Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Berita Kosmo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Kosmo. Papar semua catatan

Rabu, 2 Februari 2011

Torres Paling Mahal


("SAYA tidak mahu pakai jersi ini lagi"). Mungkin itu agaknya kata Torres selepas mencatatkan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah bola sepak England dari Liverpool ke Chelsea dengan harga RM245.5 juta kelmarin.


LONDON - Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) awal pagi semalam.

Penyerang Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima setengah tahun yang turut menjadikannya rekod perpindahan tertinggi di England.

Nilai perpindahan Torres itu menduduki tangga ketiga rekod perpindahan tertinggi di dunia di belakang Cristiano Ronaldo dan Kaka ketika mereka menyertai Real Madrid pada 2009.
Manakala rekod perpindahan tertinggi di England sebelum ini dipegang penyerang Manchester City, Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari Manchester United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada 2009.

Sepanjang tiga tahun setengah bersama Liverpool, Tor- res telah menjaringkan 81 gol tetapi kecewa kerana juara 18 kali Liga Perdana England itu terus gagal menjadi pesaing utama saingan musim ini.

"Saya cukup gembira dengan perpindahan ke Chelsea ini dan saya mahu memandang ke hadapan untuk membantu rakan sepasukan baru saya pada baki saingan musim ini dan musim-musim akan datang.

"Setelah bertemu Chelsea banyak kali sebelum ini, saya mengetahui bahawa kelab ini memiliki ramai pemain hebat dan saya akan berusaha keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan pertama.

"Saya harap dapat menjaringkan gol-gol penting untuk memastikan para penyokong Chelsea berasa gembira de- ngan kehadiran saya pada musim ini," kata Torres.

Aksi sulung Torres bersama Chelsea adalah bertemu kelab lamanya, Liverpool di Stamford Bridge pada Ahad ini melainkan Carlo Ancelotti mahu terus menggunakan- nya pada aksi bertemu Sunderland awal pagi tadi.

"Adalah menjadi impian saya untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara dan saya pasti mampu merealisasikan- nya bersama Chelsea," jelas Torres. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

Sabtu, 21 Ogos 2010

LAGI KES BUANG BAYI?

Mayat bayi dibalut kain


MAYAT bayi lelaki berusia hampir setahun ditinggalkan di sebuah perhentian bas sebelum ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di Rembau semalam.


REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.

 Kejadian pukul 6 pagi itu disedari Mohamad Som Adlan, 62, selepas dia diminta oleh beberapa pelajar sekolah yang sedang menunggu bas di situ supaya melihat satu bungkusan kain yang mencurigakan ditinggalkan di atas bangku.

"Saya ingat buah cempedak tetapi bila dibuka saya amat terkejut apabila mendapati ia mengandungi mayat bayi.

"Mayat bayi itu lengkap berpakaian dan dibalut dengan tuala serta kain batik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia dan beberapa lelaki kemudian menghubungi polis selepas mendapati bayi tersebut sudah tidak lagi bernyawa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, mayat bayi malang itu dianggarkan berusia di antara 10 dan 12 bulan serta berketurunan Melayu.
Mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau 36-6851999 bagi membantu siasatan.

Ahad, 28 Mac 2010

UniMAP DI'AKREDITASI'??





Assalamualaikum wbh dan salam 1 UniMAP,
Pada 15hb Mac 2010 yang lalu, seluruh negara digemparkan dengan berita pendek dari Kosmo yang kononnya menceritakan berita sebenar soal akreditasi UniMAP. Hari nie, Ibu-bapa, waris dan orang luar tertanya-tanya soal akreditasi program di UniMAP sekarang.

Bagi waris di kampung , rata-rata tidak tahu pun apakah peranan dan fungsi akreditasi ni diwujudkan. Oleh yang demikian, dengan terbitnya berita sebegini mampu menganggu gugat kemasukan pelajar untuk memilih masuk ke UniMAP.


Bertepatan dengan masa para pelajar lepasan SPM yang sedang dalam musim untuk mengisi borang UPU seolah-olah ada pihak yang cuba untuk mensabotaj  UniMAP dengan menerbitkan berita sebegini dan diwaktu yang begini.


Juga, terdapat fakta-fakta yang salah dilaporkan di dalam akhbar tersebut, untuk itu, dato Kamaruddin semalam mengumumkan akan menyaman syarikat akhbar terbabit diatas kesalahan fakta yang dikeluarkan. [ KLIK SINI : KESALAHAN FAKTA DIDALAM KOSMO]


Pihak pentadbiran UniMAP, bergiat aktif turun ke setiap kolej kediaman bagi melakukan agenda penerangan dan pemahaman di kampus dan di luar kampus. Tindakan mereka ini seolah-olah cacing yang kepanasan.


Sehubungan, UniMAP yang menyedarih bahawa peranan media massa dan elektronik amat besar hingga mewujudkan team PSAU  untuk mengelolakan blog http://akreditasiunimap.blogspot.com/ khusus untuk menjawab segala tohmahan dan spekulasi selepas dari penerbitan artikel tersebut.


Sungguhpun begitu, artikel tersebut sedikit pun tidak memberi kesan pada  siswa/i UniMAP kerana mereka lebih memahami situasi  sebenar dan fakta yang lebih tepat. Mereka Juga memahami bahawa soal akreditasi ini, pihak pentadbiran telah pun bertungkus lumus dengan pelbagai strategi dan tindakan yang mereka ambil demi untuk mendapatkan akreditasi ini.



Namun yang demikian ini, soal akreditasi ini sedikit pun tidak menjejaskan soal pekerjaan graduasi UniMAP kelak bahkan hampir saban tahun sebnyak 97% telahpun mendapatkan kerja sebagai Jurutera@ setaraf, yang selebihnya adalah memilih untuk menyambung pengajian ke Master dan PhD. [KLIK SINI; FAKTA ALUMNI YANG MENDAPAT KERJA]  Siswa/i UniMAP dinasihatkan agar tidak risau, malah anda perlu menjadi duta kepada Universiti untuk menerangkan soal yang sebenar kepada ahli- keluarga, dan masyarakat disekeliling kamu.





Selasa, 3 Mac 2009

Nuklear Britain diancam

LONDON - Ibu pejabat pertahanan nuklear Britain berada dalam kedudukan tidak selamat berikutan keupayaan pihak pengganas meneroka kawasan itu menerusi program Google Earth di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.


IMEJ Google Earth ini menunjukkan pangkalan kapal selam nuklear Britain di Faslane, Scotland.



Google Earth yang boleh diakses secara percuma di Internet turut memaparkan imej jarak dekat pangkalan tentera laut Britain yang dianggap sulit.

Selain itu, imej satelit itu juga memaparkan garis longitud dan latitud lokasi tempat pasukan kapal selam Trident berkeupayaan nuklear ditempatkan di Faslane, Scotland.

Pakar ketenteraan memberi amaran bahawa kemudahan itu membolehkan pengganas melancarkan serangan dengan mudah.

"Serangan terhadap kemudahan nuklear Britain menyebabkan kemusnahan besar.


"Pengganas boleh meninjau pangkalan dan mempelajari selok-belok bagi memastikan kemusnahan maksimum," katanya.

Program itu turut memaparkan pelabuhan Tentera Laut Clyde yang menempatkan stor senjata nuklear.

Britain mungkin berhadapan krisis berikutan pejabat ejen perisikan MI6 dan pusat latihan SAS turut dipaparkan di Internet.

Satu sumber memberitahu, kerajaan Britain perlu menyekat imej sensitif ketenteraan bagi tujuan keselamatan anggota dan negara.

Dua tahun lalu, kerajaan Britain mendesak Google mengaburkan imej pangkalan tenteranya di Basra, Iraq selepas seorang pengganas ditangkap bersama peta Google Earth di Shatt Al-Arab.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Britain semalam berkata, pihaknya sukar mengekalkan keselamatan di seluruh pangkalan tentera miliknya.

Iran Nafi Mahu Keluar Bom Nuklear

TEHERAN - Iran semalam menafikan bahawa negara itu berusaha untuk mengeluarkan bom nuklear susulan dakwaan pemerintah tentera Amerika Syarikat (AS), Laksamana Mike Mullen yang menyatakan Teheran kini mempunyai cukup bahan untuk membina senjata berkenaan.


GAMBAR fail menunjukkan seorang pegawal keselamatan mengawasi ruang dalam loji janakuasa nuklear di Bushehr pada 25 Februari lalu.



"Semua kenyataan itu tidak berasas," kata jurucakap Kementerian Luar, Hassan Ghashghavi dalam satu sidang akhbar.

Mullen dalam satu kenyataan ketika ditemu bual stesen televisyen CNN kelmarin berkata, pihaknya yakin Teheran mempunyai keupayaan tersebut.

Hassan bertegas, program nuklear Iran sentiasa dipantau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

"Secara teknikalnya, terdapat banyak kamera IAEA dan ujian terhadap ketulenan pengayaan uranium Iran.

"Justeru, bagaimana bahan mentah boleh dijadikan uranium tulen jika ada pemantauan ketat?" kata Hassan.

Laporan IAEA pada bulan lalu menyatakan Teheran mempunyai 1,010 kilogram uranium berkualiti rendah setelah menjalani proses pengayaan di loji Natanz.

Pakar IAEA menyatakan bom atom memerlukan 1,700 kilogram uranium berkualiti tinggi namun ada pakar yang menyatakan kuantiti kecil sudah memadai.

Snoop Dogg rancang masuk Islam?

ROSEMONT - Penyanyi rap, Snoop Dogg (gambar) menghadiri majlis sambutan kelahiran pengasas Nation of Islam's dan memuji pemimpinnya, Louis Farrakhan selain mendedahkan dia menjadi anggota pergerakan itu, lapor sebuah akhbar semalam.


Snoop Dogg


Snoop atau nama sebenarnya Calvin Broadus memberikan sumbangan sebanyak AS$1,000 (RM3,728) kepada pergerakan itu dan menyatakan dia kerap menemui Farrakhan untuk menyelesaikan masalah.

Dia menggelar dirinya sebagai pemimpin komuniti hip-hop dan menyatakan kehadirannya dalam majlis sambutan kelahiran pengasas pergerakan itu, Fard Muhammad adalah yang pertama kali.

Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk menganut agama Islam dan menjadi anggota Nation of Islam's cawangan Chicago, Snoop berkata dia sudah menjadi anggota pengerakan itu.

"Saya sudahpun berada dalam Nation of Islam's itu. Itulah sebab kenapa saya berada di sini. Saya merupakan seorang pembela keamanan," katanya.

Penyanyi itu tidak menjelaskan bila dia menyertai pergerakan itu.

Ahad, 1 Mac 2009

Etnik Tanpa Negara, Myanmar

Sampai bilakah nasib etnik Rohingya yang dinafikan kerakyatan mereka di negara Myanmar akan terbela?


DUA kanak-kanak pelarian Myanmar menunjuk perasaan di hadapan kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur.


UNTUK beberapa generasi, etnik Muslim Rohingya mampu bertahan daripada penindasan pemerintah junta di Myanmar, negara yang didominasi oleh penganut Buddha.

Kesengsaraan etnik Rohingya yang berasal daripada keturunan pedagang Arab dari abad ketujuh, meraih perhatian antarabangsa sejak sebulan lalu selepas lima bot yang dipenuhi pendatang yang keletihan ditemui di perairan sekitar Indonesia dan kepulauan Andaman.

Tidak seperti penduduk Kurdish dan Palestin, tiada siapa dapat menyamakan mereka dengan nasib etnik Rohingya. Kebanyakan negara Islam melihat mereka sebagai sumber buruh murah untuk kerja yang kotor dan berbahaya.

"Etnik Rohingya mungkin merupakan golongan masyarakat yang paling tiada mempunyai rakan di dunia. Secara keseluruhannya, tiada seorang pun yang menyokong mereka.
"Tidak seorang pun daripada mereka mempunyai status sah menduduki mana-mana negara di dunia," kata Kitty McKinsey, jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian.

Dianggarkan terdapat kira-kira 750,000 etnik Rohingya menetap di kawasan pergunungan utara di wilayah Rakhine atau dikenali sebagai Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh.

Setiap tahun, ribuan etnik Rohingya meninggalkan wilayah tersebut untuk melarikan diri daripada kehidupan yang penuh penghinaan di mana undang-undang menyekat mereka daripada diiktiraf menjadi rakyat asal negara itu.

Jurucakap kerajaan ketenteraan Myanmar, tidak memberi sebarang respons terhadap e-mel yang meminta komen mereka mengenai perkara itu.


SEKUMPULAN etnik Rohingya diiringi pegawai polis Thailand untuk dibicarakan di mahkamah kerana memasuki Thailand secara haram.


Mereka berulang kali menafikan telah menganiaya etnik Rohingya meskipun Amnesty International mengatakan pihak junta menggambarkan golongan itu lebih teruk daripada manusia. Kumpulan pejuang hak kemanusiaan telah membukukan penganiayaan yang tersebar luas termasuk buruh paksa, rampasan tanah dan rogol.

"Mereka seperti hidup di dalam neraka," kata Mohammad Zagit, 23, yang meninggalkan negara itu selepas pihak tentera menyita sawah padi milik keluarganya dan kemudian menyumbat dirinya ke dalam penjara kerana bersolat di sebuah masjid tempatan.

Zagit menceritakan pengalaman hidupnya dari katil sebuah hospital di Thailand, di mana dia ditahan selepas meninggalkan Myanmar.

"Kami tidak mempunyai hak," kata Muhammad Shafirullah, salah seorang daripada 200 etnik Rohingya yang diselamatkan oleh tentera laut Indonesia pada minggu lalu.

Shafirullah menceritakan bagaimana dia dipenjarakan di Myanmar dan tanah milik keluarganya dirampas dan sepupunya diheret ke dalam hutan lantas ditembak mati.

"Mereka merogol dan membunuh kaum wanita. Kami juga tidak boleh mengamalkan ajaran Islam seperti bersolat dan membaca al-Quran. Selain itu, kami turut dihalang untuk berjalan dari satu kampung ke kampung yang lain.

"Ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Malah, untuk ke sekolah atau berkahwin dengan penduduk kampung lain juga tidak dibenarkan. Bayangkan bagaimana teruknya kehidupan kami yang perlu dilalui," jelas Shafirullah.

Sejak tahun 1970, dua serangan yang dilakukan oleh pihak ketenteraan dan penduduk kampung beragama Buddha memaksa ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri sehingga ke sempadan Bangladesh, sebuah negara Islam di mana penduduknya bertutur dalam bahasa yang sama.

Ramai yang telah dihantar pulang sejak peristiwa itu, tetapi kira-kira 200,000 masih bekerja di sana sebagai pendatang tanpa izin manakala 28,000 lagi tinggal di kem pelarian yang kotor dan serba kekurangan.

"Keganasan ke atas wanita etnik Rohingya adalah satu perkara biasa dan mereka berhadapan ancaman hukuman penjara disebabkan status tidak sah mereka," kata Chris Lewa, koordinator Projek Arakan di Bangkok dan kumpulan yang menyokong pelarian ini.

Ribuan etnik Rohingya telah dibawa keluar melalui jalan laut dari Bangladesh untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik, tetapi berakhir dengan tragedi menyayat hati seperti lemas atau dijadikan barang penjual dagangan haram.

Selama beberapa tahun, etnik Rohingya mengembara hingga ke Timur Tengah untuk bekerja dengan hampir setengah juta berada di Arab Saudi.


MOHAMAD SALIM menunjukkan dokumen diri semasa menerima rawatan di Hospital Ranong, Thailand.


Tetapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan halangan birokratik yang dihadapi umat Islam berikutan serangan 11 September, ramai di antara mereka cuba datang ke Thailand dengan menaiki bot dan kemudian melalui jalan darat ke Malaysia.

Seramai 14,300 etnik Rohingya yang berada di Malaysia hidup dalam serba kekurangan dan kemungkinan akan ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan sebagainya.

Iraq sedia kawal negara

BAGHDAD 1 Mac - Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki semalam menyatakan anggota keselamatan negara itu sudah bersedia untuk mengambil alih tugas daripada tentera Amerika Syarikat (AS).

Kata Nouri, dalam satu perbualan telefon kelmarin, Presiden AS, Barack Obama turut bersedia memberi kemudahan peralatan ketenteraan dan senjata kepada Iraq untuk menentang pemberontakan serta ancaman luar.


SEKUMPULAN anggota tentera AS bergerak ke pesawat UH-60 Blackhawk untuk menyertai satu operasi di Baghdad pada 25 Februari lalu.

Obama kelmarin menyatakan AS akan menamatkan operasi ketenteraan di Iraq dalam tempoh 18 bulan. Bagaimanapun, 50,000 anggota tenteranya akan terus bertugas untuk setahun selepas itu.

Washington berikrar untuk berundur pada 31 Ogos 2010 dan keluar sepenuhnya menjelang akhir 2011.

Pengumuman Obama itu bagaimanapun menerima reaksi berbeza-beza daripada anggota Parlimen Iraq.

Pengikut ulama Syiah, Muqtada al-Sadr tidak berpuas hati kerana 50,000 anggota tentera AS masih berada di Iraq.

Anggota Parlimen kanan berfahaman Sunah, Adnan Pachachi berkata, pihak berkuasa perlu memastikan seluruh negara selamat berikutan majoriti anggota keselamatan Iraq berfahaman Syiah.

"Dalam tempoh dua tahun ini, Iraq perlu mewujudkan anggota keselamatan yang mempunyai kesetiaan terhadap negara dan bukannya terhadap fahaman mazhab," katanya.

Sementara itu di North Carolina kelmarin, Obama menyatakan 142,000 anggota tentera AS berada di Iraq manakala 4,250 anggota terbunuh sejak operasi ketenteraan bermula pada 2003.

Kata Obama, tamatnya perang di Iraq menandakan bermulanya era baru diplomasi AS di Asia Barat.

Khamis, 26 Februari 2009

58,000 dijangka hilang kerja

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan seramai 40,000 hingga 58,000 orang akan diberhentikan kerja tahun ini ekoran krisis ekonomi global.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, angka sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi global dan sejauh mana kesan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua kelak.

“Krisis ekonomi global telah memberi impak besar terutamanya kepada sektor pembuatan apabila permintaan bagi banyak produk pasaran eksport telah menurun.

“Ini telah menyebabkan syarikat pengeluar terpaksa mengurangkan pekerja melalui tindakan pemberhentian tetap, sementara dan skim pemberhentian sukarela (VSS),’’ kata Noraini pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Bagi memastikan peluang kerja menyebelahi rakyat tempatan, kementeriannya telah memutuskan agar pengambilan pekerja asing dibekukan bagi sektor pembuatan terutama dalam industri elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian serta sektor perkhidmatan.

Jumaat, 20 Februari 2009

Punca Sufiah lari dari Universiti Oxford

Disunting daripada Kosmo!
LONDON - Setelah sekian lama mendiamkan diri, Halimahton iaitu ibu kepada Sufiah Yusof, 24, gadis genius matematik yang menggemparkan dunia kerana pernah menjadi pelacur, akhirnya mendedahkan kisah sebenar anaknya itu.

Dia membuat pendedahan itu dalam laman web terbarunya, Learnerade. com, yang disiarkan kelmarin bagi memberi pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak mengulangi kesilapan sama sepertinya.

Menurut Halimahton, dia membuat pendedahan itu kerana terdapat banyak berita dalam media yang tidak benar seperti dakwaan keluarganya tidak menghadiri perkahwinan Sufiah.
Dia berkata, ramai orang turut bertanya kenapa Sufiah memilih untuk mengikuti jalan yang dilaluinya walaupun dia mempunyai banyak kebolehan.

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menawarkan bantuan dan sokongan ketika kisah Sufiah menjadi pelacur dibongkar pada 2008.

Wanita itu turut menyatakan dia memutuskan untuk menceraikan suaminya dan bapa Sufiah, Farooq kerana perangai lelaki itu menjadi bertambah teruk setelah gadis genius matematik itu meninggalkan keluarga.

Sufiah mendapat tumpuan dunia apabila dia diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun pada 1997 tetapi kemudian tidak menamatkan pengajian dalam bidang matematik.

Gadis itu juga membuat keputusan berkahwin tetapi kemudian bercerai selain enggan tinggal bersama Halimahton dan keluarganya.

Menurut Halimahton, dia enggan membuat sebarang spekulasi kenapa Sufiah memilih untuk menjadi gadis teman sosial.

"Sufiah kini merupakan seorang dewasa dan apa jua keputusan yang dia mahu lakukan dalam kehidupan terpulang pada dirinya.

"Sufiah merupakan seorang anak yang baik dan saya berharap dia tidak berubah sejak dia berjauhan daripada sokongan keluarganya," kata Halimahton.

Halimahton juga berkata, Sufiah mempunyai hubungan baik dengannya dan adik-beradiknya yang lain tetapi menghadapi masalah dengan bapanya, Farooq.

GAMBAR fail menunjukkan Halimahton
bersama Farooq.

Menurutnya, Sufiah menerima tekanan dan berdepan dengan sikap panas baran bapanya sejak dari kecil.

"Apa yang menyebabkan situasi menjadi lebih buruk adalah sikap Farooq yang tidak boleh diramalkan.

"Banyak kali dia bersikap baik dan seperti lelaki budiman tetapi terdapat situasi dia berkelakuan seperti seorang diktator yang ganas serta menindas," katanya.

Ketika berada di Universiti Oxford, Sufiah membuat keputusan untuk memakai tudung manakala Halimahton memberi sokongan terhadap pilihannya itu.

"Farooq berasa tidak senang hati. Itu mencetuskan satu lagi perbalahan," kata Halimahton.
"Sufiah menghadapi banyak tekanan ketika dia masih remaja dan seperti saya, dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengubahnya," jelas wanita itu.

Pada tahun pertama di Oxford, Sufiah mendakwa dia tidak menerima beberapa keputusan penting peperiksaan, kata Halimahton.

"Namun, Farooq kemudian mendapati Sufiah mengelirukannya. Keputusan peperiksaan itu memang ada menyebabkan Farooq menjadi berang.

"Saya tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku tetapi Sufiah berasa amat kecewa dan saya percaya dia melindungi kemarahan terhadapnya (Farooq)," jelasnya.

"Saya berpendapat, Farooq berasa amat sombong ketika dia bersama dengan Sufiah, itu mungkin menyebabkan Sufiah berasa kecewa seperti anda boleh menjangkakan perasaan seorang gadis remaja," katanya.

"Sebaliknya, saya melihat Sufiah berasa gembira apabila bercuti ketika ditemani oleh saya dan anak-anak saya yang lain," jelas Halimahton.

Berikutan situasi tekanan yang semakin meningkat, Sufiah melarikan diri dari universiti ketika dia berumur 15 tahun.

"Sufiah memberitahu, kelakuan Farooq merupakan punca dia berbuat demikian," kata Halimaton.

Waktu itu merupakan waktu yang traumatik untuk keluarga itu dengan Farooq menyalahkan setiap orang kerana Sufiah melarikan diri, bukan dirinya.

Sufiah kemudian ditemui oleh polis dan dia memberitahu enggan untuk kembali ke Oxford dan menemui bapanya.

Gadis itu kemudian tinggal di Bournemouth tetapi Halimahton dan anak-anaknya kerap melawatnya.

Sufiah kembali ke Oxford selepas beberapa tahun dan memberitahu dia mahu berkahwin dengan Jonathan Marshall yang memeluk Islam menyebabkan hubungan dengan keluarganya menjadi bertambah baik.

Halimahton berkata, Sufiah kemudian bersedia untuk memaafkan Farooq.
Namun, hubungan Sufiah dengan bapanya masih tidak baik kerana terdapat beberapa isu yang tidak diselesaikan.

"Kami kemudian mengadakan mesyuarat keluarga di mana Iskander (adik Sufiah) dan saya menggalakkan Sufiah serta Farooq berkomunikasi secara baik," kata Halimahton.

Sufiah kemudian memberitahu Halimahton kenapa dia lari dari universiti dengan menjelaskan sikap Farooq terhadapnya pada masa lampau menyebabkan dia melarikan diri.

GAMBAR fail menunjukkan
ketika Sufiah masih kecil.

Iskander bertanya Sufiah apakah yang dia mahu daripada Farooq dalam satu perbincangan yang penuh emosi.

"Sufiah menyatakan dia hanya mahu Farooq meminta maaf berhubung cara dia melayannya dan semua anggota keluarga," kata Halimahton.

Farooq kemudian meminta maaf dan mereka berpelukan.

Namun, Farooq lupa dia sudah meminta maaf dan beberapa minggu kemudian, dalam satu perbincangan, dia melancarkan serangan kata-kata ke atas Sufiah, Halimahton dan kakak Sufiah, Aisha.

Ekoran Farooq lupa pada janjinya itu, Sufiah enggan memberikannya peluang kali kedua dan dia kemudian meninggalkan keluarganya semula.

"Bagi Sufiah, semua perkara memusnahkan dirinya selepas insiden buruk itu. Dia kemudian memberitahu kami bahawa dia dalam proses perceraian dan tidak mahu keluarga menghubunginya semula," kata Halimahton.

"Oleh kerana Sufiah masih seorang dewasa, kami menghormatinya hasratnya dan kami tidak mendengar apa-apa berita daripadanya selama empat tahun sehinggalah kami menerima berita bahawa dia menjadi seorang gadis teman sosial," katanya.

"Kesilapan besar saya ialah mungkin saya tidak meninggalkan Farooq (bercerai) lebih awal tetapi ia merupakan keputusan yang sukar untuk dibuat kerana anak-anak saya masih kecil ketika itu.

"Saya berasa takut apakah padah yang bakal berlaku kepada anak-anak saya," kata Halimahton.
"Apabila Farooq tidak ada, keluarga kami berasa gembira dan kami berasa amat rapat," katanya.

Kata-kata terakhir daripada Halimahton: "Saya berharap Sufiah akan datang (melawat) satu masa nanti tetapi kita perlu bersabar untuk tidak menekan sebarang isu."

Pada tahun lalu bapa Sufiah, Farooq yang berasal dari Pakistan dihukum penjara selepas didapati mencabul dua remaja perempuan yang menjadi pelajarnya dalam satu kelas tuisyen.

Halimahton kini menjual bukunya yang berjudul Genius in 28 Steps menerusi Internet yang mendedahkan cara untuk membimbing anak-anak menjadi genius.

Isnin, 16 Februari 2009

95 penuntut IPT terlibat salah guna dadah

JOHOR BAHRU – Seramai 95 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang tahun lalu.

Mengikut perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), angka tersebut statistik yang direkodkan agensi terbabit pada 2008.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), AADK Kebangsaan, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed berkata, kebanyakan pelajar menggunakan dadah jenis amphetamine dan ganja.

“Kita sentiasa mencari jalan bagi membasmi penyalahgunaan dadah termasuk mendapatkan kerjasama di kalangan para pelajar dan masyarakat,’’ katanya selepas Program Memperkasakan Komuniti Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pelancaran Rakan Antidadah (Rada) IPTA Peringkat Negeri Johor di Politeknik Johor Bahru semalam.