Bicara Siswa


Jumaat, 16 Oktober 2009

MalaysiaKini Sudah di"Buka"

Hampir seminggu malaysiakini di'block' di bawah rangkaian server ICT UniMAP. Difahamkan antara sebab pihak ICT mem'block' web malaysiakini sebelum ini adalah kerana atas arahan "Top Management" kepada mereka. Ia berikutan keluarnya paparan berita berkaitan dengan PRK UniMAP yang bertajuk "Pro-Aspirasi menang percuma, pro-M dakwa disabotaj" di web yang cukup terkenal itu.

Barangkali berita tersebut menggugat nama baik UniMAP yang disebut-sebut sebelum ini oleh Naib Cancelor bahawa UniMAP adalah universiti sifar pembangkang. Penggunaan label pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa dalam berita tersebut telah menafikan apa yang telah disebut oleh NC sekaligus menunjukkan bahawa wujudnya gerakan pelajar dan 'pembangkang' di UniMAP.

Begitu juga, secara tidak langsung ia sedikit sebanyak telah menaikkan nama UniMAP di persada tanah air kerana menjuarai isu "tiada PRK" dan mencuri perhatian masyarakat Malaysia tentang konspirasi dan halangan daripada pihak HEP kepada segelintir calon-calon yang ingin bertanding. Ia hasil tindakan wartawan malaysiakini yang cukup prihatin kepada UniMAP.

Jika dilihat kesannya secara langsung, berita panas itu juga membongkar rahsia sejarah UniMAP yang mana tidak pernah mengadakan walaupun sekali Pilihan Raya Kampus untuk mahasiswa semenjak bermulanya 'batch' pertama. Apa yang berlaku hanya menang tanpa bertanding dan calon-calon cadangan HEP menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Mungkin isu-isu sebegini cukup menggerunkan "Top Management".

Laporan berita itu juga menjadi semakin berbahaya bagi "Top Management" apabila ia melibatkan nama Dekan HEP, En. Razli (ralat dan pembetulan:bukan En. Razni yang disebut dalam berita malaysiakini), atas keengganan beliau untuk menurunkan tandatangan bagi mengesahkan borang pencalonan empat orang calon mahasiswa yang tidak dipilih oleh mereka.

Seorang mahasiswa yang enggan namanya didedahkan diminta mengulas isu ini berkata, tindakan mem'block' malaysiakini di sekitar kampus UniMAP adalah tindakan yang tidak bijak, mereka mungkin boleh menyekat kami daripada membacanya tetapi bagaimana orang yang berada di luar khususnya masyarakat, kerana mereka masih dapat membaca dan mengetahui isu ini, jikalau pem'block'kan web ini diketahui umum tidakkah ia akan memberikan lebih tekanan daripada luar kepada unimap?

"Pihak pentadbiran universiti perlu menjawab apa yang dilaporkan di malaysiakini, bukan mem'block' web tersebut kerana ternyata ia mencemarkan lagi imej UniMAP di mata masyarakat khususnya ibu bapa mahasiswa UniMAP." tambahnya lagi.

Kesempatan ini, pihak Wartawan dan krew-krew UniMAPKini serta seluruh mahasiswa UniMAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ICT dan "Top Management" kerana mengembalikan semula hak kami untuk melayari web tersebut. Tahniah dan syabas! kepada pihak ICT dan "Top Management"

"We Unite for UniMAP"

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

terima kasih kepada pihak top management dan ICT..

Tanpa Nama berkata...

malaysiakini tu hampa ada account ka nak baca...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpda pihak ICT UniMAP yg begitu prihatin atas isu ini. Ini membuktikan tahap profesional dan integriti anda dlm mendepani isu sebegini. Anda pn semestinya pernah bergelar student dulu dan tahu akan peri pentingnya info-info sebegini kepada pembentukan keintelektualan mahasiswa. Syabas! Syabas!

p/s: baik block website2 porno, torrent dan streming video drpd block wbsite news mcm ni kn..

Tanpa Nama berkata...

kkhaaakkhh tuih!!! (ludah kahak)

1malaysia berkata...

ict memang cun

Tanpa Nama berkata...

ict memang dok blok dah website porno, torrent ngan streaming tuh.....hampa ja yg dok carik benda2 tuh...jenuhhh icttt....

kangaq man berkata...

kpala hotak hampa

anti-stopa berkata...

di sebalik en razli ada seorang lagi hamba allah yg control umpama "pemain chess", iaitu stopa...or mustafa al-bakri

syabas

wanhikmah berkata...

salam.... kepada sahabt2 yang dikasihi yang selalu dok komen dalam blog ni, saya harapkan anda semua supaya lebih profesional dalam percakapan kita. kalu nk tuduh pun, biaq profesional skit!! sertakan buktikan. jangan pakai ikut ja apa org dok kata.

sungguhpun kalu kita benci seorng jangan samapi kita x berlaku adil pada dia.

blog ni pun, bagus pada dasarnya, tetapi tolonglah jangan timbulkan banyak sangat kontroversi palsu. jika benar ia adalah penyelwengan, laporkan.

tetapi jika hanya andaian, jangan biarkan orang terhasut n terpengaruh dengan "hanya andaian" kita. boleh jadi andaian kita salah. apa akan jadi masa 2??

sebab 2 lah saya menyerulah kepada semua termasuk editor agar lebih profesional dalam nak melaporkan isu-isu.

Tanpa Nama berkata...

salam..
blh bg link artikel 2 kat malaysia kini? dah puas cr xjmpa..syukran

ahlong_13 berkata...

khas untuk tanpa nama 10:

http://www.malaysiakini.com/news/114547