Maka kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UniMAP,tunaikanlah tanggungjawab anda.Turunlah mengundi calon-calon pilihan anda.
Bicara Siswa
Memaparkan catatan dengan label UniMAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UniMAP. Papar semua catatan
Khamis, 24 Februari 2011
Hari ini pengundian PRK UniMAP
Hari ini adalah hari pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kampus UniMAP.
Maka kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UniMAP,tunaikanlah tanggungjawab anda.Turunlah mengundi calon-calon pilihan anda.
Maka kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi UniMAP,tunaikanlah tanggungjawab anda.Turunlah mengundi calon-calon pilihan anda.
Isnin, 21 Februari 2011
PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
#################################################
Tarikh : 16
Februari 2011
Kepada : Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011
Daripada : Dekan HEPA
MAKLUMAN PEMBUBARAN MAJLIS
TERTINGGI KELAB/PERSATUAN PELAJAR SESI
2010/2011
Merujuk kepada
perkara di atas adalah berkaitan.
2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pembubaran Majlis Tertinggi setiap
Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011 adalah pada 31 Januari 2011.
3. Sehubungan dengan itu, setiap
kelab/persatuan hendaklah mengambil tindakan berikut:-
·
Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan
masing-masing bermula dari tempoh 14hb Februari hingga 10hb Mac 2011.
·
Agenda
mesyuarat ialah membuat perlantikan
Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan untuk Sesi 2011/2012.
·
Tarikh perlaksanaan dan tempat Mesyuarat Agong tersebut mestilah dimaklumkan
kepada Unit Aktiviti Pelajar, Jabatan HEPA.
·
Minit mesyuarat dan senarai Majlis Tertinggi
Kelab/Persatuan Sesi 2011/2012 mestilah diserahkan kepada pihak Jabatan HEPA
bermula tarikh 14hb
hingga 21hb Mac 2011.
4. Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut
boleh menghubungi Unit Aktiviti Pelajar
& Antarabangsa di talian 04-9831163.
Sekian, terima
kasih.
“HARAP MAKLUM”
TAHNIAH DATO' NAIB CANSELOR
KENYATAAN AKHBAR / PRESS
RELEASE
PROF. DATO’. DR.
KAMARUDIN HUSSIN DISAMBUNG KONTRAK DUA TAHUN LAGI
17 Februari 2011
Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin telah dilantik semula sebagai
Naib Canselor universiti tersebut pada 17 Februari 2011 untuk tempoh dua tahun
lagi.
Prof. Dr. Kamarudin yang merupakan bekas pengarah
kampus Kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik sebagai
Rektor Kolej Univerisiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) yang pertama pada
2002. Setelah itu, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Naib Canselor pertama
UniMAP setelah KUKUM melalui proses penjenamaan semula menjadi UniMAP pada 1
Februari 2007 sehingga sekarang.
Beliau yang ditemui melahirkan rasa syukur dan
gembira dengan pelantikan semulanya dan berazam unuk memajukan UniMAP mengikut
Pelan Strategik dan Hala Tuju UniMAP 2011-2015 yang telah dibangunkan oleh
universiti terbabit.
“Saya berasa sangat gembira dan amat berterima kasih
kepada pihak Menteri Pengajian Tinggi dan pengurusan beliau kerana meletakkan
kepercayaan kepada saya untuk menerajui UniMAP untuk tempoh dua tahun lagi,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan
kecemerlangan sesebuah universiti, beliau sebenarnya bekerja keras dan mendapat
sokongan padu daripada kakitangan UniMAP sendiri.
“UniMAP merupakan sebuah universiti yang masih muda
dan sebagai penerajunya saya perlu bekerja keras dalam memastikan setiap kerja
yang dilakukan oleh staf saya dilaksanakan dengan sebaiknya,” ujarnya.
Beliau juga turut berterima kasih kepada kakitangan
UniMAP atas kerjasama yang tidak berbelah-bagi yang diterima beliau sepanjang
perkhidmatannya.
Jumaat, 18 Februari 2011
Keputusan Terkini Penamaan Calon MPP UniMAP
Kerusi Umum:14 orang calon (akan merebut 9 kerusi)
PPK Alam Sekitar:2 orang calon (menang tanpa bertanding)
PPK Bahan:2 orang calon (menang tanpa bertanding)
PPK Komputer:3 orang calon (merebut 2 kerusi)
PPK Mekatronik:3 orang calon (merebut 2 kerusi)
PPK Pembuatan:2 orang calon (menang tanpa bertanding)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul UniMAP
Satu majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat UniMAP akan diadakan sebagaimana berikut:
Tempat:DEWAN KAPITOL
Masa:8-10 MALAM
Tarikh:18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
BAS DISEDIAKAN.JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.
Tempat:DEWAN KAPITOL
Masa:8-10 MALAM
Tarikh:18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
BAS DISEDIAKAN.JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI.
Pesta Tahun Baru Cina
TARIKH: 20 FEBRUARI 2011
TEMPAT: DEWAN KAPITOL,KANGAR
MASA: 8.00 MALAM
BAS AKAN DISEDIAKAN DI SETIAP KOLEJ KEDIAMAN PADA PUKUL 7.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN KAPITOL,KANGAR
MASA: 8.00 MALAM
BAS AKAN DISEDIAKAN DI SETIAP KOLEJ KEDIAMAN PADA PUKUL 7.30 MALAM
TEMPAT PEMBUANGAN UNDI
TEMPAT PEMBUANGAN UNDI BAGI PEMILIHAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
1.
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan
Pelajar Sesi 2010/2011 yang telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Naib Canselor
telah memutuskan bahawa tempat pembuangan undi bagi Pemilihan Majlis Perwakilan
Pelajar Sesi 2010/2011 adalah di Pusat-Pusat Pengundian berasaskan tempat
penginapan pelajar seperti berikut;
A )
Kolej Kediaman Simpang Empat
Tempat : Dewan Kolej Kediaman
Pelajar Terlibat : Semua Pelajar PPIPT
B)
Kolej Kediaman Seberang Ramai
Tempat : MKR 2 Dan MKR 3
Pelajar Terlibat :
i. Semua Pelajar PPK Pembuatan
ii. Pelajar Pengajian Diploma
C)
Kolej Kediaman Kg Wai
Tempat : Dewan Serbaguna Kg Wai
Pelajar Terlibat : i. Pelajar
Mikro E,
ii.
Sistem Elektrik
iii. Komputer dan Perhubungan
D)
Kolej Kediaman Taman Semarak
Tempat : Makmal Semarak 1 (MKS
1)
Pelajar Terlibat : semua pelajar PPK Mekatronik
E) Kolej Kediaman Wang Ulu
Tempat : Dewan Terbuka Wang Ulu
Pelajar Terlibat : i. Semua
Pelajar Pusat Pengajian Yang Tinggal di Wang Ulu
ii. Semua
Pelajar Antarabangsa
iii. Semua
Pelajar Lepasan Siswazah
iv. Pelajar
Yang Tinggal Diluar Kolej Kediaman
2.
Tarikh pembuangan undi ialah pada 24 FEBRUARI 2011 ( KHAMIS ) bermula jam 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG. Sila bawa KAD MATRIK anda untuk mendaftar pada hari pembuangan undi.
3.
Notis yang dikeluarkan pada 26 JANUARI 2011 mengenai
tempat pembuangan undi (Perenggan 6) adalah dengan ini TERBATAL.
Bagaimanapun Pusat penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Kg Wai pada hari yang
sama adalah kekal.
4. Sebarang
maklumat lanjut boleh dihubungi di talian 04-985 1244/1370 atau 04-985 4524
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan
Majlis Perwakilan
Pelajar Sesi 2010/201
Universiti Malaysia
Perlis
Tarikh : 14 Februari 2011
Sabtu, 29 Januari 2011
Program 7 Pillars:Seminar Patriotisme dan Jati Diri Pelajar UniMAP
26 Januari 2011:Satu program 7 pillars telah diadakan di Dewan Kapitol bertajuk Seminar Patriotisme dan Jati Diri Pelajar UniMAP.Program ini diwajibkan kepada semua pelajar Diploma UniMAP kemasukan 2010/2011.
Seminar ini adalah berbentuk forum yang terdiri dari 2 orang ahli panel.Antara perkara yang disentuh pada malam itu adalah pentingnya orang Melayu mempertahankan hak-hak orang Melayu.Begitu juga tentang isu Raja-Raja Melayu yang sudah tidak diendahkan sekarang.
Terdapat juga pelajar-pelajar India dan Cina dalam program tersebut.Para pelajar juga diseru supaya turut sama mengundi dalam Pilihan Raya Umum Malaysia nanti sebagai menunaikan hak selaku seorang pemilih.

Notis Pilihan Raya Kampus
1.1. Tarikh Pembubaran MPP 2010/2011 : 25 Januari 2011
1.2. Tarikh Penamaan Calon : 18 Februari 2011
1.3. Tarikh Pengundian : 24 Februari 2011
2.1. Konstituensi Pusat Pengajian
2.1.1 Kerusi PPK
2.1.2 Kerusi Diploma
2.1.3 Kerusi Pelajar Antarabangsa
2.2. Konstituensi Umum
3. Peruntukan kerusi untuk maksud pemilihan tersebut adalah seperti berikut ;
PECAHAN KERUSI
KONSTITUENSI JUMLAH KERUSI
Umum 9
Pusat Pengajian
PPK Komputer & Perhubungan 2
PPK Mikroelektronik 2
PPK Pembuatan 2
PPK Mekatronik 2
PPK Bahan 2
PPK Sistem Elektrik 2
PPK Alam Sekitar 2
PPK Bioproses 2
PPIPT 2
Diploma 2
Pelajar Antarabangsa 2
JUMLAH 31
4. Borang Penamaan Calon ;
(i) Tarikh Pengambilan Borang - Mulai 10 hingga 17 Februari 2011
(ii) Tempat Mengambil Borang - Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Jalan Serawak, Taman Bukit Kubu Jaya
02000 Kuala Perlis.
(iii) Masa Mengambil Borang - 09.30 pagi – 04.00 petang
(iv) Bayaran Pengambilan Borang - RM 50.00/borang
5. Penamaan calon bagi pemilihan tersebut akan diadakan pada 18 Februari 2011, jam 08.30 pagi hingga
12.00 tengahari di lokasi seperti berikut ;
Konstituensi Umum - Bilik Mesyuarat,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Jalan Serawak, Taman Bukit Kubu Jaya
02000 Kuala Perlis, Perlis
Konstituensi Pusat Pengajian - Pusat Pengajian masing-masing
Kerusi Diploma - Unit Penyelarasan Program Diploma
Taman Semarak II, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Kerusi Antarabangsa - Pusat Hal Ehwal Antarabangsa (PHEA)
Aras 1, Taman Kechor Indah, Fasa II
Jalan Abi Tok Hashim, 01000 Kangar, Perlis
6. Sekiranya wujud pertandingan bagi kerusi-kerusi yang dinyatakan maka pengundian atau “Hari
Mengundi” akan diadakan pada 24 Februari 2011 bertempat di Pusat Pengajian masing-masing
secara “E-voting”. Pusat penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna, Kolej Kediaman
Kampung Wai pada hari yang sama.
7. Butiran lain yang berkaitan seperti Syarat-Syarat Penamaan Calon, Tatacara Pemilihan MPP
Universiti Malaysia Perlis 2011 Dan Aliran Perjalanan Pemilihan akan disertakan semasa pembelian
Borang Pencalonan.
8. Sebarang maklumat lanjut boleh dihubungi di talian 04-985 1244/1370 atau 04-985 4524
Pengerusi
Jawatankuasa Pemilihan
Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Malaysia Perlis
Tarikh : 26 Januari 2011

Rabu, 29 Disember 2010
Kem Kepimpinan Mahasiswa
Pihak JHEPA UniMAP menganjurkan satu kem kepimpinan mahasiswa untuk mereka yang mahu terlibat dalam pilihan raya kampus untuk pemilihan MPP sesi akan datang.
Ini menandakan pihak universiti telah bersedia menganjurkan pilihan raya kampus dalam kampus UniMAP.Inilah yang dinanti-nantikan oleh para mahasiswa dan mahasiswi UniMAP.
Berilah ruang kepada para mahasiswa untuk memilih pemimpin mereka.Bukannya pemimpin mahasiswa dipilih oleh pihak atasan universiti.
KEMBALIKAN DEMOKRASI KAMPUS!!

Selasa, 28 Disember 2010
LETRIK DIPOTONG,UniMAP CUAI??
UniMAP gempar lagi..
28 Disember: Pagi ini Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (KKE) digemparkan apabila lebih kurang 25 buah rumah mahasiswa UniMAP dipotong api oleh pihak TNB.Ini menyebabkan mangsa-mangsa terkejut dan segera membawa notis daripada pihak TNB kepada pihak Kolej Kediaman KKE.
Apabila para mahasiswa membawa perkara ini kepada pihak kolej,pihak terbabit menyatakan ini adalah disebabkan salah faham oleh pihak TNB.Para mahasiswa diminta bersabar.Perkara ini memberi masalah kepada para mahasiswa lebih-lebih lagi sekarang adalah musim test dan kuiz untuk mahasiswa tahun akhir.
Ada juga saranan dari pihak terbabit supaya mahasiswa mencabut suis dari rumah-rumah yang tidak digunakan.Ini merupakan satu saranan yang tidak beretika oleh pihak pengurusan.
Beberapa pertikaian timbul dari apa yang berlaku ini.
1.Masakan pihak TNB boleh tersilap dalam hal ini sedangkan mereka mempunyai rekod dan simpanan bil elektrik dari pelanggan mereka.
2.Tidak sepatutnya perkara ini berlaku kerana peruntukan untuk tujuan bayaran tersebut sememangnya jelas dalam peruntukan universiti.
3.Pihak terbabit cuba memberi alasan dan dalam masa yang sama memberi saranan yang tidak sepatutnya kepada mahasiswa.
Para mahasiswa,adakah anda masih berdiam diri???
Selasa, 31 Ogos 2010
Pertandingan Tilawah Al-Quran
Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah taala kerana sekali lagi UniMAP pada hari ini 24 Ogos 2010 menganjurkan majlis Tilawah Al-Quran peringkat universiti..
Selepas
ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program...Program dirasmikan oleh Naib
Canselor sendiri dengan mempersembahkan bacaan al-Quran...surah
al-Anfal bermula ayat 1....
Pertandingan ini dikategorikan kepada staf dan pelajar...Staf ada kategori lelaki dan perempuan dan begitu juga pelajar....
Seramai
19 orang staf dari semua jabatan telah mengambil bahagian dan 5orang
pelajar mengambil bahagian mewakili kolej kediaman masing-masing...
Johan Qari kategori staf ialah Tunku Nizar, timbalan dekan PPK Sisten Elektrik yang juga juara bertahan....
Bagi Johan Qari kategori pelajar ialah saudara Saifuddin bin hassan yang juga johan pada dua tahun yang lepas...
Johan kategori pelajar mendapat hadiah berupa wang tunai RM200.00 dan sejadah yang dihias cantik...
Tahniah kepada yang menganjur.....tahniah kepada yang menang....
~wallahua'lam~
Selasa, 10 Ogos 2010
CCTV dalam bilik rehat Pusat Pelajar Kampus Pauh
Saya seorang pelajar di kampus Pauh.Saya puji usaha pihak u buat student center.Tahniah la yang tu.Tapi saya pening bila pihak unimap letak cctv dalam bilik rehat pelajar.apa kes?
Kalau budak laki,saya x pelik sgt,tapi ni dalam bilik rehat pompuan.Tu mengganggu privacy kami.Kesian la kami nk buka tudung apa dan berehat dalam tu.Gerak geri kami diperhatikan.Takkan tu pun x leh pk.Kesian la kami budak pompuan.Entah-entah kami diintai dan diskodeng kot.
Pihak u,tlglah bagi penjelasan cket.Jangan aniaya kami.
"emel yang dihantar oleh seorang mahasiswa UniMAP"

Beginikah Konvokesyen?
“Artikel ini telah dihantar oleh seorang mahasiswa UniMAP kepada editor UniMAPKini.”
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Saya merupakan seorang mahasiswa UniMAP dan saya amat menyayangi universiti saya ini.Tempat saya menuntut ilmu dan pengalaman untuk menghadapi hidup masa depan.
Sebagaimana kita ketahui,Konvokesyen merupakan satu majlis anugerah kepada para mahasiswa yang telah bergraduasi.Sempena meraikan kejayaan mereka dalam akademik mereka ini,maka adanya Pesta Konvo.
Namun ada sesetengah perkara yang saya kurang setuju dalam atur cara sepanjang pesta konvo ini.
Pertamanya adalah ketika majlis perasmian.Pada malam itu,adanya jemputan khas dari Thailand,yang mana pakaian penarinya tersangat seksi.Ini adalah satu contoh yang tidak baik buat imej kampus kepada masyarakat sekitar.
Apalah kaitan PENARI SEKSI ini dengan nilai akademik seorang mahasiswa bergraduan??

Keduanya adalah tidak dikawal pakaian-pakaian mereka yang terlibat dengan persembahan.Ada juga pakaian yang menjolok mata sehingga hilangnya nilai agama dan nilai ketimuran dalam hidup seorang mahasiswa.
Tidakkah ini memberi gambaran yang kurang baik kepada nama UniMAP??
Ketiganya adalah penganjuran Clash of The Band.Ini adalah amat tidak sesuai dengan sambutan kepada mereka yang baru mendapat anugerah akademik.Seolah-olah jatuhnya nilai akademik seorang mahasiswa.
Saya sangat yakin dan percaya,para pensyarah dan ahli akademik juga tidak bersetuju dalam isu ini.Jika mahu hiburan seperti itu,carilah masa lain yang lebih sesuai.Bukan semua majlis dan sambutan perlu ada hiburan yang keterlaluan.
Atau mungkin OTAK ENGINEER ini memang kurang nilai akademik dan lebih suka berhibur??
Saya tidak mahu termasuk dalam golongan itu.Celiklah mata kita wahai mahasiswa mahasiswi UniMAP.
~mahasiswa prihatin~
Langgan:
Catatan (Atom)