1.Mahasiswa adalah satu kelompok manusia yang intelek dan bijaksana.
2.Mereka merupakan golongan yang perlu diberi kepercayaan dan kebebasan untuk mereka memilih apa yang baik dan buruk.
3. Bila mahasiswa disuap apa sahaja tanpa diberi peluang berdikari,maka ia umpama ayam daging yang disuap sahaja.tidak produktif dan mandom.Berbeza dengan ayam kampung yang lincah dan sukar ditangkap,kerana mereka banyak berdikari.
4. Alam kampus merupakan satu alam yang tidak ada galang gantinya.Sangat menarik dan hebat.Kampus bukan tempat MENIMBA PENGALAMAN.Akan tetapi merupakan tempat MENCIPTA PENGALAMAN.
5. Tidak menarik dan sangat sedih jika siswa diatur segala-galanya program dan pengisian mereka dalam soal aktiviti persatuan mahasiswa.Semuanya diatur dan disusun.Di mana ruang untuk siswa mencipta pengalaman mereka?Mana ruang untuk mereka menimba pengalaman?
6. Berilah ruang kebebasan untuk siswa merangka aktiviti mereka.Beri mereka peluang untuk menyusun pengisian mereka.
7.Mahasiswa:Bangkitlah.Jangan jadi mandom dan lesu.Gunakan peluang di kampus ini untuk mencipta pengalaman.
8. Pihak Universiti:Jangan kongkong mahasiswa.Beri peluang mereka untuk belajar.
Mahasiswa bebas dari mana-mana kongkongan.Hidup Mahasiswa.
Jom kita turun mengundi kerna masa yg dinantikan telah tiba!
Jom kita lihat siapa yang kena, mengena dan terkena!
Jom kita tarik diri dan sahabat yg suka mengomel itu tidak betul ini tidak buat untuk sama2 buang undi!
Jom kita Jangan Dok Gebang Ja Lebih , kalau tidak mahu jadi calon jom kita jadi orang yang mengundi calon!
Jom kita keluar daripada dilema siswa Uyg sibuk mengejar 1st Class Hons
untuk mengundi kepada calon2 yang sudi meluangkan waktu untuk menjadi
pemimpin anda pada masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai pelajar
& menjadi seorang anak kepada ibu bapanya!
Jom kita sedar2 kan sahabat2 kita untuk melalui proses membuat pilihan MENCARI BAKAL2 KHALIFAH!
Jom kita CERDIK MENILAI BAGIMENGELAKKAN KITA MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG TIADA NILAI!
Jom kita gunakan peluang yang ADA untuk tahun ini untuk kita mengundi, mana tau tiba2 tahun depan xdak plak! :P
Jom kita SEGAN/MALU sikit dengan sahabat2 POLITEKNIK/KOLEJ KOMUNITI/IPG yang bersemanggat menganjurkan PRK semata2 nak mencontohi PRK U! (mereka telah punya kesedaran betapa pentingnya PRK)
Jom kita revoltJom kita reform, opss ayat sensitif nih..begini la..Jom kita sama2 berganding bahu membantu U kerna U adalah kita kerna kita adalah nadi U kerna U perananya melahirkan modal insan seperti kita.!
Jom akhir sekali Undi Adalah Hak, Rahsia & Tanggungjawab Kita!
dipetik dari laman: http://penarayyan.blogspot.com/
KUALA LUMPUR, 21 Dis — Institusi-institusi
pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu segera menerapkan budaya “inovasi
demokrasi”, antara lain membuang amalan karenah birokrasi yang masih
mengekang kebebasan para pelajar, kata Datuk Saifuddin Abdullah hari
ini.
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berkata, budaya
inovasi perlu bermula dari usia muda, contohnya di kalangan pelajar
IPT.
Kata beliau, walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
telah dipinda dan banyak pelan transformasi telah dilancarkan, malangnya
pelajar masih dikekang oleh karenah birokrasi.
“Contoh karenah birokrasi yang mengekang inovasi pelajar IPT yang
perlu dihapuskan segera ialah pelajar dikehendaki menyediakan kertas
kerja tebal untuk menganjurkan aktiviti mudah seperti ceramah dan forum.
“Sepatutnya surat dan borang ringkas memadai,” kata beliau pada kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Malah kata beliau, pelajar terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan aktiviti kerana pegawai bercuti dan sebagainya.
“Sepatutnya kelulusan disegerakan kerana hayat keaktifan pelajar
adalah mengikut sesuatu semester sahaja, justeru mereka tidak mempunyai
tempoh masa yang panjang untuk sesuatu aktiviti,” katanya.
Selain itu kata Saifuddin, pelajar juga dilarang menganjurkan sesuatu
aktiviti kerana ia tidak selari dengan minat pegawai. “Sepatutnya
pelajar diberi kebebasan untuk menganjurkan aktiviti mengikut minat
mereka, kerana yang menyertainya ialah pelajar, bukannya pegawai,” kata
beliau lagi.
Malah menurut Ahli Parlimen Temerloh ini, aktiviti pelajar dikekang
oleh kekurangan atau ketiadaan peruntukan, tetapi apabila untuk aktiviti
lain, maka ada pula peruntukannya. “Sepatutnya seboleh-bolehnya
dijimatkan peruntukan supaya pelajar dapat menganjurkan sebanyak mungkin
aktiviti,” katanya.
“Apabila pelajar mencari dana sendiri, mereka disukarkan pula untuk
mendapatkannya untuk menyelesaikan urusan pembayaran aktiviti. Ada kes
saya dahulukan duit saya, bukan kerana pelajar minta, tapi kerana IPT
lambat keluarkan dana yang dicari pelajar sedangkan pelajar sedang dalam
peperiksaan dan dikejar pembekal untuk pembayaran.
“Sepatutnya semakin pelajar bijak mencari dana sendiri, semakin dipermudahkan urusan mereka,” tambah timbalan menteri.
Di samping itu beliau juga mendedahkan bahawa pelajar dimarahi kerana
menghubungi menteri atau timbalan menteri, yang terbuka dan suka
merapati pelajar, secara langsung secara terus melalui media sosial.
“Sepatutnya pelajar digalakkan untuk merapati menteri atau timbalan
menteri secara terus,” katanya lagi.
Justeru kata beliau, budaya inovasi adalah satu daripada nilai aspirasi dalam gagasan 1 Malaysia.
Katanya, budaya inovasi merujuk kesediaan berubah, mencuba perkara dan cara baru dalam kehidupan.
“Dari segi konsep, budaya inovasi merangkumi kreativiti dan inovasi
yang menjadi penggerak kepada pertumbuhan dalam setiap bidang.
“Kreativiti melibatkan pemikiran, idea dan gagasan baru manakala
inovasi meliputi penambahbaikan dan penyesuaian kepada kreativiti yang
sedia ada hingga memberi nilai tambah yang boleh digunakan termasuk
dalam bentuk barangan dan perkhidmatan dengan bermanfaat, termasuk boleh
dikomersialkan.
“Inovasi tidak boleh dikhususkan atau dihadkan dalam bidang sains dan
teknologi semata-mata. Sebaliknya, ia perlu diamalkan dalam setiap
bidang, termasuk dalam politik, iaitu dengan melakukan inovasi politik
atau inovasi demokrasi,” katanya.
MUTAKHIR ini, kita banyak berbicara tentang
keperluan untuk menyelami minda belia (termasuk remaja, mahasiswa dan
pelajar). Pelbagai langkah telah dilakukan untuk lebih memahami generasi
tersebut.
Antaranya ialah perjumpaan tidak rasmi, perbincangan, konvensyen,
kajian dan makmal yang melibatkan perwakilan belia. Melalui
langkah-langkah itu, banyak idea telah diluahkan oleh belia.
Sebahagian daripada idea itu telah dilaksanakan dalam bentuk program
dan aktiviti yang konkrit. Bagaimanapun, masih banyak yang belum diambil
tindakan. Kini, belia menunggu, melihat dan menilai. Adakah kita
benar-benar serius dalam merealisasikan idea mereka itu? Atau, kita
sekadar mendengar kosong, iaitu untuk menunjukkan yang kononnya kita
meraikan mereka, tetapi tidak lebih daripada itu? Umpama melepaskan
batuk di tangga sahaja?
Justeru, sementara kita baru sahaja melangkah ke tahun 2011, jika ada
perkara pokok yang mesti dilakukan sepanjang tahun ini, maka, pada
saya, ia adalah untuk benar-benar memenuhi permintaan belia, terutamanya
apa-apa yang telah dikemukakannya melalui pertemuan-pertemuan yang kita
aturkan.
Seperti yang selalu saya nyatakan, terdapat “tiga permintaan asas
belia”, iaitu belia mahu suaranya didengar, belia mahu peranannya
diiktiraf, dan belia mahu isu-isunya ditangani dengan cara yang
berorientasikan mereka.
Pada tahun 2010, terdapat beberapa peristiwa penting yang memenuhi
permintaan asas itu. Contohnya, ialah pertama, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak menerjemahkan beberapa resolusi Makmal Pemuda
Barisan Nasional (BN) dalam ucapan Bajet 2011, seperti skim perumahan
belia, Dana Belia 1Malaysia dan perbincangan gaji minimum.
Kedua, Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan sidang pertama
Parlimen Mahasiswa yang diiktiraf sebagai sebahagian daripada kerangka
governans universiti tersebut.
Ketiga, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menubuhkan Jawatankuasa
MQA-Pelajar untuk membincangkan kualiti pendidikan yang ditawarkan IPT
tempatan.
Dan keempat, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa)
mengumumkan akan menawarkan biasiswa kokurikulum yang pertama, iaitu
dalam bidang koperasi, kepada pelajar IPT. Ia sama seperti biasiswa
sukan yang ditawarkan Majlis Sukan Negara (MSN).
Namun demikian, dalam keadaan yang lain, malangnya, masih wujud
penentangan terhadap permintaan asas itu. Contohnya ialah tentang
cadangan membenarkan pelajar IPT berpartisipasi dalam politik.
Cadangan itu mendapat banyak sokongan. Contohnya, daripada Gabungan
Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Majlis Belia Malaysia (MBM),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa
Islam Universiti Malaya (PMIUM), Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar
IPT 2010, Makmal Pemuda BN dan Makmal Transformasi Pembangunan Belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Tetapi, wujud halangan berbentuk mentaliti negatif apabila ada di
kalangan kita tidak percaya kepada pelajar IPT, memperlekehkan mereka,
menggunakan taktik menakut-nakutkan untuk mengongkong kebebasan mereka,
masih terperuk dalam kerangka politik lama yang tidak memahami realiti
semasa dan sebagainya.
Di samping itu, terdapat juga sindrom “anti-pemikiran” dan
“anti-intelektual” yang menolak atau tidak senang melihat idea-idea, apa
lagi idea-idea baru didebatkan, didialogkan dan dihujahkan secara
terbuka, rasional dan bijaksana.
Fenomena penentangan terhadap permintaan asas belia berlaku
seakan-akan fenomena yang dibicarakan dalam buku tulisan Michael Specter
(2010), Denialism. Ia mengisahkan bagaimana pemikiran tidak rasional,
iaitu ketidaksediaan untuk menerima realiti yang kompleks, merosakkan
kehidupan manusia.
Mujurlah Najib menyatakan yang beliau terbuka untuk membincangkan
perkara ini. Kerana itu, belia menaruh harapan yang tinggi menggunung
kepadanya.
Pada penghujung 2010, Najib membuat satu kenyataan yang amat penting
dalam konteks permintaan belia, iaitu beliau menganggap remaja sebagai
“rakan kongsi” kerajaan.
Ini bersesuaian dengan keperluan menghayati hakikat bahawa, di
samping sebagai pemimpin masa depan, sebenarnya belia adalah juga
pemimpin hari ini, iaitu pemimpin bagi generasi yang lebih muda
daripadanya, pemimpin bagi angkatannya, dan rakan kepemimpinan dengan
sektor-sektor kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil.
Satu daripada kaedah untuk merealisasikan peranan belia sebagai rakan
kepemimpinan ialah dengan melakukan inovasi demokrasi, iaitu dengan
meningkatkan dan meluaskan partisipasi belia dalam struktur dan proses
membuat keputusan.
Kerana itu, kita perlu memulakan diskusi tentang inisiatif-inisiatif
inovasi demokrasi, seperti pendaftaran automatik pemilih, menurunkan
umur layak mengundi kepada 18 tahun, melantik wakil belia sebagai
Senator dan ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan sebagainya.
Dalam konteks pembangunan belia, sebagai penulis Dasar Pembangunan
Belia Negara (DPBN) 1997, saya mencadangkan (sejak 2007) supaya ia
dikaji semula agar sesuai dengan keadaan dan keperluan semasa.
Di samping itu, Makmal Transformasi Pembangunan Belia (KBS) telah
mencadangkan 4 Inisiatif Transformasi, 11 Intervensi Polisi dan 4 Polisi
Pemangkin yang amat penting. Antaranya, ialah menubuhkan Dewan Belia
Malaysia (Parlimen Belia) dengan mentransformasi Majlis Perundingan
Belia Negara yang sedia ada, meningkatkan penglibatan belia dalam
kerajaan tempatan, mempromosi keusahawanan sosial dan menyediakan road
map bagi sistem 1Sekolah.
Kita perlu merealisasikan permintaan-permintaan tersebut dengan
seadanya. Belia hari melihat isu-isu di depan matanya dengan kaca mata
hari depan yang segar. Mereka tidak mewarisi beban hari semalam seperti
kita. Jadi, berlapang dadalah memenuhi permintaan mereka tanpa banyak
tapisan.
Kita juga mesti segera menghapuskan kerenah birokrasi, yang turut
berlaku di sesetengah IPT, yang membantutkan usaha-usaha belia dalam
memenuhi sendiri permintaannya. Contohnya ialah:
Pelajar dikehendaki menyediakan kertas kerja tebal untuk menganjurkan aktiviti mudah seperti ceramah dan forum.
Pelajar terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan kelulusan aktiviti kerana pegawai bercuti dan sebagainya.
Pelajar dilarang menganjurkan sesuatu aktiviti kerana ia tidak selari
dengan minat pegawai. Aktiviti pelajar dikekang oleh
kekurangan/ketiadaan peruntukan, tetapi apabila untuk aktiviti lain,
maka, ada pula peruntukannya.
Apabila pelajar mencari dana sendiri, mereka disukarkan pula untuk
mendapatkannya untuk menyelesaikan urusan pembayaran aktiviti.
Pelajar dimarahi kerana menghubungi Menteri/Timbalan Menteri (yang
terbuka dan suka merapati pelajar) secara terus melalui media sosial.
Sebelum ini, sebahagian besar belia menganggap kita tidak
mempedulikan permintaan mereka, lalu menolak kita. Apabila kita insaf
akan kesilapan itu, lalu mendekati mereka semula, mereka memberi kita
peluang kedua. Tetapi, kalau kali ini kita tersilap lagi, kita tidak
akan dapat peluang itu sekali lagi.
Bayangkan korang pergi makan di sebuah restoran. Tiba-tiba korang perasan dalam makanan korang tu ada lipas. Apakah tindakan korang?
For sure korang akan report dekat tokei kedai tu, samada korang mintak makanan lain, or korang tak nak bayar dan terus blah, ataupun kalo kedai tu kena bayar dulu baru makan, korang mintak balik duit korang, lepas tu blah.
Sama ada secara emo ataupun kool, itu terpulang kepada peribadi koranglah.
Dan apekah akan jadi sekiranya tiba-tiba tokei kedai tu cakap kat korang, “Wei, ape ngko marah-marah ni? Ini kedai aku, ko kena ikut peraturan kedai aku. Makan je makanan tu. Tak boleh buat tuntutan. Tak boleh mintak refund. Kalo ko tak nak ikut peraturan kedai aku, boleh blah. Kalo tak aku panggil polis angkat ko sebab buat kecoh kat kedai aku.”
Yang ni aku pasti korang takkan duduk diam. Paling koman pun korang akan sound balik tokei kedai yang kerek tu. Kalo korang ni jenis emo lebih sikit, mungkin akan hinggap sedas penumbuk dekat dagu malaon tu.
Itu situasi normal bukan? Adakah korang bersalah? Tidak, itu hak korang. Korang bayar untuk makan, dan korang ada hak untuk buat aduan kalo korang rasa ada benda yang tak memuaskan hati korang. Kalo tokei kedai tu bikin ek lagi, korang boleh bawak kes ni ke level yang lebih tinggi, buat aduan dekat memana NGO ke, tulis surat dekat surat khabor ke, pergi mengadu dekat Melodi Tv3, etc etc etc etc macam-macam lagi ah.
Dan kini cuba kaitkan situasi di atas dengan suasana yang jadi bila korang masuk U.
Korang masuk U, untuk belajar, kena bayar, walaupun itu adalah hak korang yang sepatutnya semua orang boleh dapat percuma, tapi ok lah, korang bayar. Dan bila masuk U, korang pasti mengharapkan korang akan dihidangkan dengan “makanan-makanan ilmu pengetahuan” yang akhirnya akan menjadikan korang manusia yang kenyang dengan segala macam informasi dan skil dalam kepala otak korang.
Korang pasti berharap, dengan masuk U, korang akhirnya akan jadi manusia yang lebih baik daripada sebelum korang masuk U, dan akhirnya akan mampu menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah membayar cukai untuk menampung subsidi korang belajar di U.
Tapi hakikatnya, apa yang terjadi di U adalah amat pelik sekali. Korang tidak boleh menyuarakan sebarang ketidak-puasan hati korang kepada tokei U itu. Dah lah masuk U KORANG BAYAR, lepas tu ada pulak peraturan remeh-temeh macam nak masuk library tak boleh pakai selipar jepun, lepas tu terikat pulak dengan sistem pendidikan yang “ber-orientasi-kan exam nak mampos”, dan segala macam lagi lah situasi yang menunjukkan bahawa korang ni bukannya “customer” kepada U itu, tapi dia adalah bos korang, dan korang adalah hamba mereka.
Padahal hakikat sebenar, korang adalah seperti pelanggan kepada U korang, dan U adalah sebuah restoran yang menawarkan servis kepada korang.
Secara logiknya, sekiranya korang mendapati dalam “makanan” yang diberikan kepada korang itu ada “lipas”, maka korang boleh membuat tuntutan, seperti yang aku gambarkan dalam suasana kat atas.
Namun disebabkan kita telah terlalu lama mengikuti sistem pendidikan yang hanya tahu mengajar kita untuk menjadi pengikut membabi buta, bukannya pelajar yang berfikir, maka apabila masuk U, kita masih lagi terikat dengan status quo itu.
Kita masih menganggap golongan yang menjadi tokei di U itu adalah guru-guru yang patut dihormati dan betul segala-galanya. Betul, kita patut saling hormat-menghormati, baru suasana akan harmoni. Tapi mereka jugak adalah manusia, dan manusia itu tidak pernah lari daripada sebarang kekurangan dan kesilapan.
Dan budak U sebagai pelajar jugak adalah manusia, dan manusia semuanya ada akal yang seharusnya digunakan untuk berpikir, dan pemikiran budak U sepatutnya dibiarkan berkembang, bukannya disekat dengan segala macam peraturan-peraturan kelakar.
Bukankah matlamat U adalah untuk menjadikan budak U yang masuk ke “kedai” mereka untuk keluar dengan kenyang setelah penuh menuntut ilmu?
Dan sepertimana kedai makan, pelajar seharusnya bebas untuk memilih makanan yang mereka nak makan.
Ilmu untuk menjadi manusia itu bukan sekadar mendapat 4 rata di dalam peperiksaan. Itu hanya ilmu menghafal, ataupun ilmu menipu membawa toyol.
-bersambung, aku ada kelas-
http://ilusihitamputih.blogspot.com/2010/08/universiti-tempat-belajar-belajar-apa.html
GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) membabitkan diri dalam parti politik.
Sehubungan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pihaknya akan menyertai perbincangan meja bulat anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) yang turut dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin mahasiswa berhubung perkara itu, hari ini.
"Kelmarin, saya menerima resolusi daripada wakil pemimpin mahasiswa mewakili 20 IPTA pada Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang bersetuju membenarkan mahasiswa terbabit dalam parti politik dengan bersyarat serta memerlukan penelitian serius.
"Saya menyambut baik resolusi ini. Jadi, kita akan mempertimbangkan cadangan berkenaan berikutan ia dipersetujui dan mewakili suara mahasiswa IPTA itu sendiri,” katanya selepas mempengerusikan syarahan Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas berhubung Pengajian Tinggi Menurut Islam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.
Saifuddin berkata, kerajaan bersedia berbincang dengan semua pihak termasuk pemimpin pelajar bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membolehkan mahasiswa membabitkan diri dalam politik.
"Apa yang penting ialah soal hak mereka (mahasiswa) untuk bersuara dan berorganisasi yang dijamin Perlembagaan. Selain itu, ia penting untuk mematangkan demokrasi kita," katanya.
Tahun lalu, kerajaan meminda AUKU dan memberi banyak kebebasan tetapi masih tidak membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik kecuali dengan kebenaran Naib Canselor.
Saifudin berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, pihaknya akan membawa usul ke Parlimen untuk pindaan AUKU bagi memperluaskan lagi kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik.
"Bagaimanapun, perbincangan mengenai kebebasan mahasiswa untuk berpolitik itu mungkin mengambil masa kerana ia memerlukan kajian terperinci berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan mereka," katanya.
http://www.saifuddinabdullah.com.my/post/2010/08/10/Mahasiswa-boleh-aktif-politik-diteliti-Saifuddin.aspx
"Penulis merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.Beliau boleh dihubungi di http://www.saifuddinabdullah.com.my/
Assalamualaikum w.b.t buat pembaca yang disyangi dan dikasihi sekalian...
Penulis ingin berkongsi cerita kpd pembaca budiman sekalian...Kali ini penulis ingin berbicara tentang rokok...Secara directly penulis ingin katakan supaya sesiapa yg baca post ni terasa,,,mmg nak suruh terasa pun....Pada pendapat penulis dan tekad atas diri penulis sendiri, penulis katakan merokok adalah haram....manakan tidaknya, orang yang merokok ni mmg orang yang kurang bijak...kalau nak kata bodoh, nanti orang marah pulak...dah tau dah merokok membahayakan kesihatan, merokok jugak....dah terpamer kat kotak rokok, peasanan kementerian kesihatan, siap letak gambar hodoh2 lagi...tapi perokok merokok jugak...penulis bukan nak nafikan yang nak brenti merokok tu susah, tapi si perokok ni, xde riak pun mcm nak usaha brenti merokok...
Bila orang kata itu ini tentang bahaya merokok, siap jawab lagi yang dia dah merokok 30 tahun, 40 tahun dan lain2 tahun, tapi masih hidup....Cuba bayangkan, mcm hadis diatas, "sebaik-baik manusia, yang memberi manfaat kpd manusia lain.."...Tapi si perokok:
1-Bazir duit.
2-Bahayakan & memudaratkan kesihatan diri dan orang lain.
3-Hisap asap yang takde pekdah.
4-Asap makanan jin, kita manusia bkn jin deh...
5-Mencemarkan udara.
6-Mencemarkan alam, sebab buang puntung rokok merata..
7-Setiap sedutan atau beli rokok, menyumbang kpd Yahudi dan kafir utk menjahanamkanIslam.
8-Banyak kes kebakaran disebabkan rokok...
9-Tidak taat hukum agama.
Pasal bazir duit, cuba bayangkan rokok Dunhill contohnya, kalau RM7.90 sekotak yang 20batang, darab dengan 30hari sebulan, dah RM237.00 sebulan utk roko...tu kalau hisap rokok sekatak sehari...kalau 2kotak, amacam?Kalau simpan duit tu setahun dah RM2844.00...Kalau simpan 5tahun, dah boleh buat Haji dgn RM14220.00....Maknanya, anda dah menyebabkan kewajipan haji dah terhalang sebab rokok, sedangkan anda mampu g haji kalau xmerokok...hahahahaha...
Pasal kesihatan, anda yg merokok, sedut 30% saja bahaya rokok, tapi org sekeliling sedut 70%...Dulu masa penulis belajar kat matrik, ada 2orang pompuan Amerika, mai ceramah pasal bahaya rokok...Dahla dorang tu kapir, tapi mai duk nasihat org Islam...Kalau tak silap la, ada lebih 50,000 jenis racun terkandung dalam sebatang rokok tu...ish2...ish2...xcerdik2 lagi masyarakat ni....Kita dah bukan jadi khairunnaas...Sbb duk bagi mudarat kat org lain...Kalau org kna penyakit dan menderita sbb asap rokok kita, apa kita nak jawab???Dosa sesama manusia terampun jika bermaafan sesama manusia je tahu tak!!!!
Pasal asap rokok, xde pekdah langsung sebenarnya....Sape2 boleh bgtaw apa pekdahnya?Ada la satu pekdahnya, sedekah la kiranya bila beli rokok...Tolong kafir dan yahudi...Sedekah yang dapat dosa berpanjangan....Menyampah penulis bau asap rokok yg berkepul2...Naik lemas dibuatnya...Mmg bagi perokok, rokok tu boleh hilangkan tension n sebagainya, tu pekdah xcerdik bg diorang, tapi bagi orang lain, xde pekdah langsung melainkan ke'sampahan' yang dirasai mereka...Biasanya, org yg merokok ni, mereka dahulukan nafsu dari segalanya, manakan tidak, boleh dia merokok yg xde pekdah dan pekdah dia pk utk dia je...Penting diri sendiri, selfish...
Satu lagi, perokok ni tentera Jin dan setan sebenarnya...Dah jin je yg makan asap...Tambah2 asap rokok tu bahaya, maka jin yg jahat je makan asap yg bahaya....Jin Islam mungkin makan pati asap n tulang yang berzat je...Ish2..teruk lagi dari jin...Sedangkan sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia sebagai perumpamaannya...
Cuba bayangkan, org kafir amalkan Islam...Tengok Singapura, rakyat sebuah negara bukan Islam didisiplinkan dgn disiplin Islam...Xleh nk merokok merata-rata...Denda Rm5,000 jika buang puntung rokok merata-rata...Negara depa bersih tau tak...
Ni satu hal lagi, pasal hukum hakam agama ni...Sebab rokok, ramai umat Islam yang abaikan hukum hakam yg dikeluarkan oleh ulamak2...Kalau x silap, pada tahun 1995 telah dikeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram...Tolong perbetulkan la kalo silap...
Apa???anda kata merokok tu makruh?ya..mmg makruh pada awalnya kerana dahulu kala, orang merokok dengan buat sendiri dan tanpa bazir duit...Dulu buat guna daun apa ntah..tembakau pun tanam sendiri...Sekarang?Sekarang dah beli kan rokok cigratte...rokok daun pun skarang dah beli ka?20sen satu ikat...Tembakau singgit lebih kalo xsilap..Tembakau jawa RM7.00 kalo xsilap...
Bersambung....
(artikel dipetik dari blog http://teenagedakwahonline.blogspot.com/)
"Penulis merupakan mahasiswa tahun akhir di UniMAP.Boleh dihubungi di laman blog beliau
http://teenagedakwahonline.blogspot.com/"
“Artikel ini telah dihantar oleh seorang mahasiswa UniMAP kepada editor UniMAPKini.”
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Saya merupakan seorang mahasiswa UniMAP dan saya amat menyayangi universiti saya ini.Tempat saya menuntut ilmu dan pengalaman untuk menghadapi hidup masa depan.
Sebagaimana kita ketahui,Konvokesyen merupakan satu majlis anugerah kepada para mahasiswa yang telah bergraduasi.Sempena meraikan kejayaan mereka dalam akademik mereka ini,maka adanya Pesta Konvo.
Namun ada sesetengah perkara yang saya kurang setuju dalam atur cara sepanjang pesta konvo ini.
Pertamanya adalah ketika majlis perasmian.Pada malam itu,adanya jemputan khas dari Thailand,yang mana pakaian penarinya tersangat seksi.Ini adalah satu contoh yang tidak baik buat imej kampus kepada masyarakat sekitar.
Apalah kaitan PENARI SEKSI ini dengan nilai akademik seorang mahasiswa bergraduan??
Keduanya adalah tidak dikawal pakaian-pakaian mereka yang terlibat dengan persembahan.Ada juga pakaian yang menjolok mata sehingga hilangnya nilai agama dan nilai ketimuran dalam hidup seorang mahasiswa.
Tidakkah ini memberi gambaran yang kurang baik kepada nama UniMAP??
Ketiganya adalah penganjuran Clash of The Band.Ini adalah amat tidak sesuai dengan sambutan kepada mereka yang baru mendapat anugerah akademik.Seolah-olah jatuhnya nilai akademik seorang mahasiswa.
Saya sangat yakin dan percaya,para pensyarah dan ahli akademik juga tidak bersetuju dalam isu ini.Jika mahu hiburan seperti itu,carilah masa lain yang lebih sesuai.Bukan semua majlis dan sambutan perlu ada hiburan yang keterlaluan.
Atau mungkin OTAK ENGINEER ini memang kurang nilai akademik dan lebih suka berhibur??
Saya tidak mahu termasuk dalam golongan itu.Celiklah mata kita wahai mahasiswa mahasiswi UniMAP.
Pensyarah turut mohon berpolitik Oleh Syuhada Choo Abdullah
2010/07/29
KUALA LUMPUR: Majlis Persatuan Pegawai Akademik Malaysia (MAAC) meminta kerajaan memperluaskan kebenaran untuk bertanding, dilantik dan memegang jawatan dalam parti politik, kepada kira-kira 20,000 pegawai akademik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.
Presidennya, Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, berkata pegawai akademik
di IPTA amat wajar diberikan hak sama rata seperti yang bakal dinikmati guru Gred DG41 hingga DG48, berikutan pensyarah sering dilihat sebagai idola kepada pelajar universiti yang sudah layak untuk mengundi dalam pilihan raya. Tambahan pula, katanya, rata-rata pensyarah menepati kriteria kepemimpinan yang digariskan belia, antaranya memiliki ilmu pengetahuan dan berkelulusan tinggi, selain mempunyai sahsiah baik.
Ketika ini, pegawai akademik di IPTA tidak dibenarkan untuk bergiat aktif dengan memegang sebarang jawatan dalam parti politik tetapi secara asasnya, boleh dikatakan ramai yang berminat.
Malah, sudah terbukti ramai wakil rakyat, termasuk dalam Jemaah Menteri, adalah bekas pensyarah. Ini menunjukkan pensyarah adalah role model di universiti dan pada masa sama, mampu menjadi pemimpin pelapis yang berkualiti dalam arena politik negara.
Pensyarah bukan saja berilmu pengetahuan tinggi tetapi juga memiliki banyak maklumat awal kerana terbabit dalam pelbagai penyelidikan penting melalui pusat kecemerlangan di universiti, katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan selepas 17 tahun dilarang aktif dalam politik, pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48, dibenarkan semula bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuatkuasa 1 Ogos ini. Keputusan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, kelmarin, membabitkan 140,000 guru.
Noor Aziah mengalu-alukan keputusan kerajaan membenarkan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah Gred DG41 hingga DG48, bertanding, dilantik atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik, berkuatkuasa 1 Ogos ini dengan menyifatkannya sebagai permulaan kepada perkembangan berpolitik yang semakin terbuka di negara ini, lebih-lebih lagi guru memang mempunyai kedudukan yang istimewa dan dihormati masyarakat sejak dulu.
Sementara itu, Ahli Majlis Eksekutif MAAC yang juga Presiden Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Abd Rahman, berkata pensyarah berupaya menjadi ahli politik yang berjaya kerana mempunyai hubungan langsung yang rapat dengan masyarakat peringkat akar umbi.
"Tahniah kepada Dato' Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia yang telah membenarkan para guru terlibat dalam arena politik.Ini adalah satu keterbukaan beliau dalam memberi ruang kebebasan kepada rakyat jelata.
Maka timbul satu persoalan,bilakah pula warga IPT,para pensyarah dan pegawai IPT akan diberi kebenaran yang sama.Dengan ikon-ikon yang ramai dari kalangan pensyarah IPT,maka amat sesuai selepas ini mereka dibenarkan turut sama dalam arena politik dalam mengukuhkan pengurusan politik dan pentadbiran tanah air.
Contoh yang tidak lari jauh,melihat kepada kepimpinan UniMAP yang begitu kemas dan menjadi contoh ikutan mahasiswa UniMAP sendiri.Dato' NC sendirilah adalah contoh terbaik seorang pemimpin universiti yang sangat cekap dan mengambil berat kepada seluruh warga kampus.
Bertuahlah para mahasiswa/i UniMAP mendapat seorang ayahanda dan staf universiti di antara yang terbaik.Syabas UniMAP"
“ ayang, kalau i kantoi mengandung mcm mana? ” tanya si perempuan ketakutan..
“ apa masalahnya. Kita masuk je lah ke sekolah khas tu. Lepas beranak nanti keluarlah” balas teman lelaki.
“ ye la.. dalam tu hanya kita je ada. Orang-orang(masyarakat) dah tak ganggu kita ” kata remaja perempuan yang penuh gembira.
Dialog itu mungkin akan terjadi sekiranya cadangan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam untuk membina sekolah khas bagi remaja terlanjur diteruskan. Motifnya adalah untuk memberi peluang kedua kepada remaja tersebut membina hidup baru setelah bergelumang dengan najis zina.
Saya puji langkah kerajaan Melaka yang menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500 bagi pasangan yang ingin kahwin awal. Ini yang patut fikirkan bersama. (namun penulis tidak berhasrat menyahut langkah kerajaan Melaka ini lagi… hehe)
Namum cadangan untuk membina sekolah khas tersebut, saya amat tidak bersetuju. Asasnya adalah :
Akan wujud stigma yang negatif kepada pelajar sekolah khas tersebut khususnya bila berhadapan dengan masyarakat.
Islam tidak menggalakkan pengubatan kepada sesuatu masalah tanpa dengan langkah MENCEGAH. “ jangan kamu dekat/hampiri zina!!”
Sekolah ini seolah-olah menjadi suatu peluang kepada pelaku zina untuk terus ‘berpesta’ kerana ada pihak yang akan bantu mereka untuk memberi peluang kepada mereka selepas ini.
‘Sekolah ini akan melindungi pelajarnya daripada gangguan masyarakat’… berita harian. Masyarakat dipersalahkan? Sedangkan tidak ada suatu masyarakatpun yang ada dalam Negara ini setuju dengan zina.
Penzina mesti dikenakan HUKUMAN, bukan HADIAH@BANTUAN. Barulah mereka insaf dan belajar dari kesilapan.
Saya cadang, kerajaan negeri MELAKA boleh rancang Universiti Khas bagi mahasiswa yang terlanjur untuk menghabiskan pengajian sarjana muda mereka. Antara subjek teras universiti tersebut adalah CARA MENGURUSKAN ANAK. J
Banyak lagi side effect yang lain sekiranya sekolah ini dibuat. Akan tetapi, kita bukan sekadar mengkritik, tapi ingin mencadangkan sesuatu kepada semua kerajaan ‘anak’ termasuk pusat sekiranya bersungguh-sungguh ingin membanteras gejala buang bayi dan anak haram.
Tapis laman web porno dan lucah sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir. Bangunkan penggunaan jalur lebar yang sejahtera sebagaimana kerajaan Kelantan buat, internet toyyibah.
Wajibkan pakaian menutup aurat(muslim) dan pakaian beretika(non muslim) bagi semua sekolah mahupun universiti. Ini mencagah unsur-unsur yang membawa kepada ransangan nafsu.
Kurangkan ‘mengeksploitasi’ wanita sebagai bahan kempen di media cetak mahupun elektronik.
Kawal filem-filem dan drama yang berunsur keterlanjuran dan penuh tidak bermoral.
Buat revision kepada matapelajaran agama disekolah-sekolah dan tekankan elemen akhlak dan adab pergaulan yang diajar Agama. Saya kira semua agama tidak membenarkan penganutnya bergaul terlalu bebas tanpa ada batasan yang dibuat.
Universiti wajib mengadakan kelas bimbingan agama dan dikira penglibatannya dalam jam kredit. Jangan hanya lepaskan program dan aktiviti islam dijalankan oleh perstuan mahasiswa islam dan balai islam semata-mata kerana stigma ini adalah SALAH.
Pepatah arab pernah menyebut : “ mencagah lebih baik dari mengubat ”
Saya mohon kerajaan negeri Melaka mengkaji balik cadangan yang tersebut demi kebaikan umat bangsa kita pada masa akan datang. Melaka penuh dengan sejarah dan tidak kita lupakan pernah menjadi negeri yang melaksanakan hukum hudud dalam Hukum Kanun Melaka awal pembukaan dahulu.belajar dari sejarah, maka kembalilah kepada ISLAM, kerana itulah UBAT yang paling mujarab yang dicadangkan oleh DOKTOR yang paling pakar.
PMIUM bersama semua.
"Penulis merupakan Presiden PMIUM,mantan MT MPMUM dan merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Malaya.Penulis boleh dihubungi melalui blognya http://kasturi89.wordpress.com/"
Memandangkan ada beberapa komen dan permintaan dari sahabat pengunjung yang inginkan penjelasan berkaitan hukum Doa Qunut, maka pihak kami dari UniMAPKini ingin memaparkan ulasan berikut seterusnya menambahkan lagi kefahaman kita berkaitan hukum membaca Doa Qunut ini dalam solat dengan mengambil pandangan imam mazhab kita iaitu Al-Imam As-Syafi'e Rahimahumullah: [Rujukan: Anda boleh ikuti perbahasan dalam Jom Faham atau Pondok Tampin]
Dalam mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dalam sembahyang Subuh, pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab'ad dalam erti diberi pahala bagi orang yang mengerjakannnya dan bagi yang lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dengan sujud sahwi.
Tersebut dalam kitab Al-Majmu' syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:
"Dalam mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dengan hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang-orang yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan di antara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra' bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad-sanad yg sahih. Ramai orang yang termasuk tabi'in dan yang sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud."
Tersebut dalam kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie berkata, maksudnya:
"Tidak ada qunut dalam sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai."
Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin Al-Mahalli, maksudnya:
"Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua daripada solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya."
Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.