Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label KUIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIS. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Disember 2009

Seluruh pemimpin mahasiswa perlu tampil bantah BTN




Dasar BTN Yang Tersasar

Rata-ratanya umum sudah mengetahui doktrinisasi yang diamalkan UMNO melalui BTN yang sememangnya  berbaur kepentingan politik dan perkauman yang melampau. Membakar semangat kemelayuan, membunuh simpati terhadap pembangkang dan kemudian mendewa-dewakan UMNO sebagai penyelemat bangsa terus  menjadi modus operandi BTN untuk memelihara survival UMNO.
Sepanjang pengalaman menyertai program BTN di sekolah, memang cukup menyedihkan apabila melihat penceramah yang memiliki mustawa ilmu yang cukup tinggi namun sanggup menjadi balaci yang membenarkan pembohongan. Pada perkiraan saya, BTN tidak lagi memainkan peranan yang sebenar dalam memupuk semangat patriotisma namun lebih menjurus kepada perpecahan akibat sentimen permusuhan politik dan bangsa.
Pembawaan dengan cara doktrin paksa.
Boleh dikatakan setiap penjawat awam perlu menghadiri program yang diadakan secara khusus oleh BTN mahupun slot-slot kecil yang ditumpang oleh wakil BTN. Diperingkat mahasiswa pula, kebanyakan pelajar yang menganggotai Majlis Perwakilan Mahasiswa akan dibawa untuk mengikuti kursus BTN yang kebiasaannya menjadi aktiviti awal untuk setiap sesi kepimpinan.
Maka disaat inilah kerajaan Barisan Nasional melalui BTN akan sehabis mungkin cuba menyebarkan doktrin secara paksa agar setiap inci isi rakyat tunduk dan patuh pada telunjuk pemerintah. Ini menjawab persoalan mengapa wujudnya rasa takut pegawai kerajaan untuk melahirkan sokongan terhadap pembangkang bahkan wujud sentimen yang menyifatkan bahawa tanpa UMNO negara akan huru-hara.
BTN juga dilihat menyumbang kepada kemandulan idealisma mahasiswa  hasil daripada cerapan anti-pembangkang yang dikatakan tidak patriotik. Tindakan agresif mahasiswa terdahulu disifatkan sebagai pemecah belah bangsa dan tidak berlunaskan adab perlembagaan. Maka nama-nama tokoh mahasiswa seperti Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais dilabel sebagai agen penjajah yang cuba merosakkan kemerdekaan tanah air melalui tindakan subversif yang menggugat keamanan.  Inilah bentuk paksaan minda yang diamalkan oleh BTN bagi memastikan  pesertanya meyakini bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
BTN membantutkan daya intelektual masyarakat
Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah pencapaian status negara maju, pembinaan minda rakyat juga seharusnya dibenarkan untuk berkembang secara bebas selaras dengan tahap intelektual berkelas dunia. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya meneladani kepimpinan negara-negara maju yang mampu bersifat terbuka terhadap persepsi masyarakat samada negatif mahupun positif.
Presiden Indonesia misalnya, beliau mampu mempamerkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin berwibawa apabila beliau bukan sahaja tidak menyekat rakyatnya melakukan demonstrasi, bahkan menasihatkan agar rakyatnya menjaga keselamatan semasa berdemonstrasi. Namun keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia apabila semangat reformasi  rakyat terus dihalang melalui kekangan kuasa dan jiwa rakyat terus tekan melalui doktrinisasi BTN.
Natijahnya, wujud sebahagian rakyat Malaysia yang terus dibelengu dengan ketakutan terhadap perubahan lantas mereka sanggup duduk terperuk dan melayan ugutan pemerintah terhadap periuk nasi mereka.
Pemimpin Mahasiswa Perlu Bangkit
Kini sudah tiba masanya untuk mahasiswa tampil dan membantu dalam memulihkan kembali integriti rakyat Malaysia yang pada pandangan saya amat jauh ketinggalan berbanding rakyat negara maju yang lain. Saya tidak memaksudkan rakyat Malaysia secara kolektif, namun ada sebilangan besar yang telah dijangkiti sindrom ketakutan dan konflik kepercayaan akibat saduran BTN yang melampaui hak kebebasan minda untuk berfikir dan memilih. Maka rakyat sedang menanti satu suara yang mampu menggegarkan suasana kondusif pemerintah agar mereka tidak menyisih pandang tuntutan rakyat ini.
BTN sudah tidak relevan dengan zaman kebebasan ilmu pengetahuan serta tahap pemikiran masyarakat yang semakin berkembang maju. Oleh itu BTN perlu dirombak atau dimansuhkan secara total. Maka saya menyeru setiap pemimpin mahasiswa untuk tampil dan menyuarakan pendirian bahawa mahasiswa menuntut agar kerajaan mengkaji semula perlaksanaan BTN melalui rombakan diperingkat dasar mahupun pemansuhan BTN secara total. Mahasiswa menyokong sebarang usaha untuk membina semangat patriotisma yang tinggi, namun mahasiswa juga meyakini bahawa BTN bukan jalan tunggal untuk usaha tersebut.
——–
*Penulis ialah Pengerusi Kelab Bahasa Dan Sastera (BAHTERA) merangkap aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

  • Oleh: Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab*

Ahad, 13 Disember 2009

KEJAYAAN GMS KUIS

PENCAPAIAN TERKINI HASIL DARIPADA PERJUANGAN MAHASISWA KUIS

Melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang telah diadakan pada 26 November yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui arahan YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim telah menetapkan keputusan berikut:

1. PIHAK KERAJAAN NEGERI TELAH MENGARAHKAN AGAR PIHAK PENGURUSAN KUIS MELAKSANAKAN KAJIAN SEMULA TERHADAP STRUKTUR YURAN KUIS DAN PERLU DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT KERAJAAN NEGERI YANG AKAN DATANG.
Hal ini akan menyebabkan segala pertikaian mengenai struktur yuran KUIS khususnya bahagian yuran pengajian dan penginapan (B.O.T) berkemungkinan besar dapat diselesaikan.

2. YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM TELAH MENYATAKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH BERSETUJU UNTUK MENYALURKAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM 5 JUTA SETIAP TAHUN KHUSUS UNTUK MENAMPUNG BEBAN KEWANGAN MAHASISWA KUIS.
Peruntukan ini sekiranya disalurkan sebagai suntikan dalam struktur yuran KUIS, setiap pelajar KUIS boleh menikmati potongan yuran sebanyak RM 300 seorang untuk setiap semester. Hal ini bermakna kurangan yuran sebanyak 8.5 peratus boleh diberikan kepada mahasiswa Diploma dan 5 peratus untuk mahasiswa ijazah.
Maklumat tambahan : Turut dipanggil dalam mesyuarat MTES ialah pihak pengurusan tertinggi KUIS


BERIKUT ADALAH FASA TERAKHIR GERAKAN GMS YANG AKAN DILAKSANAKAN DALAM MASA TERDEKAT.


1. MAJLIS SERAHAN BANTUAN KEPADA MAHASISWA KUIS YANG KURANG BERKEMAMPUAN.
Bantuan ini akan disalurkan kepada mahasiswa berdasarkan hasil kajian dan seliaan yang telah dilakukan oleh pihak GMS sebelum ini.

2. PERTEMUAN KALI KEDUA DENGAN YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR.
Pertemuan kali ini memfokuskan mengenai respon terkini Kerajaan Negeri Selangor setelah menerima serahan memorandum mahasiswa KUIS .


BERIKUT ADALAH TINDAKAN TERKINI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH GERAKAN MAHASISWA SEDAR


ISNIN, 23 NOVEMBER 2009.PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI.
Walaubagaimanapun, memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Dato’ MB memandangkan beliau mempunyai urusan luar.

KHAMIS, 26 NOVEMBER 2009. EMPAT ORANG WAKIL GERAKAN MAHASISWA SEDAR TELAH DIPANGGIL KE PARLIMEN UNTUK BERTEMU DENGAN YB ZURAIDA KAMARUDDIN, AHLI PARLIMEN AMPANG.
Dalam pertemuan tersebut, YB Zuraida menyatakan kesudiannya untuk membantu menyelesaikan kemelut yuran KUIS atas kapasiti seorang ahli parlimen.

Rabu, 25 November 2009

Lagi isu yuran KUIS: Pro-M Nasional ‘nasihat’ Presiden berundur


kuis 1

Untitled-1 copyKemaskini 20 Nov 2.00 a.m : Berikutan isu kenaikan yuran Kolej Universiti Islam Selangor(KUIS)  yang belum menemui jalan penyelesaian walaupun setelah didesak oleh Gerakan Mahasiswa Sedar(GMS),Pro Mahasiswa Nasional pula hari ini menasihatkan agar Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS meletak jawatan “secara hormat”.
Menurut seorang mahasiswa kolej berkenaan yang enggan namanya didedahkan,Presiden  MPM KUIS, Nasrul Izad Mohd Isa dikatakan masih lagi membisu terhadap isu tersebut selain dilihat seakan tidak perihatin terhadap nasib yang di alami oleh mahasiswa kuis.
3733179823_460be86944_sJusteru itu,Pengerusi Pro-M nasional,Mohd Syafie Hashim menasihatkan nasrul Izad agar berundur secara hormat sekiranya masih la bersikap demikian.
‘Pro-Mahasiswa amat kecewa dengan kenyataan beliau selaku presiden MPM KUIS di dalam akhbar yang menyatakan beliau tidak tahu menahu tentang isu yang berlaku.”
Syafie menyatakan perkara demikian dengan perasaan kecewa sambil menunjukkan kenyataan presiden tersebut dalam keratan akhbar Berita Harian bertarikh 7 November.
‘Selaku pimpinan utama mahasiswa yang dilantik oleh mahasiswa melalui pilihanraya kampus,seharusnya izadbeliau menjadi  pembela nasib mahasiswa yang tertindas baik dalam apa-apa masalah sekalipun bukan sebaliknya membisu, malahan mengutuk tindakan mahasiswa yang bersuara.’ Tambahnya lagi.
Selain  meminta agar MPM Kuis melihat tindakan GMS itu daripada sudut yang positif  dan mencari punca dan faktor sebenar mereka melakukan tindakan sedemikian,beliau mencadangkan agar inisiatif lain perlu dilakukan secepat mungkin bagi menyelesaikan isu ini.
‘sekurang-kurangnya buatlah dialog terbuka dengan mahasiswa yang tertindas,bukan membisu. Kita mahu mahasiswa yang lahir daripada menara gading ini adalah individu yang berani, prihatin ,bijak , dan mempunyai jati diri yang kukuh . Tiada guna lansung sekiranya mahasiswa yang lahir dari kampus ini hannya menjadi “tukang angguk”  kepada sesiapa yang mahu “menjerut” leher mahasiswa.’katanya mengakhiri sidang media petang tadi.
Sebelum ini beberapa hari selepas demonstrasi yang dianjurkan oleh GMS,media dimaklumkan bahawasanya terdapat mantan presiden sebelum ini antaranya Fahrur Rozi Jalaluddin yang menawarkan diri untuk menjadi pihak ketiga bagi menyelesaikan  isu ini.
Beliau dikatakan telah menghubungi Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr. Halimah Ali untuk mengadakan perbincangan.
Walaubagaimanapun,sehingga hari ini masih belum ada apa-apa perkembangan dan  tindakan serius dilakukan dari Persatuan Induk mahasiswa kolej tersebut. -Mahasiswakini

Ahad, 15 November 2009

Isu Yuran KUIS : MPMUM desak KUIS bertindak, MB campur tangan




Kuala Lumpur 15 Nov – Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) hari ini mendesak pihak pentadbiran dan pengurusan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) agar segera bertindak terhadap desakan mahasiswa yang menuntut pengurangan yuran pengajian mereka.
hafiz blog 8Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Yang Di Pertuanya, Mohammad Hafiz Bin Ilyas dalam kenyataannya.
Katanya, KUIS harus meneliti sejauh mana tuntutan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang mendakwa yuran pengajian yang dikenakan kepada mahasiswa kolej itu terlalu tinggi.
“Sepatutnya KUIS mengkaji dengan terperinci tuntutan tersebut, dan bukannya melabelkan kelompok ini. Jika benar ia (yuran) terlalu tinggi, KUIS perlu segera bertindak dan menyelesaikannya” ujarnya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) berkata, sikap (melabel) itu sebagai tidak profesional dan cuba membunuh hak mahasiswa bebas menyatakan pandangan, sedangkan hak tersebut termaktub jelas di dalam perlembagaan Malaysia. Beliau menambah lagi, tindakan bermusuhan dengan pelajar tidak akan menyelesaikan masalah dan akan menimbulkan kesan yang lebih besar.
Exco Kepimpinan MPMUM, Mohd Aizat Bin Mohd Saleh mendesak agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim campur tangan dalam isu ini.
“Sekiranya Hal Ehwal Pelajar KUIS tidak mampu menyelesaikan isu ini, kita (MPMUM) minta Tan Sri Menteri Besar agar campur tangan selaku pengerusi Lembaga Pengarah KUIS” katanya.
“Saya yakin, beliau (Tan Sri Khalid) adalah seorang yang dekat dengan pelajar dan bersedia mendengar masalah kebajikan”tambahnya lagi.
Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin pelajar MPP KUIS yang tidak cakna dan tidak cepat bertindak dalam isu harga yuran tersebut. Beliau menegaskan, sikap tersebut tidak wajar ada pada pemimpin pelajar yang dipilih oleh mahasiswa untuk berkhidmat kepada mereka.
“Saya pasti mahasiswa yang turun berdemonstrasi tempohari adalah kerana isu ini terlalu lama dan lambat diselesaikan, dan (juga) kerana usaha untuk berunding menemui jalan buntu” ujarnya.
Isu harga yuran yang tinggi mula tercetus di KUIS apabila sekumpulan mahasiswa yang digelar Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) mengadakan demonstrasi mendesak diturunkan harga yuran pengajian.
GMS mendakwa, harga yuran tersebut sangat membebankan pelajar yang datang dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, pihak KUIS menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan isu tersebut, namun sehingga hari ini tiada tindakan diambil.-mahasiswakini


sumber: http://mahasiswakini.com/archives/4627

Sabtu, 7 November 2009

Mahasiswa Bantah Yuran Mahal

kuis 1Seramai  2500 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor  mengadakan demonstrasi  aman semalam mendesak  pihak  pentadbiran menurunkan yuran pengajian kolej university tersebut.

Demonstrasi tersebut berarak bermula  dari perkarangan First Kafe sambil mengibarkan sepanduk dan poster  antaranya tertera “sampai bila mahasiswa makan maggi”, “Yuran naik,mahasiswa kelaparan” dan “mahasiswa tuntut yuran turun” berakhir di Taman Ilmu bagi mengadakn perhimpunan di situ.

kuis 1

Kumpulan Mahasiswa berkenaan yang menubuhkan Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) mendakwa yuran di kolej tersebut terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perkhidmatan  dan kemudahan yang disediakan.

Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Bin Ahmad  Kamil ketika diminta mengulas mengenai  demonstrasi tersebut,mengatakan ianya  sebagai  hari kemuncak kepada usaha untuk mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran kolej university tersebut.

“Sejak bulan lalu,kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan sama ada pihak petadbiran atau pun pelajar.saya rasa sudah empat atau lima kali kita buat (perbincangan ) bagi menyelesaikan masalah ini.”

Walaubagaimanapun katanya,pertemuan dengan pihak pentadbiran sebelum ini seolah-olah tidak didengar dan dipandang serius oleh pihak pentadbiran.Bahkan lebih mencurigakan  lagi, Timbalan Rektor kolej tersebut  menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berkenaan maklumat kenaikan yuran.

kuis 1“Selain itu,wakil GMS yang pergi berbincang juga turut dipertikaikan dan dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa walaupun sebelum ini kita telah mengumpul responden dari mahasiswa sendiri.”

“jadi hari ini kita ingin buktikan bahawa ini (desakan) memang dari mahasiswa dan kita amat serius berkenaan hal ini.”ulasnya selepas selesai demonsterasi semalam.

Demonstrasi tersebut berakhir dengan penyerahan daripada Presiden GMS kepada setiausaha Rektor En.Azmi.


kuis 1

GMS yang terdiri daripada beberapa pimpinan pelajar mula bertindak serius pada 27 Oktober 2009 apabila melakukan pertemuan dan edaran secara langsung kepada mahasiswa khususnya yang tinggal di asrama. Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan yang kebanyakannya tidak berpuas hati terhadap yuran yang dikenakan.-Mahasiswakini