakan dan teriakan para peminat yang dahagakan suara dan muzik mereka.

UniMAPKini cuba untuk mendapatkan ulasan dan pandangan daripada beberapa "student" UniMAP berkaitan konsert yang telah dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti.



Adakah ini budaya UniMAP ? Terkinjal-kinjal dan melompat-lompat seperti cacing kepanasan. Pihak pentadbiran dan 'Top Management' UniMAP cuba merosakkan mahasiswa dengan hiburan sebegini rupa.


"Ia jelas mencemarkan imej universiti ini sebagai salah sebuah insititusi pendidikan di Malaysia dan sebagai sebuah madrasah dalam melahirkan graduan-graduan dalam bidang kejuruteraan. Konsert sebegitu rupa bukanlah hiburan yang selayaknya dibenarkan untuk beraksi di sini." Kata seorang pelajar yang enggan namanya disiarkan.

Menurut beliau, ia sepatut dikawal, bukan dibiarkan sebegitu rupa sehingga hilangnya identiti mereka sebagai mahasiswa yang rata-ratanya datang sebagai peminat. Ia sangat memalukan dan apatahlagi memalukan kami sebagai mahasiswa UniMAP.



Macam disko. Peminat-peminat yang terdiri daripada pelajar UniMAP bersorak-sorak dan berteriak tanda seronok dan tersangat 'enjoy' dengan persembahan Hujan.


Manurut seorang lagi mahasiswa yang sudi berkongsi pandangan berkata, sebagai mahasiswa tanggungjawab kita datang ke universiti untuk menuntu ilmu, bukan terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti konsert yang langsung tidak ada etika dan moral.

"Mengapa perlu terkinjal-kinjal dan bersorak-sorak seperti itu? Ia tidak mencerminkan budaya intelektual dan kemahasiswaan yang sewajarnya menjadi tunjang kepada imej "student". tambahnya.


Hujan sedang beraksi di atas pentas Dewan Kapitol dengan "fanatic fan" berada di sekitar pentas.


"Saya lihat mereka yang datang ini memang jiwa kosong, malahan mungkin jiwa kacau, itu sebab mereka cuba untuk mengisi jiwa dengan perkara-perkara sebegitu walhal sebenarnya ia boleh menambahkan keburukan kepada mereka kerana jiwa mereka hanya penuh diisi dengan benda-benda yang tidak berfaedah dan merosak serta mematikan jiwa mereka." ulas seorang mahasiswa muda yang mohon identitinya tidak didedahkan.

Menurutnya juga, pihak pentadbiran perlu bijak menilai mana satu yang sesuai dan releven untuk meningkatkan kecemerlangan mahasiswa dalam akademik termasuk 'Softskill', bukan merosakkan mahasiswa dengan anasir dan budaya songsang.


Adakah ini budaya yang cuba diterapkan oleh universiti kepada mahasiswa? Lebih banyak sof di sini daripada sof-sof di surau KKG atau mana-mana kolej kediaman.


"Saya tidak tahu apa sebenarnya peranan pihak pentadbiran UniMAP khususnya 'Top Management' yang sering kali disebut sebelum ini. Jika benar peranan mereka adalah bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik di kalangan belia-belia harapan negara, adakah releven dengan mengundang Band Hujan ke UniMAP, kemudian membiarkan "student" terloncat-loncat seperti cacing kepanasan di sekitar pentas? Ia sudah tentunya tidak, dan bukanlah caranya sebegitu rupa. " kata seorang bekas pimpinan MPP yang mohon identitinya tidak didedahkan.


Inilah dia bakal-bakal pemimpin masyarakat pada suatu hari nanti, yang sibuk dengan hiburan yang merosak dan mematikan jiwa.


"Adakah UniMAP suka dilabel sebagai universiti yang gila berhibur? Universiti digunakan sebagai sebuah tempat untuk mendidik anak bangsa dalam bidang-bidang tertentu agar mereka keluar dan bergraduasi dengan cemerlang, bukan tempat untuk melompat-lompat sepertimana yang ada di konsert tersebut." ulas seorang lagi mahasiswa UniMAP.

"Tidak ada tempat untuk Hujan ke sini dan tidak layak untuk mereka menjalankan konsert di sebuah universiti yang cukup mulia tempatnya untuk menuntut ilmu dan mendidik jiwa agar taat dan patuh kepada perintah Allah." tambahnya lagi.

85 ulasan:

penghibur berkata...

unimap...juara hiburan....
eh,apa salahnya ada sedikit hiburan..kalau setakat belajar saje,tension la..perlu jgk penenang jiwa..

jumud la korang ni

Tanpa Nama berkata...

heheehehhe...

Tanpa Nama berkata...

aku sokong penghibur, memang jumudla editor unimapkini.. elok p blajar kt mesir nu,, balik jadi tok guru Partai PAS..

ahlong_13 berkata...

tak salah untuk berhibur... tapi biarlah mengikut landasan yang betul.. ni sampai terkinja2.. aper kes??? macm ni ker yang dinamakan mahasiswa unimap??? sama jer ngan budak2 kat luar tu yang tak abis blajar, diorang pown xseteruk korang...(yg g konsert tu)

kalau nak penenang jiwa.. banyak lagi caranya,kalau nak layan pown,layan arr kat luar, jangan kat dalam universiti....

yang MPP pown 1.... pasal aper lak yang diorang nak anjurkan program ni...aku dapat info ni pown daripada mulut mantan MPP sendiri... mulanya, nak biar jer HEP incharge, tapi diorang tak nak,mayb diorang malas nak buat kerja atau takut kena kritik ngan student lagi... aku pown tak sure..

yang mantan MPP ni incharge benda ni sebab diorang nak dapat duit lebih, kalau tak silap aku,akhir bulan 11@ awal bulan 12, diorang g UZBEKISTAN.... so.. HEP cadangkan,diorang incharge benda ni... untuk mendaptkan duit lebih tu.. diorang dapat daripada komisyen jualan tiket sempena konset hujan....

pelik2.....

kerana duit... diorang sanggup buat apa2 jer...

"pengkritik_sinis"

Tanpa Nama berkata...

Wei, dh belajar kita enjoy laaa...

Suka hati la orang nk enjoy, lompat-lompat dan jerit-jeirt....

Biasa la tu, cara nk hilang tension. Lagipun masa terluang kita guna untuk hilang tension.

Takkan mengadap buku dan dok kt surau macam orang tak bertamadun!

Tanpa Nama berkata...

laa..apa yang nak kecoh sangat ni editor UniMAPKini? hang ka yg kuaq duit untuk bawa hujan tu mai perlih ni? kat perlih ni mana ada hiburan apa2 dh.. elok la sekali sekala UniMAP anjur macam ni.. setakat nk lompat2 tu biasa la.. sekali sekala bukan buat tiap2 hari.. jumudnya editor ni..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 5,
ooooo.... bru aku faham erti tamadun yg sebenar..
kalau berhibur, terlompat-lompat 2 pun digelar org yg bertamadun ye. bgus btul minda mahasiswa unimap ni. selama ni kalau ad org kt surau, memg x bertamadun la ye. ish3.. rasanya kalau lompat-lompat cm2 bleh gk hilang ilmu.

Tanpa Nama 6,
nanti kalau tuhan tanya, kita jawab la sekali-sekala je. bkn selalu. selama bru ak tau unimap jrg menganjurkan hiburan. apela editor...

Tanpa Nama berkata...

Sokong tanpa nama 7...
ni ker "mahasisa siswi unimap" yg dbangga2kn? klau laki pn dh trok apatah lagi kaum hawa... rosak.
klau org dok surau pn dkatakn xbtamadun, yg terkinja2 2 10kali lebih trok. insafla, dunia dh xlama, bleh mlompat2 lg mcm ilang akhlak...

Tanpa Nama berkata...

cerdik sunguh bijak pndai sume..

skali skala laa..
ape salah nye laa..
surau x btamadun laa..
duet sdri yg kuar laa..

otak sume kt kepale lutut ni pndai2 sume..

unimapkini berkata...

cbe lihat kt ats tu, mahasiswa2 yg cbe prjuangkan agenda musuh mreka sndiri yg mrka tdk prnh sedar ataupn xmau2 sdr..btpa berjyanya yahudi mlahirkan pejuang2 yang berjuang untuk mmpertahankn ape yg mereka telah aturkan disluruh dunia termsuk UniMAP..

mrka xperlu dtg utk mrosakkan umt islam,tp ckup sekdr mlhirkan org yg knonnya islam ttp sepmikirn dgn mreka utk prjuangkan agenda jht mereka..

brjayanya gerakan "MIND CONTROL" yg tlh dirncg olh msuh Islam..

"Mahasiswa Memimpin dan Terpimpin"
(Terpimpin Dengan Agama)

Puan Anim berkata...

duk huha2 dalam ni je ke? aaa..gado la hampa.. bnda dah jadi..relax suda.. baik risaukan perancangan xtiviti di masa hadapan..

len kali..sebelum konsert ni jadi,pi la suarakn pndapat awal2...

aku setuju ja pndapat hampa semua..

tapi tu la kan.. ni sume depend on pemikiran individu.. kalo dh depa yg nk tkinja2.. mana2 tmpat pun leh jadi..

xpayah nak slahkan pihak itu pihak ini..

last2 kita plak bergado.. apa kes

Tanpa Nama berkata...

aku nmpak matsham p tgk wey..
hahaha

Tanpa Nama berkata...

Editor pn mesti p juga, sbb tu dia tau teloncat-loncat la.. tkinja-kinja la.. semua dia tau.. tanpa nama nk cadangkan editor buat kertas kerja bagi kt management unimap, kita buat program mcm mana yg editor mau plak.. ok x? p la berdepan dengan management nu, jangan dok buat cakap pandai dalam blog saja.. - dari tanpa nama a.k.a xdak telur.. hak3

Tanpa Nama berkata...

apa lagi editor.....tunjuk teloq sket....jgn dok kondem aja....brain storming sket nak buat program apa....mai sama2 kita anjurkan....

Tanpa Nama berkata...

come on la editor.. sahutlah cabaran kami dari team tanpa nama.. buat satu kertas kerja, bentang kt pihak management.. kita tengok mampukah editor buat satu program pengisian minda yang hebat, yg x loncat2 n kinja2.. kalo bleh lawan program sepanjang bulan puasa yang UniMAP buat kira hebat la editor..

Tanpa Nama berkata...

mencari konklusi...

Tanpa Nama berkata...

enjoy serba sedikit mmg bagus..tp kalau duit tiket kita td duit tiket mpp g luar negara??? mreka lg enjoy

Tanpa Nama berkata...

@unimap

Tanpa Nama berkata...

besa la tu..
klo dok surau kita buat cara dok surau..
klo dok lbrary kita snyap..

yg benar,
KuMoN

Tanpa Nama berkata...

kumon tu matsyam la tu...
wakakkaka....

Tanpa Nama berkata...

aku nampak yana p tengok..
said tu sapa erhh??

Tanpa Nama Said,

Tanpa Nama berkata...

dh xde idea ke???? asyik mencabar editor je suruh wt prog. dia cuma kongsi pandangan je pasal benda ni. logik ke seorang yg bergelar mahasiswa tetapi perilaku seperti apa yg digambarkan di dalam artikel di atas...

Tanpa Nama berkata...

macam budak skolah la dok layan hujan..
p rahh mabok..buat semangat buleh..
hujan...hujan...hujan..!!!

yg benar,
KUMIN

Tanpa Nama berkata...

hujan oo hujan.. mengapa engkau turun.. aku turun unimap panggil aku.. hihihi

Tanpa Nama berkata...

ni sapa yg dok merepek ckp bukan2 ni...
yana laa...matsyam laa..apadia???
macam la kami semua kenai...
hampa ni artis kaaa...??
nk ckp pon bg la benda yg ada isi sket..
bukan takat benda kosong..

yg benar,
SpellCheaster

Tanpa Nama berkata...

aku nmpk muka matsham dlm vdio..
siap terkinja-kinja lg...
pulun noe~

y nmpk,
biLis

Tanpa Nama berkata...

matsham KKF ka?y nek EX5 KCD?y telinga dot dot..?
knai kot..

y mngenali,
botak

BLA BLA bla berkata...

kita x tahu mati bila,prepare la iman n amal kita, hiburan yg lalai Tuhan x terima sbg tiket ke syurga... zzz

adebe berkata...

Lalai xlalai atas individu jugak..

Kalo memang dasar takde kesedatan,pegi surau pun x sembahyang . Kalau dasar ade kesedaran,pergi konsert Metallica pun mampu kawal diri.

Tak perlu terlalu jumud dalam berdakwah. Even Raihan pun kolaborasi dengan hujan,Allahyarham ustaz Asri pun kolaborasi dengan Amy Search. Banyak care nak berdakwah. Janji bilhikmah..

Yang terkinje2 tu kite doakanlah supaye mereke dapat kesedaran. Terutame kaum hawe. =)

"Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.." (Lagu Raihan)

Tanpa Nama berkata...

kejayaan kita hanya dalam agama sejauh mana kita TAAT perintah ALLAH dan ikut perintah Nabi Muhammad S.A.W................ bkanya ikut yg nie

Tanpa Nama berkata...

mana dia Persatuan Mahasiswa Islam UniMAP? xwujud ke atau xmemainkan peranan? cuba letakkan garis panduan utk adakan konsert tu..kan bagus..dua2 menang..org sokong hiburan pn puas hati..org yg xbrape suka hiburan yg melampau ni pn senang hati..letakkan syarat klu nk gi konsert kena duk diam2 kat kerusi..xde free stand kat bawah stage tu..pastu lelaki pompuan diasingkan ditempat masing2..ada pagar..kan bagus mcm tu..penyanyi plak perlu bersopan dan bersikap intelektual..MPP main peranan la dlm soal2 mcm ni..korang kan Muslim..jadilah pemimpin yg diredhai Allah..klu korang dapt wat mcm tu, brapa banyak pahala korang dapat..lu pikirlah sendiri..!!

Tanpa Nama berkata...

huh.. persatuan mahasiswa islam??? wujud ke kt cni???
btul 2 adebe..
salah bkn kt hujan je, tp kt org yg pergi konsert 2 jgk... yg suka melompat-lompat 2 apasal..

Tanpa Nama berkata...

semuanya ats diri sendiri...nk melompat,terkinja2,bernasyid ke baca kitab ke...itu semua hak peribadi..yg penting nawaitu
klau xg konsert,nk bt bnda jhat pon bleh bt gak...
disebabkan g konsert digelar jhat,perosak???

Tanpa Nama berkata...

Biarkan editor unimap tue syok sendiri tulis macam macam..cakap memang senang,nak buat payah..jangan jadi the next anwar ibrahim yang pandai cakap jer...

unimapkini berkata...

msti syok yahudi tgk hgpa,brtepuk tgn depa,srnok dpt lhirkan pjuang2 sjati prthnkn agenda depa...brjya mind control yg dirncg ke ats umat Islam..

Tanpa Nama berkata...

btol tu...biar editor syok sendiri...
psl isu nie,smua berdebat...tuk pihak yg terlibat tu,sblum luluskan apa2 xtiviti kt u,pkir la dlu akibat dan sbgainya...
tuk editor,pasni wat la ketas kerja tuk xtiviti yg membangkitkan nilai kerohanian plak...

Tanpa Nama berkata...

klau g konsert,yahudi bertepuk tgn...klau lyn facebook yahudi bersorak..tiap ari makin bertambah ahli mereka

Tanpa Nama berkata...

editor unimapkini hisap rokok tak...agenda yahudiii tuhhh....

mahasis berkata...

alhamdulillah...bkn stkt editor,krew2 n wrtawan2 unimapkini mmg xde yg mrokok..

sgla prkara yg mmdharatkan tnpa ade ruang utk mmbri faedah kpd kita&Islam,wajib kite tolak..

xtaula kot2 knsert cm hjn tu ade kbaikn pd diri&Islam..

teknologi musuh blh dgunakan utk mghncurkn msuh..cme hgpa pi gune kut len,tu mslhnye..

Wallahu'alam

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum...

sahabat2 salian...

1 je ana nak pesan..

kite berbalah dan menyokong pasal maksiat..

umat manusia kini lebh suke kn nyanyian..

ape kah itu? tanda apakah itu?

istigfar bnyak2..dunia makin tue..apakah kite akan berakhr dgn termasuk golongan yg sesat atau golongan yg diredhai allah...wallahu'alam..

Tanpa Nama berkata...

lompat lompat jerit jerit tu macam apa...??? koorang ingat teori Darwin tu betul ke yang nak buat macam tu??? nenek moyang kita Nabi Adam & Hawa la... bukan MONYET...!!

Tanpa Nama berkata...

editor unimapkini.. kami menunggu kertas kerja dan cadangan dari pihak anda... mai la berdepan dengan pihak unimap, kita buat program kerohanian yang unimapkini nak cadangkan plak.. janganla syok sendiri tulis blog ja.. jaguh cyber ja camna.. lebih xdak teluq dari yg commentor yang guna tanpa nama.. hehe.. tanpa nama sedia berdepan dengan unimapkini bila2 masa jika ada cadangan program2 terbaik..

Tanpa Nama berkata...

weh tanpa nama 5..nk kritik bleh..tapi jgn ar ckp cam ko 2 xde tamadun..ader ke ckp org duk surau xbertamadun..so lau bpk ngn mak ko g terawih ari2 kt surau..t ckp ar..mak abah..xde tamadun ar duk surau..jgn 2 igt2 skit...mybe ader baiknye unimap uat n maybe ader buruknye..tapi jgn ar smpai ckp duk surau xbertamadun...ko cam slhkan org yg slalu duk surau 2 xbgs..sedar2 la skit..wlaupon aku nie iman xkuat..sekurang2nye aku ader gak ilmu...ko ckp cam xde agama je...

kami sayangkan Islam berkata...

betul tanpa nama 43..

jaga nak bercakap tu..jgn sampai terbatal iman kita..kena mengucap balik abang oi..astaghfirullah..

Tanpa Nama berkata...

betol2...aku setuju dgn tanpa nama43..no5 ni melampau sgt..mcm xd didikan agama lak..kuno sangat ke dok masjid ni..aku pon bkn kaki masjid..tp sekurang2nya tu respect la sket..

yg benar...
Mat Capang

kami sayangkan Islam berkata...

kita semua x sempurna,tapi kena berusaha ke arah itu..

ingatlah,agama x blh dipsahkan dari kehidupan..
aku bukan baik sgt,tapi aku msh ingt ustaz aku cakap,jgn hina ulama' dan orang nak buat baik..
kita nak wat bnda baik,duk diam2 jer..
tp jgn marah org nak wat baik,.takut mcm kita nak lawan Allah plak..

kalau rase iman dan amal tu dah cukup,rase hebat nak lawan Tuhan,silakanlah...

Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu..
Ya Allah,ampunkan dosa2 kami semua..

Tanpa Nama berkata...

tol la..
klau duk kondem je xde guna gak.
mne usaha2 unimapkini kt luar..
xde nmpk pon..


adakah korang takot kepada kebenaran...

susu lemak manis berkata...

kpd tanpanama 47: Unimapkini dah usaha dalam blog ni,sebar maklumat..yg kita kat luar ni la kena usaha jgk..bukan duk terperap main komen jer..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
saya bukanlah warga unimap..tapi nun jauh di ibukota. Tahniah kepada editor unimapkini sbb wujudkan website ini. sedikit-sebanyak dapat memberikan maklumat dan mengetengahkan isu-isu terkini kpda mahasiswa unimap. say bukanlah mahu cenderung kepada mana-mana pihak, tapi isu hedonisme sebegini harusnya dipandang serius oleh kita semua. kami di ibukota macam2 cara buat xmau bagi anak2 muda islam kita terlalu berhibur sampai lupa diri dan lalai. baru-baru ini kami berjaya anjurkan konsert nasyid di stadium melawati shah alam yg kami sasarkan utk remaja2 dan student2 IPT di sekitar lembah klang. Alhamdulillah, penat lelah kami tak sia2..dlm kami sibuk memngimbangi keadaan di ipt2 di ibukota, rupa2nya kami terlepas pandang sahabat2 sekalian di utara..negeri yg digelar darussunah sememangnya bukan benteng dari ancaman hedonisme ini. betul kata2 sesetengah pengkritik disini, editor unimapkini serta rakan2 yg mempunyai kesedaran sepatutnya cuba tampil utk memberi alternatif kpd siswa/siswi unimap dgn menganjurkan program2 kesedaran/kerohanian..anda smua harus ambil komen2 mereka sebagai cabaran..krna saya yakin, anda sebenarnya adalah golongan2 yg berkesedaran..sahutlah cabaran mereka

- Gabungan Anak Muda Islam Se-m'sia

Tanpa Nama berkata...

tujuan konsert itu diadakan kerana mempromosi lagu mereka..jadi sekarang kita hanya menyokong lagu buatan anak tempatan..hujan..salah kah kita menyokong lagu tempatan sendiri??..saya tahu lompat dan terkinja2 tu salah..tetapi sesiapa yang dihadapan tu pentas yang x melompat dan terkinja2 akan dilabelkan salah..macam mna tu..fikir2kan lah..

Tanpa Nama berkata...

hurm..betol la tu..x salah kalo kita nk berhibur dgn mndengar lagu menyokong dan sebagainya
tp perbuatan melompat2 itu agak tidak wajar la sedangkan kerusi telah pun disediakan
lain la klo xda kerusi kna berdiri
kita slalu je salah buat pertimbangan n pilihan
maklumla sbb manusia itu mudah lalai...
budaya2 hiburan sebegini elok la diimbangi dgn aktiviti2 agama... nmpak gaya ceramah2 agama jarang didapati wlopun PERLIS DARUL SUNNAH..
apa kata unimap bergerak seiring dgn kehendak kerajaan negeri
kdg2 kita tlepas pandang pekara yg agak simple mcm nih...
sekian
moga mendapat rahmat n berubah demi kemajuan fizikal dan rohani...insyaAllah

wassalam

Tanpa Nama berkata...

konsert itu ada baik dan ada buruknya..jadi kita ambik kebaikannya..dan buang smua keburukannya..kita manusia tahu membezakan yang mna baik dan buruk..dan satu lg..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..fikir2kan lah..

Tanpa Nama berkata...

kita smua patut fikir program apa yang sesuai utk student..yang bersesuaian dengan jiwa belia..yang memberi kesan yang maksima kepada student..klau ceramah agama takut tidak mendapat sambutan..dan akan mendapat sambutan apabila mewajibkan smua student pergi ke program tersebut..ini hnya cadangan dan pendapat saya sahaja..niat dalam hati kita sendiri itu penting..nawaitu..Allah S.W.T sahaja yang tahu..waallahualam..

Tanpa Nama berkata...

salam..tahniah kepada editor unimapkini yg telah berjaya menghasilkan blog yang sebegini rupa. tahniah juga kpd anda yg telah berusaha bertungkus lumus utk mencari bahan2 utk mengkritik pihak pengurusan unimap. walau apa pon, anda harus ingat, siapa yg memberi peluang kpd anda utk belajar di unimap, siapa yg mencurahkan ilmu kpd anda sbgai persediaan utk menghadapi alam pekerjaan yg penuh cabaran. dalam post anda, anda menyatakan bahawa tugas mahasisiwa unimap adalah utk menuntut ilmu, tp anda sedar atau tidak, kata2 anda itu seperti cakap tak serupa bikin. kalau tugas mahasiswa unimap adalah utk belajar dan menuntut ilmu, kenapa anda mengkritik pihak pengurusan unimap? adakah itu juga dikira sebagai menuntut ilmu? adakah konsert hujan yg dianjurkan baru2 ini sebagai merosakkan akhlak pelajar unimap? unimap menganjurkan konsert tersebut sebagai hiburan semata-mata. bukannya unimap menganjurkan parti liar atau parti bogel. bkn unimap shj yg pernah menganjurkan konsert sebegini, malah sebelum ini byk lagi ipta yang pernah menganjurkan konsert sebegini rupa. jika isu konsert ujan ini anda jadikan satu isu yang besar, apa kata anda fokus kpd satu lagi isu yang lebih besar iaitu menuntut ilmu. jadi, nasihat saya.. kritik diri sendiri dahulu sebelum anda kritik org lain.

Tanpa Nama berkata...

o.....kalau tugas menuntut ilmu,langsung x bleh kritik la...x leh nak bersuara??
jadi bisu semua..pihak pengurusan semua betul kan..
tugas kita belajar,terima saje apa pihak pengurusan buat..jadi lembu dicucuk hidung kan..
bagus3,inilah pemikiran pelajar yang 'baik'..

konsert hiburan jer,,,enak betul ayat...
nak tunggu wat parti bogel dulu ke baru nak buka mata...ker saudara pun suka perti tu..hehe..

isk,ipt lain wat konsert,kita pun nak wat la..

ipt lain wat pilihan raya kampus,kenapa U kita x nak buat?? itu lebih baik dalam melatih kepimpinan mahasiswa daripada terkinja2 dalam konsert tu..

ipt lain ada Persatuan Mahasiswa Islam @ Pusat Islam @ sepertinya,,kenapa kita x buat jgk??
Disebut dalam buku panduan pelajar dalam muka surat 39,(balik baca wei),,persatuan yg berasaskan agama dilarang takut membawa unsur berpuak2,taksub,jumud dan berfikiran tertutup..
Astaghfirullah..inilah pegangan pihak UniMAP mungkin..ingatlah wei,agama x leh dipisahkan dari kehidupan..kalau agama dipisahkan,nanti hangpa mati,nak tanam kat kubur mane entah..dah agama x de kaitan dgn kehidupan..


sama2 fikirkan..

Tanpa Nama berkata...

salam..semua..masing2 mengata sana..mengata sini..lebih baik kita fikir jalan penyelesaiannya..bukan menyalah orang itu..orang ini..fikir2 kan lah..

Tanpa Nama berkata...

penyelesaiannya,kita cubalah buat persatuan mahasiswa Islam yang akan menganjurkan program yg sesuai dgn mahasiswa.,.setuju x??

Tanpa Nama berkata...

weiii..aper kecoh2 haaa...nk bising2..itu x kne ini x kne...yg tehenjut2 tu bkn mslah unimap mslh org tu sendri..sengal lbey la tu....
selok nyer x pyh la ader konsert2 haaa....buang duit....peh tu yg dok kuar topik2 bab agama ni benti la...bek ko pegi cermah student2 yg brcekerama haa...bnyk sgt aku tgk.... saket mata ja.studnt skrg ni bnyk yg sengal aku tgk....kalo nk kutuk unimap merosakn mahasiswa...letak sama mahasiswa merosakn UniMap..zzzzzzzzzzzzzzz

Tanpa Nama berkata...

btul2..tanpa nama 58..

Tanpa Nama berkata...

ntah la wey..jd takut aq tgok...k0rg cmni..
mnusia berkelahi sesama sndiri..
ntah cmne la negara ntuk 30thun akan dtg??
idop lg ke?kene jajah ke?us serg mlysia ke?
spe la pemimpin yg mmpu memimpin negara kembali pulih cm zmn kegemilangan tmdun islam..
huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

korg pnah dgr x kelab penyayang kt unimap ni?
pe kata tarik je kelab tu jadi persatuan mahasiswa islam @ persatuan islam..
bez dow group ni aq tg0k..spe2 yg jd MPP tu yg ade bce2 ni..pe lagi,bg la cdgn kat HEP tu jgn wat taik mata lak ..xwat keje..

Tanpa Nama berkata...

konsert tu sebenarnya membezakan orang yang baik, matang dgn org yg mcm sial.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 55... macam ini ka perangai orang yang memperjuangkan agama.. kalau bahasa nak nasihatkan orang pon tak sesuai..ada ka orang nak ikut??? macam ini ka nk jadi tauladan kt orang.. nabi dlu pon kalau nak nasihat orang, xda guna bahasa kasar2 ni... saya xpernah maksudkan yang apabila belajar tak boleh nak kritik.. tp saluran yang anda gunakan tak betul... kalau nak kritik, guna saluran yang betul. bukan mengkritik dgn melulu tanpa usul periksa. jangan setiap perkara yang orang buat kamu nak kritik saja... saya tengok, setiap perkara yang pihak universiti lakukan, kamu kritik. daripada kamu asyik kritik ja, apa kata kamu buat satu program. kalau kamu kata konsert hujan merosakkan mahasiswa, apa kata anda buat satu konsert nasyid pulak... macam mana?? boleh tak? ini cabaran saya kepada anda

Tanpa Nama berkata...

itu la kita semua..xde saluran yg betul untuk bersuara..aku rasa better kita tubuhkan persatuan mahasiswa islam kat unimap ni..apkata editor unimapkini gerakkan satu memorandum untuk tubuhkan persatuan mahasiswa islam..ini untuk gerakan dakwah di unimap..soal puak2 xtmbul sebab persatuan islam untuk semua org Islam..org cina..org india..selagi depa islam, depa bleh join..tmbah2 skrg ni ada foreigner2 dr mddle east..inilah medium yg terbaik untuk kta berkenalan sesama muslim..kongsi ilmu2 dan sama2 berpesan-pesan kpda kebaikan..jom MPP kita buat memorandum utk tubuhkan PMIUniMAP..!!

Tanpa Nama berkata...

jom...saya sokong..jom tubuhkan PMIUniMAP...

MPP yg baru dilantik semalam di pulau pinang,silalah bersuara...

ISK..lantik pun di Pulau Pinang,UniMAP ada cawangan kat sana ke..hahaha..

takut la tu..

cakap pemimpin pelajar,tapi x isytihar kat tempat kita pun..

Tanpa Nama berkata...

wei..bodohla org yg suka buat blog ni..babi

Tanpa Nama berkata...

dah ar mahal..pdn mke x ramai org dtg...hujan wat tour, tp kte lak kne bayar kt die...ceh, cari untung ar tuuuu...klu kne baya pon, bia ar unimap bayaq,, penonton xpyh r...cehhhh

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 63,,sy tgk biase je bhs tanpa nama 55...ape yg kasar nye....nk lembut cmne lg saudara? musykil2

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 66,anda nampak babi ke dalam blog ni??

kalau x nampak,jangan duk sebut la..kan datang betul jumpa saudara,,,

kalau nak mencarut,tak payah komen la..mentaliti mencarut je tau..

sedap mulut maki orang,kalau orang maki kita,tahu plak nak marah ek..

Tanpa Nama berkata...

"wahai org2 yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan (terhadap sesama muslim), kerana sebahagian sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang..." -al-hujuraat(ayat 12)

sudah2 la tu editor...buat lah berita yang membina...

pengkritik_sini$ berkata...

assalamualaikum...

PMIUniMAP hendak ditubuhkan, usul juga telah dikemukakan,tetapi org atas tidak setuju..sebab mereka taknak unimap ni nampak berpuak2,melayu dengan melayunya,india dengan indianya,cina dengan cinanya..... seperti yg anda tahu,unimap adalah juara perpaduan... mana mungkin mereka hendak meluluskan PMIUniMAP?? dah banyak usaha telah dilakukan....

ataupon mungkin... pihak atasan gentar akan tertubuhnya PMIUniMAP... ini kerana, persatuan tersebut akan menjadi pembangkang di unimap, seperti mana ianya berlaku di kebanyakan universiti tempatan....

wallahua'lam...
=)

Tanpa Nama berkata...

pengkritik sinis konon...tak sinis langsung...heh..

Tanpa Nama berkata...

PMIunimap belum tertubuh pun dah nampak dah hidup secara berpuak puak.apata lg dah wujud PMIUnimap...mesti ada yg letupkan diri..wakakkaka

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama 73: apa kaitan dengan letupkan diri??

\sila berhati2 dgn kata2 anda...kata2 anda seolah2 menunjukkan Islam itu ganas,terorrist..pemikiran orang seperti saudara nilah yg mencemarkan maruah Islam..

astaghfirullah...kalau anda orang Islam,insaflah..hati2 dalam berkata2,takut2 terbatal iman saudara..

kalau anda non-muslim,perbetulkan pemahaman anda..Islam adalah agama kedamaian...

Tanpa Nama berkata...

hahaha...tertarik pulak dgn tanpa nama 62..
betul jgk..konsert tu actually membezakan org yg matang n org yg x braper nak matang..
pandai2la korg nak idup..haha..
lagi satu tertarik jgk..tanpa nama 5..
adeker duk surau x bertamadun..maknenyer g konsert tu bertamadun..terkinja2..ntah aper yg korg duk layan pun xtau la..fanatic?tada akai pa..
yg anjurkan pun satu..sal duit..ko rosakkan stdnt..ko pun samer..tggunglah per yg patut..penuhkan bakul ko..bawak masuk kubor!!hohohoho..

Tanpa Nama berkata...

x payah panjang2..AKAL da ade,gune

Jiwa Kacau Tp Minda Matang berkata...

Assalamualaikum semua....cuma nak ulas sedikit la tentang perihal kelakuan kita sebagai seorang remaja yg ke konsert....selalunya yang ke konsert ini adalah yg meminati lagu yg didendangkan atau meminati kumpulan2 yg mendendangkan lagu tersebut......cuma sejak bila kita melangkah kaki ke konsert ini. adakah ketika kecil2 lagi dibawa oleyh ibu bapa kita, abg2 kita....jadi menjadi acara yg merapatkan keluarga pula ke konsert2 mcm ni.......dan bila dah menjadi kebiasaan maka menjadi sngt majulah minda org yg dtg ke konsert dan sngt jumudlah bg yg tidak ke konsert kerana dididik tidak pergi ke konsert2 kerana ibu bpanya yg hanya menjaga tatacara keluarganya dr tidak menjadi seorang yg tidak terlalu kacau jiwanya atau terlalu "kosong" jiwanya....didikan ke surau menjana pemikiran lantas luahan kata2 akan tersusun dgn akhlak yg mulia, ttp kugiran dan konsert utk menjana jiwa hanya menjana muda mudi yg berkata tanpa akhlak lantas perbuatan hanya dizahir dgn jiwa yg tlh diisi dgn kugiran2 kosong dan lirik penuh makna tanpa haluan......betul tidak salah berhibur, ttp adakah jarang2 anda berhibur??bukankah laptop dekstop di depan mata anda?external sebagai peranti pertukaran hiburan, sharing yg memberikan anda unlimited hiburan??....inikah yg dikatakan kurang berhibur??kurang bersenam adalah mungkin kot.....kalau ke surau perbuatan2 solat sunat wajib itu semua dikira senaman bukan???.....berfikir dgn minda yg telah dikuasi jiwa sepenuhnya adlh pemikiran2 zaman kejatuhan remaja muda mudi kini......berfikir dgn akal yg menguasai jiwa membetulkan prasangka dan amalan buruk kita InsyaAllah.....renung renungkan dan selamat beramal

ahlong_13 berkata...

aku heran sangat ngan orang malaysia ni... apsal sangat suka berhibur...??? aper yang best sangat pasal konsert, ngan "jom heboh",dan macam2 lagi, yang aku hangin ngan penganjur.... apsal lak nak buat hari jumaat?? hormat arr sket hari jumaat,hari lain kan ader...

hayati lirik lagu ni...
cuba korang fahami apa yang terselit kat lagu pak pandir ni...


Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku

"pengkritik_sini$"

budi baik berkata...

budak2 main kotak
kepale hotak
aku tak puas ati ayat orang yg ckp pi surau tu org tak bertamadun
kalu tak pi surau sekalipun jgn la ckp smp mcm tu sekali
dah la tak pi surau pehtu menghina org pi surau
nanti kene panah petir baru ko tau kot tinggi rendah langit ni
ape la yg bes hujan tu?
dah la kene bayar
aku tgk tak ramai pon yg datang
ramai lagi budak datang 7pillars..
huhu

Tanpa Nama berkata...

wei, korg bising2 naper? Orang datang nk dpt Ijazah.. Orang nak berhibur, enjoy suka hati laa!
Tak kacau korg pun! Duit sendiri!

Yang korang buat blog, hasut sana-sini tak salah ker? Ganggu orang lain hilang kedamaian!

Tanpa Nama berkata...

bising ker?? lagu pon xder dlm blog neh...yg hujan memekak sane sini x bising lak??... remaja yg sadis seperti kau ni lah mase depan hancur ditelan jiwa seranah... ckp xgune pertimbangan... akal fikiran ditelan karat karat kejahilan... benarlah kata kata aku ini andai engkau msh berfikir kosong tanpa waras dan ingatlah dunia ini hanya hiburan dan khayalan... akhirat itu kekal selamanya~ aminnn

Tanpa Nama berkata...

utamakn sunnah dh al quran....
kerna ia penyuluh idop....

-saya-

Tanpa Nama berkata...

kepada Tanpa nama 80...

ko dtg unimap ni smate2 nak dpt ijazah? tu je? tngok.. niat ko dtg unimap ni pun dah salah... tu psal la ko ni jumud giler.. sbb ko ni pelajar sekolah spatutnye..

tngok mcm kami yg prihatin terhadap keadaan skeliling..kami adalah mahasiswa yg hadir ke unimap ini utk mengaji kerana Allah suroh.. x mcm ko..

aku pelik btol.. dah terang2 org yg sokong hiburan kat unimap ni kutuk mcm2 smpai ade yg nak batal iman pun ade (yg ckp psal org yg hadir ke surau itu x bertamadun)..itu pun nak sokong lgi ke?

gune la otak utk berfikir.. kalo x nak sokong mahasiswa mcm kami ni, diam2 dah la.. jgn plak nak sokong murid unimap yg hmpir terbatal imannye..

Tanpa Nama berkata...

kalau hati dah gelap... bnda yang HARAM pown ckp halal... apamcm bro?

jiwa hamba berkata...

assalamualaikum. membaca komen2 kalian membuatkan sy berfikir, apa ertinya kita menganut Islam. kadangkala kita tidak sedar apa tujuan kita hidup di muka bumi ini? apa tujuan kita menumpang tanah milik Allah? adakah dengan mengadakan perkara2 yang tidak disukai Allah. xmalukah kita hamba yang tidak mempuyai apa2 berdiri megah tanpa bersyukur dan mengabdikan diri kepada Allah.? ingatlah matlamat kita hanya satu iaitu Allah. Allah adalah matlamat kita.jika kita kata kita mau enjoy ..boring asek blajar je.. knapa x hiburkan hati kita dengan mentadabur dengan ayat2 al - quran yang lebih menenagkan kita. Renung2 kan.. wallahualam.