"Polling" ini telah dibuka selama 15 hari bermula pada 15 Oktober sehingga 29 Oktober 2009. Seramai 289 "votes" telah membuat pilihan kepada jawapan-jawapan yang telah dikemukakan. Berikut merupakan statistik hasil "polling" tersebut:Soalan yang telah dikemukakan:
Adakah wajar pihak HEP dan pentadbiran universiti bertindak menekan 4 orang calon mahasiswa yang cuba menjadi calon pada PRK kali ini?
Pilihan jawapan:
1.Wajar, kerana itu adalah hak pentadbiran universiti dan HEP.
2.Wajar, kerana tindakan menjadi calon walaupun tidak dipilih oleh HEP dianggap sebagai pembangkang.
3.Tidak wajar, mahasiswa berhak untuk menjadi calon dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
4.Tidak wajar, kerana mahasiswa berhak untuk bersuara dan melibatkan diri dalam Pilihan Raya Kampus.
5.Tidak wajar, kerana ia menunjukkan sikap 'double standard' pihak universiti kepada mahasiswa UniMAP.
Keputusan:
100 % (289 votes)
52 % (153 votes) memilih jawapan (4)
27 % (78 votes) memilih jawapan (5)
12 % (34 votes) memilih jawapan (1)
8 % (24 votes) memilih jawapan (3)
1 % (4 votes) memilih jawapan (2)
Kesimpulan:
1. Seramai 255 daripada 289 orang mahasiswa iaitu 87 % (daripada pelayar UniMAPKini) menunjukkan mereka setuju bahawa tidak wajar untuk pihak HEP dan pentadbiran universiti bertindak menekan 4 orang calon mahasiswa yang cuba menjadi calon pada PRK kali ini atas 3 alasan yang telah dikemukan.
2. Walaupun dalam jawapan tidak wajar ini mempunyai 3 alasan yang berbeza, namun ia masih jelas menunjukkan mahasiswa yang melayari UniMAPKini tidak bersetuju jika pihak HEP dan pentadbiran universiti bertindak menekan 4 orang calon tersebut.
2. "Polling" ini juga menunjukkan bahawa masih ada lagi mahasiswa yang berpandangan wajar untuk HEP dan pentadbiran universiti menekan mereka, atas dua alasan yang dikemukan iaitu kerana itu adalah hak pentadbiran universiti dan HEP dan atas sebab tindakan menjadi calon walaupun tidak dipilih oleh HEP dianggap sebagai pembangkang. Namun begitu, mahasiswa yang memilih jawapan wajar hanya 38 daripada 289 orang iaitu hanya 13 %.
3. Dengan peratusan yang lebih 80 % (daripada pelayar UniMAPKini) kepada jawapan tidak wajar ini, secara tidak langsung sebenarnya memberi makna tersirat bahawa kesedaran mahasiswa tentang PRK sudah mula berkembang walaupun masih ramai yang tidak mengundi.
4. Ia cukup untuk menyampaikan mesej dan isyarat jelas kepada pihak pentadbiran universiti dan HEP bahawa, tidak sepatutnya berlaku sikap pilih kasih atau "double standard" dalam melayan mahasiswa sama ada mereka bersama HEP atau tidak dalam proses PRK.