Bicara Siswa


Selasa, 27 Oktober 2009

Perlantikan MPKK

Pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan di peringkat Majlis Penghuni Kolej Kediaman(MPKK) setelah dibuburkan pada 16 Oktober baru-baru ini dimaklumkan telah berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah. Kebanyakan kolej kediaman termasuk KKC telah pun mengadakan proses pemilihan ini bagi memberi peluang dan ruang kepada muka-muka baru untuk naik memegang jawatankuasa dalam MPKK pada sesi ini.

Untuk makluman, tempoh memegang jawatan bagi MPKK juga sama seperti MPP. Apabila genap satu tahun iaitu 2 penggal memegang jawatan, ahli jawatankuasa ini akan dibuburkan rentetan berlaku pembubaran MPP. Apabila MPP dibubarkan maka secara automatik semua ahli jawatankuasa MPKK dan juga kelab-kelab terbubar dan satu AGM atau proses pemilihan mengikut pentadbiran kelab masing-masing perlu dilakukan dengan segera bagi menyerah tugas kepada muka-muka baru.

Namu begitu, ada sesetengah kes berlaku di mana, pihak pentadbiran Kolej Kediaman(KK) terpaksa melanjutkan beberapa ahli jawatankuasa MPKK yang lama untuk digandingkan dengan ahli jawatankuasa baru bagi meneruskan sesi "pemerintahan" memimpin dan menerajui MPKK dan seluruh warga mahasiswa. Ia berlaku jika dipersetujui oleh ahli-ahli jawatankuasa lama tersebut.

19 Oktober merupakan hari terakhir bagi mahasiswa menghantar borang pencalonan mereka untuk menyertai MPKK sebelum ditemuduga pada 20-23 Oktober. Walaubagaimanapun, UniMAPKini dimaklumkan, temuduga yang sepatutnya dijalankan pada 21 Oktober iaitu hari rabu baru-baru ini terpaksa dibatalkan kerana watikah perlantikan MPP dijalankan pada malam tersebut.

Pengumuman nama-nama yang terpilih bagi menganggotai kabinet MPKK kali ini telah diuar-uarkan pada 2 hari yang lepas iaitu 27 Oktober. Calon-calon yang telah berjaya melepasi temuduga dan tersenarai dalam pengumuman tersebut akan menerajui KK masing-masing bagi membawa matlamat dan visi UniMAP.

Dimaklumkan juga oleh seorang bekas ahli jawatankuasa MPKK salah sebuah kolej kediaman di Kuala Perlis, watikah perlantikan MPKK akan diadakan pada 31 Oktober ini. Tempat dan masa masih dirahsiakan di peringkat UniMAPKini dan akan dimaklumkan kemudian.

Jurucakap MPKK berkata, MPKK kali ini akan memaparkan ramai muka-muka baru sebagaimana berlaku sebelum daripada ini, cuma apa yang mungkin berbeza adalah calon-calon yang dipilih ini walaupun mungkin tidak disedari oleh pentadbiran KK, mereka sebenarnya adalah antara yang matang dan bakal membawa 'perubahan' kepada MPKK.

"Dengan situasi yang telah berlaku sekarang, mereka mungkin lebih matang menilai dan membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada mahasiswa walaupun mungkin mereka masih muda." jawabnya apabila ditanya tentang kematangan mereka ini memimpin.

"Apa yang dimaksudkan 'perubahan' itu, kita akan sama-sama perhati dan lihat apa yang bakal mereka lakukan untuk menggegarkan UniMAP dipersada tanah air khususnya di universiti ini sendiri." tambahnya.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat menjalankan tugas kepada sahabat2 kami dalam MPP dan juga MPKK...

persoalan sedikit..

-nape MPP diberi watikah pelantikan di sebuah hotel di Pulau Pinang??
UniMAP ada cawangan kat sane ke??
pemimpin pelajar UniMAP hanya dilantik di hadapan pihak atasan,HEP,mantan2 MPP,wakil MPKK,..
kenapa x dilantik d UniMAP di hadapan mahasiswa UniMAP??
Atau HEP banyak duit,bawak pegi melancong di Pulau Pinang,.hehe..habis duit begitu saje,,kampus tetap x payah wat cepat2..haha..

Tanpa Nama berkata...

aiik??ajak g program biasa2 kat kapitol pun mls nk p..
ni g p,pinang,,,laju jeer~

mmg gedik glew ar ko ni..

Tanpa Nama berkata...

huhu...sape yang gedik ?? hehehe...
bukan aku nak pegi penang,soalnya KENAPA PEGI LANTIK MPP DI PENANG???

hbskan duit student??atau takut kan apa??

program u aku selalu pegi..jangan risau,asal u anjur bnda baik,aku sokong...

Tanpa Nama berkata...

hampa 2 ni dok sembang per...
poyo jer aku tgk...

Usimkini berkata...

salam mahasiswa daripada warga Usimkini. Teruskan perjuangan kalian.

dak kke berkata...

caiyok mpkk baru...jgn hampakan kami sem depan..wat program2 syok sket..dota jgn lpe..wjib ade stiap taun kat kke ni..hehe

Tanpa Nama berkata...

blah la budak usim..sebok2...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin kami...tunjukkan kepimpinan anda..kami sentiasa menyokong anda..

aku bdk unimap berkata...

kpd tnpa nama 7
..biar la bdk usim tu..dia pn nk tau pasal unimap gak..jgn la halau dia..

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan admin,majlis mpkk semalam dianjurkan di regency hotel as...dan dato nc kita yang sampaikan watikah..maka berhati2 lah admin kerana telah membangkitkan amarah dato nc dalam ucapannya semalam..harap2 admin masih lagi kekal as a unimap student..

Tanpa Nama berkata...

jangan risaulah...

dato vc sporting..

tak macam editor kita ni...

baling tahi sembunyi tangan....ihihi..

azuan jamaludin berkata...

utk pengetahuan, aku pon ada mse dato' bg ucapan di regency hotel smlm....

jelas dari nada dato sndri, timbul kesedihan & kemarahan dato' kpd student2....

drp apa yg diperkatakan, dato keluarkan fakta2 yg ada asasnya....psl yuran...

jd, jgn la jd student yg xbersyukur (dato' pesan)....

Tanpa Nama berkata...

salam..

kesian jgk kat dato'..mgkn dato' x salah,tapi orang di bawahnya yg bermasalah..

sape yg dgr dari dato fakta2 tu,silalah bgtau kat cni...

kami pun nak tahu..

Tanpa Nama berkata...

salam...

mngkin Dato' x salah... kalo Dato' sayangkan students kat sini dan unimap.. Dato' x sharusnya mudah utk mmberi lesen kepada org2 bwahan Dato' utk mmbuat apa sahaja aktiviti yg dirasakan tidak patut utk diluluskan...

Tanpa Nama berkata...

hidup datokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

salam..
"persoalan sedikit..

-nape MPP diberi watikah pelantikan di sebuah hotel di Pulau Pinang??
UniMAP ada cawangan kat sane ke??
pemimpin pelajar UniMAP hanya dilantik di hadapan pihak atasan,HEP,mantan2 MPP,wakil MPKK,..
kenapa x dilantik d UniMAP di hadapan mahasiswa UniMAP??"

tanpa nama 1...
MPKK wat kat hotel gak,,xder pun org nk bising..
p/s:just gtaw jer..kot2 ar x taw(~_!)

Tanpa Nama berkata...

salam..
"persoalan sedikit..

-nape MPP diberi watikah pelantikan di sebuah hotel di Pulau Pinang??
UniMAP ada cawangan kat sane ke??
pemimpin pelajar UniMAP hanya dilantik di hadapan pihak atasan,HEP,mantan2 MPP,wakil MPKK,..
kenapa x dilantik d UniMAP di hadapan mahasiswa UniMAP??"

tanpa nama 1...
MPKK wat kat hotel gak,,xder pun org nk bising..
p/s:just gtaw jer..kot2 ar x taw(~_!)

Tanpa Nama berkata...

salam...
hok eleh...korg bising2 pe kes??...
biar aa nk lantik kt mn p0n...
dh nma p0n MPP n MPKK...
korg taw ke penuhnye ape??...
Majlis PERWAKILAN PELAJAR n Majlis PENGHUNI KOLEJ KEDIAMAN...means diorg ne nti byk kerja nk kna buat,nk rncang xtvt nt0k korg, wat paper w0rk n urus mcm2...korg laen la...kerja g0yang kaki surf internet bukak blog n merepek mende bukan2...so x kesah la kalu diorg diberi layanan lebih cket dh mmg diorg buat kerja lebih dr korg...diorg ne p0n student then ade tanggunjawab kna pikul lg...aq rase x slah kalu sesekali nk appreciate diorg ne...kalu korg nk pergi pinang tu jugak...mkn kt hotel ke...j0in ah skali mpp n mpkk ne...pe susah sgt...tp layak ke korg?????....
urmm...bg aq lg bgus k0wt diorg lantik sama2 diorg...xpyah student ne nk kna buang masa g tgk org len amek watikah tu...bkn dpt pape p0n...bazir mase je....

Tanpa Nama berkata...

MPP (Majlis Perwaklan Pelajar).. Perlantikan tidak dibuat secara BETUL..Yang beli borang hanya beli duit hangus.. Nak pegi dapatkan tandatangan kena face dengan orang 'cenge'.. Hasil nya, aku pun x kenal sapa MPP, member aku pun x kenal org MPP, budak kos aku pun x kenal sapa MPP, smua org pn x kenal sapa MPP.. Yg kenal MPP sapa? ( org2 yg berknaan sahaja).. then pegi wat perlantikan kat pulau pinang.. pas 2 adalah yg ari 2 buat ROAD TOUR MPP larr, igt kn nk bela nasib pelajar.. rpa2 nye, nk TENANGKAN keadaan supaya org ingt MPP buat kerja.. ada pepatah mengatakan ( hangat2 tahi ayam).. aku tahu yg MPP nih wat kerje tp die hnye MENGIKUT telunjuk ORG ATASAN.. x berani nak membangkang langsung.. ^_^..

Tanpa Nama berkata...

tgok mpkk...ha3 baik jer..
xtvti salu kne cilok o mpp..
mpkk wat keje yg kne puji mpp..

krts kerja wat byk2..sng2 diorg mbik idea mpkk..
huhu cian3
mpkk lg maju dr mpp..

Tanpa Nama berkata...

kehkehkeh... mooooo....
mpp lembu......

Tanpa Nama berkata...

ish...
dah2 la..
ak pom mpkk 08/09..
yg lps tu biar la..
harap2 yg baru nie sama2 buat kjer..
name tu x pnting..
yg pnting kte pikul t/jwb tu btol2..
tgh2 exam pom korg nk kutuk2 ek..
adoiii..
sabar k..

manusia yang lemah berkata...

yela
apa salahnya kita berubah demi kemajuan penuntut dan untuk universiti
wlopun ada kekurangan kita terima seadanya dengan redha dgn harapan agar apa yg kita timba di sini di berkati oleh Allah
x guna pun kemajuan yg byk klo kita dilaknat

Tanpa Nama berkata...

mmg btol.. tpi kekurangan yg sedia ada jangan kita terima sahaja bulat2 tanpa ada usaha utk memajukan universiti... jadikan kekurangan sbgai cabaran utk meningkatkan kualiti pengurusan.

Tanpa Nama berkata...

yer..yang diberkati Allah apabila kita x langgar syariat Allah..

berapa ramai pemimpin MPP n MPKK yang turun solat berjemaah??

Ingat.."Annasu 'ala diini mulukihim.."

manusia itu melihat kepada agama pemimpinnya..
maknanya mudah,pemimpin kena tunjuk akhlak yg baik pada org bawahan..

kalau pemimpin nak ikut perintah Allah pun payah,,solat jemaah di surau tu perkara asas,bukan payah..pastu mcm mane nak kami org bawah nak ikut..

ingatlah,bila jd pemimpin,Allah akan tanya..
"waktu jd mpp dulu,apa yang kamu buat supaya student unimap sujud patuh pada Aku.."

kalau ada usaha,alhamdulillah..
kalau x de,jawablah mcm mana nanti..

selamat berjaya pemimpin2 kami..
saya menyokong anda..
sebelum tu,anda semua perlu menyokong Islam dahulu..

-kepada pemimpin kami yg muslim-

Tanpa Nama berkata...

eerrmm..jap..nk ty editor..
sape juruckp mpkk tuh..???kalau btol dyer jurucakap..knp mkpp sdr xtaw..???????
cam kompius jew nk cayer ke x nih...

btw...
jgn maen ckp lps jew..cbe byg kn klu andad tmpt mereka..sggp kew anda nk pikul tggjwb bsa2 tuh..??
sdkt sbyk pom ggu stdy...
cyan dorg...mmg lyk la uat plantikan kt tmpt2 besh..nnti dorg yg pnt uat keje..bkn er korg..
aktvt xpegy..taw kutuk owg x uat program..huhu..
eeerrrmm...
sal krisis mpkk n mpp..cam da jd adat kowt mpp n mpkk cm2..pape pom sblm ckp pape sldk tol2 lu...
tuan punyer bdn pon xtaw pape kot..huhu..
hopefully thn ni x jd dgn t'luah nyer kater2 kt cni..huhu...