Bicara Siswa


Rabu, 14 Oktober 2009

Disebalik BTN

Baru-baru ini BTN 'backup' telah diadakan sebagai salah satu elemen bagi melengkapkan 7 Pillars. Ia telah dianjurkan secara bersama antara HEP dan MPP. Tiga orang penceramah telah dijemput dan ia berjalan sepanjang hari bermula jam 9 pagi dan berakhir lebih kurang pada jam 5 petang.

UniMAPKini dimaklumkan, BTN kali ini dihujani dengan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang dilontarkan oleh mahasiswa yang mana secara langsung telah menghangatkan lagi sesi dialog yang dibuka selepas slot ceramah khususnya slot bersama penceramah yang kedua.

Walaubagaimana pun, sesi dialog dan pertanyaan dibuka dengan masa yang cukup 'limited', tidak diberikan ruang dan peluang yang sebaiknya bagi mahasiswa untuk melontarkan persoalan. Ia sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan mahasiswa yang ingin pihak penceramah menjawab pelbagai persoalan dan pertanyaan yang bermain-main difikiran mereka.

Namun begitu, beberapa persoalan telah berjaya ditujukan kepada penceramah termasuklah berkaitan dengan ISA, kebebasan bersuara, isu perkauman, pemilihan MPP, isu tari menari yang sudah tidak relaven, PTPTN dan politik semasa.

Temu bual seorang wartawan UniMAPKini telah membongkar satu perkara yang menimbulkan perasaan tidak puas hati mahasiswa atas tindakan penceramah yang memanggil sebahagian daripada mereka ke pentas apabila mereka mengangkat tangan sebagai tanda setuju ISA dimansuhkan. Tindakan sebegini adalah tidak wajar, ia seolah-olah sikap 'double standard' dan sengaja ingin menunjukkan bahawa mereka mahasiswa ini tidak bersetuju dengan ISA.

"Penceramah tidak sepatutnya memanggil mereka ke pentas dan ia sengaja ingin menggambarkan mereka adalah pembangkang, tindakan sebegitu amat tidak wajar" kata seorang mahasiswa veteren UniMAP yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Menurutnya lagi, BTN sepatutnya menjadi medan untuk mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dan membentuk sakhsiah mereka, bukan mendoktrin perkara yang sia-sia. Walaubagaimana pun, kami sedar seperti mana biasa BTN, penerangan untuk memburuk-burukkan individu tertentu masih diteruskan pada BTN kali ini. Walaupun tidak disebut nama individu tersebut, ia tetap dapat digambarkan oleh mahasiswa dan mereka tahu siapa yang dimaksudkan. Pendoktrian yang sebegini rupa adalah budaya biasa yang digunakan untuk mem'brainwash' mahasiswa-mahasiswa diseluruh kampus di Malaysia.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

serius ak mnymph dgn pncramah 2nd 2...
pdhl die xtau rmi gle yg stuju isa dimansuhkan

Tanpa Nama berkata...

diaorg tu dapat kerja kerana lantikan politik UMNO je... pru13 nanti diaorg jobless la...

Tanpa Nama berkata...

pnceramah yg 2nd 2, kuat pyscho...mmg bidang dia dlm pyscho2 org...so xheran la dia mcm hebat ari 2....kamu da bace psl pelembagaan!!!!!...bab2 brape kamu da bace ke???...wakakakakaka =))

Tanpa Nama berkata...

hmm.. ape tu perlembagaan? ape tu akta isa? berape ramai penceramah kat malaysia ni sudi cerite 1 by 1 kat student? sume asyik kate kite tak bace.. tapi dorang bace tak sebenarnye? if yes tolong la tunjuk kan kat kami ni..

Tanpa Nama berkata...

mujur UniMAP tak ada faculti law... kalau tak sure penceramah tu kena balik dlm bab perlembagaan.. sure berpeluh menjawab balik... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Aku pun ade jgk time tuh.... duk tepi kipas tepi dewan. lgpun mak aku pesan, time BTN korg jd la bagai lembu dicucuk idung... walau hati n sanubari korg mmg nk mmbangkang kalo leh. penceramah 2nd tu xley blah siap nk pancung2... dh la suare mcm org baru pas karaoke.... blajo le dulu yop...

Tanpa Nama berkata...

BTN nak menyedarkan generasi2 muda yang dh terpesong dek dakyah pembangkang.. generasi2 muda kini sudah sukar untuk berfikir yang mana baik dan buruk.. kita sudah hidup aman, makmur dan sejahtera selama 52tahun, kenapa kita harus pilih pembangkang yg terang2 mahu menghapuskan hak2 org bumiputera dengan raja2 melayu.. PAS sanggup bersekongkol dengan kafir harbi DAP yang terang2 dah anti-ISLAM.. celiklah wahai mahasiswa yang kononnya bakal jadi pemimpin masa depan.. - dari tanpa nama

Tanpa Nama berkata...

BTN itu bagus...
Tapi bila penceramah duk banyak kaitkan politik,tu yang pening dan kami melenting...
tanpa nama 7,mana kau tahu DAP kafir harbi..??

Tanpa Nama berkata...

no 7,
"BTN nak menyedarkan generasi2 muda yang dh terpesong dek dakyah pembangkang" ke atau nak menyebarkan dakyah propaganda murahan BN???

Kenapa bila pembangkang aje.. dipanggil dakyah.. bila BN/UMNO aje dipanggil nak menyedarkan??? apa punya pemikiran ni???

Tanpa Nama berkata...

btn kat balik pulau besttt woo....
pemandangan indah nan permai....

Tanpa Nama berkata...

no 7 ni staff unimap... staff yg buta politik.. ikut je org2 tua dulu scara mmbabi buta. dah la x sistematik..pegi buat keje tuh..ketuk pala baru tau..

Tanpa Nama berkata...

no 11, kote kecik...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

PROTON MPV EXORA underpower?? said,
June 22, 2009 @ 5:29 am

a big question is can PROTON MPV EXORA (with full load, whole family which is a very big size) climbing the hill to GENTING HIGHLAND?

everybody want to enjoy in GENTING HIGHLAND, nobody want to left behind.. can 1.6 CAMPRO CPS engine (fit in PROTON EXORA) handle the load to climb the hill smoothly? and when it going down after enjoy in GENTING HIGHLAND can this PROTON MPV EXORA handle the load without damaging the gearbox and other components related to engine braking system?

I suggest PROTON MPV EXORA compete in Dakkar Rally, test this MPV EXORA to solve the this mathematics engineering problem with the best racing motorsports, Volkswagen (VW), Mercedes, BMW test their cars MPV look alike at that Dakkar Rally.

————————————————————-

Apo la mamat ni bagi bangang punye idea . Keto kancil 660 bapak aku pun dah berkali2 naik GENTING HIGHLAND dgn full kapasiti … tak pecah gear box pun … inikan pulak EXORA 1.6 . Akai ada ka ?

Ni nak test EXORA dalam Dakkar Rally plak … Toyota pun tak pernah hntar Wish , Vios masuk rally . Nissan pun pak pernah hntar Grand Livina , Murano masuk rally , Perodua pun tak hantar Kancil , Viva , Passo Setan masuk Dakkar Rally .

Aku tunggu hang dgn keto kobau hang kat Dakkar Rally