Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Perlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlis. Papar semua catatan

Ahad, 27 Februari 2011

Apa nak jadi?

2 penuntut IPTA dicari bantu siasatan kes rogol


SUPRITENDAN Mohd. Nashir Ya (kanan) menunjukkan gambar-gambar lelaki yang dicari bagi membantu siasatan beberapa kes jenayah, selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di Kangar, semalam.


KANGAR 25 Feb. - Polis mencari dua penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan dari IPTA yang sama di sini pada 15 Februari lalu.
Kedua-dua mereka ialah Muhammad Naim Mohd. Kamaruzzaman, 19, dari Kampung Banggol Kemian Paloh Rawa, Machang, Kelantan dan Ahmad Amirul Amin Rosely, 19, dari Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, mereka adalah antara tujuh pelajar dari dua IPTA di negeri ini yang dipercayai mengetahui kejadian kes rogol pelajar perempuan yang juga merupakan rakan mereka.
"Polis telah menemui lima daripada pelajar itu pada 19 Februari lalu. Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan sehingga Isnin depan namun dua pelajar lagi telah menghilangkan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua pelajar berkenaan dalam lingkungan umur yang sama dipercayai mengetahui kejadian itu di sebuah rumah sewa di Taman Sri Mawar, Arau.
Mangsa, katanya, kini dalam keadaan trauma namun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Sehubungan itu beliau meminta kedua-dua pelajar berkenaan supaya hadir di mana-mana balai polis berhampiran atau orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Supritendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-5203977.
Sementara itu beliau berkata, polis sedang mengesan dua lelaki, salah seorang daripadanya merupakan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkat Leftenan, bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan menyeludup kenderaan ke negara jiran.
Mohd. Nashir berkata, Mohd. Saidi Man, 44, dari Lot 41, Kampung Tersusun Batu 20 1/2, Jalan Padang Besar Utara dan Mariswandy Mohamad, 32, dari No. 2 Lorong 2 Rancangan Perumahan Awam (RPA), Chuping dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes curi dan seludup kereta import.
"Kedua-dua lelaki itu juga dipercayai turut terlibat dalam kes curi kenderaan antaranya jenis Toyota dan Honda di Lembah Kelang," katanya.
Dalam pada itu, kata beliau, polis juga sedang mengesan seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayor, Kaki Bukit untuk membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan parah pada Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, Mohd. Nashir meminta orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat tentang ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padang Besar, Asisten Supritendan Khaizam Shahabudin di talian 019-6787474.

7 SISWA IBLIS

Tujuh siswa iblis


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KANGAR: Dua penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, diburu polis manakala lima rakan mereka ditahan kerana disyaki merogol seorang penuntut perempuan yang juga rakan sekuliah dua daripada suspek, baru-baru ini.
Tujuh suspek berusia 19 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau dekat sini, 15 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, dua siswa diburu itu dikenali sebagai Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman, 19, dan Ahmad Amirul Amin Rosley, 19, yang kini menghilangkan diri.
Menurutnya, dua suspek yang diburu itu bersama lima lagi rakan mereka disyaki merogol mangsa yang juga penuntut IPTA secara bergilir-gilir di rumah disewa seorang daripada suspek di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari IPTA di sini dalam operasi khas dilancarkan selepas menerima aduan daripada penuntut perempuan berkenaan. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Beliau berkata, alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim pula berasal dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang, Kelantan.

“Mangsa dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya sambil memaklumkan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Nashir meminta kedua-dua suspek menyerah diri dan orang ramai yang ada maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau menghubungi balai polis berhampiran.
Polis turut mengedar gambar kedua-dua suspek untuk siaran media.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan kecederaan parah.

Katanya, dua daripada tiga lelaki berkenaan ialah Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran.

“Kedua-dua suspek disyaki sudah menyeludup beberapa kenderaan mewah jenis Toyota dan Honda ke negara jiran selepas mencurinya di sini. Seorang daripada suspek adalah anggota penguat kuasa sukarela di sini,” katanya.

Beliau berkata, turut diburu seorang lelaki, Lim Yew Thong, 47 dari Pekan Sayur, Padang Besar yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang awam di pekan itu, Januari lalu.


*Sumber berita Harian Metro...

Apa kejadahnya ini?

Dua penuntut IPTA diburu disyaki rogol rakan kuliah
Oleh Rashidi Karim
bhnews@bharian.com.my
2011/02/26

 NASHIR  (kanan) menunjukkan gambar lima lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rogol, menyeludup kenderaan dan pergaduhan di  IPK  Perlis,  di Kangar, semalam.
NASHIR (kanan) menunjukkan gambar lima lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rogol, menyeludup kenderaan dan pergaduhan di IPK Perlis, di Kangar, semalam.
Lima rakan suspek sudah diberkas selepas mangsa buat aduan

KANGAR: Polis memburu dua penuntut lelaki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, kerana disyaki merogol rakan sekuliah di sebuah rumah di Taman Seri Mawar, Arau, dekat sini, pada 15 Februari lalu.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, berkata pelajar terbabit, Muhammad Naim Mohd Kamaruzzaman dan Ahmad Amirul Amin Rosley, masing-masing berusia 19 tahun, menghilangkan diri selepas kejadian itu.
Beliau berkata, dua suspek itu dikesan bersama lima lagi rakan disyaki merogol secara bergilir-gilir gadis berusia 19 tahun yang juga rakan sekuliah salah seorang suspek, di sebuah rumah di Taman Seri Mawar.

“Kami sudah menahan lima suspek dari sebuah IPTA, di sini dalam operasi khas selepas menerima aduan daripada pelajar perempuan terbabit. Bagaimanapun, Muhamad Naim dan Ahmad Amirul melarikan diri.

“Alamat terakhir Ahmad Amirul Amin ialah Jalan Raja Dewa Hilir, Kota Bharu, Kelantan manakala Muhammad Naim dari Kampung Bonggol Kemian, Paloh Rawa, Machang.

“Mangsa kini trauma selepas dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh pelajar. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.
Nashir berkata, orang ramai yang menemui mereka diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Arau, Asisten Superintendan Jamalulail Ibrahim di talian 012-520 3977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes curi dan menyeludup kenderaan ke negara jiran serta kes menyebabkan mangsa cedera parah.

“Dua daripada tiga lelaki berkenaan, iaitu Mohd Saidi Man, 44, dari Kampung Tersusun Padang Besar dan rakannya, Mariswandy Mohamad, 32, dari Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, disyaki aktif menjalankan kegiatan mencuri dan melupuskan kenderaan ke negara jiran,” katanya.

Polis turut memburu Lim Yew Thong, 47, dari Pekan Sayur, Padang Besar atas dakwaan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang penduduk awam di pekan itu, Januari lalu.

Jumaat, 23 Oktober 2009

Air Perlis Tidak Bersih


Bahan cemar tinggi dalam air paip di Perlis, K'tan

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus E. coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.

"Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan pihak Jabatan Kesihatan.

Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk, medan telaga dan LRA sebagai kawasan larangan, selain menaiktaraf LRA.

Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan. BERNAMA