Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Kolej Kediaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kolej Kediaman. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2010

LETRIK DIPOTONG,UniMAP CUAI??


UniMAP gempar lagi..

28 Disember: Pagi ini Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KKE) digemparkan apabila lebih kurang 25 buah rumah mahasiswa UniMAP dipotong api oleh pihak TNB.Ini menyebabkan mangsa-mangsa terkejut dan segera membawa notis daripada pihak TNB kepada pihak Kolej Kediaman KKE.

Apabila para mahasiswa membawa perkara ini kepada pihak kolej,pihak terbabit menyatakan ini adalah disebabkan salah faham oleh pihak TNB.Para mahasiswa diminta bersabar.Perkara ini memberi masalah kepada para mahasiswa lebih-lebih lagi sekarang adalah musim test dan kuiz untuk mahasiswa tahun akhir.

Ada juga saranan dari pihak terbabit supaya mahasiswa mencabut suis dari rumah-rumah yang tidak digunakan.Ini merupakan satu saranan yang tidak beretika oleh pihak pengurusan.

Beberapa pertikaian timbul dari apa yang berlaku ini.

1.Masakan pihak TNB boleh tersilap dalam hal ini sedangkan mereka mempunyai rekod dan simpanan bil elektrik dari pelanggan mereka.

2.Tidak sepatutnya perkara ini berlaku kerana peruntukan untuk tujuan bayaran tersebut sememangnya jelas dalam peruntukan universiti.

3.Pihak terbabit cuba memberi alasan dan dalam masa yang sama memberi saranan yang tidak sepatutnya kepada mahasiswa.

Para mahasiswa,adakah anda masih berdiam diri???

 


Selasa, 17 Ogos 2010

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN ,HAFAZAN,NASYID DAN TULISAN KHAT PERINGKAT UniMAP








Selasa, 29 Disember 2009

BOIKOT PENDAFTARAN KOMPUTER!!

Salam 1Malaysia,


Seperti yang anda sedia maklum, setiap desktop mahupun laptop bagi setiap penghuni-penghuni di Kolej Kediaman  Tan Sri Aishah Ghani telah pun diarahkan untuk didaftarkan kepada pegawai-pegawai unit ICT yang berlangsung sepanjang 28-30hb disember ini. 


Sehubungan itu, krew UniMAPkini menyeru kepada semua penghuni agar MEMBOIKOT terus pendaftaran tersebut, dan juga menyeru kepada ahli yang bertanggungjawab agar bangkit untuk menyatakan bantahan anda. Seruan boikot ini kerana pendaftaran ini tidak telus dan pihak ICT UniMAP mempunyai agenda lain disebaliknya. 


Pendaftaran yang dilakukan secara terpilih ini juga telah jelas ianya tidak adil & berat sebelah  dan sudah tentunya  ia mempunyai udang disebalik batu.  Proses ini hanya akan menyusahkan mahasiswa/i dari pelbagai sudut. Hal yang mudah sengaja dirumitkan begitulah sikap pihak ICT yang pastinya mendapat arahan dari pihak tertentu.


Tindakan ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang membenarkan agar setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan maklumat & berita yang jelas serta bebas untuk menyuarakan pandangan. 


Akhir kata, tindakan luar tabi'e ini harus diBOIKOT bukan sahaja oleh penghuni KKG malah semua siswa/i UniMAP umumnya.

Isnin, 9 November 2009

Hanya KKG Tiada Stor

Kolej Kediaman Kampung Wai, Seberang Ramai(KKF) dan Taman Semarak(KKE) masing-masing menyediakan stor kepada penghuni-penghuni untuk mereka menyimpan barang-barang sempena cuti yang bakal tiba bermula 22 November ini kecuali Kolej Kediaman Wang Ulu(KKG).

Namun, dimaklumkan pihak pengurusan memberi kelonggaran kepada penghuni KKG untuk mereka menyimpan hanya dua(2) buah kotak di stor KK. Prosedur biasa perlu dilalui oleh penghuni dengan mengisi borang yang telah disediakan di pejabat pengurusan asrama.

Sebab secara jelas belum dapat dikenal pasti. Walaubagaimana pun dengar khabarnya pihak pengurusan bimbang akan berlaku kehilangan barang-barang penghuni jika ia terus disimpan di Kolej Kediaman(KK). Tidak banyak juga terdengar suara-suara yang menyatakan bahawa atas sebab KKG akan diduduki oleh penghuni luar sepanjang cuti semester nanti maka KKG perlu dikosongkan.

Pihak UniMAPKini dan penghuni KKG mohon agar Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani(MPKKTAG) dapat memberikan penjelasan berkenaan isu ini supaya penghuni KKG mengetahui keadaan dan sebab sebenar atas tindakan pihak pengurusan yang tidak membenarkan penyimpanan barang-barang di stor KK sempena cuti semester yang bakal tiba.

"Unite for UniMAP"

Sabtu, 7 November 2009

Tiada Stor, di mana MPKK

Pihak Kolej Kediaman (KK) tidak akan menyediakan stor untuk mahasiswa di setiap kolej kediaman menyimpan barang-barang mereka sempena cuti semester pada kali ini. Memorandum berkaitan perintah tersebut yang bertarikh 3 November 2009 telah dikeluarkan dan ditampal di setiap blok-blok dan bangunan KK.

Menurut seorang mahasiswa salah sebuah kolej kediaman di Kuala Perlis yang sempat ditemui berkata, pihak pengurusan asrama di setiap KK telah mengeluarkan arahan dengan menampalkan memo di blok-blok KK, mahasiswa sudah pun sedia maklum.

"Jika arahan ini tidak boleh dikompromi, kami terpaksa memunggah barang kami untuk dibawa balik ke rumah dan kemudian dibawa kembali pada semester hadapan, ia menyusahkan kami yang tinggal di luar negeri Perlis." keluhnya.

Memorandum itu juga turut mengandungi arahan agar mahasiswa mengosongkan asrama mereka selewat-lewatnya 22 November ini. Bayaran sewa harian sebanyak RM 3.00 akan dikenakan jika penghuni masih berada di bilik asrama masing-masing.

Bagi penghuni yang ingin terus berada di KK masing-masing bermula 23 November ini, mereka diminta untuk mengisi borang Penginapan Semasa Cuti dan
menyerahkannya kepada Pejabat Pengurusan KK masing-masing sebelum atau pada 13 November 2009 iaitu pada hari jumaat. Kegagalan pelajar untuk menyerahkan borang tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan akan menyebabkan permohonan pelajar tidak akan dipertimbangkan.

Peringatan juga diberikan agar mahasiswa "check-in" atau membuat pendaftaran KK untuk Semester II Sidang Akademik 2009/2010 seawal 26 Disember 2009. Pendaftaran awal daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.

"Kegagalan pihak pengurusan kolej menyediakan stor kepada kami sempena cuti semester ini amat mengecewakan kami, seluruh mahasiswa sudah tentunya kecewa. Mengapa dahulunya stor dibuka untuk kemudahan kami menyimpan buat sementara waktu barang-barang kami, tetapi tidak pada semester ini?" persoal seorang penghuni Kolej Kediaman Taman Semarak (KKE).

Menurutnya lagi, tidak logik untuk kami membawa pulang semua barang kami pada akhir semester ini kemudian ingin membawanya kembali, tidakkah pihak pengurusan KK merasakan ia menyusahkan kami.

Seorang lagi penghuni Kolej kediaman Wang Ulu (KKG) diminta mengulas isu ini berkata, pihak pengurusan seharusnya mengambil kira mahasiswa yang tinggal jauh khususnya di luar Perlis.

"Apa yang menghairankan kami, mengapa MPKK senyap seribu bahasa? Adakah mereka berasa senang dengan arahan ini? Sudah tentu ia pun turut menyusahkan mereka, dan yang paling utama menyusahkan 'rakyat' di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya menjadi perhatian sepenuhnya oleh mereka." jelasnya.

"Kami mohon MPKK agar tidak duduk saja. Tidak wajar bagi sebuah jawatankuasa yang mewakili kami berdiam diri walaupun mahasiswa dilihat pun tidak memberi apa-apa respon terhadap masalah ini. MPKK seharusnya peka dan bertindak terlebih dahulu. Lakukan sesuatu untuk meringankan beban kami mahasiswa di UniMAP, bukan menyusahkan kami." kata salah seorang mantan exco MPKK Kampung Wai.

Tambah beliau lagi, tiada guna mereka ini pegang jawatan dalam MPKK tetapi masalah sekecil ini pun tidak dapat dibawa berbincang dengan pihak pengurusan KK. Paling kurang kami mohon MPKK fikirkan cara untuk menyediakan alternatif lain bagi membantu kami, inilah tanggungjawab anda wahai pemimpin kami.

Khamis, 29 Oktober 2009

KKF: Tazkirah, Mohon Penjelasan

Dilaporkan, baru-baru ini sekumpulan penuntut di Kolej Kediaman Tun Ghafar Baba(KKF) ditegur kerana salah seorang rakan mereka menyampaikan tazkirah ringkas di surau Kolej Kediaman(KK).

Difahamkan oleh seorang penuntut di situ, mahasiswa tersebut telah menyampaikan tazkirah ringkas setelah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah di surau. Setelah selesai menyampaikan tazkirah, beliau pulang ke bilik. Walaubagaimana pun, ahli jemaah yang lain masih berkumpul di surau untuk membaca Al-Quran dan beribadah. Tanpa disedari mereka telah didatangi oleh seorang penolong pengetua yang lalu menyatakan teguran dan rasa tidak senang beliau dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh mahasiswa tadi.

"Sebab teguran dan rasa tidak senang hati penolong pengetua tersebut tidak diketahui." tambahnya lagi.

"Warga mahasiswa Islam UniMAP khususnya penuntut di KKF ingin memohon penjelasan daripada penolong pengetua tersebut atas teguran yang diberikan, kami memerlukan penjelasan atas tindakan tuan." kata seorang lagi mahasiswa yang menuntut di KK berdekatan.

"Tidak wajar bertindak sebegitu rupa tanpa alasan yang munasabah. Kami hanya memerlukan alasan dan sebab? Adakah kerana ia mengganggu penuntut-penuntut yang lain? Sedangkan tazkirah itu hanyalah ringkas dan tidak langsung menyentuh sensitiviti atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya." persoalnya lagi.

Menurut seorang lagi mahasiswa yang tidak mahu namanya disiarkan, ahli jemaah surau sudah tentu ingin mengetahui sebab teguran yang telah diberikan. Ia seharusnya munasabah dan releven untuk diterima oleh penuntut muslim, jika tidak, ia nampak seolah-olah telah melanggar hak dan kebebasan beragama di kampus UniMAP.

"Saya rasa InsyaAllah ahli jemaah surau bersedia untuk berbincang dengan baik dan akan menerima pandangan daripada pihak pentadbiran KKF jika ia releven, tetapi pihak pentadbiran tidak wajar untuk memaksa mereka tunduk dan menerima arahan yang tidak jelas dan munasabah alasannya." tambahnya.

"Biarlah mereka menghidupkan surau dengan aktiviti-aktiviti tazkirah. Jika bukan mereka siapa lagi yang ingin menghidupkan surau tersebut. Allah akan mempersoalkan jika tiada siapa yang mengimarahkan surau walaupun surau tersergam indah di depan mata." kata seorang pimpinan mahasiswa yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Menurut beliau lagi, pihak pentadbiran KK seharusnya mengadakan garis panduan dan mengatur aktiviti surau agar ia tidak disalah guna dan seteursnya menjadi tapak penting untuk mendidik mahasiswa dengan kehidupan beragama. Inilah peranan dan tanggung jawab besar yang telah dipundakkan oleh Allah ke atas bahu penolong pengetua dan pihak pentadbiran KK.

Selasa, 27 Oktober 2009

Perlantikan MPKK

Pemilihan bagi mengisi kekosongan jawatan di peringkat Majlis Penghuni Kolej Kediaman(MPKK) setelah dibuburkan pada 16 Oktober baru-baru ini dimaklumkan telah berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah. Kebanyakan kolej kediaman termasuk KKC telah pun mengadakan proses pemilihan ini bagi memberi peluang dan ruang kepada muka-muka baru untuk naik memegang jawatankuasa dalam MPKK pada sesi ini.

Untuk makluman, tempoh memegang jawatan bagi MPKK juga sama seperti MPP. Apabila genap satu tahun iaitu 2 penggal memegang jawatan, ahli jawatankuasa ini akan dibuburkan rentetan berlaku pembubaran MPP. Apabila MPP dibubarkan maka secara automatik semua ahli jawatankuasa MPKK dan juga kelab-kelab terbubar dan satu AGM atau proses pemilihan mengikut pentadbiran kelab masing-masing perlu dilakukan dengan segera bagi menyerah tugas kepada muka-muka baru.

Namu begitu, ada sesetengah kes berlaku di mana, pihak pentadbiran Kolej Kediaman(KK) terpaksa melanjutkan beberapa ahli jawatankuasa MPKK yang lama untuk digandingkan dengan ahli jawatankuasa baru bagi meneruskan sesi "pemerintahan" memimpin dan menerajui MPKK dan seluruh warga mahasiswa. Ia berlaku jika dipersetujui oleh ahli-ahli jawatankuasa lama tersebut.

19 Oktober merupakan hari terakhir bagi mahasiswa menghantar borang pencalonan mereka untuk menyertai MPKK sebelum ditemuduga pada 20-23 Oktober. Walaubagaimanapun, UniMAPKini dimaklumkan, temuduga yang sepatutnya dijalankan pada 21 Oktober iaitu hari rabu baru-baru ini terpaksa dibatalkan kerana watikah perlantikan MPP dijalankan pada malam tersebut.

Pengumuman nama-nama yang terpilih bagi menganggotai kabinet MPKK kali ini telah diuar-uarkan pada 2 hari yang lepas iaitu 27 Oktober. Calon-calon yang telah berjaya melepasi temuduga dan tersenarai dalam pengumuman tersebut akan menerajui KK masing-masing bagi membawa matlamat dan visi UniMAP.

Dimaklumkan juga oleh seorang bekas ahli jawatankuasa MPKK salah sebuah kolej kediaman di Kuala Perlis, watikah perlantikan MPKK akan diadakan pada 31 Oktober ini. Tempat dan masa masih dirahsiakan di peringkat UniMAPKini dan akan dimaklumkan kemudian.

Jurucakap MPKK berkata, MPKK kali ini akan memaparkan ramai muka-muka baru sebagaimana berlaku sebelum daripada ini, cuma apa yang mungkin berbeza adalah calon-calon yang dipilih ini walaupun mungkin tidak disedari oleh pentadbiran KK, mereka sebenarnya adalah antara yang matang dan bakal membawa 'perubahan' kepada MPKK.

"Dengan situasi yang telah berlaku sekarang, mereka mungkin lebih matang menilai dan membuat keputusan yang membawa kebaikan kepada mahasiswa walaupun mungkin mereka masih muda." jawabnya apabila ditanya tentang kematangan mereka ini memimpin.

"Apa yang dimaksudkan 'perubahan' itu, kita akan sama-sama perhati dan lihat apa yang bakal mereka lakukan untuk menggegarkan UniMAP dipersada tanah air khususnya di universiti ini sendiri." tambahnya.

Khamis, 15 Oktober 2009

KKG: Internet Bermasalah

Sejak akhir-akhir ini, Kolej Kediaman Wang Ulu (KKG) sering mengalami gangguan 'internet' dan 'server' yang agak kritikal walaupun sudah berkali-kali penghuni kolej tersebut membuat aduan kepada pihak ICT.

Mengapa ia terjadi di KKG sedangkan di kolej kediaman lain tidak berlaku gangguan sedemikian? Adakah rangkai server di KKG di 'hack' sepertimana pernah terjadi sebelum ini? Atau adakah pihak ICT sengaja 'mengganggu' 'server' atas arahan "Top Management" bagi menghalang dan menghadkan mahasiswa KKG melayari web-web atau blog-blog yang amat di'takuti' oleh "Top Management"?

Banyak aduan yang dibuat sementalah lagi keluhan yang berbunyi akibat jaringan 'server' yang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mahasiswa mencari maklumat dan info berkaitan dengan 'study' mereka. Ia secara tidak langsung membantutkan kerja-kerja untuk menyiapkan assignment dan 'research' yang telah diberikan.

"Saya dan sahabat mahasiswa yang lain sudah berkali-kali membuat aduan dan cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak ICT tentang perkara ini, namun tidak ada jawapan yang dapat meyakinkan kami." kata seorang mahasiswa yang mahu dirahsiakan namanya kepada wartawan UniMAPKini.

Menurut beliau, gangguan sebegini membantutkan kerja mahasiswa di KKG dan memaksa mereka keluar untuk mendapatkan bekalan internet seterusnya menyiapkan projek serta "assignment". Ia tidak sepatutnya terjadi.

Kata seorang lagi mahasiswa UniMAP yang juga bekas pimpinan pelajar, 'server' di KKG sememangnya sering menghadapi masalah, ia sudah menjadi kebiasaan, walaubagaimana pun dalam keadaan yang mana kami amat memerlukan internet, ia tidak wajar terjadi. Pihak ICT seharusnya menyediakan satu solusi kepada masalah ini dan ia perlu diatasi dengan segera.

Menurut seorang lagi mahasiwa yang tidak mahu dikenali, kemudahan rangkaian internet adalah tanggungjawab pihak pertadbiran universiti dan amanah yang diberikan untuk kegunaan mahasiswa, maka tidak menjadi masalah untuk mahasiswa menuntut hak mereka.

Tambah beliau lagi, adalah salah jika mahasiswa mengatakan bahawa kita patut bersyukur dengan apa yang telah diberikan sehinggakan menghalang untuk kita menuntut perkara yang sepatutnya menjadi hak kita dan tanggungjawab yang sepatutnya ditunaikan oleh universiti, ia sama sekali salah. Sebagaimana seorang ayah perlu menunaikan tanggungjawabnya, begitu juga pihak pentadbiran universiti.

Rabu, 14 Oktober 2009

KKC:Jawatankuasa Atasi Kecurian

Semalam 13 Oktober 2009 telah diadakan perjumpaan tergempar bagi Kolej Kediaman Tun Hussein Onn (KCC). Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan gejala kecurian yang semakin kerap berlaku di KKC.

Pembentukan sebuah jawatankuasa telah dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak UniMAPKini menyokong penuh pembentukan jawatankuasa ini bagi menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa.

Walaubagaimana pun, pihak UniMAPKini juga menyatakan harapan agar jawatankuasa itu juga dibentuk di kolej-kolej kediaman yang lain bagi tindakan berjaga-jaga supaya tindakan pencegahan awal dapat diambil.

Syabas dan Tahniah kepada pihak pentadbiran serta mahasiswa KKC.

"Mahasiswa Memimpin dan Terpimpin"
"We Unite for UniMAP"

Selasa, 13 Oktober 2009

MEMO: PERJUMPAAN TERGEMPAR

MEMO

PERJUMPAAN TERGEMPAR SEMUA PELAJAR
KOLEJ KEDIAMAN TUN HUSSEIN ONN (KKC),
KG.WAI


Tarikh : 13 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 11.00 malam
Tempat : Dewan Kolej Kediaman, Kg Wai

Perhatian kepada semua pelajar lelaki & perempuan KKC. Pada malam ini akan diadakan satu perjumpaan dengan pihak pengurusan kolej kediaman untuk membincangkan tentang beberapa hal. Oleh yang demikian , diharapkan semua pelajar KKC dapat hadir tepat pada waktunya dengan berpakaian sopan. Perjumpaan tidak akan mengambil masa yang lama.

Sekian,terima kasih.

Penolong Pengetua Kolej Kediaman Tun Hussein Onn (KKC)