Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label KKG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KKG. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2009

Hanya KKG Tiada Stor

Kolej Kediaman Kampung Wai, Seberang Ramai(KKF) dan Taman Semarak(KKE) masing-masing menyediakan stor kepada penghuni-penghuni untuk mereka menyimpan barang-barang sempena cuti yang bakal tiba bermula 22 November ini kecuali Kolej Kediaman Wang Ulu(KKG).

Namun, dimaklumkan pihak pengurusan memberi kelonggaran kepada penghuni KKG untuk mereka menyimpan hanya dua(2) buah kotak di stor KK. Prosedur biasa perlu dilalui oleh penghuni dengan mengisi borang yang telah disediakan di pejabat pengurusan asrama.

Sebab secara jelas belum dapat dikenal pasti. Walaubagaimana pun dengar khabarnya pihak pengurusan bimbang akan berlaku kehilangan barang-barang penghuni jika ia terus disimpan di Kolej Kediaman(KK). Tidak banyak juga terdengar suara-suara yang menyatakan bahawa atas sebab KKG akan diduduki oleh penghuni luar sepanjang cuti semester nanti maka KKG perlu dikosongkan.

Pihak UniMAPKini dan penghuni KKG mohon agar Majlis Penghuni Kolej Kediaman Tan Sri Aishah Ghani(MPKKTAG) dapat memberikan penjelasan berkenaan isu ini supaya penghuni KKG mengetahui keadaan dan sebab sebenar atas tindakan pihak pengurusan yang tidak membenarkan penyimpanan barang-barang di stor KK sempena cuti semester yang bakal tiba.

"Unite for UniMAP"

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bilik Diselongkar Tanpa Kesan

UniMAPKini dimaklumkan, sebuah bilik seorang mahasiswa di Kolej Kediaman Wang Ulu (KKG) telah dselongkar lebih kurang pada jam 10.45 pagi oleh beberapa individu yang cukup dikenali di KKG pada hari rabu baru-baru ini. Tindakan ini mungkin berikutan wujudnya blog UniMAPKini. Difahamkan tindakan ini dibuat bagi mencari "figure-figure" yang terlibat dalam menjalankan aktiviti blog dan penyebaran berita-berita di blog UniMAPKini.

Menurut seorang mahasiswa yang merupakan salah seorang saksi yang menyedari kejadian ini, beberapa orang yang cukup dikenali di KKG telah memecah masuk sebuah bilik seorang mahasiswa semasa ketiadaannya. Mereka menyelongkar dan menggeledah semua barang-barang sehingga bersepah. Tetapi timbul keraguan dan tanda tanya apabila mereka bertindak menyusun rapi semula barang-barang tersebut tanpa meninggalkan kesan digeledah dan selongkar. Identiti saksi tersebut dirahsiakan oleh pihak UniMAPKini.

"Tindakan menyelongkar dan menggeledah bilik tanpa kebenaran penghuninya adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar, ia jelas mengganggu privasi dan hak mahasiswa tersebut sebagai penghuni di kolej kediaman ini." kata seorang mahasiswa yang enggan namanya disiarkan yang sempat ditemui ketika diminta mengulas isu ini.

Menurut beliau, jika benar pihak pentadbiran KKG ingin bertindak menjalankan "spotcheck" atau "rushing", bukan ketika mana penghuninya tidak berada di bilik dan memecah masuk sesuka hati, seharusnya ia dilakukan semasa kami berada di bilik. Apa hak mereka untuk menggeledah bilik penghuni di sini? Adakah kerana mereka adalah pengurusan asrama maka mereka boleh bertindak sesuka hati? Ia mencabuli hak kami.


"Bilik tersebut seolah-olah dipecah masuk, kerana pintunya dikunci setelah penghuninya keluar. Saya menjangkakan ada perkara yang tidak elok akan berlaku, kerena mereka tiba-tiba datang dan terus membuka bilik mahasiswa tersebut. Jika mahasiswa yang lain tahu akan tindakan sebegini rupa daripada pihak pengurusan KKG, ia akan memburukkan dan mencemarkan imej mereka kerana tindakan memecah masuk bilik mahasiswa tanpa sebarang notis atau waran adalah tidakan yang tidak dapat diterima oleh mahasiswa." kata seorang lagi saksi yang tiba-tiba terlihat kejadian tersebut, identitinya juga dirahsiakan oleh pihak UniMAPKini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut cukup memalukan kerana ia dilakukan secara rahsia tanpa diketahui oleh penghuni bilik berkenaan dan ketika mana mahasiswa tersebut sedang menghadiri kuliah. Apa tujuan mereka menyelongkar bilik mahasiswa sebegitu rupa? Adakah mereka mempunyai waran tangkap atau notis untuk berbuat demikian? Tindakan tersebut sangat menimbulkan keraguan.

Tambahnya, yang menarik perhatian apabila barang-barang yang telah digeledah disusun rapi semula, tidak meninggalkan sebarang kesan sedikit pun, malahan lebih kemas daripada sebelumnya. Ia seolah dirancang dengan rapi dan teliti.

Seorang mahasiswa ketika diminta mengulas isu ini berkata, jika pihak pengurusan benar-benar mahu menjejak krew-krew UniMAPKini, bukan begitu caranya, sehingga menakut-nakutkan mahasiswa yang lain dan sehinggakan mahasiswa lain menjadi mangsa atas tindakan yang tidak releven pihak pengurusan. Ia bukan menyelesaikan masalah, ia hanya menambahkan lagi masalah malahan mencemarkan lagi imej pihak pengurusan KKG di mata mahasiswa kampus.

"Mahasiswa tidak perlu takut dengan tindakan yang dibuat walaupun sehingga digeledah, ia adalah tindakan terdesak mereka sehingga melanggar peraturan dah hak asasi individu. Kita berada di pihak yang benar, maka berpegang teguh dan bersatulah atas kebenaran ini di samping menuntut hak-hak anda sebagai mahasiswa di UniMAP, bukan membiarkan diri anda diperkudakan dengan begitu mudah oleh pihak atasan." tambahnya.

Khamis, 15 Oktober 2009

KKG: Internet Bermasalah

Sejak akhir-akhir ini, Kolej Kediaman Wang Ulu (KKG) sering mengalami gangguan 'internet' dan 'server' yang agak kritikal walaupun sudah berkali-kali penghuni kolej tersebut membuat aduan kepada pihak ICT.

Mengapa ia terjadi di KKG sedangkan di kolej kediaman lain tidak berlaku gangguan sedemikian? Adakah rangkai server di KKG di 'hack' sepertimana pernah terjadi sebelum ini? Atau adakah pihak ICT sengaja 'mengganggu' 'server' atas arahan "Top Management" bagi menghalang dan menghadkan mahasiswa KKG melayari web-web atau blog-blog yang amat di'takuti' oleh "Top Management"?

Banyak aduan yang dibuat sementalah lagi keluhan yang berbunyi akibat jaringan 'server' yang tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mahasiswa mencari maklumat dan info berkaitan dengan 'study' mereka. Ia secara tidak langsung membantutkan kerja-kerja untuk menyiapkan assignment dan 'research' yang telah diberikan.

"Saya dan sahabat mahasiswa yang lain sudah berkali-kali membuat aduan dan cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak ICT tentang perkara ini, namun tidak ada jawapan yang dapat meyakinkan kami." kata seorang mahasiswa yang mahu dirahsiakan namanya kepada wartawan UniMAPKini.

Menurut beliau, gangguan sebegini membantutkan kerja mahasiswa di KKG dan memaksa mereka keluar untuk mendapatkan bekalan internet seterusnya menyiapkan projek serta "assignment". Ia tidak sepatutnya terjadi.

Kata seorang lagi mahasiswa UniMAP yang juga bekas pimpinan pelajar, 'server' di KKG sememangnya sering menghadapi masalah, ia sudah menjadi kebiasaan, walaubagaimana pun dalam keadaan yang mana kami amat memerlukan internet, ia tidak wajar terjadi. Pihak ICT seharusnya menyediakan satu solusi kepada masalah ini dan ia perlu diatasi dengan segera.

Menurut seorang lagi mahasiwa yang tidak mahu dikenali, kemudahan rangkaian internet adalah tanggungjawab pihak pertadbiran universiti dan amanah yang diberikan untuk kegunaan mahasiswa, maka tidak menjadi masalah untuk mahasiswa menuntut hak mereka.

Tambah beliau lagi, adalah salah jika mahasiswa mengatakan bahawa kita patut bersyukur dengan apa yang telah diberikan sehinggakan menghalang untuk kita menuntut perkara yang sepatutnya menjadi hak kita dan tanggungjawab yang sepatutnya ditunaikan oleh universiti, ia sama sekali salah. Sebagaimana seorang ayah perlu menunaikan tanggungjawabnya, begitu juga pihak pentadbiran universiti.