Bicara Siswa


Rabu, 14 Oktober 2009

Ketakutan "Top Management"

Sudah kali ketiga UniMAPKini di'block' di kampus Universiti Malaysia Perlis. Di setiap kolej kediaman, perpustakaan, makmal-makmal dan seluruh rangkaian di bawah wilayah 'server' ICT, UniMAPKini tidak dapat diakses oleh warga kampus. Adakah "Top Management" yang disebut-sebut terasa tergugat dan takut dengan kelahiran blog ini?

Tindakan mem'block' beberapa kali UniMAP kini, jelas menunjukkan mereka takut untuk berdepan dengan kenyataan dan bayang-bayang ciptaan mereka sendiri, mereka takut untuk berdepan dengan hakikat sebenar, takut untuk berdepan dengan kesedaran yang akan meresap masuk ke dalam pemikiran student, takut untuk berdepan dengan kuasa student dan takut kesedaran dan kuasa itu membangkitkan suara mahasiswa UniMAP untuk menuntut hak mereka yang seharusnya ditunaikan oleh "Top Management" kepada mereka sebagai satu tanggungjawab dan amanah.

"Top Management" seharusnya bertindak lebih ilmiah dan intelektual dalam berhadapan dengan situasi sebegini. Tidak wajar apabila kepimpinan sebuah universiti yang cukup berwibawa ini bertindak mem'block' gagasan suara mahasiswa yang dibawa oleh UniMAPKini.

Mereka seharusnya menjawab segala persoalan dan isu-isu yang ditimbulkan dan menerima teguran serta tuntutan student yang sepatutnya menjadi hak mereka di universiti, bukan menutup segala persoalan dan isu-isu yang dibangkitkan dengan menghalang, mem'block', menyekat dan menekan dengan pelbagai tekanan sehingga membuatkan mahasiswa takut, takut untuk mengikuti UniMAPKini, takut untuk menyebarkan berita-berita mahasiswa, takut untuk bersuara dan takut untuk menuntut hak mereka walaupun dirampas tanpa sedar.

"Pentadbiran HEP UniMAP perlu menjawab segala tohmahan dan 'fitnah' yang dibuat oleh UniMAPKini, bukan mem'block' blog tersebut" kata seoarang mahasiswa UniMAP yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurutnya, tindakan sebegitu rupa tidak dapat menyelamatkan keadaan malahan sebenarnya mencemarkan lagi emej dan nama pentadbiran UniMAP khususnya HEP berikutan kaitan mereka dalam mengekang beberapa orang calon daripada bertanding dalam pemilihan MPP pada kali ini. Tidak dapat lari juga "Top Management" yang disebut-sebut dalam portal UniMAP.

10 ulasan:

ahlong_13 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ahlong_13 berkata...

teruskan usaha anda dalam mempertahankan blog ini, aku sokong dari belakang, aku nak tengok setakat mana diorang mampu bertahan .. memblock blog ni.. aku cadangkan buat yahoo group, yahoo group diorang leh blog gak ker??? .. aku ni bab2 teknologi tak tau sangat... hehehhe..

"pengkritik_sinis"

Tanpa Nama berkata...

khaaakhh tuih!!! (ludah kahak)

Khalid berkata...

TERUSKAN SUARA MAHASISWA YANG BEBAS!

MAHASISWA MESTI BEBAS MEMBERI PENDAPAT DAN BERSUARA!

Adney berkata...

macam2 org zaman sekarang ni :)

Tanpa Nama berkata...

bebas macam omputih ker..tunggang langgang jadi nya...

Tanpa Nama berkata...

tak cukup ker bersuara dalam portal unimap tu?..ada bersama pengurusan, bersama ict, soal jawab agama, nak berinteraksi dengan pensyarah pon boleh...login aja portal unimap tuh... ;)

Tanpa Nama berkata...

C

Tanpa Nama berkata...

Salam Editor,
Ada sedikit teguran berkenaan pengiktirafan EAC..Memang diakui,Unimap masih belum diiktiraf oleh EAC..Kecewa tu memang ada pada diri setiap Alumni. Tujuan pengiktirafan EAC adalah utk membolehkan alumni mendaftar dengan BEM sebagai 'Graduate engineer' dan seterusnya membolehkan alumni layak mengambil P.E (Profesional Engr)..Namun,SEKIRANYA EAC/BEM masih tidak mengiktiraf graduan UniMAP,LANGKAH TERAKHIR ialah menyambung peringkat pengajian ke tahap MASTER..Pesanan utuk editor,sebelum mengeluarkan kenyataan MINTA cari fakta dan bukti terlebih dahulu.Andakah anda sedar berapa ramai Alumni unimap (especially 2nd batch) yg sedang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana dan PHD? Antara IPT yg menerima masuk alumni unimap adalah UNITEN,UTM,UKM,UM etc dan ada yg sdng belajar(peringkat master & Phd) di Australia,Finland,Ireland, New Zealand, German etc...Jadi,kesimpulannya TIADA masalah sekiranya alumni UniMAP utk further study...untuk mendapatkan fakta lebih tepat,minta editor menyemak fakta2 ini di Jabatan Pendaftar Unimap (unit Latihan SLAB/SLAI)...Janganlah terlalu ikut darah muda yg masih panas..byk lg kena belajar.

ikhlas
ex kukum-unimap (2003-2007)
2nd batch SE

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ex-kukum atas penjelasan...
kami menghargai segala jasa Dato' NC,HEP,PPK dan seluruh staff pihak universiti kepada kami student..dan kami harap pandangan dan suara kami juga didengar dan diterima dalam membangunkan UniMAP kita yg tercinta ini...