Bicara Siswa


Jumaat, 30 Oktober 2009

Elaun UPNM RM 1200 sebulan

PUTRAJAYA: Semua penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi sesi Jun tahun depan bakal menikmati layanan sama rata sebagai pegawai kadet dengan menikmati elaun bulanan RM1,200 sebulan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan Kabinet dua minggu lalu yang mengumumkan tidak ada lagi status penuntut awam dan mereka dikategorikan penuntut kadet yang akan menikmati kemudahan bertaraf pegawai.

Beliau berkata, sebelum ini, pendekatan yang digunakan adalah dengan mewujudkan dua kategori iaitu penuntut awam yang tertakluk dengan peraturan Akta Universiti dan Kolej (Auku) dan ketenteraan yang memperlihatkan layanan berbeza di antara dua kategori itu.“Bagaimanapun, bermula sesi Jun tahun depan, kita akan mewujudkan hanya satu kategori iaitu penuntut berstatus pegawai kadet yang bakal menikmati kemudahan pegawai dan menjalani latihan sebagai pegawai kadet.

“Permohonan boleh dibuat mereka berkelayakan, tidak semestinya yang lulus dari universiti itu akan diterima berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.“Permohonan boleh dibuat mereka berkelayakan, tidak semestinya yang lulus dari universiti itu akan diterima berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan.

“Kementerian hanya menerima penuntut berkelayakan ketenteraan yang cemerlang mencakupi aspek termasuk akademik, fizikal selain daya kepemimpinan yang baik,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Tinggi dan Pembinaan Negara dianjurkan UPNM di sini, semalam.

Turut hadir, Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin dan Presiden Persatuan Universiti-Universiti Malaysia (AMU), Tan Sri Dr Nordin Kardi.Mengulas pendekatan terkini, Dr Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu melihat ada penuntut yang menikmati juadah secara berasingan dengan penuntut berstatus pegawai kadet.

berita:
Ahmad Shahrul Nizam
Muhammadahmadshahrul@hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091029090015/Article/index_html

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pergh...untung sp leh msk upnm...

Tanpa Nama berkata...

apa lagi....
sapa yg dok tak puas ati tuhhh..
pi la apply sana....

Tanpa Nama berkata...

apply la..


klau dpt la...

Tanpa Nama berkata...

btol2...asik nk komen mcm 2 ja..bg sape yg byk xpuas hati tu blh ja apply..cepat2 ye..kalu dapat bgsla..br la korg puas hati kan..
ni sume nyer serba xkena..
manusia...manusia..
mcm ni le...