HARI INI DALAM SEJARAHTelah terpahat di papan sejarah UniMAP, bahawa 19 Oktober yang lalu pilihanraya yang pertama dijalankan di UniMAP, Tahniah diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur Majlis Anugerah Dekan &. Majlis Ramah Mesra Bersama RPS 2009 serta EGM bagi PERKASE.
MAjlis ini dianjurkan dengan kerjasama jawatankuasa PERKASE & PPK Sistem Elektrik
Majlis ini telah diadakan pada 19 Oktober 2009 (Isnin malam) yang lalu bertempat di Dewan 2020. Majlis ini yang direstui DEKAN ini, turut disambut dengan kehadiran sebahagian besar para pensyarah dan staf-staf serta para mahasiswa dari PPK Sistem Elektrik bagi bersama-sama menyertai pilihanraya ini.
Sistem pilihanraya buat pertama kalinya dalam sejarah PERKASE juga telah diadakan untuk pemilihan calon-calon wakil mahasiswa bagi menerajui pucuk pimpinan Ahli Majlis Tertinggi dalam PERKASE. Para mahasiswa yang hadir pada majlis itu dapat mengundi seramai 6 orang calon daripada 10 orang calon.
Proses pengiraan undian dijalankan pada keesokan harinya.
Keputusan pilihanraya akan diumumkan kelak. Pelbagai juadah sempena aidilfitri juga telah disediakan.
SYABAS KEPADA AHLI JAWATANKUASA SURUHANJAYA PERKASE... PERKASE MENGORAK LANGKAH KE ARAH PERUBAHAN !!!!

