Bicara Siswa


Isnin, 5 Oktober 2009

Mahasiswa UniMAP dikekang ??

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk mahasiswa berintelektual..

UniMAP akan mengadakan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010 pada 7 Oktober ini.Setakat ini,universiti ini tidak pernah mengadakan pilihan raya untuk pemilihan MPP.MPP selama ini adalah dilantik oleh pihak HEP.Adakah mahasiswa UniMAP tidak berminat dengan kepimpinan? Atau ada faktor lain yang menghalang dan mengekang mahasiswa daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus ini?

Sebagaimana dalam pengumuman dari pihak HEP tentang pemilihan MPP,harga untuk mengambil borang menjadi calon berharga RM50.Begitu mahal sekali.Setakat ini harga borang yang paling mahal adalah UPM yang berharga RM30.UniMAP menjadi ‘JUARA’ dalam hal ini.Mungkinkah ini adalah agenda daripada pihak HEP untuk menghalang pelajar dari mengambil bahagian dalam PRK ini? Mungkin ada benarnya kenyataan ini. Cagaran untuk penamaan calon pula RM200.Fuhh… UM yang gah pun hanya mengambil RM50 sebagai cagaran.Mungkin pihak HEP UniMAP sangat bijak dalam mencekik pelajar dan mengaut keuntungan semata-mata.Atau mungkinkah ada propaganda dari pihak terbabit untuk menyekat niat pelajar yang ingin terlibat dalam kepimpinan MPP ini?

Pihak terbabit nampaknya seolah-olah sengaja menyusahkan proses untuk pelajar menyertai dalam PRK dengan pelbagai masalah dan kerenah.Harga borang dan cagaran yang begitu mahal menyebabkan pelajar berfikir panjang tentang kewangan.Lalu pelajar yang berminat dan mempunyai kepimpinan yang hebat tidak dapat menjadi menyertai kerana masalah yang ditimbulkan,maka itu adalah satu kerugian kepada universiti kerana membiarkan aset yang penting begitu sahaja.Mungkin kerana itulah MPP UniMAP selama ini agak kurang kepimpinannya menyebabkan sedikit terjejas imej mahasiswa UniMAP di mata orang lain.

Kita yakin mahasiswa UniMAP adalah mahasiswa yang bijak dan hebat dalam pelbagai bidang.Maka buatlah penilaian yang sewajarnya.Ini adalah hak pelajar.Kita akan lihat,apakah lagi yang akan berlaku dalam tempoh musim pemilihan ini.

Berani untuk berubah..

14 ulasan:

mahasis berkata...

RM200 utk deposit terlalu mahal dan besar bagi mahasiswa,ini mungkin slh satu sbb tidak ramai yg mungkin berminat ttp tersekat niatnya utk menyertai PRK krn jumlh wg yg terlalu besar perlu dikluarkan..

sebesarmne wang cagaran itu buknlh mnjadi mslh jk univ len pun same nilainya,ape yg mnjadi persoalan, mengapa di unimap RM200??tidak sprti di univ lain yang tidak smp RM100 utk wang cagaran atau deposit??mahasiswa/i perlu tuntut dn bersuara ttg perkara ni demi menjaga mase dpn mereka di unimap..

sayuq berkata...

bt0ii..!! mahal sagat lah.. Unimap ni pun satu hal... da kaya dah pun, masih nak mencekik wang pelajar lagi nih.... kata rkyt diutmakan... apara u yang paling koman

Tanpa Nama berkata...

ayahanda NC yang kami sayangi dan keluarga HEPA yg kamu kasihi,janganlah aniaya kami anakanda kalian sebegini rupa..
jangan menyekat kami dari aktif dalam kehidupan kampus kami...tolonglah....

Tanpa Nama berkata...

ape lagi...laporkan pade pihak atasan...baru depa sedar..klu dok dlm blog je xdapek ape la sedare..

Tanpa Nama berkata...

ni nak kena stadi law nih, kita bawa ja trus p mahkamah AUKU.. haha, x dak atie prut langsung!! dia ingat kita ni dapt elaun ka bulan2??

Tanpa Nama berkata...

tiap2 tahun benda sama jadi isu..dulu blog lain..sekarang blog ni..blog mantan mpp pun ada.. blog apa pulak lps ni.. mana la kekuatan korang yg cakap2 blakang ni... sampai bila nak ckp2 blakang mcam ni.. tampil la.. bawak bukti.. buat memorandum..buat apa yg patut...dalam blog x jd apa..... x payah bg alsan lagi la..tampil.. keluar..buktikan diri anda benar..buat tindakna ikut flow.... boring la..kalu benda sama mcm ni..ckp dalam blog ja... x syok la ...

unimapKINI berkata...

tiap2 tahun itu benar, tapi kita x da bukti.. tapi memang benar berlaku, cuma pada kali ini, kita cuba kumpul bukti. untuk ikut flow yang terbaik. jadi jika anda punyai bukti @ isu yang kukuh, anda boleh hntr kpd kami untuk menuntut keadilan.

anda juga perlu berperanan, menyedarkan > ramai lagi siwa/i bahawa kita sedang ditindas & dianayai. bila suma siswa da sedar, baru wujud suasana yang betul2 mendesak universiti untuk mewujudkan demokrasi y >telus.

sedar @ tidak,?? apakah peranan yang telah anda lakukan untuk memastikan keadilan ditegakkan di bumi unimap ni.???? dah buat? sedang buat? ataw x buat apa2??

bukan medabikk dada, tetapi KAMI SUDAH BUAT yang kami mampu.. anda??

Tanpa Nama berkata...

"bukan medabikk dada, tetapi KAMI SUDAH BUAT yang kami mampu.. anda?"buat apa yg kamu mampu... tengkorak dia... setakat blog..mampu apa.. p la suruh orang kumpul bukti.. record setiap proses dari awal pembelian borang hingga ke hari pencalonan.. surh la orang yg memang nak bertanding... aku dah lama ..nak habis belajar dah.. aku nasihat budak nak bertanding yg kenal dgan aku ,tpi x p jugak..... p lawan kalu nak.. ni blog2... x best langsung.. orang bukan minat sangat dengan ckp2 la woi.. bukti mana woi2,ckp saja x guna.. aku sokong prk.. tapi kalu blog2 macam ni.. belah la.. ntah2 maksud demokrasi pun x paham... blog2... apa kejadah nya..

JUZ TRIVIA berkata...

minat tuk b'tanding?
layakkah? mampu mengubah dimensi MPP UniMAP?
mampu m'catur pihak atasan uni demi kebaikan student? MAMPUKAH?
sehebat manepun MPP kelak,
SEDANGKAN STUDENT BESE STILL DITAKUK LAMA,
SEDANGKAN 'MANGSA'=MPP TAK DIFAHAMI & DIHIRAUKAN STUDENT,
SEDANGKAN ORG ATASAN UNI STILL TIDAK MEMBERI MANDAT SEWAJARNYE KPD KEPIMPINAN MPP,
TIDAK MEMBEZAKAN PEMILIHAN CALON MPP,
x kemane bezanye samada PRK olok2 mahupun PRK sbnr.
-xperlu kata bangkang, xperlu kata sinis...
juz trivia-

Tanpa Nama berkata...

btul btul btul....

adebe berkata...

MPP yang dilantik tidak menjadi isu dan mereka tidak seharusnya dipersalahkan. Yang menjadi isu disini pihak HEPA dan UniMAP sendiri yang mengongkong (atau menghalang?) hak pelajar.

Blog ini sebagai langkah awal untuk mencetuskan perubahan yang sihat. Tahniah admin.

Tanpa Nama berkata...

kenapa masing2 pakat nak bengang nih..
rilek ar..
jgn duk kalut sangat..
pro-aspirasi ke, pro mahasiswa ke, semua kene rilek..
pikir baik2, dan terus bertindak..
kalau lab report n assignment pun x mampu siapkan lagi, usah la bercakap besar utk jd pemimpin..
yg dh jd pemimpin plk, jgn rs bangga je. semua org buat salah, xde yg maksum..
pikir2kanlah jugak pa kebaikan yg pasti Allah nilai yg korg dh buat sepnjg korg jd pemimpin ni..
renung2kan dan selamat beramal..(^_^)

Tanpa Nama berkata...

pe daa....
aku tak mo komen paper...
sabar la wahai student unimap...
mari berdoa unimap sentiasa diberkati Allah...
andai kita as student di pihak yang benar stay cool...
kita sedar la saper diri kiter...
aku baca pun sakit ati dengan org2 yg tnpa namanya ini..
mungkin blakon jer jd student pdhal bukan...
Ya Allah ya tuhanku....lindungilah kami dari sebarang mala petaka....

ingatlah kawan-kawan....
marilah kita harmonikan unimap...
marilah kita berdoa utk keselamatan kita...
takut-takut esok lusa Allah timpakan bala pada kita..

tah la kata kenalan aku...
unimap jadi macam nie sebab kita berada di PERLIS..
first tyme melihat kampung di Perlis tergamam...
maaf lgsung tak bermaksud utk mengutuk...tapi itulah realitinya..
moga di pelihara iman kita wahai pejuang-pejuang kebenaran

Tanpa Nama berkata...

seriously tak suka orang yang mengkomen pada tarikh 12 okt tersebut...

percayalah Allah sentiasa menolong pihak yang benar...

mari kita tunaikan amanah as pelajar...

admin tunaikan amanah dia...kita jgn lupa amanah kita......
truskan ber blogging namun jgn diberi sebarang penghinaan kpd kita...

ketahuilah andai mereka itu tahu kesalahan mereka namun tidak membaikinya...maka mereka itu tergolong dalam kelompok cilakak