Bicara Siswa


Selasa, 26 Oktober 2010

Islam dihina...anda DIAM??

Assalamualaikum & salam ceria...

Sensitiviti dan maruah umat Islam hari ini sekali lagi dicabar dan dipermainkan. Hal ini berlaku apabila satu penganjuran Islamic Fashion Festival (IFF) yang telah memperlihatkan tayangan fesyen dan pemakaian yang sangat bercanggah dengan Syariah Islamiyah.

Festival ini telah dianjurkan di Malaysia, bumi bertuah umat Melayu yang dimasyhurkan sebagai negara Islam. Perkara yang sangat mendukacitakan adalah penaung IFF ialah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur yang menggelarkan dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia tanpa pengiktirafan mana-mana pihak yang bertanggungjawab atau masyhur dengan nama Bik Mama.

Pertamanya, pertunjukan pemakaian yang ditayangkan oleh wanita secara terbuka adalah haram di sisi Islam kerana ianya jelas melanggar perintah Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31:
Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman, supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.
Keduanya, pemakaian yang ditonjolkan adalah sangat seksi dan sedikit pun tidak menepati Syariah Islamiyah. Fesyen yang dipamerkan langsung tidak berbeza dengan fesyen-fesyen lain daripada barat. Bahkan lebih teruk lagi mereka mendakwa fesyen tersebut sebagai fesyen Islam.

Ketiganya, fesyen naungan Rosmah Mansur ini telah mencabar sensitiviti umat Islam apabila wujud pemakaian yang sangat menghina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Hal ini kerana rekaan tersebut telah mempamerkan perkataan nama Rasulullah, Muhammad dengan keadaan terbalik dan ditulis di bahagian dada baju. Sangat keji dan jijik golongan mereka.

Pada hemah saya, golongan ini khususnya Rosmah Mansur bukan tidak mengikut ajaran Islam tetapi mereka telah melanggar peraturan Islam bahkan telah mengulangi sejarah jahiliyah dan membawa ajaran kafir la'natullah ke Malaysia.

Rosmah Mansur yang merupakan isteri kepada ketua kerajaan Malaysia sepatutnya mengajar dan mendidik serta menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat Malaysia dengan ajaran Islam serta peradaban Melayu. Hal ini sangat jelas dan tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam di Malaysia.

Perbuatan Rosmah Mansur ini telah menjangkaui fahaman politik serta aliran-aliran lain. Rakyat Malaysia sangat malu mempunyai Wanita Pertama seperti ini. Sangat jahil. Sangat hina. Sangat tidak bertamadun.



http://hafizfillah.blogspot.com/2010/10/rosmah-bawa-ajaran-jahiliyah-ke.html

Selasa, 31 Ogos 2010

Pertandingan Tilawah Al-Quran



Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah taala kerana sekali lagi UniMAP pada hari ini 24 Ogos 2010 menganjurkan majlis Tilawah Al-Quran peringkat universiti..
Selepas ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program...Program dirasmikan oleh Naib Canselor sendiri dengan mempersembahkan bacaan al-Quran...surah al-Anfal bermula ayat 1....

Pertandingan ini dikategorikan kepada staf dan pelajar...Staf ada kategori lelaki dan perempuan dan begitu juga pelajar....

Seramai 19 orang staf dari semua jabatan telah mengambil bahagian dan 5orang pelajar mengambil bahagian mewakili kolej kediaman masing-masing...

Johan Qari kategori staf ialah Tunku Nizar, timbalan dekan PPK Sisten Elektrik yang juga juara bertahan....

Bagi Johan Qari kategori pelajar ialah saudara Saifuddin bin hassan yang juga johan pada dua tahun yang lepas...

Johan kategori pelajar mendapat hadiah berupa wang tunai RM200.00 dan sejadah yang dihias cantik...
Tahniah kepada yang menganjur.....tahniah kepada yang menang....
~wallahua'lam~


http://teenagedakwahonline.blogspot.com/2010/08/pertandingan-tilawah-al-quran-peringkat.html

Sabtu, 21 Ogos 2010

LAGI KES BUANG BAYI?

Mayat bayi dibalut kain


MAYAT bayi lelaki berusia hampir setahun ditinggalkan di sebuah perhentian bas sebelum ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di Rembau semalam.


REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.

 Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.

"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.

DISKUSI ASPIRASI

Tajuk: "MAHASISWA DAN POLITIK KEPARTIAN"

TARIKH: 22 OGOS 2010

HARI:AHAD

MASA: 9.00 PAGI-12.30 TGH HARI

TEMPAT: DEWAN SERI MELATI PERBADANAN PUTRAJAYA

AHLI PANEL: 1.YB DATUK MUKHRIZ MAHATHIR (TIMBALAN MENTERI)

                        2.MOHD SAHA ABDULLAH (PRESIDEN ASPIRASI)

                        3.AHMAD WAFI (PENGERUSI JEMAAH MPP)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Universiti Tempat Belajar : Belajar Apa?

Bayangkan korang pergi makan di sebuah restoran. Tiba-tiba korang perasan dalam makanan korang tu ada lipas. Apakah tindakan korang? For sure korang akan report dekat tokei kedai tu, samada korang mintak makanan lain, or korang tak nak bayar dan terus blah, ataupun kalo kedai tu kena bayar dulu baru makan, korang mintak balik duit korang, lepas tu blah. Sama ada secara emo ataupun kool, itu terpulang kepada peribadi koranglah. Dan apekah akan jadi sekiranya tiba-tiba tokei kedai tu cakap kat korang, “Wei, ape ngko marah-marah ni? Ini kedai aku, ko kena ikut peraturan kedai aku. Makan je makanan tu. Tak boleh buat tuntutan. Tak boleh mintak refund. Kalo ko tak nak ikut peraturan kedai aku, boleh blah. Kalo tak aku panggil polis angkat ko sebab buat kecoh kat kedai aku.” Yang ni aku pasti korang takkan duduk diam. Paling koman pun korang akan sound balik tokei kedai yang kerek tu. Kalo korang ni jenis emo lebih sikit, mungkin akan hinggap sedas penumbuk dekat dagu malaon tu. Itu situasi normal bukan? Adakah korang bersalah? Tidak, itu hak korang. Korang bayar untuk makan, dan korang ada hak untuk buat aduan kalo korang rasa ada benda yang tak memuaskan hati korang. Kalo tokei kedai tu bikin ek lagi, korang boleh bawak kes ni ke level yang lebih tinggi, buat aduan dekat memana NGO ke, tulis surat dekat surat khabor ke, pergi mengadu dekat Melodi Tv3, etc etc etc etc macam-macam lagi ah. Dan kini cuba kaitkan situasi di atas dengan suasana yang jadi bila korang masuk U. Korang masuk U, untuk belajar, kena bayar, walaupun itu adalah hak korang yang sepatutnya semua orang boleh dapat percuma, tapi ok lah, korang bayar. Dan bila masuk U, korang pasti mengharapkan korang akan dihidangkan dengan “makanan-makanan ilmu pengetahuan” yang akhirnya akan menjadikan korang manusia yang kenyang dengan segala macam informasi dan skil dalam kepala otak korang. Korang pasti berharap, dengan masuk U, korang akhirnya akan jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum korang masuk U, dan akhirnya akan mampu menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah membayar cukai untuk menampung subsidi korang belajar di U. Tapi hakikatnya, apa yang terjadi di U adalah amat pelik sekali. Korang tidak boleh menyuarakan sebarang ketidak-puasan hati korang kepada tokei U itu. Dah lah masuk U KORANG BAYAR, lepas tu ada pulak peraturan remeh-temeh macam nak masuk library tak boleh pakai selipar jepun, lepas tu terikat pulak dengan sistem pendidikan yang “ber-orientasi-kan exam nak mampos”, dan segala macam lagi lah situasi yang menunjukkan bahawa korang ni bukannya “customer” kepada U itu, tapi dia adalah bos korang, dan korang adalah hamba mereka. Padahal hakikat sebenar, korang adalah seperti pelanggan kepada U korang, dan U adalah sebuah restoran yang menawarkan servis kepada korang. Secara logiknya, sekiranya korang mendapati dalam “makanan” yang diberikan kepada korang itu ada “lipas”, maka korang boleh membuat tuntutan, seperti yang aku gambarkan dalam suasana kat atas. Namun disebabkan kita telah terlalu lama mengikuti sistem pendidikan yang hanya tahu mengajar kita untuk menjadi pengikut membabi buta, bukannya pelajar yang berfikir, maka apabila masuk U, kita masih lagi terikat dengan status quo itu. Kita masih menganggap golongan yang menjadi tokei di U itu adalah guru-guru yang patut dihormati dan betul segala-galanya. Betul, kita patut saling hormat-menghormati, baru suasana akan harmoni. Tapi mereka jugak adalah manusia, dan manusia itu tidak pernah lari daripada sebarang kekurangan dan kesilapan. Dan budak U sebagai pelajar jugak adalah manusia, dan manusia semuanya ada akal yang seharusnya digunakan untuk berpikir, dan pemikiran budak U sepatutnya dibiarkan berkembang, bukannya disekat dengan segala macam peraturan-peraturan kelakar. Bukankah matlamat U adalah untuk menjadikan budak U yang masuk ke “kedai” mereka untuk keluar dengan kenyang setelah penuh menuntut ilmu? Dan sepertimana kedai makan, pelajar seharusnya bebas untuk memilih makanan yang mereka nak makan. Ilmu untuk menjadi manusia itu bukan sekadar mendapat 4 rata di dalam peperiksaan. Itu hanya ilmu menghafal, ataupun ilmu menipu membawa toyol. -bersambung, aku ada kelas- http://ilusihitamputih.blogspot.com/2010/08/universiti-tempat-belajar-belajar-apa.html

Rabu, 18 Ogos 2010

Emel Mahasiswi

Saya pun merasa tak stuju dgn pasang CCTV kat bilik rehat student kat Pauh tu.Kami dah tido dgn keadaan bukak tudung.Tiba2,kawan saya kata ada CCTV tu.. Apa punya teruk la UniMAP ni.,last2,kami pakaikan CCTV tu dgn sejadah.Haha..CCTV pun pakai tudung,,, Buat perkara biar rasioanallah.. Selamat maju jaya UniMAP

Selasa, 17 Ogos 2010

PENGUMUMAN

Kepada semua para pembaca dan pengunjung UniMAPKini,pihak kami memohon kemaafan di atas masalah tidak boleh komen artikel di laman ini. Masalah ini telah diselesaikan,Dipersilakan komen di ruang ADD COMMENT di bawah setiap artikel. Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman ini.Sila sebarkan laman ini kepada rakan-rakan untuk penyebaran maklumat dan isu semasa. ISU MENDEPANI MASA.

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN ,HAFAZAN,NASYID DAN TULISAN KHAT PERINGKAT UniMAP








Bagaimana dengan Pilihan Raya Kampus UniMAP?

Isu yang panas dalam arena mahasiswa pada masa sekarang adalah isu membenarkan mahasiswa berpolitik.Namun di UniMAP,politik kampus tidak pernah wujud.

Sebelum membicarakan soal mahasiswa berpolitik,lebih baik pihak universiti membuka ruang kepada para mahasiswa UniMAP menceburkan diri dalam politik kampus.

Tahniah UniMAP


Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis

TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.

Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga. Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut. Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.

“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain. “Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Khamis, 12 Ogos 2010


Terakhir  رمضان
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman...

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH
DILAKUKAN

Sempena tibanya bulan Ramadhan kali ini saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah. Saya juga memohon dihalalkan semuanya.

Saya juga telah memaafkan saudara saudari dan telah menghalalkan segalanya.


http://teenagedakwahonline.blogspot.com/

"Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir UniMAP"

Kementerian atur perbincangan minta pandangan pelbagai pihak

GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) membabitkan diri dalam parti politik. Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya akan menyertai perbincangan meja bulat anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turut dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin mahasiswa berhubung perkara itu, hari ini. "Kelmarin, saya menerima resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersetuju membenarkan mahasiswa terbabit dalam parti politik dengan bersyarat serta memerlukan penelitian serius. "Saya menyambut baik resolusi ini. Jadi, kita akan mempertimbangkan cadangan berkenaan berikutan ia dipersetujui dan mewakili suara mahasiswa IPTA itu sendiri,” katanya selepas mempengerusikan syarahan Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas berhubung Pengajian Tinggi Menurut Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam. Saifuddin berkata, kerajaan bersedia berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membolehkan mahasiswa membabitkan diri dalam politik. "Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan. Selain itu, ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya. Tahun lalu, kerajaan meminda AUKU dan memberi banyak kebebasan tetapi masih tidak membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik kecuali dengan kebenaran Naib Canselor. Saifudin berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, pihaknya akan membawa usul ke Parlimen untuk pindaan AUKU bagi memperluaskan lagi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik. "Bagaimanapun, perbincangan mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik itu mungkin mengambil masa kerana ia memerlukan kajian terperinci berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan mereka," katanya. http://www.saifuddinabdullah.com.my/post/2010/08/10/Mahasiswa-boleh-aktif-politik-diteliti-Saifuddin.aspx "Penulis merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Beliau boleh dihubungi di http://www.saifuddinabdullah.com.my/

MPP akur larangan mahasiswa berpolitik

PUTRAJAYA 11 Ogos - Jemaah Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institusi Pengajian Tinggi Awam menghormati dan menyambut baik keputusan kerajaan yang melarang mahasiswa menyertai parti politik. Presidennya, Ahmad Wafi Sahedan berkata, beliau yakin kerajaan telah membuat penelitian dan pertimbangan menyeluruh sebelum membuat keputusan tersebut. Bagaimanapun beliau meminta kerajaan memperkasakan saluran sedia ada supaya suara mahasiswa boleh diambil kira dalam pembangunan negara. ''Kami memohon kerajaan untuk memperkasakan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) kerana ia merupakan pentas yang amat penting untuk mahasiswa bersuara. ''Diharapkan juga kerajaan lebih terbuka dalam menerima pandangan atau kritikan daripada pemimpin mahasiswa kerana kita juga ingin terlibat sama dalam memajukan negara," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Ahmad Wafi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa larangan mahasiswa melibatkan diri dalam kancah politik kepartian adalah kekal. Muhyiddin bagaimanapun menjelaskan, larangan itu tidak bermakna mahasiswa dilarang terus daripada membicarakan hal ehwal politik semasa yang berlaku di negara ini. Mengulas lanjut, Ahmad Wafi berkata, mahasiswa perlu mempunyai idealisme, pendirian dan identiti tersendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. ''Mahasiswa perlu bebas untuk berdiskusi secara ilmiah mengenai pelbagai isu termasuk isu politik. ''Mahasiswa harus melontarkan pandangan atau mengkritik secara membina kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang," katanya. Beliau menjelaskan, isu untuk membenarkan mahasiswa menyertai parti politik sebenarnya masih dalam peringkat perbincangan di kalangan Yang Dipertua dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar. ''Perkara ini perlu dilihat dan dikaji secara serius kerana ia melibatkan pelbagai implikasi jangka pendek dan jangka panjang. ''Kami yakin dan percaya pandangan pelbagai pihak termasuk mahasiswa, pensyarah dan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi perlu diambil kira kerana mereka juga mempunyai hak untuk melontarkan pandangan dan cadangan tentang perkara ini," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm