Bicara Siswa


Isnin, 5 Oktober 2009

MAHASISWA PERLU MEMIMPIN

Mentaliti yang mahu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin. Pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran. Ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu ‘Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa’

Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin yang dirobek oleh keganasan Israel sekali lagi membuka mata dunia. Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keperihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.

Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. Mahasiswa perlulah peka dan berasa kasih sesama mahkluk lain untuk menilai kewajaran sesuatu tindakan yang diambil. Sumbangan dan pengorbanan perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dalam medan yang sebenar seiring percambahan ilmu di dewan kuliah. Ia bukan sekadar berteori semata-mata di dalam universiti

Manfaatkanlah masa muda kita ini untuk berbakti. Generasi kita yang bakal menentukan corak masa depan negara. Jika kita tidak bersama merubah dunia, janganlah kita berasa sesal kecewa, apabila yang batil menguasai dunia.

Lihat di sekeliling kita. Nilailah sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti apa yang dituliskan oleh Fathi Yakan di dalam bukunya “Generasi Muda dan Perubahan” :

“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar”

Jika kita sedar, sesungguhnya setiap pemuda dan pemudi ini adalah permata-permata pemimpin yang amat bernilai dalam masyarakat. Di saat inilah harus kita gilap potensi pemuda-pemudi untuk berjuang dalam memimpin negara ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, pemuda-pemuda yang kita bina inilah yang akan menjadi sumber kekuatan ummah.

Oleh itu, dengan rasa rendah diri, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian, sama-sama kita teguhkan azam untuk kita lebih serius dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan islah. Buktikan kita ini, pemuda yang punyai semangat yang tinggi, kecekalan tidak berbelah bagi, dan perjuangan kita tidak akan mudah luntur

1 ulasan:

sima berkata...

ya2..ambo setuju..tapi ramai lagi mahasiswa yg x sedar diri..
duk sibuk main game je lagi..suratkhabar pun mls baca..isu2 semasa, haram nak baca..bnda2 hiburan je yg minat..

pemikiran mahasiswa zmn skang nih, masuk uni sbb nk dpt keje bgs, gaji bgs, kawin, dpt anak, melancong pastu mati..tu je..

jrg nk jumpa mahasiswa yg jenis belajar niatnya utk bntiu agama, bgsa, negara.. blk kmpung utk qadha tidoq..bkn nk bljr berbakti utk ibu-bapa dan msykt..

pesanan ni, utk ingatan aku gak..

ya Allah, jauhkanlah aku dr jd manusia yg sia2 di dunia dan akhirat..amin..