Bicara Siswa


Khamis, 29 Oktober 2009

Takziah:Tragedi Perkhemahan 1M

Program Perkhemahan 1 Malaysia murid-murid tahun 6 seluruh sekolah-sekolah di Lembah Kinta bermula dengan tragedi buruk. Program yang baru bermula petang semalam di di SK Kuala Dipang di kejutkan apabila jambatan gantung yang menghubungkan antara SK Kuala Dipang dengan tapak perkhemahan di seberang Sg. Kampar tiba-tiba runtuh kerana tidak mampu menanggung sejumlah pelajar yang agak ramai.

Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk makan malam di SK. Kuala Dipang setelah selesai acara yang diadakan di tapak perkheman. Bilangan pelajar yang melalui jambatan gantung terlalu ramai sehingga jambatan tersebut runtuh. Jumlah yang sebenar dihanyutkan sungai yang deras tidak pasti, tetapi menurut laporan polis 22 orang pelajar disyaki hanyut dan dikhuatiri lemas.



Beberapa orang guru yang terlibat dalam program tersebut telah memberi maklumat, kejadian berpunca dari jambatan gantung yang dibina secara tergesa-gesa (katanya tak sampai sebulan siap), jambatan yang dibina tidak menepati struktur binaan yang kukuh, saya lihat sendiri bagaimana tiang jambatan gantung di sebelah SK. Kuala Dipang boleh terbongkar dan tercabut, filing binaan tidak kukuh, hanya beberapa meter sahaja tiang di tanam kemudian di simen begitu sahaja.



Sesiapa pun melihat walaupun bukan kontraktor atau mengetahui asas-asas berkaitan binaan, pun boleh pertikai binaan tersebut. Kita tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, tapi apa yang kita mahu persoal berdasarkan maklumat yang diperolehi mengapa program yang melibat pelajar yang ramai (peserta hampir 300 orang) fasilitator yang dilantik cuba 11 orang sahaja, mengapa ketika kejadian berlaku kebanyakan guru berada di SK Kuala Dipang, hanya beberapa orang sahaja yang berada di tapak perkhemahan, bagaimana pula murid-murid yang begitu ramai dibiarkan berpusu-pusu menuju ke jambatan tanpa diawasi atau meniti jambatan secara berkumpulan, jambatan gantung yang dibina pula adakah sudah diperiksa dan diluluskan sebelum digunakan, dibina pula secara tergesa-gesa, dan banyak lagi.............



Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak wajar bertanggungjawab di atas insiden tersebut. Jabatan tersebut merupakan penganjur kepada program tersebut yang bukan sahaja diadakan di SK. Kuala Dipang bahkan di seluruh Perak atas nama Perkhemahan 1 Malaysia. Difahamkan program seumpama itu diadakan bertujuan menghabiskan peruntukan hampir 6 juta yang mesti dihabiskan pada tahun ini juga. Antara program yang bertujuan menghabiskan peruntukan tersebut ialah menganjurkan perkhemahan seumpama ini.



Akibatnya semua dibuat dan dibina dengan tergesa-gesa, jambatan gantung dibina dengan tergesa-gesa, yang penting bagi mereka siap dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat, lalu jambatan tersebut dibina dengan tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Jambatan itu pula selepas siap terus sahaja digunakan oleh sejumlah pelajar yang ramai. Saya percaya sekiranya jambatan tersebut diperiksa dengan teliti aspek-aspek binaannya sudah pasti tidak akan diluluskan untuk digunakan.



Pihak UniMAPKini dan seluruh warga UniMAP ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mereka bersabar menghadapi ujian ini.



Kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ini, diharap insiden yang berlaku memberi kesedaran untuk masa akan datang untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape la editor ni...isu ni kat paper pn ade...tulis pasal unimap je la...editor ni byk kene blaja...

unimapkini berkata...

thnks..ni bkn brita smata2,tp ucapan takziah..bca elok2 yer..

lg satu, UniMAPKini xhadkn brita di kampus unimap je, tp akan dismpkn jgk brita2 di sluruh malaysia, dan luar malaysia..

trm ksh ats pndgn sdra/i

"Unite for UniMAP"

Tanpa Nama berkata...

takziah diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam nahas ini...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 1

mulut ko busuk cam longkang basah!

Tanpa Nama berkata...

bongokkan..psl isu ni pun leh gad0o2
mulut longkang gak r tnpa nama 1 tu..
nk jd katak bawah baldi pe..ckit2 gosip unimap..cam xde benda lein je..

Tanpa Nama berkata...

ahaa...
kalu jadi hal2 cmni mesti sbb korupsi..
pilih kroni buat projek..jadi faham2 la..

Tanpa Nama berkata...

pelbagai kemungkinan..

kita tunggu laporan penuh mcm mane..

Tanpa Nama berkata...

kes jambatan tumbang ni ialah kes engineering failure... sapa yang tgh cari title thesis.. boleh ambik/buat case study tentang ini...

jurutera KL