Bicara Siswa


Isnin, 5 Oktober 2009

BETULKAH WUJUD KEKANGAN DALAM PEMILIHAN MPP??

Assalamualaikum …

Salam kebangkitan untuk mahasiswa bersatu…

1. Tinggal sehari sahaja lagi menjelang penamaan calon bagi pemilihan MPP UniMAP akan datang.Pelbagai cerita kedengaran bahawasanya mungkin ada perancangan untuk mengekang mahasiswa UniMAP daripada menyertai pemilihan kali ini.

2. Bermula dengan pembubaran MPP yang lalu dilakukan sebelum hari raya,namun dihebahkan agak lewat,iaitu selepas raya sehingga mahasiswa uniMAP tidak sempat untuk mengambil tahu perkara ini.

3. Kemudian kita melihat kepada harga borang untuk menjadi calon berharga RM50 dan wang cagaran RM200.Ini mungkin cubaan untuk menyekat mahasiswa daripada terlibat dalam pemilihan ini.Ia juga seolah-olah suatu perniagaan dan cubaan menganiayai mahasiswa dengan meletakkan harga yang tidak munasabah berbanding universiti lain.

4. Timbul pula pengakuan dari individu tertentu yang menyatakan mereka diberi borang percuma oleh pihak tertentu dan mereka tidak perlu membayar wang cagaran untuk terlibat dalam pemilihan ini.Pelik dan aneh.Jika benar kenyataan ini,maka berlaku suatu penganiayaan terhadap mereka yang sanggup membeli borang di HEPA dengan harga yang keterlaluan itu.Ini mungkin menunjukkan wujudnya kronisme dan kezaliman serta pencabulan terhadap hak-hak mahasiswa.

5. Mereka yang pergi membeli borang yang harganya seperti harga 3 kilo daging lembu tempatan itu mesti berada batang tubuh mereka di kaunter HEPA ketika membeli borang tersebut. Tidak boleh mewakilkan kepada orang lain untuk membeli borang tersebut.Namun mereka yang diberi borang percuma itu dikatakan diberi pada malam hari,dan tidak pula hadir di pejabat HEPA.Sesetengah mantan MPP dikatakan menjadi orang yang mengedarkan borang percuma.Jika benar apa yang diberitahu,maka ini juga suatu penyelewangan.Nampaknya hak demokrasi mahasiswa UniMAP telah disekat dan dicabuli.

6. Terdengar juga ura-ura menyatakan ada sesetengah dekan akan cuba mengelak dan mengamalkan sikap ‘double standard’ terhadap calon yang membeli borang,tetapi begitu mudah berurusan dengan calon yang diberi percuma.Dikatakan dekan HEPA tiada sepanjang minggu ini.Ini juga mungkin satu helah.Untuk calon umum,perlu meminta tanda tangan dekan HEPA atau Naib Cancelor.Sebagaimana diketahui,ayahanda NC agak sibuk.Jika esok hari terakhir untuk mendapatkan tanda tangan pengesahan,calon gagal untuk mendapatkannya,maka sia-sialah pengorbanan mereka.Seolah-olah di situ wujud satu agenda untuk menghalang demokrasi dalam kalangan mahasiswa UniMAP.Diharap ayahanda NC yang disayangi mengambil perhatian terhadap perkara ini.

7. Kampus adalah tempat untuk menimba ilmu bagi mahasiswa.Itu sudah tugas utama.Namun mahasiswa yang intelek adalah mahasiswa yang mampu memimpin.Dunia kampus adalah medan untuk mahasiswa melatih kepimpinan dan softskill mereka.jika mahasiswa disekat dari hak-hak mereka,maka bekulah mahasiswa tersebut.Hanya tahu menghadap buku,tapi tidak tahu untuk hidup dalam masyarakat.


Sama –samalah kita tunggu,,

Kebenaran tetap benar..

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju2..saya dianayai....tolong....

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya unimap!

mahasis berkata...

salam..

bagus,satu demi satu dibongkar, satu demi satu pekong didada terserlah..demi menuntut hak mahasiswa,kita perlu mengetengahkan hal2 ini spy mhsiswa unimap celik dan tau keadn sbnr..

gunekan media ini utk menyedarkan shbt2 kite diluar sne,mereka mmpu mengubah dan kuasa terletak ditangan mereka..

Student power!!

Tanpa Nama berkata...

UniMAP bkn leh prcaya.dr NC smpai Dekan suma penipu ja.smbang kemas x prnah jatuh.

Mangsa berkata...

Mana boleh macam nih...Ke mana demokrasi kita?

Tanpa Nama berkata...

panggil la media .. buat semua yg patut.. record segalanya dari awal pembelian borang hingga akhir ... tapi kalu cakap blog ja..p rah... aku pun sokong prk.. aku pun(u lain) ada nasihat adik2 junior d unimap yg ku kenal masuk prk yg betul2 x puas hati dengan unimap.. tapi hempeh..sorang pun x p.. alsan borang mahal,duit cagaran mahal..belah la.. kalu betul nak naik..kena usaha ..cari ikhtiar..dengar borang RM 50 dah kecut perut..pemimpin ka.. pas2 komen2 blog... apa ni.. cakap saja x best la... usaha blog2 macam ni dah lapuk la.. woi student unimap..dengar x.. p la keluar..kumpul bukti ka.. ni x cakap2.. dari dulu benda sma ja.. tengkorak dia kalau kata kami dah buat apa yg mampu oleh penulis..mampu apa kalu asyik tulis blog.... kalu blog best x pa.... baik aku bca harakh daily lg best dari blog mcm ni... tui(ludah).....

admin berkata...

apa usaha anda??? jika katakan kami sekadar ber'blog'. anda?? sekadar meng'gomen' dalam blog kami.. cam 2? usaha sentiasa dibuat!

AntiCakapBanyak berkata...

ckp saja pndai.sama naik ja.gi la baca harakh ko tu.mcm best.tuih(ludah blk)

Tanpa Nama berkata...

tuih(ludah lagi)..tuih..tuih... tuih..tuih... usha tengkorak ko.. tuih..tuih... jom baca harakah.. tuih.. usha sentiasa dibuat konon... tuih...belah la.... komen la.. sapa suruh ko buat blog bodoh n x menarik,orang masuk baca,rasa x menarik..komen la,kritik ka,sindir ka..hahahahaah...... tuih... tuih...

Tanpa Nama berkata...

dh tau x besh sapa suruh baca.puih..bg free pon aku koyak ja harakah tuh.wtunggun api lg bagus.lahar tuihhhhhh....

Tanpa Nama berkata...

dah kata ada berita hangat.. bukak la..kalu baca rasa hampeh.. suka hati la nak kutuk..sapa suruh buat... tuih....

Tanpa Nama berkata...

nice blog than the news...at least student that doesn't care 'bout their own u will start to know it(like me)...harakah do the same job as this blog...while effort is on work some need to spread the news...

Tanpa Nama berkata...

hoh...bkn sume info dlm blog ni btol...jd pndai2 sendiri la...kate mahasiswa intelek kn... b profesional la,...mcm bdk2...point no.5 xleh pakai...fitnah...calon borg free pon kne ade batang tubuh pd waktu pengambilan borg (wlopon free)...n pd waktu pejabat (bkn wktu mlm)...bg ak borang rm50 tu x rugi pape pon...n 200 is cagaran..CAGARAN je pon...bkn xleh dpt blek...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 13...jadi betul lah borang free diberi kepda calon2???
Ini penipuan besar kepada mereka yang membeli borang dgn harga x munasabah tu...
Mana keadilan??
Anda bersubahat juga dalam pemberian borang free ke....

Tanpa Nama berkata...

kpd tanpa nama 13..jd memang btl la brg free diedarkn pada org2 trtentu???memang la bg ko RM 50 tu x de pe pon sbb ko dpt BORANG FREE...lainla kami yg kena bli..memang sah ko salah seorang dr dalang yg trlibat.

Tanpa Nama berkata...

haha...bukan takat borg free je..tapi resit palsu pon dpt jgak.bajet nk cover la kalo2 de yg x puas hati...bertuahnye jd student yg rapat ng mantan2 mpp..senang2 je ley jd mpp...hohoho...tayah la wat pilihan raya smpai bile2...ikut je la pilihan hep tuh..nape nk bertanding untuk sesuatu yg kita da taw keputusannye...n MPp bayangan yg digembar gemburkan sblom nih da jd mpp sebenar...shud we happy about it or tutup mata pekakkan telinga?tapi cam tade pape yg ley wat pon...huhu..kaoo wat petisyen pon,xkan sampai ke pihak atasan..sblom smpai da kna tapis abes2 da...

Tanpa Nama berkata...

btul la ade calon mpp dpt borg mlm tu..xpyh g HEP pun..kpd tnap nama yg asek duk ktuk blog ni..ko rs xmnrk..xpyh r baca..yg sebuk2 nk ktuk blog org tu knp??

kura-kura berkata...

penipuan yang amat jelas...
resit free,x payah bayar..sedangkan orang lain sanggup berkorban RM50..zalim...
ingat la wei,doa orang yang dizalimi x de hijab dgn ALLAH..
ni kalau lapor SPRM,kena la korang yg wat penipuan..
Si MALIK bekas YDP,anda subahat sama dalam pemberian borang free,maka anda pun terlibat sama dalam menzalimi calon2 yg beli borang..
kalau anda x minta maaf dgn mereka,berani jwb dgn Allah ??
hidup bukan setakat di dunia En Malik oi..

Padi berkata...

~Kantoi Bongok Disini~hahahahah....

Ahmad berkata...

Bagi borang free ni memang betol! Kawan aku pun dapat!

Siap paksa-paksa lagi suruh kawan aku jadi MPP.

Al maklumlah budak ni jenis mat lembut dan ikut telunjuk apa yang disuruh. Sebab tu dekan nak sangat-sangat tu...

Yang lain, boleh blah!

kura-kura berkata...

sudah jelas nyata lagi bersuluh penipuan mereka...

ayuh mahasiswa,sebarkan pada rakan2 kita yg lain...
ramai lg mahasiswa UniMAP yg x tahu..

Anak Perelih berkata...

sebagai orang tempatan yang pi mana pun di perelih ni dok jumpak UniMAP... pendapat saya... memang NC ni kaki bodek pemimpin UMNO... bukan takat kipas mas saja.. tapi dah jadi air-cond emas dah...

budi baik berkata...

MPP sampah. narjissssss...
bangang nak mampos. tensen lak aku.

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama 16,

sudah jelas anda menyokong kesalahan dan kebatilan bersama2 HEP dan NC(naib celake).. dan anda jangan sekali2 ingat bahawa subahat anda ini tidak mendapat kemurkaan Tuhan.. jangan ingat anda boleh terlepas dri azab Tuhan kelak.. tunggu je lah.. dah terang2 HEp ni kotor, asal nak sokong org yg kotor jugak? name je mahasiswa, tp pemikiran tu x ubah mcm org tua yg sokong Umno secara MEMBABI BUTA!

tuih berkata...

tuih! tuih! tuih! khhhhhhaaak tuihhh (ludah kahak)!!!!