Bicara Siswa


Selasa, 13 Oktober 2009

Borang, Nilaian Demokrasi Kampus

Alkisahnya, suatu ketika dahulu, ada seorang pegawai tinggi HEP di sebuah universiti di Pulau Pinang yang memutuskan suatu keputusan untuk memansuhkan pilihan raya antara desasiswa. Desasiswa adalah asrama, seperti kolej kediaman di UM atau kamsis di UKM.

Hal ini ditentang secara diam-diam oleh warga kampus kerana takutkan pegawai tinggi HEP tersebut. Satu-satunya wadah, suara yang menentang dasar tersebut adalah Berita Kampus, sebuah akhbar yang dikendalikan oleh kira-kira 44 mahasiswa kewartawanan di Pusat Pengajian Komunikasi.

Mereka melawan melalui penulisan mereka. Mereka melawan pada zaman di mana blogspot belum masyhur dan tersohor seperti sekarang. Segelintir dalam kalangan mereka bergelut sakan dalam keadaan Facebook belum wujud, YouTube belum berkembang dengan pesatnya seperti sekarang.

Jika semua ini wujud, entah apalah yang akan terjadi kepada pegawai tertinggi HEP itu sekarang. Bagaimanapun, khabarnya, pegawai HEP itu sudah dikirim ke Unimap (Universiti Malaysia Perlis) kerana beliau sukar hidup dikelilingi warga IPT yang tidak senang dengan kehadirannya di kampus lama.

Syahadan, apabila kita menyentuh soal Unimap, inilah berita yang kita terima dari universiti di utara tanah air itu. Kononnya, Pro Aspirasi (penyokong Umno, BN) telah menewaskan kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu selepas tamat sesi penamaan calon. Mereka bukan menang dalam pertarungan. Tapi, menang selepas musuhnya tidak dibenarkan bertanding.

Ketika kita ghairah dengan Bagan Pinang, tragedi gempa di Padang, tiba-tiba terdengar laporan mengenai kekecohan dan kecurangan dalam sistem pilihan raya kampus kita.

Jika khabar ini benar, maka pilihan raya kampus adalah lebih tidak demokratik dan tidak adil berbanding pilihan raya di Bagan Pinang dan lain-lain pilihan raya kecil sebelum ini. Kegagalan untuk bertanding itu berlaku oleh kerana kegagalan mereka mendapatkan pengesahan pihak berkuasa dalam kampus.

Dan, tentunya pengesahan untuk bertanding pilihan raya itu memerlukan sejenis borang untuk ditandatangani. Dan, kita perlu bertanya - adakah wajar kepimpinan itu tertolak, gara-gara gagal mendapatkan tandatangan di dalam borang tersebut?

Salah Isi Borang


Benar. Hakikat ini memang cukup pedih diterima. Dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum, kepimpinan kini tertolak hanya kerana salah isi borang.


Sekarang, masa berubah. Dalam negara kita yang mana hampir kebanyakan universitinya masih berlumba-lumba mahu mendapat pengiktirafan dunia, mengejar gelaran universiti penyelidikan, mahu tersenarai dalam 'ranking' 200 buah IPT terbaik di dunia, ternyata masih ada pemimpin universiti yang curang dalam mewarnai demokrasi.

Kalau dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, calon-calonnya boleh tertolak kepimpinan kerana salah isi borang, maka adik-adik kita di universiti hari ini telah ditolak kepimpinan, hanya kerana pemimpin IPT 'enggan' menandatangani, memperakui hak mereka untuk bertanding.

Kepada yang terlupa, sila ingat semula kes di mana UIAM telah meminda syarat-syarat bertanding agar calon-calon pimpinan mahasiswa itu boleh bersyarah dalam bahasa Inggeris. Juga, jangan lupa bagaimana notis pilihan raya itu dikeluarkan hari ini dan esoknya notis pilihan raya itu boleh dicabut semula.

Maklumat dalam notis mengenai pilihan raya itu boleh ditampal pagi ini dan petang ini dihilangkan semula. Semua maklumat dipendamkan dan ia cuma berlegar sekitar calon-calon mahasiswa yang memihak kepada parti pemerintah sahaja.

Hilang Hormat


Saya secara peribadi mula hilang hormat apabila pemimpin universiti mula bertindak begini ketika zaman berkuliah. Ketika saya mendapat tahu bahawa pensyarah tersebut berpindan ke Unimap, rasanya tidak perlulah dipanjangkan lagi sengketa lama itu. Cukuplah dengan apa yang telah kami usahakan ketika sama-sama memimpin Berita Kampus dahulu.

Selepas zaman berkuliah, rasanya elok menumpukan hal-hal lain pula. Tapi, nampaknya kita tidak boleh berdiam diri juga. Tidak perlu diperturunkan secara jelas di sini apakah yang telah berlaku di Unimap baru-baru ini. Sidang pembaca boleh membaca dan mencarinya sendiri.

Apa yang ingin saya sampaikan secara peribadi kepada para pimpinan universiti yang bijaksana di sana ialah, tak bolehkah dengan akal bijaksana, kita menjaga maruah dan kehormatan kita sebagai mahaguru universiti?

Bukan suatu yang rahsia lagi, bahawa ada pensyarah yang pro kepada parti pemerintah. Itu tidak salah. Ada pensyarah yang pro kepada Pakatan Rakyat. Ini juga tidak salah. Semua parti ini dihalalkan undang-undang dan perlembagaan negara. Tapi, tidak bolehkah kita simpan rahsia politik dalam perut masing-masing?

Saya percaya, mahasiswa kita masih hormatkan NC, TNC yang memihak atau terpaksa memihak kepada parti pemerintah, selagi mana politik mengampu untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin universiti ini tidak sampai mendera mahasiswa sendiri.

Mengampulah sebanyak mana pun, siapa yang peduli? Tetapi, idea menjahanamkan demorkrasi kampus, usul mengkasi pemikiran, memangkas idea pembangunan akliah mahasiswa ini bermuara dari mana?

Bodeklah, tiada salahnya. Tetapi idea untuk mencetak borang ini datangnya dari siapa? Timbul tenggelam idea gelap hingga NC perlu menandatangani borang ini, gelombang tsunami idea jahat ini, ombak badainya datang dari monsun taufan mana? Lalu, kita pun mahu bertanya sebagaimana almarhum W. S. Rendra pernah bertanya lewat Sajak Pertemuan Mahasiswa ...

"Sekarang matahari, semakin tinggi.
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala.
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan?

(Sajak Pertemuan Mahasiswa, 1977)

Adakah kita mahu kampus hari ini mengasuh mahasiswanya menjadi cukong kapitalis, politikus pengamal amalan plutokrasi yang menindas rakyat marhaen, atau mereka berjuang memutuskan ikatan tali, belenggu ketakutan yang berselirat di dada rakyat? Kita menuntut jawapan!

Kepada pemimpin universiti yang mahu menonton Rendra mendeklamasi Sajak Pertemuan Mahasiswa tersebut, boleh mencapainya di YouTube.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

podah unimapkini.. hg belajar ja la.. jangan dok komplen sangat, dapat ijazah nanti baru masuk politik, p jadi calon paling muda masuk pilihanraya.. pelajar sepatutnya bersyukur kerana unimap telah sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para pelajar.. apa lg yg x cukup n x kena? sedarlah, pembangkang hanya pandai cakap ja, janji mcm2, janji dengan air liur ja sapa pn bleh la.. kalo rasa unimap x sesuai berenti, p study kt universiti lain

mahasis berkata...

Tanpa Nama ni cm hebat sgt perform kt universiti dlm bdg akademik..hg ckp byk2 ni brp kali hg duk p sumbg prestasi bek hg dgn dpt dekan pd universiti dn menaikkan name universiti dlm bidang akademik,klu stkt bidang2 len xyah sembng la,universiti ni kn tmpt stdy,btul x,tu pmhamn hgla,bukn aku,sbb aku rase tunai hak Allah tu lbh utma...cube cek brp kali hg dpt dekan,sembg kemas sgt ni ssh jgk..

satu lg jgn la duk isi otak tu dgn ideologi sekular,xabih2 nk sekular..bljrla jd muslim yg uptodate skit,ni sbut psl politik dh mlatah..awt?politik ni kt luar je ke?hg nk mkn tu pun ade politik die..nila sbb xmngaji abih,maksud politik pun xphm2,nnti p bljr politik Islam,bkn p bljr politik barat..

ni bkn mslh bersyukur ni,tp universiti ni ade tggungjwb pd student,itu yg kte tuntut,jgn ingt kite bdk bodoh,bkn nk komplen,tp kne phm skit..tggungjwb die kne bt PRK,kne berskp adil pd stiap mhsiswa,bkn doktrin n mmperhambakan mahasiswa untuk ikut undang2 yg salah..

hg suh kmi brenti??hg tu patut berenti!!klu stkt xpnh dpt dekan duk unimap ni,xpayah bljr unimap,sbb mnyusahkan n jd smpah pd unimap,klu hg kate,"skurang-kurangnye kami usaha utk fokus bljr n bntu unimap" aku nk tnye plk,yg duk p pulun fokus tu awt xdpt2 dekan..

Tanpa Nama berkata...

kenapa buat penamaan calon??? kenapa tak lantik terus saja MPP kalau macam ni??? Nak tipu KPT dan menteri KPT ke???

adebe berkata...

Pernah anda membaca mengenai gerakan Iluminati? mungkin ada kaitannya dengan 'demokrasi' hari ini...

ahmad berkata...

Demokrasi menuntut kebebasan bersuara..

Mahasiswa pewaris kepimpinan negara!

HEPA sepatutnya bertanggungjawab dalam melahirkan graduan yang berani , kritis , bijak dan berkebolehan. Mereka tidak sepatutnya menyekat dan merosakkan segala usaha kearah itu.

khalid saifullah berkata...

hmm.. secara umum nyer, jangan melihat politik sebagai satu pertembungan antara parti2 politik semata. banyak bende yang kiter boleh dapat dengan pengetahuan dengan isu2 semasa yang luar kampus dan dalam kampus. kalu dalam kampus, bukan MPP yang dikejar, tetapi kebebasan utk bersuara dan memberi pendapat dalam nak memajukan institusi UniMAP. Kalu saper yang pernah sekolah asrama dulu rasa terpenjara oleh undang2 skolah, xder kebebasan, nak kuar pon kuar pon keen tggu outing,begitu juga ngn minda mahasiswa. perlu pada kebebasan utk bersuara dan memberi pendapat kepada negara.
saya tgk satu siaran TV1 yang mana dr fadzley ke apa nama die.. pelakon tu, masa tu bicara siswa ker kat U di sabah. die kata die merasa kecewa sebab soalan yang mahasiswa tanya dalam program tu hanya berkisar tentang masalah xder bumbung utk pejalan kaki dalam u..takat tu jer ker minda mahasiswa kiter. die nak baca pon malu.. takat mana minda mahasiswa kiter dalam nak terokai dan melihat isu yang lebih besar seperti isu negara dan sebaiknya dunia.. die yang kata, bukan saya.

penting nya kiter fahami isu2 yang berlaku bukan dalam bentuk politik semata, tetapi dalam bentuk yang terbuka n open minded. supaya kiter lebih terbuka dan boleh menerima pendapat org lain. kalu korang p interview pon, xer dier tanya soklan engineering sumer, ada die akan tanya soal apa yang berlaku dalam negara.. kalu mnda kiter hanya berlaku dalam kampus susah lar..

fikir2 kan lah..

alumni unimap.

Tanpa Nama berkata...

btul kata anda khalid saifullah. program yg dipengerusikan oleh dr fazley 2 bernama Suara Siswa. saya juga ada mengikuti program tesebut. ada sekali 2 beliau sendiri kecewa kerana ada mahasiswa2 kita di luar sana apabila pergi interview, soalan yg diajukan oleh mereka kepada panel adalah berapa gaji n bagaimana nk naik pangkat dgn mudah??? i2 semua soalan yg menampakkan kesempitan mahasiswa2 kita.

memg benar. kita hanya nak kn hak kebebasan bersuara. sebab 2 kita tuntut prk kerana i2 pun termasuk juga dalam hak seorang mahasiswa. tp, kalau prk pun kita x dpt tuntut, cne kita nk melakukan kebebasan bersuara yg len. jd mpp 2 soal kedua. x kisah la sapa yg jd pon, asalkan mereka merupakan pilihan mahasiswa2 dan sanggup membawa suara mahasiswa ke atas.

Pemerhati berkata...

aku bukanlah penyokong setia pembangkang hatta pengikut setia pemerintah. tapi aku bersyukur sbb walaupun keadaan negara kita tersepit dalam kemelut politik tapi ianya masih lagi terkawal.

berkenaan dengan politik kampus, aku rasa ianya tidak salah sbb politik kampus ini memberi kesedaran dan kepentingan berpolitik kepada mahasiswa. melalui latihan kecil pilihanraya kampus inilah yg memberikan kesedaran kepada golongan muda untuk tahu kepentingan pilihanraya negara. korang sedar atau tak, setiap tahun kesedaran golongan muda untuk terlibat dengan pilihanraya negara semakin merosot, dan kebanyakan golongan muda ini adalah pelajar universiti yg belum mendaftar sbg pemilih. alangkag ruginya sbb kerajaan dah memberi keizinan semenjak berumur 21 tahun untuk menyuarakan hak kita sbg rakyat malaysia. tapi sayang, keadaan ini tidak berlaku di kampus kita, unimap. hak pelajar di ketepikan hanya kerana untuk menjaga kepentingan individu.

btul..anda semua datang ke universiti untuk belajar. tapi sedarkah anda semua perkataan belajar itu terlalu umum?? apa guna anda hanya tumpukan kepada akademik untuk mendapat anugerah dekan setiap semester tapi dalaman anda kosong sekosong kosongnya. tak guna mendapat pointer tinggi jika anda tak ada ilmu untuk menhadapi hidup. belajar di universiti bukan sekadar belajar untuk mencapai pointer tinggi tapi sbnrnya di universiti inilah anda akan belajar untuk menjadi manusia...untuk berdikari dan untuk mendapat ilmu. ilmu itu terlalau luas..ilmu akademik..ilmu kepimpinan..ilmu kemasyarakatan dll. inilah ilmu yg akan menyediakan anda andai kata anda ingin berdikari apabila habis belajar, seperti ingin menjadi usahawan. jadi kepada mereka2 yg berfikiran jumud dengan menyatakan anda datang ke universiti hanya untuk fokus kepada akademik semata-mata adalah salah.

btul, pihak HEP mempunyai hak untuk mencari calon yg menyokong mereka, tapi bukanlah sampai menyekat. cukup sekadar memantau. keadaan ini bolehlah diibaratkan dengan kerajaan pusat yg sentiasa memantau perjalanan kerajaan negeri yg diperintah oleh pihak pembangkang.

btul, pembangkang tak pernah bg apa2 contribution kepada rakyat, tapi sedarkah anda melalui pembangkanglah rakyat mengetahu kepincangan sesebuah kepimpinan? melalui pembangkanglah penambahbaikan untuk sesebuah kepempinan dapat dilakukan utk rakyat. dan melalui pembangkanglah pihak pemerintah tidak terus lupa diri. igt...kalau tak ada org menegur kita tak tahu apa salah kita. jadi pembangkang ini masih di perlukan utk menegur pemerintah supaya sentiasa sedar akan masalah rakyat. ada pepatah menyatakan (tidak igt dr sumber mana), " kalau kita nak tahu apa kelemahan dan kekuatan kita, tanyalah pada 'musuh' kerana kalau bertanya kepada seorang 'kawan', selamanya anda akan terlena". musuh atau kawan yg dimaksudkan bukanlah musuh btul tapi boleh diibaratkan sebagai org yg suka membangkang dan org yg suka mengikut.

wallahualam.

p/s: komen ini adalah komen peribadi sahaja. maaf kalau menyinggung mana2 pihak.