Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekarang ini musim Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaysia Perlis.Selepas ini akan bertukar tampuk kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP.
Namun begitu,hendaklah kita melihat ke belakang sejenak,iaitu kepada barisan mantan MPP.Tanpa yyang lama,tidak akan ada yang baru.Maka dengan ini,seluruh mahasiswa mahasiswi UniMAP merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada barisan MPP UniMAP sesi yang lalu.Segala jasa dan bakti kalian kepada universiti dan mahasiswa mahasiswi UniMAP amatlah dihargai dan dikenang.
Tahniah di atas kecemerlangan kalian dalam menerajui MPP UniMAP sesi yang lalu.
Sekian terima kasih.
Bicara Siswa
Memaparkan catatan dengan label MPP. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Februari 2011
Selasa, 10 Ogos 2010
Wajarkah Mahasiswa menjadi ahli parti politik?
Utusan Malaysia m/s 10 31 Julai 2010
Mahasiswa dan mahasiswi pada hari ini telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kancah politik di universiti masing-masing.Politik yang dimaksudkan ialah politik kampus yang meliputi segala perkara yang berkaitan dengan politik dalam kampus.Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah satu platform yang digunakan oleh mahaiswa/I dalam menceburkan diri mereka dalam dunia politik kampus.Platform ini adalah sesuai digunakan oleh mahasiswa/i dalam membawa idealisme dan agenda perjuangan masing-masing.
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ialah salah satu platform yang telah diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari oleh pihak kerajaan.Selain itu kita juga mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap universiti yang berfungsi memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi universiti masing-masing.
Jadi tidak seharusnya timbul persoalan yang mahasiswa pada hari ini tidak mempunyai platform untuk menyuarakan pandangan atau pendapat mereka. Jika mahasiswa dan mahasiswi menyertai sesebuah parti politik, adakah mereka akan bebas untuk mengkritik kepimpinan parti tersebut?Silap-silap mereka akan digantung keahlian kerana lantang mengkritik kepimpinan parti.
Mahasiswa dan mahasiswi juga tidak akan mempunyai idealisme tersendiri apabila mereka menyertai parti-parti politik kerana kongkongan dasar parti tersebut.Hal ini kerana dasar partilah yang akan membunuh idealisme mahasiswa tersebut.Perkara paling penting yang perlu diingatkan adalah mahsiswa/I adalah golongan yang masih belum menamatkan pengajian mereka.
Hal ini menyebabkan saya yakin dan percaya bahawa apabila mahasiswa/I dibenarkan untuk menyertai parti-parti politik, pengajian mereka di universiti juga akan terganggu dek kerana politik luar ini.
Kemunculan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang sebenarnya melindungi mahasiswa daripada cengkaman parti-parti politik di luar kampus. AUKU yang menyebabkan mahasiswa dan mahasiswi pada hari ini mempunyai idealisme tersendiri dan juga kita dapat membentuk kepimpinan mahasiswa di kampus mengikut acuan tersendiri tanpa kongkongan parti-parti politik di luar kampus.AUKU juga menjadikan kampus kita selamat dan aman daripada ahli-ahli politik yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperkudakan mahasiswa dan mahasiswi.
Kepada orang dewasa yang berada di luar kampus yang telah berjaya dalam pengajian di universiti dan kehidupan mereka,janganlah cuba mencadangkan idea-idea yang bukan mereka akan tanggung kesannya tapi kami dan generasi akan datang yang akan menanggung kesan baik buruknya. Biarkan kami cemerlang dalam pengajian kami masing-masing dahulu kerana itu adalah harapan setiap ibubapa.
Selepas tamat pengajian, InsyaAllah kami sebagai mahasiswa akan menilai dan memilih parti politik manakah yang akan kami sokong .Tapi berikan kami ruang dan peluang untuk menyiapkan diri kami dalam kampus tanpa gangguan dari luar kampus yang mungkin boleh merosakkan masa depan kami.
Ahmad Wafi Bin Sahedan
Jurucakap
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Sidang 2009/2010
Merangkap
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Sains Malaysia (USM)

Ahad, 3 Januari 2010
Selamat Kelahiran Blog MPP UniMAP 2009/2010
Assalamualaikum..
Pihak UnimapKini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis sesi 2009/2010 di atas kelahiran blog MPP UniMAP yang terbaru.Blog tersebut yang baru diwujudkan awal sem ini diharapkan akan memberi manfaat dan membantu para mahasiswa dan mahasiswi UniMAP dalam perkara-perkara yang melibatkan mereka.
Pihak mahasiswa dan mahasiswi Unimap juga diharap membantu dan memberikan sokongan kepada MPP dalam menaikkan taraf dan mutu universiti.Pihak UnimapKini juga berharap pihak MPP dan UnimapKini dapat bekerjasama dalam mencambahkan lagi maklumat dan pengetahuan semasa kepada para mahasiswa dan mahasiswi.
http://majlisperwakilanpelajarunimap.blogspot.com/
Salam Intelektual unutuk mahasiswa bersatu..

Labels:
AKTIVITI MAHASISWA,
Berita Kampus,
MPP,
Politik Kampus
Rabu, 25 November 2009
Rombongan Kerohanian UniMAP ke USIM
Nilai 23 Nov, Sekumpulan siswa & siswi UniMAP yang diketuai oleh EXCO Kerohanian MPP UniMAP telah pun selamat tiba & dijangka akan mengikuti Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan 2009 sehingga akhir program. Seminar ini yang dijadualkan bermula 23hb November - 25hb November ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang boleh membangun & menghidupkan jiwa mahasiswa yang juga merupakan seorang daei@pendakwah.
Selari dengan hadis nabi s.a.w, "barangsiapa yang mengatakan "la ilaha illa Allah" (dengan penuh ikhlas dan yakin), maka dia merupakan seorang Daei". Perlantikan secara terus oleh Allah swt melalui Nabi Muhammad s.a.w kepada setiap yang bergelar muslim adalah merupakan seorang pendakwah.

Sabtu, 31 Oktober 2009
Tahniah MPP dan MPKK!
Pertamanya, UniMAPkini serta seluruh warga mahasiswa kampus ingin mengucapkan sekalung tahniah buat Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Solat Hajat Perdana di setiap Kolej Kediaman(KK) bagi menghadapi peperiksaan bermula 2 November ini.Ia sebagai satu permulaan yang cukup baik bagi MPP kali ini untuk meneruskan agenda memperjuangkan hak mahasiswa di universiti yang disayangi ini. Harapan tinggi kami berikan agar MPP pada kali lebih mesra pelajar dan menunjukkan keprihatinan mereka dengan lebih kerap untuk turun padang menyelami masalah yang dihadapi oleh mahasiswa.
Tahniah sekali lagi! Semoga MPP pada sesi ini akan terus mengorak langkah dan terus bersama kami memimpin suara mahasiswa dalam menjuarai isu-isu berkaitan hak student.
Keduanya, UniMAPkini serta seluruh warga mahasiswa kampus ingin mengucapkan juga sekalung tahniah kepada Majlis Penghuni Kolej Kediaman(MPKK) yang baru atas penerimaan watikah perlantikan sebagai kabinet yang akan menerajui MPKK pada kali ini semalam.
Harapan yang tinggi kami berikan kepada pimpinan MPKK pada sesi ini agar mereka lebih sensitif kepada isu-isu berkaitan masalah penghuni di KK dan sentiasa turun padang dalam memahami keadaan mereka. Biarlah pimpinan MPKK pada kali lebih ramah dan mesra pelajar serta memahami masalah student berbanding hanya sekadar menganjurkan program-program yang 'grand' dan hebat.
Ucapan tahniah sekali lagi buat MPP dan MPKK.
TAHNIAH!
"Unite for UniMAP"
Jumaat, 30 Oktober 2009
Memo: Solat Hajat Perdana
UniMAPKini dimaklumkan, Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) akan menganjurkan Solat Hajat Perdana di setiap kolej kediaman sempena peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Maklumat lanjut seperti berikut:Tarikh : 30 Oktober 2009
Hari : Jumaat
Masa : Selepas Maghrib (Datang awal dan solat maghrib berjemaah!)
Tempat : Mengikut tempat yang disediakan di kolej kediaman masing-masing
Datanglah beramai-ramai bagi menundukkan diri kita kepada Allah dan menguatkan lagi pergantungan kita kepada-Nya. (Jangan solat hajat di situ je, teruskan walaupun tiada lagi solat hajat perdana)
"Ingatlah bahawa sesungguhnya USAHA ditangan Manusia, tetapi KEJAYAAN di tangan Allah"
Selasa, 13 Oktober 2009
Borang, Nilaian Demokrasi Kampus
Hal ini ditentang secara diam-diam oleh warga kampus kerana takutkan pegawai tinggi HEP tersebut. Satu-satunya wadah, suara yang menentang dasar tersebut adalah Berita Kampus, sebuah akhbar yang dikendalikan oleh kira-kira 44 mahasiswa kewartawanan di Pusat Pengajian Komunikasi.
Mereka melawan melalui penulisan mereka. Mereka melawan pada zaman di mana blogspot belum masyhur dan tersohor seperti sekarang. Segelintir dalam kalangan mereka bergelut sakan dalam keadaan Facebook belum wujud, YouTube belum berkembang dengan pesatnya seperti sekarang.
Jika semua ini wujud, entah apalah yang akan terjadi kepada pegawai tertinggi HEP itu sekarang. Bagaimanapun, khabarnya, pegawai HEP itu sudah dikirim ke Unimap (Universiti Malaysia Perlis) kerana beliau sukar hidup dikelilingi warga IPT yang tidak senang dengan kehadirannya di kampus lama.
Syahadan, apabila kita menyentuh soal Unimap, inilah berita yang kita terima dari universiti di utara tanah air itu. Kononnya, Pro Aspirasi (penyokong Umno, BN) telah menewaskan kumpulan Pro Mahasiswa di universiti itu selepas tamat sesi penamaan calon. Mereka bukan menang dalam pertarungan. Tapi, menang selepas musuhnya tidak dibenarkan bertanding.
Ketika kita ghairah dengan Bagan Pinang, tragedi gempa di Padang, tiba-tiba terdengar laporan mengenai kekecohan dan kecurangan dalam sistem pilihan raya kampus kita.
Jika khabar ini benar, maka pilihan raya kampus adalah lebih tidak demokratik dan tidak adil berbanding pilihan raya di Bagan Pinang dan lain-lain pilihan raya kecil sebelum ini. Kegagalan untuk bertanding itu berlaku oleh kerana kegagalan mereka mendapatkan pengesahan pihak berkuasa dalam kampus.
Dan, tentunya pengesahan untuk bertanding pilihan raya itu memerlukan sejenis borang untuk ditandatangani. Dan, kita perlu bertanya - adakah wajar kepimpinan itu tertolak, gara-gara gagal mendapatkan tandatangan di dalam borang tersebut?
Salah Isi Borang
Benar. Hakikat ini memang cukup pedih diterima. Dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya umum, kepimpinan kini tertolak hanya kerana salah isi borang.
Sekarang, masa berubah. Dalam negara kita yang mana hampir kebanyakan universitinya masih berlumba-lumba mahu mendapat pengiktirafan dunia, mengejar gelaran universiti penyelidikan, mahu tersenarai dalam 'ranking' 200 buah IPT terbaik di dunia, ternyata masih ada pemimpin universiti yang curang dalam mewarnai demokrasi.
Kalau dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, calon-calonnya boleh tertolak kepimpinan kerana salah isi borang, maka adik-adik kita di universiti hari ini telah ditolak kepimpinan, hanya kerana pemimpin IPT 'enggan' menandatangani, memperakui hak mereka untuk bertanding.
Kepada yang terlupa, sila ingat semula kes di mana UIAM telah meminda syarat-syarat bertanding agar calon-calon pimpinan mahasiswa itu boleh bersyarah dalam bahasa Inggeris. Juga, jangan lupa bagaimana notis pilihan raya itu dikeluarkan hari ini dan esoknya notis pilihan raya itu boleh dicabut semula.
Maklumat dalam notis mengenai pilihan raya itu boleh ditampal pagi ini dan petang ini dihilangkan semula. Semua maklumat dipendamkan dan ia cuma berlegar sekitar calon-calon mahasiswa yang memihak kepada parti pemerintah sahaja.
Hilang Hormat
Saya secara peribadi mula hilang hormat apabila pemimpin universiti mula bertindak begini ketika zaman berkuliah. Ketika saya mendapat tahu bahawa pensyarah tersebut berpindan ke Unimap, rasanya tidak perlulah dipanjangkan lagi sengketa lama itu. Cukuplah dengan apa yang telah kami usahakan ketika sama-sama memimpin Berita Kampus dahulu.
Selepas zaman berkuliah, rasanya elok menumpukan hal-hal lain pula. Tapi, nampaknya kita tidak boleh berdiam diri juga. Tidak perlu diperturunkan secara jelas di sini apakah yang telah berlaku di Unimap baru-baru ini. Sidang pembaca boleh membaca dan mencarinya sendiri.
Apa yang ingin saya sampaikan secara peribadi kepada para pimpinan universiti yang bijaksana di sana ialah, tak bolehkah dengan akal bijaksana, kita menjaga maruah dan kehormatan kita sebagai mahaguru universiti?
Bukan suatu yang rahsia lagi, bahawa ada pensyarah yang pro kepada parti pemerintah. Itu tidak salah. Ada pensyarah yang pro kepada Pakatan Rakyat. Ini juga tidak salah. Semua parti ini dihalalkan undang-undang dan perlembagaan negara. Tapi, tidak bolehkah kita simpan rahsia politik dalam perut masing-masing?
Saya percaya, mahasiswa kita masih hormatkan NC, TNC yang memihak atau terpaksa memihak kepada parti pemerintah, selagi mana politik mengampu untuk menyelamatkan kedudukan pemimpin universiti ini tidak sampai mendera mahasiswa sendiri.
Mengampulah sebanyak mana pun, siapa yang peduli? Tetapi, idea menjahanamkan demorkrasi kampus, usul mengkasi pemikiran, memangkas idea pembangunan akliah mahasiswa ini bermuara dari mana?
Bodeklah, tiada salahnya. Tetapi idea untuk mencetak borang ini datangnya dari siapa? Timbul tenggelam idea gelap hingga NC perlu menandatangani borang ini, gelombang tsunami idea jahat ini, ombak badainya datang dari monsun taufan mana? Lalu, kita pun mahu bertanya sebagaimana almarhum W. S. Rendra pernah bertanya lewat Sajak Pertemuan Mahasiswa ...
"Sekarang matahari, semakin tinggi.
Lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala.
Dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya:
Kita ini dididik untuk memihak yang mana?
Ilmu-ilmu yang diajarkan di sini
akan menjadi alat pembebasan,
ataukah alat penindasan?
(Sajak Pertemuan Mahasiswa, 1977)
Adakah kita mahu kampus hari ini mengasuh mahasiswanya menjadi cukong kapitalis, politikus pengamal amalan plutokrasi yang menindas rakyat marhaen, atau mereka berjuang memutuskan ikatan tali, belenggu ketakutan yang berselirat di dada rakyat? Kita menuntut jawapan!
Kepada pemimpin universiti yang mahu menonton Rendra mendeklamasi Sajak Pertemuan Mahasiswa tersebut, boleh mencapainya di YouTube.
Isnin, 12 Oktober 2009
Tiada Pro M atau Pro Aspirasi
Sebenarnya tiada istilah pro-Aspirasi mahupun pro-Mahasiswa (pro-M) di UniMAP. Sebagai mahasiswa UniMAP, kita tidak perlu terpengaruh dan terbawa-bawa dengan budaya politik kampus di universiti-universiti lain. Pihak media cuba membawa dan menjerumuskan kita ke arah budaya politik seperti itu dan cuba menggunakan label-label sebegitu rupa untuk melariskan dan memanaskan berita mereka dan menghangatkan lagi suasana yang sebenarnya tidak seperti yang digambarkan.
Suasana kampus UniMAP amat jauh berbeza dengan suasana di universiti-universiti yang lain khususnya universiti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tidak benar jika dilabelkan sebahagian calon yang bertanding adalah daripada pihak pro-Aspirasi dan sebahagiannya adalah daripada pihak pro-M.
"Tiada pernah wujud sebenarnya satu gerakan yang dinamakan pro-Mahasiswa mahupun satu gerakan yang disebut sebagai pro-Aspirasi, jika dikatakan ada, sila kemukan bukti, ia tidak benar sama sekali." kata seorang mahasiswa UniMAP yang tidak mahu namanya disiarkan kepada wartawan UniMAPKini.
Menurut beliau, perkara yang berlaku sebenarnya adalah calon-calon ini ada yang dicadangkan oleh HEP dan ada yang memohon pecalonan daripada kalangan mahasiswa yang ingin bertanding atas tiket diri sendiri dan bertujuan untuk membawa suara mahasiswa. Mereka bukan datang dengan membawa obor-obor pro-M mahupun pro-Aspirasi. Jika dikatakan wujud gerakan pro-Aspirasi atau pro-M sebenarnya salah, tidak pernah wujud gerakan-gerakan tersebut di UniMAP.
Menurut seorang lagi mahasiswa yang juga tidak mahu identitinya didedahkan, mahasiswa di UniMAP tidak menuntut dan tidak menginginkan adanya kedua-dua puak ini, tetapi apa yang sebenarnya dituntut dan diinginkan adalah jawatan dan kerusi dalam MPP itu dibuka seluas-luasnya untuk dipertandingkan oleh mahasiswa secara adil dan saksama, bukan diberikan menang tanpa bertanding dan secara percuma malahan tidak diberikan ruang untuk pencalonan lebih daripada seorang calon bagi setiap kerusi untuk melangsungkan berlakunya proses berkempen.
"Saya wakil kepada mahasiswa di sini menuntut HEP agar melaksanakan amanah mereka bagi memastikan berlakunya Pilihan Raya Kampus di UniMAP, bukan melaksanakan konsiprasi dan halangan untuk memastikan supaya ia tidak dapat dijalankan, itu sikap yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil kepada kami" tambahnya lagi.
Mahasiswa yang telah dipilih oleh HEP untuk menjadi calon MPP sebenarnya juga tidak tahu bahawa mereka ditaja oleh HEP atas tiket pro-Aspirasi. Maka, tidak sepatutnya dilabelkan mereka sebagai pro-Aspirasi. Begitu juga mahasiswa yang bertading atas tiket individu, tidak wajar jika dilabelkan mereka sebagai calon pro-M. Itu adalah hak mereka untuk bertanding dan hak mereka untuk membawa suara dan memimpin mahasiswa UniMAP.
Labels:
Berita Kampus,
Mahasiswa,
MPP,
Politik Kampus,
PRK
Khamis, 8 Oktober 2009
SALAM ASPIRASI
Salam Aspirasi untuk mahasiswa bersatu…
Pihak SPR untuk pemilihan MPP UniMAP sesi 09/10 telah mengisytiharkan kemenangan kesemua calon yang mencalonkan diri pada penamaan calon.Maka,seperti tradisi kebiasaan di UniMAP tiada pilihan raya akan diadakan untuk memilih MPP kali ini.
Tahniah kepada mahasiswa yang telah menjadi MPP.Namun difahamkan,ada mahasiswa yang juga membeli borang pencalonan,namun gagal untuk mencalonkan diri pada hari penamaan calon atas sebab-sebab tertentu.
Apakah nilai borang pencalonan yang berharga RM50 kepada mahasiswa yang gagal menjadi calon??
Adakah mahasiswa UniMAP sentiasa cukup pencalonan untuk MPP setiap tahun sehingga tidak pernah diadakan pilihan raya??
Atau ada mahasiswa yang mencuba,namun gagal kerana helah atau masalah teknikal??
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) perlulah dipilih oleh pelajar kerana mereka nak menjadi pemimpin kepada pelajar.Adakah selama ini mahasiswa yang memilih pemimpin mereka atau ada pihak lain yang ‘tolong’ melantik??
Jawablah persoalan-persoalan tersebut dengan rasional dan tepat.
Mahasiswa yang bijak mesti juga bijak menilai kepimpinan.

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN MPP UniMAP
Assalamualaikum dan salam kemenangan…
1. Semua calon yang menghantar borang pencalonan pada penamaan calon MPP UniMAP diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh SPR untuk pemilihan MPP bagi sesi 2009/2010.
2. Penamaan calon yang bermula dari pukul 9.00 hingga 12.00 tengah hari tadi yang dijalankan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni digunakan oleh para calon untuk menghantar borang pencalonan mereka.
3. Oleh kerana tiada calon yang melebihi kouta ketika penamaan calon,maka kesemua calon yang hadir mencalonkan diri diisytihar menang tanpa bertanding.
4. Tahniah kepada semua mahasiswa yang telah memenangi untuk menduduki kerusi Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP bagi sesi akan datang.
Selamat bertugas dan menjalankan amanah

Rabu, 7 Oktober 2009
Penamaan Calon MPP Hari Ini
Assalamualaikum dan salam pemilihan pimpinan...
Hari ini adalah tarikh penamaan calon bagi pemilihan MPP Unimap.Pelbagai spekulasi timbul sebelum ini menyatakan adanya kekangan kepada mahasiswa/i UniMAP daripada terlibat dalam pemilihan ini.
Adakah bakal calon yang membeli borang akan berjaya menhadi calon??
Bagaimana dengan bakal calon yang diberi borang percuma,sahkah pencalonan mereka??
Apakah pihak universiti senyap membisu dalam isu ini??
Kita nantikan apa yang akan berlaku pada penamaan hari ini...

Isnin, 5 Oktober 2009
BETULKAH WUJUD KEKANGAN DALAM PEMILIHAN MPP??
Assalamualaikum …
Salam kebangkitan untuk mahasiswa bersatu…
1. Tinggal sehari sahaja lagi menjelang penamaan calon bagi pemilihan MPP UniMAP akan datang.Pelbagai cerita kedengaran bahawasanya mungkin ada perancangan untuk mengekang mahasiswa UniMAP daripada menyertai pemilihan kali ini.
2. Bermula dengan pembubaran MPP yang lalu dilakukan sebelum hari raya,namun dihebahkan agak lewat,iaitu selepas raya sehingga mahasiswa uniMAP tidak sempat untuk mengambil tahu perkara ini.
3. Kemudian kita melihat kepada harga borang untuk menjadi calon berharga RM50 dan wang cagaran RM200.Ini mungkin cubaan untuk menyekat mahasiswa daripada terlibat dalam pemilihan ini.Ia juga seolah-olah suatu perniagaan dan cubaan menganiayai mahasiswa dengan meletakkan harga yang tidak munasabah berbanding universiti lain.
4. Timbul pula pengakuan dari individu tertentu yang menyatakan mereka diberi borang percuma oleh pihak tertentu dan mereka tidak perlu membayar wang cagaran untuk terlibat dalam pemilihan ini.Pelik dan aneh.Jika benar kenyataan ini,maka berlaku suatu penganiayaan terhadap mereka yang sanggup membeli borang di HEPA dengan harga yang keterlaluan itu.Ini mungkin menunjukkan wujudnya kronisme dan kezaliman serta pencabulan terhadap hak-hak mahasiswa.
5. Mereka yang pergi membeli borang yang harganya seperti harga 3 kilo daging lembu tempatan itu mesti berada batang tubuh mereka di kaunter HEPA ketika membeli borang tersebut. Tidak boleh mewakilkan kepada orang lain untuk membeli borang tersebut.Namun mereka yang diberi borang percuma itu dikatakan diberi pada malam hari,dan tidak pula hadir di pejabat HEPA.Sesetengah mantan MPP dikatakan menjadi orang yang mengedarkan borang percuma.Jika benar apa yang diberitahu,maka ini juga suatu penyelewangan.Nampaknya hak demokrasi mahasiswa UniMAP telah disekat dan dicabuli.
6. Terdengar juga ura-ura menyatakan ada sesetengah dekan akan cuba mengelak dan mengamalkan sikap ‘double standard’ terhadap calon yang membeli borang,tetapi begitu mudah berurusan dengan calon yang diberi percuma.Dikatakan dekan HEPA tiada sepanjang minggu ini.Ini juga mungkin satu helah.Untuk calon umum,perlu meminta tanda tangan dekan HEPA atau Naib Cancelor.Sebagaimana diketahui,ayahanda NC agak sibuk.Jika esok hari terakhir untuk mendapatkan tanda tangan pengesahan,calon gagal untuk mendapatkannya,maka sia-sialah pengorbanan mereka.Seolah-olah di situ wujud satu agenda untuk menghalang demokrasi dalam kalangan mahasiswa UniMAP.Diharap ayahanda NC yang disayangi mengambil perhatian terhadap perkara ini.
7. Kampus adalah tempat untuk menimba ilmu bagi mahasiswa.Itu sudah tugas utama.Namun mahasiswa yang intelek adalah mahasiswa yang mampu memimpin.Dunia kampus adalah medan untuk mahasiswa melatih kepimpinan dan softskill mereka.jika mahasiswa disekat dari hak-hak mereka,maka bekulah mahasiswa tersebut.Hanya tahu menghadap buku,tapi tidak tahu untuk hidup dalam masyarakat.
Sama –samalah kita tunggu,,
Kebenaran tetap benar..

Mahasiswa UniMAP dikekang ??
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk mahasiswa berintelektual..
UniMAP akan mengadakan penamaan calon untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2009/2010 pada 7 Oktober ini.Setakat ini,universiti ini tidak pernah mengadakan pilihan raya untuk pemilihan MPP.MPP selama ini adalah dilantik oleh pihak HEP.Adakah mahasiswa UniMAP tidak berminat dengan kepimpinan? Atau ada faktor lain yang menghalang dan mengekang mahasiswa daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya kampus ini?
Sebagaimana dalam pengumuman dari pihak HEP tentang pemilihan MPP,harga untuk mengambil borang menjadi calon berharga RM50.Begitu mahal sekali.Setakat ini harga borang yang paling mahal adalah UPM yang berharga RM30.UniMAP menjadi ‘JUARA’ dalam hal ini.Mungkinkah ini adalah agenda daripada pihak HEP untuk menghalang pelajar dari mengambil bahagian dalam PRK ini? Mungkin ada benarnya kenyataan ini. Cagaran untuk penamaan calon pula RM200.Fuhh… UM yang gah pun hanya mengambil RM50 sebagai cagaran.Mungkin pihak HEP UniMAP sangat bijak dalam mencekik pelajar dan mengaut keuntungan semata-mata.Atau mungkinkah ada propaganda dari pihak terbabit untuk menyekat niat pelajar yang ingin terlibat dalam kepimpinan MPP ini?
Pihak terbabit nampaknya seolah-olah sengaja menyusahkan proses untuk pelajar menyertai dalam PRK dengan pelbagai masalah dan kerenah.Harga borang dan cagaran yang begitu mahal menyebabkan pelajar berfikir panjang tentang kewangan.Lalu pelajar yang berminat dan mempunyai kepimpinan yang hebat tidak dapat menjadi menyertai kerana masalah yang ditimbulkan,maka itu adalah satu kerugian kepada universiti kerana membiarkan aset yang penting begitu sahaja.Mungkin kerana itulah MPP UniMAP selama ini agak kurang kepimpinannya menyebabkan sedikit terjejas imej mahasiswa UniMAP di mata orang lain.
Kita yakin mahasiswa UniMAP adalah mahasiswa yang bijak dan hebat dalam pelbagai bidang.Maka buatlah penilaian yang sewajarnya.Ini adalah hak pelajar.Kita akan lihat,apakah lagi yang akan berlaku dalam tempoh musim pemilihan ini.
Berani untuk berubah..

KONSPIRASI:Dekan & Aspirasi
Salam mahasiswa & salam 1 Malaysia, Sedar ataupun tidak, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa UniMAP bagi sesi 2008/2009 telahpun dibubarkan semenjak tarikh pengeluaran Notis Pemilihan MPP 2009-10 yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Naib-Naib Canselor/Rektor dan bagi pihak Sekretariat Timbalan Naib Canselor Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA).
Oleh kerana demikian, suatu proses demokrasi perlu dijalankan bagi memilih Ahli Majlis yang baru. Namun begitu, persoalan pokok yang perlu diselesaikan apabila berhadapan dengan politik kampus di bumi UniMAP ini ialah, adakah politik kotor yang saban tahun diamalkan oleh universiti ini akan diteruskan lagi buat sesi kali ini??
Dan adakah mahasiswa/i UniMAP masih lagi bertindak membutakan mata & memekakkan telinga dengan cara diam membetuli apa sahaja keputusan yang datangnya daripada universiti?? Fakta dari JHEPA UniMAP, telahpun mengesahkan bahawa borang pencalonan telahpun terjual lebih daripada bilangan kerusi yang ditawarkan.
Ini menampakkan bahawa kebangkitan mahasiswa/i untuk menuntut keadilan melalui proses Demokrasi semakin meningkat dan perlu diberi perhatian dan sokongan yang serius daripada semua siswa/i. Sebagai kesimpulan awal , anggaran mudah yang dapat dibuat ialah akan wujudnya pilihanraya kampus pada sesi 2009/2010 ini , jika dan hanya jika sekiranya semua borang-borang tersebut ‘boleh’ dihantar pada waktu penamaan calon nanti.
Namun begitu, menjadi kebimbangan kepada kita semua jika ‘tabiat lama’ universiti & pihak SPR(JHEPA) masih menjadi tradisi pada tahun ini. Menurut beberapa sumber yang tepat, wujudnya konspirasi jahat pada sesi yang lalu, diantara segelintir DEKAN PPK dan DEKAN JHEPA bersama calon-calon aspirasi dengan mengamalkan sikap “DOUBLE STANDARD” terhadap calon-calon yang bukan dari kalangan calon aspirasi yang akhirnya menyebabkan calon-calon tersebut gagal untuk memenuhi syarat-syarat menjelang hari penamaan calon.
Inilah puncanya, saban tahun kita diperbodohkan dengan berita-berita palsu yang mengatakan bahawa “PRK di UniMAP tidak dapat dijalankan kerana calon yang mendaftar dihari penamaan calon adalah tidak melebihi dari jumlah kerusi yang dipertandingkan”. Namun hakikat yang berlaku adalah berpunca daripada tindakan Dekan yang mengamalkan sikap double standard ini, dengan cara cuba menyulitkan calon(bukan aspirasi) untuk mengambil tandatangan dan cop PPK yang menjadi salah satu syarat wajib yang perlu ada untuk menjadi calon, yang sekiranya gagal mendapatkan tandatangan tersebut meyebabkan dia tidak dapat bertanding dalam PRK tersebut.
Manakala bagi calon aspirasi pula dipermudahkan proses mengambil tandatangan melalui pemakluman waktu-waktu tertentu yang hanya Dekan tersebut ada di pejabat. Bila berhadapan dengan calon(bukan aspirasi), dikatakan sibuk sepanjang seminggu. Sebaliknya, calon aspirasi begitu mudah berjumpa dengannya dan akhirnya mampu untuk bertanding diatas perolehan tadatangan tersebut.
Tidakkah ini dikira sebagai double standard?? Mahasiswa/i sentiasa mengambil berat berkenaan hal ini. Oleh hal demikian, bagi sesi kali ini, pihak universiti perlulah mengurangkan karenah birokrasi bagi memudahkan proses pencalonan yang akan membawa kepada wujudnya Pilihanraya Kampus (PRK) yang lebih telus & adil. Beranilah untuk mengubah, & anda mampu mengubahnya.

Jumaat, 6 Mac 2009
Model Kepimpinan Yang Merobah
Daripada Aktivis Mahasiswa
Almarhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia) pernah mengatakan, "Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin". Menurut Natsir lagi, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah gelandangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat."
Justeru itu, kita melihat bagaimana kepimpinan mahasiswa di kampus harus diperkasakan dalam melahirkan golonan intelektual yang akan menjadi harapan ummah pada masa akan datang. Ini kerana, kebanyakan mahasiswa tidak mampu mendepani ledakan arus globalisasi yang kian menghimpit struktur masyarakat kini. Harus diingat, gerakan mahasiswa merupakan suatu kuasa yang perlu diambil perhatian kerana ia mempunyai sejarah yang tersendiri. Maka tidak hairanlah pemimpin dari peringkat negara sehinggalah ke peringkat masyarakat lahir daripada mantan pimpinan kampus di era 70-an dahulu.
Di sini mari kita melihat sejarah seorang khalifah yang mampu memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Menurut sejarah, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz bukanlah seorang lelaki yang mahu menjadi khalifah. Saat Khalifah Sulaiman sedang sakit, Umar Abd Aziz menemui Wazir Raja' bin Haiwah supaya tidak menyebut namanya di hadapan Khalifah Sulaiman apabila mereka membincangkan calon khalifah seterusnya. Sepanjang pemerintahan baginda, rakyat dapat hidup dalam keamanan dan kemakmuran. Keadilan Sang Khalifah, ialah rahmat untuk sekalian alam.
Ketika zaman bagindalah, cercaan yang dibuat terhadap Saidina Ali R.A di atas mimbar dihentikan. Orang Nasrani dan Islam dikenakan cukai lebih rendah, dan sampai pada suatu tahap khalifah menghantar surat kepada pemimpin pemberontak Khawarij agar datang ke istananya untuk berbincang.
Sebelum menjadi khalifah, Umar Abd Aziz suka akan pakaian yang mahal dan wangian. Namun perkara sebaliknya berlaku setelah menjawat jawatan khalifah. Baginda memakai pakaian yang kasar buatannya. Kuda-kuda khalifah sebelumnya dijual dan hasil jualan dimasukkan ke dalam 'baitul mal'. Begitu juga dengan barang kemas isteri baginda, Fatimah. Dikatakan setelah kematian Umar Abd Aziz, Khalifah seterusnya mahu mengembalikan emas Fatimah yang telah dijual. Namun, Fatimah menolaknya. Suatu hari, anak Umar Abd Aziz datang menemuinya atas suatu urusan keluarga. Melihat anaknya masuk ke dalam bilik, Umar Abd Aziz dengan segera memadamkan lampu lalu becakap dengan anaknya dalam gelap. Perbuatannya itu menimbulkan pertanyaan si anak. Lalu apakah jawapan Khalifah?
Jawapannya mudah. Lampu dipadamkan kerana anaknya itu datang atas urusan keluarga. Sedangkan minyak yang dipakai untuk menyalakan lampu itu dibeli dengan wang negara. Hingga hari ini kita masih mengingati Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Bukan kerana kekayaan, tetapi kerana kekuasaan yag menjadi amanah itu, dilaksanakan seadil-adilnya.
Peter F. Drucker mengatakan, "...the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege". Beliau membezakan antara leader (pemimpin) dengan misleader (penyesat). Menurut drucker lagi, pemimpin mempunyai matlamat perjuangan yang unggul, tahu erti dan fungsi kepimpinan. Tidak takut dan cemburu dengan gugatan, sebaliknya dianggap sebagai kejayaannya juga. Misleader atau penyesat pula sebaliknya. Mereka rasa tergugat dengan kecemerlangan rakan-rakan dan para bawahannya, lalu berusaha untuk menyingkirkan mereka.
Antara model 'kepimpinan yang merobah' ialah:
1. Berjiwa Besar.
Pemimpin mahasiswa harus turun ke lapangan umat, mendepani isu masyarakat dan menjadi juru bicara mereka. Justeru itu, mahasiswa seperti ini adalah daripada mahasiswa yang mempunyai arus pemikiran yang bebas dari penjajahan pemikiran seperti yang telah dibahaskan oleh sarjana Islam termasuklah Malik Benabi dan Iqbal. Maka dengan itu, untuk menjana mahasiswa yang mempunyai jiwa yang besar sememangnya kita memerlukan mahasiswa yang serius dalam memikirkan persoalan semasa yang menyentuh mengenai isu masyarakat semasa.
Malah seorang sarjana barat, Sir Walter Moberly (England) dalam bukunya "The Crisis in the University" mengatakan:
"Penyakit kita ialah; Kebanyakan pelajar-pelajar yang tamat dari universiti tidak dilatih berfikir tentang persoalan yang penting. Di bawah pengecualian ilmiah, mereka bulat-bulat menerima status quo dalam masyarakat, politik dan sekularisme tanpa berfikir secara serius disebabkan hari ini adanya pemecahan dan penyempitan ilmu.
Jika kita memilih atau melihat suatu sifat istimewa atau sesuai dimana dipanggil era baru, sifat itu akan berubah. Hanya mereka (pemimpin) yang belajar untuk menerima malahan membina dan mencipta suatu masa depan yang baru akan menjadi manfaat serta faedah darinya. Bukannya terkejut atau melatah dengan perubahan mendadak.
2. Bersifat terbuka.
Tidak memandang dari suatu sudut sahaja malah memikirkannya dari pelbagai aspek dan harus mempunyai pemikiran kritis.
3. Menongkah arus.
Tidak hanya mengikuti arus dan membiarkan diri tersepit dalam suasana dan keadaan.
4. Matang.
Tidak mudah melatah, dapat berdepan dengan semua keadaan sama ada dalam keadaan susah ataupun senang.
5. Mendepani massa.
6. Proaktif.
7. Berkarismatik.
8. Mengutamaka ilmu.
Jika ciri-ciri di atas dipenuhi, maka tidak hairanlah sekiranya Malaysia pada masa akan datang munculnya ramai Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, dan lain-lain lagi tokoh kepimpinan Islam.
Ayuh, tolak politik tidak demokrasi!!
Almarhum Bapak Mohammad Natsir (mantan Perdana Menteri Indonesia) pernah mengatakan, "Tidak ada percetakan yang bisa mencetak pemimpin". Menurut Natsir lagi, pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah gelandangan ummah, muncul di tengah-tengah pergumulan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat."Justeru itu, kita melihat bagaimana kepimpinan mahasiswa di kampus harus diperkasakan dalam melahirkan golonan intelektual yang akan menjadi harapan ummah pada masa akan datang. Ini kerana, kebanyakan mahasiswa tidak mampu mendepani ledakan arus globalisasi yang kian menghimpit struktur masyarakat kini. Harus diingat, gerakan mahasiswa merupakan suatu kuasa yang perlu diambil perhatian kerana ia mempunyai sejarah yang tersendiri. Maka tidak hairanlah pemimpin dari peringkat negara sehinggalah ke peringkat masyarakat lahir daripada mantan pimpinan kampus di era 70-an dahulu.
Di sini mari kita melihat sejarah seorang khalifah yang mampu memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Menurut sejarah, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz bukanlah seorang lelaki yang mahu menjadi khalifah. Saat Khalifah Sulaiman sedang sakit, Umar Abd Aziz menemui Wazir Raja' bin Haiwah supaya tidak menyebut namanya di hadapan Khalifah Sulaiman apabila mereka membincangkan calon khalifah seterusnya. Sepanjang pemerintahan baginda, rakyat dapat hidup dalam keamanan dan kemakmuran. Keadilan Sang Khalifah, ialah rahmat untuk sekalian alam.
Ketika zaman bagindalah, cercaan yang dibuat terhadap Saidina Ali R.A di atas mimbar dihentikan. Orang Nasrani dan Islam dikenakan cukai lebih rendah, dan sampai pada suatu tahap khalifah menghantar surat kepada pemimpin pemberontak Khawarij agar datang ke istananya untuk berbincang.
Sebelum menjadi khalifah, Umar Abd Aziz suka akan pakaian yang mahal dan wangian. Namun perkara sebaliknya berlaku setelah menjawat jawatan khalifah. Baginda memakai pakaian yang kasar buatannya. Kuda-kuda khalifah sebelumnya dijual dan hasil jualan dimasukkan ke dalam 'baitul mal'. Begitu juga dengan barang kemas isteri baginda, Fatimah. Dikatakan setelah kematian Umar Abd Aziz, Khalifah seterusnya mahu mengembalikan emas Fatimah yang telah dijual. Namun, Fatimah menolaknya. Suatu hari, anak Umar Abd Aziz datang menemuinya atas suatu urusan keluarga. Melihat anaknya masuk ke dalam bilik, Umar Abd Aziz dengan segera memadamkan lampu lalu becakap dengan anaknya dalam gelap. Perbuatannya itu menimbulkan pertanyaan si anak. Lalu apakah jawapan Khalifah?
Jawapannya mudah. Lampu dipadamkan kerana anaknya itu datang atas urusan keluarga. Sedangkan minyak yang dipakai untuk menyalakan lampu itu dibeli dengan wang negara. Hingga hari ini kita masih mengingati Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Bukan kerana kekayaan, tetapi kerana kekuasaan yag menjadi amanah itu, dilaksanakan seadil-adilnya.
Peter F. Drucker mengatakan, "...the leader sees leadership as responsibility rather than as rank and privilege". Beliau membezakan antara leader (pemimpin) dengan misleader (penyesat). Menurut drucker lagi, pemimpin mempunyai matlamat perjuangan yang unggul, tahu erti dan fungsi kepimpinan. Tidak takut dan cemburu dengan gugatan, sebaliknya dianggap sebagai kejayaannya juga. Misleader atau penyesat pula sebaliknya. Mereka rasa tergugat dengan kecemerlangan rakan-rakan dan para bawahannya, lalu berusaha untuk menyingkirkan mereka.
Antara model 'kepimpinan yang merobah' ialah:
1. Berjiwa Besar.
Pemimpin mahasiswa harus turun ke lapangan umat, mendepani isu masyarakat dan menjadi juru bicara mereka. Justeru itu, mahasiswa seperti ini adalah daripada mahasiswa yang mempunyai arus pemikiran yang bebas dari penjajahan pemikiran seperti yang telah dibahaskan oleh sarjana Islam termasuklah Malik Benabi dan Iqbal. Maka dengan itu, untuk menjana mahasiswa yang mempunyai jiwa yang besar sememangnya kita memerlukan mahasiswa yang serius dalam memikirkan persoalan semasa yang menyentuh mengenai isu masyarakat semasa.
Malah seorang sarjana barat, Sir Walter Moberly (England) dalam bukunya "The Crisis in the University" mengatakan:
"Penyakit kita ialah; Kebanyakan pelajar-pelajar yang tamat dari universiti tidak dilatih berfikir tentang persoalan yang penting. Di bawah pengecualian ilmiah, mereka bulat-bulat menerima status quo dalam masyarakat, politik dan sekularisme tanpa berfikir secara serius disebabkan hari ini adanya pemecahan dan penyempitan ilmu.
Jika kita memilih atau melihat suatu sifat istimewa atau sesuai dimana dipanggil era baru, sifat itu akan berubah. Hanya mereka (pemimpin) yang belajar untuk menerima malahan membina dan mencipta suatu masa depan yang baru akan menjadi manfaat serta faedah darinya. Bukannya terkejut atau melatah dengan perubahan mendadak.
2. Bersifat terbuka.
Tidak memandang dari suatu sudut sahaja malah memikirkannya dari pelbagai aspek dan harus mempunyai pemikiran kritis.
3. Menongkah arus.
Tidak hanya mengikuti arus dan membiarkan diri tersepit dalam suasana dan keadaan.
4. Matang.
Tidak mudah melatah, dapat berdepan dengan semua keadaan sama ada dalam keadaan susah ataupun senang.
5. Mendepani massa.
6. Proaktif.
7. Berkarismatik.
8. Mengutamaka ilmu.
Jika ciri-ciri di atas dipenuhi, maka tidak hairanlah sekiranya Malaysia pada masa akan datang munculnya ramai Umar Abd Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, dan lain-lain lagi tokoh kepimpinan Islam.
Ayuh, tolak politik tidak demokrasi!!
Mahasiswa Memimpin
Daripada Blog Pro Mahasiswa USM
Mentaliti yang mahu dibina adalah setiap seorang dari kita adalah bakal pemimpin. Pemimpin yang bakal memimpin masyarakat ke arah kesatuan ummah dan kembali kepada kebenaran. Ini bertepatan dengan konteks kita sebagai mahasiswa di kampus iaitu ‘Melahirkan dan membimbing generasi pemimpin dalam kalangan mahasiswa'.
Sejauh manakah mahasiswa pada masa kini yang mempunyai kesedaran untuk sedia memimpin? Lihat sahaja pada perkembangan dunia kini iaitu isu pencabulan hak di Palestin yang dirobek oleh keganasan Israel sekali lagi membuka mata dunia. Kezaliman Israel yang membunuh ribuan nyawa yang tidak berdosa tidak lagi menjadi suatu kejanggalan tetapi keperihatinan mahasiswa dalam menyelami masalah ini perlu diberi penekanan.
Tanggungjawab untuk memimpin masyarakat sekeliling terhadap kesedaran pencabulan hak manusia terletak di setiap pundak mahasiswa. Mahasiswa perlulah peka dan berasa kasih sesama mahkluk lain untuk menilai kewajaran sesuatu tindakan yang diambil. Sumbangan dan pengorbanan perlu dipraktikkan oleh mahasiswa dalam medan yang sebenar seiring percambahan ilmu di dewan kuliah. Ia bukan sekadar berteori semata-mata di dalam universiti
Manfaatkanlah masa muda kita ini untuk berbakti. Generasi kita yang bakal menentukan corak masa depan negara. Jika kita tidak bersama merubah dunia, janganlah kita berasa sesal kecewa, apabila yang batil menguasai dunia.
Lihat di sekeliling kita. Nilailah sendiri apa yang sedang berlaku. Seperti apa yang dituliskan oleh Fathi Yakan di dalam bukunya “Generasi Muda dan Perubahan” :
“Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar”
Jika kita sedar, sesungguhnya setiap pemuda dan pemudi ini adalah permata-permata pemimpin yang amat bernilai dalam masyarakat. Di saat inilah harus kita gilap potensi pemuda-pemudi untuk berjuang dalam memimpin negara ini pada masa hadapan. Sesungguhnya, pemuda-pemuda yang kita bina inilah yang akan menjadi sumber kekuatan ummah.
Oleh itu, dengan rasa rendah diri, saya ingin mengajak rakan-rakan sekalian, sama-sama kita teguhkan azam untuk kita lebih serius dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan islah. Buktikan kita ini, pemuda yang punyai semangat yang tinggi, kecekalan tidak berbelah bagi, dan perjuangan kita tidak akan mudah luntur

Bercinta boleh, berpolitik tidak…
Daripada Blog Pro Mahasiswa USM
Dalam mesyuarat ProM Media Council awal malam tadi, saya berasa kagum dengan suatu pengalaman yang diceritakan oleh seorang freshes ketika sibuk menjalankan tugas-tugas kewartawanan di Kampus Sejahtera USM pada petang tadi.
Beliau telah didatangi oleh seorang senior yang mukanya saling tak tumpah seperti Ketua Aspirasi USM, Sdr. Muhammad Sukri Ibrahim a.k.a Che Mat.
Cuma, senior tersebut berkaca mata, sedangkan Che Mat sebaliknya.
Lagi pun, senior tersebut mengakui dirinya adalah pendokong tegar Aspirasi, bukannya Che Mat. Sebab itu, beliau berpandangan sedemikian.
Senior tersebut telah menghalang beliau mengambil gambar dan membuat liputan di Aspirasi Corner (di Pasar pelajar). Lalu, freshes Suara Mahasiswa (SM) tersebut secara sopan bertanya, mengapakah Saya dilayan sedemikian rupa?
“Orang datang Universiti untuk belajar, (ka)mu datang Universiti untuk berpoooooolitikkk?” herdik Senior Aspirasi tersebut.
Lalu junior SM ini pun bertanya, “…akak di sebelah abang tuuu siapa….?” senyum junior SM tersebut.
“Kalau Aku cakap dia (siswi senior) ini girlfriend aku, apa kau nak buat? Berdakwah? Sebar risalah fitnah?” sindir Senior Aspirasi tersebut.
“Jadi…abang bercinta lah eehhh?” tanya junior SM itu lagi.
Senior Aspirasi tersebut serbah salah. Akhirnya, mengangguk isyarat setuju.
Junior SM tersebut dengan penuh sopan mempersoalkan bahawa mengapa senior Aspirasi tersebut bercinta, sedangkan tujuan dan matlamat datang ke Universiti adalah untuk mendalami ilmu pengetahuan dan mendapat segulung ijazah semata-mata. Senior Aspirasi tersebut terus kelu dan bertambah malu di depan girlfriend-nya.
Saya sendiri bertanya, mengapa ada dalam kalangan kita yang sepatutnya fokus pada belajar; tetapi terjebak dalam percinta? Lebih parah, cinta buta yang tidak kenal Tuhan dan hanyut di ranjang perzinaan.
Walaupun sedemikian, tidak ada Universiti; AUKU (Akta Untuk Kuatkan Umno); segelintir staff BHEP atau Ketua Aspirasi sendiri bangkit menentang mahasiswa yang bercinta di kampus demi memastikan mereka hanya menumpukan perhatian dalam pembelajaran di kuliah dan makmal tutorial semata-mata.
Mengapa mereka tidak menghalang? Jawapannya sudah pasti cinta itu adalah fitrah dan keperluan manusia.
Maka, tidak bolehlah dianggap seseorang itu tidak belajar di kampus walaupun seseorang itu bercinta. Mereka tetap belajar kerana belajar adalah profesion dan aktiviti rasmi mereka, sedangkan cinta datang dan subur sebagai keperluan dalam hidup mereka sehari-sehari.
Sebenarnya kepentingan-kepentingan mahasiswa bukan sahaja bercinta, tetapi mengabdikan diri kepada Tuhan; mewakafkan diri pada perjuangan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a.hum; mentaati perintah ibu bapa; menghormati NC/TNC/Dekan/Pensyarah dll; membantu insan-insan susah-daif dan sebagainya.
Mahasiswa tetap melaksanakan kepentingan-kepentingan di atas walaupun dalam masa yang sama mereka masih dalam tenure pengajian di kampus; kerana itu keperluan dan fitrah.
Sebab itu saya berasa pelik dalam beberapa hal. Pelik!!!???
Universiti, AUKU, segelintir staff BHEP hatta Ketua Aspirasi sendiri tidak bangkit mengatakan bahawa jika mahasiswa bercinta, sebaliknya apabila ada mahasiswa lantang melakukan perubahan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Universiti, maka mereka acap kali ditohmah atau difitnah sebagai golongan yang tidak berlajar di Universiti.
Kata orang Kepala Batas, ‘Bercinta boleh, berpolitik tidak…’
Saya bukannya ‘Dr. Cinta’ sepertimana bloggers saifulislam.com. Saya juga bukannya mahu berbicara sangat tentang cinta. Ada maudu’ lain yang saya mahu kita (mahasiswa) sama-sama fikirkan.
Sebenarnya, inilah persepsi. Persepsi kita ada kalanya holistik serta tepat; dan ada kalanya hanya melihat sesuatu secara kaku dan tidak naturialistik.
Sebagai contoh, bagi mahasiswa yang lantang, bercita-cita melakukan perubahan dalam MPP universiti kita dan mahu Pilihanraya Kampus (PRK) berlangsung secara demokratik, bebas dan adil; mereka ini akan dianggap berpolitik. Mereka ini akan ditohmah tidak menumpukan perhatian dalam pelajar.
Sedangkan, mahasiswa yang bercinta, yang berpeleseran, bercouple, meremp-it tidak pernah ditohmah sebagai ‘tidak menumpukan perhatian dalam pengajian Universiti’.
Mengapa? Adakah semua perkara ini keperluan dan tidak boleh dilambangkan sebagai mahasiswa tidak menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi?
Atau sebenarnya kita dibelenggu oleh persepsi yang sempit serta tidak rasional dalam melihat aktivitisme mahasiswa lantang, rasional, advance serta jauh lebih ‘menyengat’ berbanding pihak-pihak ‘tertentu’?
Atau sebenarnya kita sendiri tidak tahu makna hakiki ‘politik’?
Politik ini luas maksudnya. Bukan sekadar menumpu pada aspek Pilihanraya dalam sesebuah negara hatta kampus sendiri (Pilihanraya Kampus -PRK).
Dalam keluarga ada politik, dalam sekolah ada politik, dalam kuliah/tutorial ada politik, dalam Parlimen ada politik, dalam jabatan kerajaan ada politik.
Ini kerana makna politik adalah “…is the process by which groups of people make decisions…“ [maksud: adalah proses dan cara membuat keputusan untuk satu-satu kumpulan@masyarakat).
Yang membuat keputusan ini bukan sahaja merujuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad badawi walaupun beliau adalah negarawan dalam Malaysia ini.
Yang membuat keputusan ini bukan sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) walaupun belakangan ini beliau agak popular dalam jurnal Pilihanraya Umum ke-12 dan Pilihanraya Kecil di Parlimen Permatang Pauh.
Satu-satu keputusan ini lebih awal dibuat oleh setiap peribadi, setiap keluarga, setiap persatuan, setiap badan bukan kerajaan (NGOs), setiap masyarakat, setiap negeri, dalam parti politik dan setiap negarawan.
Hal demikian kerana manusia wajib membuat satu-satu keputusan dalam hidup mereka masing-masing atas kapasiti yang variasi seperti di atas. Kemudiannya, keputusan ini mulai dirumuskan sebagai tindakan politik.
Jika benar rumus ini, maka politik sudah tidak lagi menjadi milik eksklusif ahli-ahli politik kepartian di luar sana.
Kita (mahasiswa) semuanya ada cabaran dan masalah yang sudah tentu menuntut pada keputusan atau polittik. Belajar, membaca akhbar, buku, blog dan menyatakan pandangan peribadi atau atas kapasiti peribadi/petubuhan juga adalah suatu keputusan yang dimaksudkan sebagai 'politik'.
Jadi, apa 'masalah' @ salahnya kita (M.A.H.A.S.I.S.W.A) membuat keputusan Bersama Universiti Menjunjung Perubahan dalam PRK kali ini; dalam MPP USM kali ini dan persatuan sekolah/kelab/anak negeri kali ini?
Sebab itu saya menulis tajuk 'Bercinta boleh, berpolitik tidak'; kerana Ketua Aspirasi USM, Che Mat cuba menafikan hak kita semua (mahasiswa) dalam membuat beberapa 'keputusan' @ politik belakangan ini sebagaimana yang tertera di dalam blognya.
Pertama, Ketua Aspirasi cuba mendesak musyarawah 12-13 dengan PMIUSM dan sanggup menafikan proses PRK yang bebas, adil dan demokratik.
Kedua, Ketua Aspirasi seolah-olah mentohmah pihak-pihak lain kononnya jika berlaku pertandingan dalam PRK akan datang, mahasiswa dan Universiti akan mengalami pepecahan.
Dan ketiga, Ketua Aspirasi cuba memanipulasi penganugerahan Apex dengan mengwar-warkan bahawa MPP pada sidang akademik akan datang ini wajar terus didominasi@diperkuda oleh Aspirasi; supaya (kononnya) Apex ini akan terus dinikmatikan oleh Universiti dan mahasiswa amnya (jika mengikut telunjuk politiknya). Semuanya tahyul dan karut-marut belaka!
Adakah tindakan Ketua Aspirasi sebagaimana yang boleh didapati dalam blognya [Keris Warisan] @ 3 contoh di atas ini boleh dianggap ‘tidak berpolitik’ dan ‘lebih menumpukan perhatian dalam pengajian tinggi Universiti’ semata-mata?
Tepuk dada dan ketuklah akal kita ini. Manalah tahu, kot-kot terkeluar sesuatu ilmu yang sahih dan dogma yang rasional lalu bangkit menyahut seruan juang ProM ini - iaitu BERSAMA UNIVERSITI MENJUNJUNG PERUBAHAN -END

Jumaat, 13 Februari 2009
Walaupun Anda MPP
Walaupun anda Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dikatakan sebagai wakil kepada mahasiswa UniMAP, tetapi anda perlu sedar dan akur bahawa diri anda bukanlah dipilih oleh mahasiswa, tetapi sebenarnya dipilih oleh pihak pengurusan universiti khususnya HEP. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa jawatan yang anda pegang bukanlah sebenarnya diperolehi dengan cara dan saluran akademik yang sepatutnya dilalui dan dilaksanakan dalam sebuah universiti. Maka anda sebenarnya tidak layak untuk digelar sebagai wakil pelajar ataupun wakil mahasiswa. Gelaran yang mungkin layak bagi anda adalah "wakil HEP" atau Majlis Perwakilan HEP (MPHEP).
Walaubagaimana pun, saya sebagai wakil mahasiswa UniMAP tidaklah berniat untuk memperendah dan mempersoalkan kredibiliti anda sebagai pemimpin pelajar, dan saya juga tidaklah berhajat untuk membahaskan panjang lebar tentang kelayakan dan ketelusan cara pemilihan anda sebagai MPP apatah lagi untuk menjatuhkan pemerintahan anda selaku barisan MPP pada kali ini. Ia bukanlah satu tindakan yang bijak dan wajar diambil sebagai seorang ahli akademik yang masih memegang prinsip keintelektualan. Mungkin ia adalah jalan terakhir jika MPP 08/09 tidak melakukan perubahan yang diinginkan oleh seluruh warga mahasiswa UniMAP.
Anda perlu diberi peluang dan ruang malahan seharusnya seluruh mahasiswa UniMAP sebagai rakyat juga perlu memberi ruang dan peluang kepada MPP 08/09 untuk beraksi dipentas mereka. Kita lihat apa yang bakal mereka lakukan kemudian buat pengadilan yang sewajarnya. Tetapi jangan pula mahasiswa hanya berdiam diri tanpa memberi sumbangan. Mahasiswa juga perlu bertindak dengan memberi galakan dan turut serta terlibat dalam acara dan program yang dirancang namun diingatkan, MPP haruslah bijak menilai kesesuaian program yang ingin dilaksanakan agar menepati kehendak dan matlamat universiti untuk melahirkan ahli akademik yang mempunyai karisma yang tinggi dalam bidang masing-masing.
Mahasiswa Jangan Berdiam Diri
Saya tidak bersetuju jika ada segelintir mahasiswa yang bertindak "mengutuk", "mengherdik", dan "mencerca" MPP dalam apa bentuk medium sekali pun malah mengecam tindakan mereka yang mungkin dilihat berat sebelah dan memihak kepada HEP semata-mata. Perkara ini "mungkin" berlaku pada barisan yang terdahulu, tetapi sekarang saya melihat sudah ada sedikit perubahan kepada MPP apabila sanggup turun padang dan mendengar rintahan "rakyat" mereka. Ini suatu perkembangan yang sangat diharapkan oleh semua lapisan mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis. Maka kita gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin. Walaupun diakui, mereka bukan dipilih oleh anda dan diadili dalam Pilihan Raya Kampus, tetapi mereka sebenarnya berhak untuk mendapat sokongan daripada anda seterusnya mendengar segala rintihan dan ketidakpuas hatian anda kepada mereka. Ini wajar diambil kira dan diteliti oleh kita sebagai mahasiswa UniMAP.
Saya sebenarnya tidak mahu diri saya dilabelkan sebagai pihak yang terlalu menyokong dan mempertahankan MPP-HEP, malahan juga saya tidak mahu dilihat terlalu berpihak kepada segelintir mahasiswa yang begitu keras menentang MPP dan bertindak di luar kawalan serta disiplin sebagai seorang penuntut universiti. Tetapi nyatanya, saya tidak dapat menghalang untuk sesiapa sahaja baik barisan MPP sendiri mahupun sahabat mahasiswa yang ingin melabelkan saya sebagai pro-MPHEP atau pro-Mahasiswa UniMAP.
Mana yang salah, kita tegur dan jika tidak ada perubahan maka kita lawan walaupun akan dilabel sebagai pro pembangkang. Mana yang betul kita pertahankan dan pejuangkan walaupun kita akan dituduh sebagai golongan yang pro-HEP. Kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Itulah mahasiswa.
Saya akan tetap berada sebarisan dengan MPP jika mereka benar-benar ingin memperjuangkan hak mahasiswa. Saya juga akan mempertahankan mereka jika mereka benar dalam tindakan dan mempunyai halatuju yang jelas untuk memimpin kita, saya akan turut mengangkat dan terus menerus mengangkat mereka jika mereka sanggup berada sebaris dengan mahasiswa. Jika sampai satu tahap mereka mula berlepas diri daripada kita dan memandang ringan dengan apa yang kita bangkit dan persoalkan, maka kita akan jatuh dan terus dan terus jatuhkan serta runtuhkan mereka. Inilah kuasa kita sebagai mahasiswa.
Tahniah, Satu Perkembangan Baik
Kali ini MPP 08/09 telah pun turun pandang buat kali pertamanya dengan program RoadTour MPP. Ia dilihat sebagai satu permulaan yang baik bagi mereka untuk meraih sokongan sekaligus mendapatkan keprihatinan mahasiswa kepada mereka. Sebagai MPP, anda seharusnya berani untuk menerima segala teguran dan kritikan malahan "herdikan". Apatah lagi nasihat yang diberikan oleh sahabat mahasiswa yang mungkin "lebih" berpengalaman. Jadikan ia sebagai asam garam dalam kehidupan anda sebagai pemimpin pelajar. Kehidupan anda sudah tentunya malahan sepatutnya berubah jika dibanding dengan kehidupan anda dahulu, kerana amanah yang dipikul dan hak yang perlu ditunaikan kepada "rakyat" yang anda perintah.
Janganlah lagi kali ini barisan MPP dilihat sebagai "wakil pelajar" yang sombong dan tidak mesra pelajar malah bangga dan berasa megah semata-mata kerana kehebatan jawatan yang dipegang. Inilah yang akan membuatkan "rakyat" anda makin jelik dan memandang rendah pada anda kerana sikap anda. MPP bukanlah jawatan dan platform untuk anda mencari publisiti murahan dan bukan juga untuk menunjukkan "glamor". Ia adalah amanah, apatahlagi anda tidak dipilih secara sah oleh pelajar sendiri.
Kerana anda dipilih oleh HEP, maka berusahalah untuk menarik sokongan mahasiswa agar mereka boleh bekerja bersama anda untuk meningkatkan prestasi serta menaikkan nama UniMAP sebaris dengan universiti-universiti lain di Malaysia.
Lakukan perubahan MPP 08/09.
Unite for UniMAP!

Isnin, 9 Februari 2009
Takziah dan Tahniah MPP 08/09
Ucapan Takziah ditujukan khas kepada barisan kepimpinan MPP 08/09 yang telah dilantik kerana anda bakal memegang amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam kepimpinan mahasiswa di UniMAP seterusnya bertindak sebagai wakil suara mahasiswa di peringkat universiti, insyaAllah.
Barisan MPP 2005/2007
Ucapan Tahniah juga ditujukan kerana buat julang-julang kalinya kepimpinan MPP kali ini mengadakan "Road Tour MPP" untuk memperkenalkan barisan kabinet MPP kepada seluruh mahasiswa UniMAP sekaligus bertindak "turun padang" bagi mendengar masalah-masalah, rungutan, teguran dan pandangan-pandangan serta merealisasikan tanggungjawab MPP sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa di kampus.
Barisan MPP 2007/2008
Harapan
Pihak unimapkini mengharapkan agar perubahan baru dapat dilaksanakan oleh barisan MPP kali ini dalam semua lapangan gerak kerja terutama dalam pengurusan organisasinya, program-program yang bakal dianjurkan dan turut sama dalam perhubungan serta komunikasi mereka dengan seluruh mahasiswa. 3 "manifesto" utama ini perlu diberi suntikan baru dan dilaksanakan perubahan yang sewajarnya berbeza daripada corak kepimpinan MPP yang lalu untuk meraih sokongan dan penyertaan mahasiswa dalam bekerja bersama-sama anda untuk universiti.
Barisan MPP 2008/2009
Harapan yang tinggi juga dipohon agar keutamaan dan fokus MPP kali ini diberikan lebih kepada memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa serta menjayakan program-program Ilmiah yang memberi keuntungan serta kredit kepada mahasiswa dalam bidang akademik mahupun pemikiran serta "softskill" sesuai dengan tujuan penubuhan universiti sebagai sebuah institusi pendidikan bukan institusi hiburan dan hedonisme.
Selamat Bekerja...
"Unite for UniMAP"
Langgan:
Catatan (Atom)