Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label admin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label admin. Papar semua catatan

Isnin, 16 November 2009

Selamat Bercuti

Assalamualaikum wbh dan salam 1 malaysia,

Suasana di setiap Kolej Kediaman UniMAP menjadi semakin lesu & sunyi dek kerana telah berduyun-duyun siswa/i pulang ke kampung halaman masing-masing setelah tamat peperiksaan. Namun begitu, masih lagi ada siswa/i yang sedang menunggu waktu ujian bagi beberapa subjek lagi, ini kerana, jadual tamat peperiksaan tidak sama bagi setiap program.









Dikesempatan ini, editor ingin megucapkan selamat bercuti kepada semua siswa/i & juga selamat menyambut Hari Raya yang paling besar iaitu Aidil Adha kepada semua staff, siswa/i UniMAP yang beragama Islam.

Sungguhpun begitu, Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa, walaupun kampus sedang bercuti, pihak UniMAPKini tidak akan bercuti. Oleh itu, anda diseru untuk masih lagi mengikuti perkembangan semasa kampus anda di sini.

Ketua Editor

"We Unite for UniMAP"

Selasa, 10 November 2009

Provokasi Yang Tidak Menjadi

Assalamu'alaikum..

Sudah hampir seminggu kedengaran suara-suara sumbang menyebarkan berita yang tidak benar berkaitan dengan 'editors' UniMAPKini ditangkap. Begitu juga bertalu-talu soalan diajukan kepada kami sama ada benar atau tidak ada editor kami yang ditangkap. Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan satu posting untuk memberikan penjelasan seterusnya mengendurkan kembali keadaan dan situasi.

Pihak kami menafikan sekeras-kerasnya berita yang telah disebarkan sejak akhir-akhir ini. Ia langsung tidak benar malahan sengaja ditimbulkan sebagai tindak balas kerana ketakutan terhadap kebangkitan suara mahasiswa yang akan berlaku. Tiada seorang pun dari kalangan kami yang masuk perangkap atau pun ditangkap sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.

Ia jelas menunjukkan provokasi yang cuba dimainkan untuk menakut-nakutkan mahasiswa yang kami yakin dan percaya akan sentiasa dan tetap bersama kami dalam membawa agenda serta suara mahasiswa agar diberi perhatian serius oleh pihak pentadbiran dan memastikan ia sentiasa bertapak segar di bumi UniMAP.

Sekali lagi, kami menafikan sekeras-kerasnya berita yang telah tersebar. Semoga posting ini menjelaskan segala persoalan yang telah timbul dan meredakan kembali keadaan, insyaAllah.

Selamat Meneruskan 'Study' kepada seluruh sahabat mahasiswa..

Sekian.

"Unite for UniMAP"

Squad Editor
UniMAPKini

Selasa, 27 Oktober 2009

Edisi Bongkar

Jelas beberapa tindakan yang telah diambil oleh pihak pentadbiran universiti khususnya HEP dalam menyekat suara mahasiswa yang kian lantang memperjuangkan hak mereka.

Sedikit demi sedikit tekanan yang diberikan oleh mereka selaku pemegang amanah dalam mendidik anak bangsa kepada penuntut di UniMAP atas beberapa alasan yang dikira tidak munasabah.

Edisi bongkar akan memaparkan komplot-komplot yang telah dilaksanakan dan tindakan yang strategis yang telah dirancang bagi menyekat kebebasan bersuara mahasiswa seterusnya menundukkan mahasiswa agak tunduk dan patuh atas segala arahan yang dikeluarkan oleh universiti. Pembongkaran juga akan dibuat berkaitan dengan peringkat-peringkat pendoktrinan yang telah disusun rapi bermula daripada peringkat orientasi sehingga mahasiswa bergraduasi.

Diam UniMAPKini bukan tanda berundur dan takut dengan tekanan yang diberikan, kami akan terus menyampaikan suara dan hak mahasiswa demi menuntut dan memperjuangkan keadilan bagi student.

Khas untuk Mahasiswa UniMAP, anda semua diharap setia manunggu dalam pembongkaran demi pembongkaran akan dibuat oleh "Skuad Bongkar UniMAPKini (SBU)"....

Tunggu Edisi Bongkar seterusnya....

"Unite for UniMAP"

Jumaat, 16 Oktober 2009

MalaysiaKini Sudah di"Buka"

Hampir seminggu malaysiakini di'block' di bawah rangkaian server ICT UniMAP. Difahamkan antara sebab pihak ICT mem'block' web malaysiakini sebelum ini adalah kerana atas arahan "Top Management" kepada mereka. Ia berikutan keluarnya paparan berita berkaitan dengan PRK UniMAP yang bertajuk "Pro-Aspirasi menang percuma, pro-M dakwa disabotaj" di web yang cukup terkenal itu.

Barangkali berita tersebut menggugat nama baik UniMAP yang disebut-sebut sebelum ini oleh Naib Cancelor bahawa UniMAP adalah universiti sifar pembangkang. Penggunaan label pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa dalam berita tersebut telah menafikan apa yang telah disebut oleh NC sekaligus menunjukkan bahawa wujudnya gerakan pelajar dan 'pembangkang' di UniMAP.

Begitu juga, secara tidak langsung ia sedikit sebanyak telah menaikkan nama UniMAP di persada tanah air kerana menjuarai isu "tiada PRK" dan mencuri perhatian masyarakat Malaysia tentang konspirasi dan halangan daripada pihak HEP kepada segelintir calon-calon yang ingin bertanding. Ia hasil tindakan wartawan malaysiakini yang cukup prihatin kepada UniMAP.

Jika dilihat kesannya secara langsung, berita panas itu juga membongkar rahsia sejarah UniMAP yang mana tidak pernah mengadakan walaupun sekali Pilihan Raya Kampus untuk mahasiswa semenjak bermulanya 'batch' pertama. Apa yang berlaku hanya menang tanpa bertanding dan calon-calon cadangan HEP menyapu bersih kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Mungkin isu-isu sebegini cukup menggerunkan "Top Management".

Laporan berita itu juga menjadi semakin berbahaya bagi "Top Management" apabila ia melibatkan nama Dekan HEP, En. Razli (ralat dan pembetulan:bukan En. Razni yang disebut dalam berita malaysiakini), atas keengganan beliau untuk menurunkan tandatangan bagi mengesahkan borang pencalonan empat orang calon mahasiswa yang tidak dipilih oleh mereka.

Seorang mahasiswa yang enggan namanya didedahkan diminta mengulas isu ini berkata, tindakan mem'block' malaysiakini di sekitar kampus UniMAP adalah tindakan yang tidak bijak, mereka mungkin boleh menyekat kami daripada membacanya tetapi bagaimana orang yang berada di luar khususnya masyarakat, kerana mereka masih dapat membaca dan mengetahui isu ini, jikalau pem'block'kan web ini diketahui umum tidakkah ia akan memberikan lebih tekanan daripada luar kepada unimap?

"Pihak pentadbiran universiti perlu menjawab apa yang dilaporkan di malaysiakini, bukan mem'block' web tersebut kerana ternyata ia mencemarkan lagi imej UniMAP di mata masyarakat khususnya ibu bapa mahasiswa UniMAP." tambahnya lagi.

Kesempatan ini, pihak Wartawan dan krew-krew UniMAPKini serta seluruh mahasiswa UniMAP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ICT dan "Top Management" kerana mengembalikan semula hak kami untuk melayari web tersebut. Tahniah dan syabas! kepada pihak ICT dan "Top Management"

"We Unite for UniMAP"

Rabu, 14 Oktober 2009

KKC:Jawatankuasa Atasi Kecurian

Semalam 13 Oktober 2009 telah diadakan perjumpaan tergempar bagi Kolej Kediaman Tun Hussein Onn (KCC). Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan gejala kecurian yang semakin kerap berlaku di KKC.

Pembentukan sebuah jawatankuasa telah dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut. Pihak UniMAPKini menyokong penuh pembentukan jawatankuasa ini bagi menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswa.

Walaubagaimana pun, pihak UniMAPKini juga menyatakan harapan agar jawatankuasa itu juga dibentuk di kolej-kolej kediaman yang lain bagi tindakan berjaga-jaga supaya tindakan pencegahan awal dapat diambil.

Syabas dan Tahniah kepada pihak pentadbiran serta mahasiswa KKC.

"Mahasiswa Memimpin dan Terpimpin"
"We Unite for UniMAP"

Selasa, 13 Oktober 2009

BTN oh BTN

Kepada peserta BTN baru-baru ini, anda boleh lontarkan ketidakpuashatian anda terhadap BTN yang telah dijalankan kepada kami di UniMAPKini. Sila hantarkan info-info yang ingin dikongsi. Identiti anda tidak perlu kami tahu dan tidak akan didedahkan.

Sila send segala maklumat-makluamat yang berkaitan, 'flow' program BTN, point-point yang telah anda perolehi, serta perasaan tidak puas hati anda ke:

unimapkini@gmail.com

Sekian.

Terima kasih atas sokongan anda.

Teruskan bersama kami.

"Transformasi Mahasiswa UniMAP"

Jumaat, 9 Oktober 2009

UniMAPKini di "block"

Alamat asal UniMAPKini yang telah digunapakai sebelum ini iaitu http://unimapkini.blogspot.com telah di"block" oleh HEP dan pihak-pihak yang terlibat. Kami sedar punca mereka bertindak sedemikian. Kehangatan dan panasnya isu yang dibawa, tambahan pula komen-komen yang agak terbuka sedikit sebanyak telah menggugat nama dan imej HEP serta pihak universiti.

Walaubagaimana pun pihak kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak HEP dan jabatan yang terlibat atas tindakan mem"block" blog ini. Perlu diketahui, kami tidak pernah sesekali bermusuh dengan pihak Universiti, HEP mahupan NC. Anda semua adalah keluarga kami di UniMAP.

Apa yang kami mohon adalah bersihkan sistem PRK UniMAP yang penuh dengan konspirasi untuk menghalang berlakunya PRK, jangan sesekali menghalang mahasiswa untuk berpilihan raya, buka seluas-luasnya ruang untuk mahasiswa menjadi calon, dan elakkan berlakunya diskriminasi kepada calon-calon yang terlibat, calon dari pilihan HEP mahupun calon dari mahasiswa.

Semoga pihak universiti dapat mempertimbangkan suara mahasiswa UniMAP yang inginkan PRK dijalankan dengan adil dan saksama di universiti yang dicintai ini.

Buat sementara waktu, blog UniMAPKini telah berpindah ke alamat
http://unimap-kini.blogspot.com

Sekian untuk makluman.

Terima Kasih.
-admin@unimapkini-

Isnin, 9 Februari 2009

Tentang UniMAPKini

Assalamu'alaikum Warahmatullah..
Selamat Datang dan Selamat berkunjung..

Blog ini merupakan cetusan idea segelintir mahasiswa yang mempunyai kesedaran untuk memberi sumbangan yang berfaedah kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain.




Ia sebagai sumber untuk mendapatkan berita dan isu terkini kampus selain bertindak dalam menyuarakan kebajikan mahasiswa UniMAP.


Kepada rakan-rakan mahasiswa yang ingin menerbitkan hasil tulisan dan karya mereka seperti rencana, cerpen, puisi atau apa sahaja yang dirasakan sesuai, bolehlah hantarkan hasil karya anda ke unimapkini@gmail.com


Selamat Datang dan Selamat Menikmati Hidangan dan Santapan yang disediakan dalam blog ini.


Semoga seluruh mahasiswa menjadikan ia sebagai medan untuk mengasah pemikiran dan idealisme sebagai seorang mahasiswa.


Sertailah kami dengan penuh beretika dan profesional serta menunjukkan disiplin ilmu yang tinggi sebagai ahli cendikiawan dalam menyampaikan segala pandangan, kritikan, hujah dan idea-idea.


Sekian.
-admin@unimapkini