Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI MAHASISWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKTIVITI MAHASISWA. Papar semua catatan

Selasa, 31 Ogos 2010

Pertandingan Tilawah Al-Quran



Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah taala kerana sekali lagi UniMAP pada hari ini 24 Ogos 2010 menganjurkan majlis Tilawah Al-Quran peringkat universiti..
Selepas ucapan alu-aluan oleh Pengarah Program...Program dirasmikan oleh Naib Canselor sendiri dengan mempersembahkan bacaan al-Quran...surah al-Anfal bermula ayat 1....

Pertandingan ini dikategorikan kepada staf dan pelajar...Staf ada kategori lelaki dan perempuan dan begitu juga pelajar....

Seramai 19 orang staf dari semua jabatan telah mengambil bahagian dan 5orang pelajar mengambil bahagian mewakili kolej kediaman masing-masing...

Johan Qari kategori staf ialah Tunku Nizar, timbalan dekan PPK Sisten Elektrik yang juga juara bertahan....

Bagi Johan Qari kategori pelajar ialah saudara Saifuddin bin hassan yang juga johan pada dua tahun yang lepas...

Johan kategori pelajar mendapat hadiah berupa wang tunai RM200.00 dan sejadah yang dihias cantik...
Tahniah kepada yang menganjur.....tahniah kepada yang menang....
~wallahua'lam~


http://teenagedakwahonline.blogspot.com/2010/08/pertandingan-tilawah-al-quran-peringkat.html

Sabtu, 21 Ogos 2010

DISKUSI ASPIRASI

Tajuk: "MAHASISWA DAN POLITIK KEPARTIAN"

TARIKH: 22 OGOS 2010

HARI:AHAD

MASA: 9.00 PAGI-12.30 TGH HARI

TEMPAT: DEWAN SERI MELATI PERBADANAN PUTRAJAYA

AHLI PANEL: 1.YB DATUK MUKHRIZ MAHATHIR (TIMBALAN MENTERI)

                        2.MOHD SAHA ABDULLAH (PRESIDEN ASPIRASI)

                        3.AHMAD WAFI (PENGERUSI JEMAAH MPP)

Khamis, 29 Julai 2010

PESTA KONVOKESYEN UniMAP KE-5

TARIKH : 3 OGOS HINGGA 8 OGOS 2010

TEMPAT : DATARAN DATO’ SHEIKH AHMAD, KANGAR.
 
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH MALAM
 
JEMPUTAN SEMUA STAF DAN PELAJAR UniMAP DIJEMPUT HADIR
 
KONSEP : URBAN
 
TEMA :”MEMBANGUN MINDA KELAS PERTAMA,
                        MENYANGGA MODENISASI NEGARA”
 
PENGANGKUTAN BERMULA DARI JAM: 8.30 PAGI


Kepada semua mahasiswa UniMAP,sama-samalah kita meriahkan Pesta Konvo kali ini.Kepada mahasiswa baru di kampus UniMAP,inilah peluang untuk saudara/i mengenali universiti anda ini secara lebih dekat.

SELAMAT BERKONVO KEPADA ALUMNI UniMAP.
TAHNIAH!!

Ahad, 3 Januari 2010

Selamat Kelahiran Blog MPP UniMAP 2009/2010

Assalamualaikum..

Pihak UnimapKini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis sesi 2009/2010 di atas kelahiran blog MPP UniMAP yang terbaru.Blog tersebut yang baru diwujudkan awal sem ini diharapkan akan memberi manfaat dan membantu para mahasiswa dan mahasiswi UniMAP dalam perkara-perkara yang melibatkan mereka.

Pihak mahasiswa dan mahasiswi Unimap juga diharap membantu dan memberikan sokongan kepada MPP dalam menaikkan taraf dan mutu universiti.Pihak UnimapKini juga berharap pihak MPP dan UnimapKini dapat bekerjasama dalam mencambahkan lagi maklumat dan pengetahuan semasa kepada para mahasiswa dan mahasiswi.

http://majlisperwakilanpelajarunimap.blogspot.com/
Salam Intelektual unutuk mahasiswa bersatu..

Sabtu, 2 Januari 2010

Batal Forum Terbuka;PKPIM kecam HEPA UM


Kuala Lumpur 31 Dis 12.45 p.m │Berikutan isu pembatalan ‘Forum Terbuka E-Voting  dan Masa Depan Demokrasi Kampus’, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) mengeluarkan kenyataan mengecam  tindakan  campur tangan pihak pentadbiran Universiti Malaya dalam penganjuran Forum Terbuka tersebut.


Semalam,laman blog Um-today.com melaporkan forum tersebut terpaksa dibatalkan akibat arahan pembatalan dari pihak pentadbiran universiti Malaya.
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM, Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad mempersoalkan rasional pembatalan forum intelektual tersebut memandangkan ianya  membahaskan persoalan berkaitan perjuangan mahasiswa dan  juga turut menampilkan ahli akademik,ahli politik dan mahasiswa sendiri sebagai pembicaranya.
Wan Mohamad Wasif berkata melalui diskusi intelektual  seperti ini akan mampu melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan kreatif,mematangkan pemikiran anak muda serta mampu mewujudkan penghayatan terhadap budaya ilmu dan tradisi keintelektualan .
“Ianya tidak sepatutnya dihalang.Mahasiswa mesti diberi ruang secukupnya untuk menganjurkan diskusi intelektual dan sebarang isu yang diperselisihkan seperti isu penggunaan sistem undian elektronik atau e-voting dalam pilihanraya kampus yang melibatkan mahasiswa misalnya sewajarnya dibenarkan dibahaskan atau diperdebatkan.”
“Soal samada bersetuju atau tidak bersetuju dengan penggunaan sistem undian elektronik dalam pilihanraya kampus itu masih boleh diperbahaskan namun hak bersuara bagi mahasiswa perlu tetap diperjuangkan “Tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, potensi dan idealisma mahasiswa perlu digilap sebaiknya  dengan penganjuran  siri wacana ilmiah dan bukannya terus membiarkan mahasiswa terus hanyut dengan program-program anti ilmu yang melumpuhkan minda, memandulkan idealisma dan membunuh aktivisma mahasiswa.
Sebelum ini, penganjur forum tersebut  iaitu  Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)dengan kerjasama  wakil fakulti Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) dikatakan telah menerima amaran dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM agar membatalkan penganjuran forum tersebut.
Selain itu,jurucakap BANTAH, Mohd Ridzuan Bin Othman turut mengesahkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengarahkan pihak APIUM agar membatalkan kelulusan tempat yang diberikan.
Walaubagaimanapun, forum tersebut dikatakan akan tetap diteruskan sekalipun bukan bertempat di Akademi Pengajian Islam tersebut -Mahasiswakini

Jumaat, 18 Disember 2009

Seluruh pemimpin mahasiswa perlu tampil bantah BTN




Dasar BTN Yang Tersasar

Rata-ratanya umum sudah mengetahui doktrinisasi yang diamalkan UMNO melalui BTN yang sememangnya  berbaur kepentingan politik dan perkauman yang melampau. Membakar semangat kemelayuan, membunuh simpati terhadap pembangkang dan kemudian mendewa-dewakan UMNO sebagai penyelemat bangsa terus  menjadi modus operandi BTN untuk memelihara survival UMNO.
Sepanjang pengalaman menyertai program BTN di sekolah, memang cukup menyedihkan apabila melihat penceramah yang memiliki mustawa ilmu yang cukup tinggi namun sanggup menjadi balaci yang membenarkan pembohongan. Pada perkiraan saya, BTN tidak lagi memainkan peranan yang sebenar dalam memupuk semangat patriotisma namun lebih menjurus kepada perpecahan akibat sentimen permusuhan politik dan bangsa.
Pembawaan dengan cara doktrin paksa.
Boleh dikatakan setiap penjawat awam perlu menghadiri program yang diadakan secara khusus oleh BTN mahupun slot-slot kecil yang ditumpang oleh wakil BTN. Diperingkat mahasiswa pula, kebanyakan pelajar yang menganggotai Majlis Perwakilan Mahasiswa akan dibawa untuk mengikuti kursus BTN yang kebiasaannya menjadi aktiviti awal untuk setiap sesi kepimpinan.
Maka disaat inilah kerajaan Barisan Nasional melalui BTN akan sehabis mungkin cuba menyebarkan doktrin secara paksa agar setiap inci isi rakyat tunduk dan patuh pada telunjuk pemerintah. Ini menjawab persoalan mengapa wujudnya rasa takut pegawai kerajaan untuk melahirkan sokongan terhadap pembangkang bahkan wujud sentimen yang menyifatkan bahawa tanpa UMNO negara akan huru-hara.
BTN juga dilihat menyumbang kepada kemandulan idealisma mahasiswa  hasil daripada cerapan anti-pembangkang yang dikatakan tidak patriotik. Tindakan agresif mahasiswa terdahulu disifatkan sebagai pemecah belah bangsa dan tidak berlunaskan adab perlembagaan. Maka nama-nama tokoh mahasiswa seperti Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais dilabel sebagai agen penjajah yang cuba merosakkan kemerdekaan tanah air melalui tindakan subversif yang menggugat keamanan.  Inilah bentuk paksaan minda yang diamalkan oleh BTN bagi memastikan  pesertanya meyakini bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
BTN membantutkan daya intelektual masyarakat
Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah pencapaian status negara maju, pembinaan minda rakyat juga seharusnya dibenarkan untuk berkembang secara bebas selaras dengan tahap intelektual berkelas dunia. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya meneladani kepimpinan negara-negara maju yang mampu bersifat terbuka terhadap persepsi masyarakat samada negatif mahupun positif.
Presiden Indonesia misalnya, beliau mampu mempamerkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin berwibawa apabila beliau bukan sahaja tidak menyekat rakyatnya melakukan demonstrasi, bahkan menasihatkan agar rakyatnya menjaga keselamatan semasa berdemonstrasi. Namun keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia apabila semangat reformasi  rakyat terus dihalang melalui kekangan kuasa dan jiwa rakyat terus tekan melalui doktrinisasi BTN.
Natijahnya, wujud sebahagian rakyat Malaysia yang terus dibelengu dengan ketakutan terhadap perubahan lantas mereka sanggup duduk terperuk dan melayan ugutan pemerintah terhadap periuk nasi mereka.
Pemimpin Mahasiswa Perlu Bangkit
Kini sudah tiba masanya untuk mahasiswa tampil dan membantu dalam memulihkan kembali integriti rakyat Malaysia yang pada pandangan saya amat jauh ketinggalan berbanding rakyat negara maju yang lain. Saya tidak memaksudkan rakyat Malaysia secara kolektif, namun ada sebilangan besar yang telah dijangkiti sindrom ketakutan dan konflik kepercayaan akibat saduran BTN yang melampaui hak kebebasan minda untuk berfikir dan memilih. Maka rakyat sedang menanti satu suara yang mampu menggegarkan suasana kondusif pemerintah agar mereka tidak menyisih pandang tuntutan rakyat ini.
BTN sudah tidak relevan dengan zaman kebebasan ilmu pengetahuan serta tahap pemikiran masyarakat yang semakin berkembang maju. Oleh itu BTN perlu dirombak atau dimansuhkan secara total. Maka saya menyeru setiap pemimpin mahasiswa untuk tampil dan menyuarakan pendirian bahawa mahasiswa menuntut agar kerajaan mengkaji semula perlaksanaan BTN melalui rombakan diperingkat dasar mahupun pemansuhan BTN secara total. Mahasiswa menyokong sebarang usaha untuk membina semangat patriotisma yang tinggi, namun mahasiswa juga meyakini bahawa BTN bukan jalan tunggal untuk usaha tersebut.
——–
*Penulis ialah Pengerusi Kelab Bahasa Dan Sastera (BAHTERA) merangkap aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

  • Oleh: Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab*

Ahad, 13 Disember 2009

SEMINAR ESOK!! SEMUA DIJEMPUT HADIR

SEMINAR PENGUKUHAN PANDANGAN ALAM ISLAM BAKAL DIJALANKAN PADA ESOK HARI. 13HB DISEMBER 2009 (RUJUK BANNER) sEMINAR INI TURUT AKAN DIRASMIKAN OLEH DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH, TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI...

ANDA DIJEMPUT HADIR BAGI MERAMAIKAN MAJLIS..