Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Berita Tempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Tempatan. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Februari 2011

Safee Sali di Pelita Jaya


No 10 untuk Safee
Daripada Hussain Said di Jakarta
hussain@bharian.com.my
2011/02/19

SAFEE (kanan) bersama rakan sepasukan sebelum latihan.
SAFEE (kanan) bersama rakan sepasukan sebelum latihan.
Pelita Jaya hargai kehadiran penyerang negara bantu keluar dari kelompok bawah

"SEMANGATNYA (Safee Sali) seolah-olah seperti orang mendapat kereta baru."
Itulah kesimpulan pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim ketika ditanya perkembangan bekas penyerang Selangor itu selepas dua hari menjalani latihan bersama kelab barunya, Pelita Jaya FC.
Selepas lima hari berada di Jakarta, Safee tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal atau merindui Malaysia, sebaliknya Zakaria berkata, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki 2010 itu bersemangat tinggi untuk menyahut cabaran baru dalam Liga Super Indonesia (ISL).

“Jurulatih dan rakan sepasukannya juga mengalu-alukan kehadirannya,” kata Zakaria. “Malah, pengurusan kelab memberi penghormatan kepadanya dengan memberi jersi nombor 10, sama seperti ketika mewakili Selangor.” 

Zakaria berkata, Safee bersama rakan sepasukannya berlepas ke Puncak, Bogor pagi semalam untuk menjalani kem latihan sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua ISL, sehingga esok.

“Sepatutnya, dia dijadualkan menjalani latihan di sana sehingga Jumaat depan tetapi kerana kemudahan yang kurang sesuai, pengurusan kelab memendekkan jadual latihan hingga Ahad ini (esok),” katanya. 
Buat masa ini, Zakaria berkata, pemain 27 tahun itu dan keluarganya menginap di sebuah hotel sebelum dijangka berpindah ke kediaman yang disediakan kelab itu, esok.

“Selain kondominium, pengurusan kelab juga menyediakan sebuah kereta dan pemandu untuknya,” kata Zakaria yang meminta peminat tidak memperlekehkan keputusan Safee menyertai Pelita Jaya yang sedang menghuni tangga tercorot ISL.

Menurutnya, kelab berpangkalan di Sawangan, Selatan Jakarta itu sebenarnya memiliki sejarah gemilang termasuk pernah disertai pemain handalan dunia seperti Mario Kempes, Pedro Pabro Pasculli, Roger Milla, Maboang Kessack dan Julies Onana serta dibimbing Fandi Ahmad dua musim lalu, selain gelaran juara Galatama 1988/89, 90 dan 93/94 dan tempat ketiga Kelab-Kelab Asia 1991 dan 1995.

Safee menggalas tugas besar untuk membantu kelab itu keluar daripada kelompok bawahan apabila pusingan kedua ISL bermula 5 Mac ini dengan aksi pertama menentang Sriwijaya. 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/No10untukSafee/Article/

Khamis, 12 Ogos 2010

Pelajar IPT tetap dilarang berpolitik


2010/08/11
KUALA LUMPUR: Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.

Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara

Malah, di kampus juga sudah ada `speaker corner... ini tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia. Yang kita tidak benarkan ialah membabitkan diri secara aktif dalam parti dan politik, katanya pada sidang media selepas melancarkan buku Najib Tun Razak: Melakar Transformasi Malaysia di sini, semalam.

Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin mahu mempertimbang untuk membenarkan mahasiswa di IPT awam membabitkan diri dalam parti politik.

Muhyiddin berkata, kebenaran berpolitik di IPT tidak boleh disamakan seperti kebenaran guru berpolitik di sekolah kerana murid sekolah belum boleh terbabit dalam politik berasaskan faktor usia yang masih mentah, sekali gus tidak memberi kesan kepada golongan itu.

Kalau di kampus sasarannya kepada politik pastinya akan membawa kesan yang lain. Saya tahu di negara maju ada juga yang menyekat mahasiswa mereka terbabit (politik) kerana mereka mahu mahasiswa memberi tumpuan kepada akademik, katanya.
Sementara itu, katanya, pembangkang perlu memohon ampun kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang murka dengan tindakan sebuah parti politik menggunakan gambar baginda menerusi poster pada majlis ceramah di Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

Katanya, pembangkang harus memahami kedudukan Raja sebagai payung negara yang tidak sepatutnya dieksploitasi sehingga boleh menjatuhkan maruah dan martabat Raja



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelajarIPTtetapdilarangberpolitik/Article


Selasa, 10 Ogos 2010

Wajarkah Mahasiswa menjadi ahli parti politik?

Utusan Malaysia m/s 10 31 Julai 2010

Mahasiswa dan mahasiswi pada hari ini telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kancah politik di universiti masing-masing.Politik yang dimaksudkan ialah politik kampus yang meliputi segala perkara yang berkaitan dengan politik dalam kampus.Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah satu platform yang digunakan oleh mahaiswa/I dalam menceburkan diri mereka dalam dunia politik kampus.Platform ini adalah sesuai digunakan oleh mahasiswa/i dalam membawa idealisme dan agenda perjuangan masing-masing.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ialah salah satu platform yang telah diwujudkan oleh kerajaan dalam memastikan suara mahasiswa berkaitan dengan isu-isu nasional didengari oleh pihak kerajaan.Selain itu kita juga mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di setiap universiti yang berfungsi memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan mahasiswi universiti masing-masing.

Jadi tidak seharusnya timbul persoalan yang mahasiswa pada hari ini tidak mempunyai platform untuk menyuarakan pandangan atau pendapat mereka. Jika mahasiswa dan mahasiswi menyertai sesebuah parti politik, adakah mereka akan bebas untuk mengkritik kepimpinan parti tersebut?Silap-silap mereka akan digantung keahlian kerana lantang mengkritik kepimpinan parti.

Mahasiswa dan mahasiswi juga tidak akan mempunyai idealisme tersendiri apabila mereka menyertai parti-parti politik kerana kongkongan dasar parti tersebut.Hal ini kerana dasar partilah yang akan membunuh idealisme mahasiswa tersebut.Perkara paling penting yang perlu diingatkan adalah mahsiswa/I adalah golongan yang masih belum menamatkan pengajian mereka.

Hal ini menyebabkan saya yakin dan percaya bahawa apabila mahasiswa/I dibenarkan untuk menyertai parti-parti politik, pengajian mereka di universiti juga akan terganggu dek kerana politik luar ini.

Kemunculan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang sebenarnya melindungi mahasiswa daripada cengkaman parti-parti politik di luar kampus. AUKU yang menyebabkan mahasiswa dan mahasiswi pada hari ini mempunyai idealisme tersendiri dan juga kita dapat membentuk kepimpinan mahasiswa di kampus mengikut acuan tersendiri tanpa kongkongan parti-parti politik di luar kampus.AUKU juga menjadikan kampus kita selamat dan aman daripada ahli-ahli politik yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperkudakan mahasiswa dan mahasiswi.

Kepada orang dewasa yang berada di luar kampus yang telah berjaya dalam pengajian di universiti dan kehidupan mereka,janganlah cuba mencadangkan idea-idea yang bukan mereka akan tanggung kesannya tapi kami dan generasi akan datang yang akan menanggung kesan baik buruknya. Biarkan kami cemerlang dalam pengajian kami masing-masing dahulu kerana itu adalah harapan setiap ibubapa.

Selepas tamat pengajian, InsyaAllah kami sebagai mahasiswa akan menilai dan memilih parti politik manakah yang akan kami sokong .Tapi berikan kami ruang dan peluang untuk menyiapkan diri kami dalam kampus tanpa gangguan dari luar kampus yang mungkin boleh merosakkan masa depan kami.


Ahmad Wafi Bin Sahedan
Jurucakap
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)
Sidang 2009/2010
Merangkap
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Sidang 2009/2010

Khamis, 29 Julai 2010

SEKOLAH KHAS UNTUK ANAK LUAR NIKAH??

Sekolah Khas?

“ ayang, kalau i kantoi mengandung mcm mana? ” tanya si perempuan ketakutan..
“ apa masalahnya. Kita masuk je lah ke sekolah khas tu. Lepas beranak nanti keluarlah” balas teman lelaki.
“ ye la.. dalam tu hanya kita je ada. Orang-orang(masyarakat) dah tak ganggu kita ” kata remaja perempuan yang penuh gembira.
Dialog itu mungkin akan terjadi sekiranya cadangan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Ali Rustam untuk membina sekolah khas bagi remaja terlanjur diteruskan.  Motifnya adalah untuk memberi peluang kedua kepada remaja tersebut membina hidup baru setelah bergelumang dengan najis zina.
Saya puji langkah kerajaan Melaka yang menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM500 bagi pasangan yang ingin kahwin awal. Ini yang patut fikirkan bersama. (namun penulis tidak berhasrat menyahut langkah kerajaan Melaka ini lagi… hehe)
Namum cadangan untuk membina sekolah khas tersebut, saya amat tidak bersetuju. Asasnya adalah :
  1. Akan wujud stigma yang negatif kepada pelajar sekolah khas tersebut khususnya bila berhadapan dengan masyarakat.
  2. Islam tidak menggalakkan pengubatan kepada sesuatu masalah tanpa dengan langkah MENCEGAH. “ jangan kamu dekat/hampiri zina!!”
  3. Sekolah ini seolah-olah menjadi suatu peluang kepada pelaku zina untuk terus ‘berpesta’ kerana ada pihak yang akan bantu mereka untuk memberi peluang kepada mereka selepas ini.
  4. ‘Sekolah ini akan melindungi pelajarnya daripada gangguan masyarakat’… berita harian.  Masyarakat dipersalahkan? Sedangkan tidak ada suatu masyarakatpun yang ada dalam Negara ini setuju dengan zina.
  5. Penzina mesti dikenakan HUKUMAN, bukan HADIAH@BANTUAN. Barulah mereka insaf dan belajar dari kesilapan.
  6. Saya cadang, kerajaan negeri MELAKA boleh rancang Universiti Khas bagi mahasiswa yang terlanjur untuk menghabiskan pengajian sarjana muda mereka.  Antara subjek teras universiti tersebut adalah CARA MENGURUSKAN ANAK. J
Banyak lagi side effect yang lain sekiranya sekolah ini dibuat. Akan tetapi, kita bukan sekadar mengkritik, tapi ingin mencadangkan sesuatu kepada semua kerajaan ‘anak’ termasuk pusat sekiranya bersungguh-sungguh ingin membanteras gejala buang bayi dan anak haram.
  1. Tapis laman web porno dan lucah sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir. Bangunkan penggunaan jalur lebar yang sejahtera sebagaimana kerajaan Kelantan buat, internet toyyibah.
  2. Wajibkan pakaian menutup aurat(muslim) dan pakaian beretika(non muslim) bagi semua sekolah mahupun universiti. Ini mencagah unsur-unsur yang membawa kepada ransangan nafsu.
  3. Kurangkan ‘mengeksploitasi’ wanita sebagai bahan kempen di media cetak mahupun elektronik.
  4. Kawal filem-filem dan drama yang berunsur keterlanjuran dan penuh tidak bermoral.
  5. Buat revision kepada matapelajaran agama disekolah-sekolah dan tekankan elemen akhlak dan adab pergaulan yang diajar Agama. Saya kira semua agama tidak membenarkan penganutnya bergaul terlalu bebas tanpa ada batasan yang dibuat.
  6. Universiti wajib mengadakan kelas bimbingan agama dan dikira penglibatannya dalam jam kredit. Jangan hanya lepaskan program dan aktiviti islam dijalankan oleh perstuan mahasiswa islam dan balai islam semata-mata kerana stigma ini adalah SALAH.
Pepatah arab pernah menyebut : “ mencagah lebih baik dari mengubat ”
Saya mohon kerajaan negeri Melaka mengkaji balik cadangan yang tersebut demi kebaikan umat bangsa kita pada masa akan datang. Melaka penuh dengan sejarah dan tidak kita lupakan pernah menjadi negeri yang melaksanakan hukum hudud dalam Hukum Kanun Melaka awal pembukaan dahulu.belajar dari sejarah, maka kembalilah kepada ISLAM, kerana itulah UBAT yang paling mujarab yang dicadangkan oleh DOKTOR yang paling pakar.

PMIUM bersama semua.

"Penulis merupakan Presiden PMIUM,mantan MT MPMUM dan merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Malaya.Penulis boleh dihubungi melalui blognya  http://kasturi89.wordpress.com/"

Jumaat, 18 Disember 2009

Seluruh pemimpin mahasiswa perlu tampil bantah BTN




Dasar BTN Yang Tersasar

Rata-ratanya umum sudah mengetahui doktrinisasi yang diamalkan UMNO melalui BTN yang sememangnya  berbaur kepentingan politik dan perkauman yang melampau. Membakar semangat kemelayuan, membunuh simpati terhadap pembangkang dan kemudian mendewa-dewakan UMNO sebagai penyelemat bangsa terus  menjadi modus operandi BTN untuk memelihara survival UMNO.
Sepanjang pengalaman menyertai program BTN di sekolah, memang cukup menyedihkan apabila melihat penceramah yang memiliki mustawa ilmu yang cukup tinggi namun sanggup menjadi balaci yang membenarkan pembohongan. Pada perkiraan saya, BTN tidak lagi memainkan peranan yang sebenar dalam memupuk semangat patriotisma namun lebih menjurus kepada perpecahan akibat sentimen permusuhan politik dan bangsa.
Pembawaan dengan cara doktrin paksa.
Boleh dikatakan setiap penjawat awam perlu menghadiri program yang diadakan secara khusus oleh BTN mahupun slot-slot kecil yang ditumpang oleh wakil BTN. Diperingkat mahasiswa pula, kebanyakan pelajar yang menganggotai Majlis Perwakilan Mahasiswa akan dibawa untuk mengikuti kursus BTN yang kebiasaannya menjadi aktiviti awal untuk setiap sesi kepimpinan.
Maka disaat inilah kerajaan Barisan Nasional melalui BTN akan sehabis mungkin cuba menyebarkan doktrin secara paksa agar setiap inci isi rakyat tunduk dan patuh pada telunjuk pemerintah. Ini menjawab persoalan mengapa wujudnya rasa takut pegawai kerajaan untuk melahirkan sokongan terhadap pembangkang bahkan wujud sentimen yang menyifatkan bahawa tanpa UMNO negara akan huru-hara.
BTN juga dilihat menyumbang kepada kemandulan idealisma mahasiswa  hasil daripada cerapan anti-pembangkang yang dikatakan tidak patriotik. Tindakan agresif mahasiswa terdahulu disifatkan sebagai pemecah belah bangsa dan tidak berlunaskan adab perlembagaan. Maka nama-nama tokoh mahasiswa seperti Anwar Ibrahim dan Hishamudin Rais dilabel sebagai agen penjajah yang cuba merosakkan kemerdekaan tanah air melalui tindakan subversif yang menggugat keamanan.  Inilah bentuk paksaan minda yang diamalkan oleh BTN bagi memastikan  pesertanya meyakini bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional mampu menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
BTN membantutkan daya intelektual masyarakat
Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah pencapaian status negara maju, pembinaan minda rakyat juga seharusnya dibenarkan untuk berkembang secara bebas selaras dengan tahap intelektual berkelas dunia. Kerajaan Barisan Nasional seharusnya meneladani kepimpinan negara-negara maju yang mampu bersifat terbuka terhadap persepsi masyarakat samada negatif mahupun positif.
Presiden Indonesia misalnya, beliau mampu mempamerkan kredibiliti sebagai seorang pemimpin berwibawa apabila beliau bukan sahaja tidak menyekat rakyatnya melakukan demonstrasi, bahkan menasihatkan agar rakyatnya menjaga keselamatan semasa berdemonstrasi. Namun keadaan sebaliknya berlaku di Malaysia apabila semangat reformasi  rakyat terus dihalang melalui kekangan kuasa dan jiwa rakyat terus tekan melalui doktrinisasi BTN.
Natijahnya, wujud sebahagian rakyat Malaysia yang terus dibelengu dengan ketakutan terhadap perubahan lantas mereka sanggup duduk terperuk dan melayan ugutan pemerintah terhadap periuk nasi mereka.
Pemimpin Mahasiswa Perlu Bangkit
Kini sudah tiba masanya untuk mahasiswa tampil dan membantu dalam memulihkan kembali integriti rakyat Malaysia yang pada pandangan saya amat jauh ketinggalan berbanding rakyat negara maju yang lain. Saya tidak memaksudkan rakyat Malaysia secara kolektif, namun ada sebilangan besar yang telah dijangkiti sindrom ketakutan dan konflik kepercayaan akibat saduran BTN yang melampaui hak kebebasan minda untuk berfikir dan memilih. Maka rakyat sedang menanti satu suara yang mampu menggegarkan suasana kondusif pemerintah agar mereka tidak menyisih pandang tuntutan rakyat ini.
BTN sudah tidak relevan dengan zaman kebebasan ilmu pengetahuan serta tahap pemikiran masyarakat yang semakin berkembang maju. Oleh itu BTN perlu dirombak atau dimansuhkan secara total. Maka saya menyeru setiap pemimpin mahasiswa untuk tampil dan menyuarakan pendirian bahawa mahasiswa menuntut agar kerajaan mengkaji semula perlaksanaan BTN melalui rombakan diperingkat dasar mahupun pemansuhan BTN secara total. Mahasiswa menyokong sebarang usaha untuk membina semangat patriotisma yang tinggi, namun mahasiswa juga meyakini bahawa BTN bukan jalan tunggal untuk usaha tersebut.
——–
*Penulis ialah Pengerusi Kelab Bahasa Dan Sastera (BAHTERA) merangkap aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

  • Oleh: Ahmad Syukri Bin Che Ab Razab*

Ahad, 1 November 2009

Sistem gred baru masuk ke IPTA

PUTRAJAYA 30 Okt. - Syarat kelayakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setaraf untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan diperketatkan mulai tahun depan.

Ini berikutan pengiraan merit untuk pemohon akan menggunakan penggredan baru iaitu kelulusan A+.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Ir. Radin Umar Radin Sohadi berkata, kaedah pengiraan markah tersebut bertujuan memilih pelajar terbaik di kalangan yang terbaik.

‘‘Sehubungan itu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melaksanakan kaedah pengiraan markah merit terkini dengan perubahan kecil kepada kaedah sedia ada.

‘‘Kaedah tersebut juga mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian dengan memastikan pelajar yang dulunya mendapat gred 6C (kepujian) tidak diturun taraf ke gred lebih rendah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai penggredan baru A+, beliau memberitahu, pelajar yang memperoleh A kini terbahagi kepada tiga kategori iaitu A+, A dan A-.

Ini bermakna mereka yang mendapat A+ bakal memperoleh nilai markah bagi pengiraan merit sebanyak 18, A (16) manakala A- (14).

‘‘Sebagai contoh, jika sebelum ini keseluruhan A dikira berdasarkan markah 90-100 tetapi melalui penggredan baru ini adalah 99-100 (A+), 98-95 (A) manakala 94-90 (A-),” katanya.

Radin Umar menambah, syarat khas program pengajian dan pemilihan calon ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011 akan dilaksanakan secara dua kaedah dalam proses transisi.

Pertama, kaedah sedia ada bagi calon lepasan SPM 2008 dan sebelumnya dan kedua, kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009.


Kata beliau, kaedah itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar bukan tahun semasa mengemukakan permohonan serta dipertimbangkan secara adil, telus serta bersistematik dalam pemilihan kemasukan ke IPTA berasaskan dasar sedia ada.

‘‘KPT bersetuju mengadakan taklimat ke seluruh negara kepada guru bimbingan dan kaunseling mengenai perubahan ini,” katanya.

Jelasnya, KPT akan mengemas kini maklumat mengenai kaedah pengiraan markah merit terkini melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah.

Maklumat juga boleh diperolehi melalui laman web rasmi kemasukan ke IPTA iaitu
http://upu.mohe.gov.my

Khamis, 29 Oktober 2009

Takziah:Tragedi Perkhemahan 1M

Program Perkhemahan 1 Malaysia murid-murid tahun 6 seluruh sekolah-sekolah di Lembah Kinta bermula dengan tragedi buruk. Program yang baru bermula petang semalam di di SK Kuala Dipang di kejutkan apabila jambatan gantung yang menghubungkan antara SK Kuala Dipang dengan tapak perkhemahan di seberang Sg. Kampar tiba-tiba runtuh kerana tidak mampu menanggung sejumlah pelajar yang agak ramai.

Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk makan malam di SK. Kuala Dipang setelah selesai acara yang diadakan di tapak perkheman. Bilangan pelajar yang melalui jambatan gantung terlalu ramai sehingga jambatan tersebut runtuh. Jumlah yang sebenar dihanyutkan sungai yang deras tidak pasti, tetapi menurut laporan polis 22 orang pelajar disyaki hanyut dan dikhuatiri lemas.



Beberapa orang guru yang terlibat dalam program tersebut telah memberi maklumat, kejadian berpunca dari jambatan gantung yang dibina secara tergesa-gesa (katanya tak sampai sebulan siap), jambatan yang dibina tidak menepati struktur binaan yang kukuh, saya lihat sendiri bagaimana tiang jambatan gantung di sebelah SK. Kuala Dipang boleh terbongkar dan tercabut, filing binaan tidak kukuh, hanya beberapa meter sahaja tiang di tanam kemudian di simen begitu sahaja.



Sesiapa pun melihat walaupun bukan kontraktor atau mengetahui asas-asas berkaitan binaan, pun boleh pertikai binaan tersebut. Kita tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, tapi apa yang kita mahu persoal berdasarkan maklumat yang diperolehi mengapa program yang melibat pelajar yang ramai (peserta hampir 300 orang) fasilitator yang dilantik cuba 11 orang sahaja, mengapa ketika kejadian berlaku kebanyakan guru berada di SK Kuala Dipang, hanya beberapa orang sahaja yang berada di tapak perkhemahan, bagaimana pula murid-murid yang begitu ramai dibiarkan berpusu-pusu menuju ke jambatan tanpa diawasi atau meniti jambatan secara berkumpulan, jambatan gantung yang dibina pula adakah sudah diperiksa dan diluluskan sebelum digunakan, dibina pula secara tergesa-gesa, dan banyak lagi.............



Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak wajar bertanggungjawab di atas insiden tersebut. Jabatan tersebut merupakan penganjur kepada program tersebut yang bukan sahaja diadakan di SK. Kuala Dipang bahkan di seluruh Perak atas nama Perkhemahan 1 Malaysia. Difahamkan program seumpama itu diadakan bertujuan menghabiskan peruntukan hampir 6 juta yang mesti dihabiskan pada tahun ini juga. Antara program yang bertujuan menghabiskan peruntukan tersebut ialah menganjurkan perkhemahan seumpama ini.



Akibatnya semua dibuat dan dibina dengan tergesa-gesa, jambatan gantung dibina dengan tergesa-gesa, yang penting bagi mereka siap dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat, lalu jambatan tersebut dibina dengan tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Jambatan itu pula selepas siap terus sahaja digunakan oleh sejumlah pelajar yang ramai. Saya percaya sekiranya jambatan tersebut diperiksa dengan teliti aspek-aspek binaannya sudah pasti tidak akan diluluskan untuk digunakan.



Pihak UniMAPKini dan seluruh warga UniMAP ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mereka bersabar menghadapi ujian ini.



Kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ini, diharap insiden yang berlaku memberi kesedaran untuk masa akan datang untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.


Jumaat, 23 Oktober 2009

Air Perlis Tidak Bersih


Bahan cemar tinggi dalam air paip di Perlis, K'tan

Kandungan bahan asing seperti klorin, bakteria E. coli, aluminium dan besi didapati tinggi dalam air terawat di Kelantan dan Perlis.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, ujian makmal yang dijalankan di Loji Rawatan Air (LRA) Pintu Geng, Kota Bharu mendapati kandungan besi dalam air terawat di loji itu adalah sangat ketara iaitu melebihi 0.3 miligram per liter.

Sebagai contoh, pada Februari 2009, sebanyak 20 kali sehari ujian yang dilakukan mendapati kandungan besi dalam air dirawat ialah antara 1.5 hingga 1.8 miligram per liter setiap hari.

Ujian yang dijalankan Kementerian Kesihatan terhadap kualiti air minum di Perlis pula menunjukkan terdapat 7.1 peratus klorin, 6.8 peratus E. coli dan 4.1 peratus aluminium di dalam air itu.

"Kekerapan ujian di loji yang dijalankan hanyalah antara lima dan enam kali sehari tidak memadai bagi memastikan tahap kualiti air yang dibekalkan pada pengguna adalah selamat," kata laporan itu.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis tidak membuat ujian di stesen pensampelan yang menyebabkan keputusan pensampelan hanya bergantung kepada ujian yang dijalankan pihak Jabatan Kesihatan.

Menurut laporan itu, bagi meningkatkan kualiti air minum yang dibekalkan, pihak terbabit disyor supaya menyegerakan perwartaan kawasan tadahan, muka sauk, medan telaga dan LRA sebagai kawasan larangan, selain menaiktaraf LRA.

Tindakan penambahbaikan dari segi kekerapan ujian dan membaiki stesen pensampelan yang rosak dengan segera, turut menjamin tahap kualiti air yang dibekalkan. BERNAMA

Ahad, 18 Oktober 2009

Metro: Anak haram bercambah

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

Bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. Ini antara sebab Islam mengharamkan pergaulan bebas dan zina.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung.

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak, ” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum.

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

Ahad, 11 Oktober 2009

MEDIA BERSAMA KITA!!!

SALAM 1 MALAYSIA,

Pelbagai pihak media sekarang sedang menumpu ke arah kampus kita, berita penyelewengan unimap kini di pandang serius oleh mereka. Kesedaran wartawan & mahasiswa kampus kita adalah bergerak seiring. mahasiswa kita sudah sedar bahawa kitalah golongan pemimpin bukan lagi dipimpin. Hal ini telah menarik minat lebih banyak media untuk membuat liputan bersama kita.

Unimap, kini berada di dada-dada akhbar berikut:


http://www.malaysiakini.com/news/114547

http://mahasiswakini.com/archives/4451

http://peghelihla.blogspot.com/2009/10/pilhanraya-kampus-unimap-mahasisiwa.html

http://thestar.com.my/education/

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022767&Itemid=111

Menurut temuramah wartawan unimapkini bersama beberapa orang staff unimap, rata-ratanya yakin bahawa blog & web ini pasti akan di sekat oleh unimap dalam masa terdekat ini. Namun begitu, mereka juga percaya bahawa pendedahan demi pendedahan perlu dilakukan sama ada di peringkat kampus mahupun diperingkat kebangsaan. Hal ini, mampu befungsi sebagai " Check And Balance" bagi universiti dan mahasiswa selain dapat membongkar kesalahan & penyelewengan yang telah dilakukan samada yang melakukan kesalahan tersebut adalah dipihak mahasiswa atau pun universiti.

Apabila disoal berkenaan tidakkah pendedahan seperti begini boleh menjatuhkan nama & maruah sesebuah universiti. Mereka menjawab, kejatuhan nama & maruah ini tidak penting, asalkan nilai integriti & solidariti dapat dipertingkatkan. Islam tidak pernah mengajar kita untuk mengejar nama & kedudukan. Kenapa memperkasakan nama & kedudukan yang perlu diutamakan oleh universiti?? sedangkan nilai integriti & solidariti terus dikhianati seperti yang mereka lakukan kepada beberapa orang mahasiswa baru-baru ini. Peristiwa ini, telah membuka mata ramai pihak terutamanya media yang sanggup turun padang bersama kita mendapatkan maklumat.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak unimapkini kerana telah berjaya membongkar penyelewengan ini. cuma penerangan demi penerangan perlu dilakukan setiap masa bagi menyedarkan seluruh mahsiswa kita berkenaan penindasan ini. Bangunlah wahai mahasiswa sekalian.

Selasa, 3 Mac 2009

Perak Kian Celaru

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
  • Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan ditutup
  • Setiausaha DUN digantung serta-merta

IPOH: Satu demi satu kejutan berlaku ekoran krisis perlembagaan di Perak terbaru pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditutup hari ini, manakala Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri digantung perkhidmatannya berkuat kuasa serta-merta.


ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di Jalan Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab sejak semalam berikutan notis penutupan pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Arahan penutupan itu dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, dipercayai bagi menghalang sidang tergempar DUN yang dipanggil oleh Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar.


Notis dua perenggan ditampal di sekitar bangunan yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri itu, turut mengarahkan kakitangan semua agensi di situ membatalkan temu janji mereka hari ini.

Sivakumar pula bertindak menggantung tugas Abdullah Antong kerana didakwa gagal menjalankan tanggungjawab secara saksama dan melantik Mohd Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Setiausaha DUN yang baru.

Tindakan itu diambil berikutan kenyataan Abdullah Antong kelmarin bahawa sidang tergempar DUN yang dipanggil Sivakumar tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak berdasarkan Perintah Tetap DUN Perak serta Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP itu, juga memberi amaran bahawa mana-mana pihak termasuk Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah, boleh dipenjara sehingga tujuh tahun jika cuba menghalang sidang tergempar DUN itu.
Sivakumar berkata, Zulkifli sepatutnya peka dengan Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang menyatakan perbuatan menghalang sidang DUN adalah satu kesalahan.

Amaran itu dibuat berikutan kenyataan Zulkifli petang semalam yang mengingatkan orang ramai supaya tidak berkumpul di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan kerana sidang tergempar DUN itu tidak sah seperti dimaklumkan Abdullah.

"Pihak lawan sekarang menggunakan taktik kotor untuk menghalang DUN daripada bersidang seperti menutup DUN dan menghalang Adun daripada memasuki premis," kata Sivakumar pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Di JAKARTA, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempersoalkan tindakan Sivakumar memanggil sidang tergempar DUN tanpa terlebih dulu menunggu keputusan mahkamah berhubung saman Mohamad Nizar yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

"Saya tidak faham mengapa beliau sanggup melakukan sesuatu yang menimbulkan kontroversi. Ketika ini, banyak masalah lain yang perlu dihadapi. Beliau perlu tunggu hingga mahkamah membuat keputusan... itu adalah perkara terbaik untuk dilaksanakan," katanya.

Perdana Menteri berkata, Sivakumar juga perlu bersabar dan bukan menggantung Zambry serta enam Ahli Exconya yang pelantikan mereka mendapat perkenan Sultan Azlan Shah.

Mengenai kemungkinan konflik di Perak selesai jika pilihan raya negeri diadakan, beliau berkata ia tidak perlu kerana perkara itu sudah diputuskan oleh Sultan Perak.

Ahad, 1 Mac 2009

Tak perlu tambah universiti

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
Kerajaan tumpu mantap pembangunan prasarana, modal intelektual


KUANTAN 1 Mac - Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menambah bilangan universiti awam serta swasta kerana jumlah yang ada sudah mencukupi.

Sebaliknya kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memantapkan pembangunan prasarana dan modal intelektual.



NAJIB bertanya sesuatu kepada Dr Daing Nasir sambil diperhatikan Mohamed Khaled (kanan) dan Adnan (tengah) sebelum merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di Kuantan, semalam.

Beliau berkata, pada ketika ini ada 20 universiti awam dan 21 universiti swasta di seluruh negara.

"Bilangan universiti sekarang ini sudah cukup dan tidak ada keperluan lagi (untuk bina universiti baru). Setiap negeri sudah ada universiti termasuk negeri yang diperintah pembangkang.

"Sekarang masa beri tumpuan supaya universiti yang ada ini menjadi pusat kecemerlangan akademik dan melahirkan pelajar yang hebat dalam akademik serta benar-benar terdidik dan mempunyai nilai tambah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Najib berkata, kerajaan mahu memberi lebih fokus kepada pembangunan prasarana dan modal intelektual supaya setiap universiti di negara ini dapat melahirkan graduan cemerlang dalam akademik dan memiliki personaliti yang terbaik.

"Kita akui proses ini akan mengambil masa, sebab itu kena pastikan setiap universiti dapat membangunkan kemudahan prasarana dan modal intelektual sampai ke tahap optimum.

"Ini termasuk ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi supaya 70 peratus tenaga pengajar universiti awam dan swasta memiliki ijazah kedoktoran (PhD)," katanya.

Selain itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan sedia menambah kuasa autonomi kepada setiap universiti pada masa akan datang supaya mereka dapat meneruskan kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

"Kita perlu memberi peluang kepada universiti mencapai tahap matang dan optimum menerusi kuasa autonomi yang ada pada mereka.

"Ini termasuk memberi tambahan kuasa membuat keputusan dari segi menentukan pelantikan tenaga pensyarah, kurikulum, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), lawatan dan kursus ke luar negara," katanya.

Terdahulu, Najib menyaksikan dua majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara UMP dan Hicom Automotive Manufacturers Sdn Bhd serta Pasdec Holdings dalam bidang penyelidikan dan pembangunan modal insan.

UMP diwakili Daing Nasir dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Rosli Mohd Yunus, Hicom Automotive Manufacturers Sdn Bhd pula oleh Pengerusinya, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza dan Ketua Eksekutifnya, Abdul Rashid Musa manakala Pasdec Holdings diwakili Adnan dan Pengarahnya, Datuk Lias Mohd Noor.

'Allah' hanya untuk Islam

Disunting Daripada Ahbar Tempatan
KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan


KOTA KINABALU 1 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).


Syed Hamid Albar

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: 'percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkuat kuasa serta-merta itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Pada sidang media di Hotel Sutera Pacific, di sini semalam, Syed Hamid berkata: "Saya mengakui ada kesilapan dalam penggubalannya (perintah berkenaan). Penggubalan itu mengatakan boleh sedangkan ada larangan.

"Pewartaan itu memberi gambaran seolah-olah perkataan itu boleh digunakan sedangkan ia belum dirumuskan dan tidak ada perubahan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini. Saya mengambil ketetapan ia perlu diperbetulkan kerana jika tidak, warta itu melahirkan kekeliruan."

Serentak penarikan balik perintah pewartaan itu, KDN juga melarang Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat.

"Kita ada perintah awal yang tidak membenarkan penerbitan lain selain agama Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Ini bukan bertujuan menyekat pengamalan mana-mana agama tetapi untuk mengelakkan kekeliruan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai semakan kehakiman kes berkenaan yang dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.

Ajar pemimpin Melayu - Sasterawan Negara

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR, 1 Mac - Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.


Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

"Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu 'bahasa undi' (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu," tegasnya.

Menurutnya, Umno-BN memperkecilkan golongan muda yang bakal menentukan masa depan negara ini.

Oleh itu, kata beliau golongan muda wajar menggunakan kuasa mengundi (pilihan raya) bagi menentukan pemimpin dan masa depan negara ini.

"Dia (Umno) selalu memperkecilkan angkatan (generasi) muda. Angkatan tua biasanya sudah bersikap jika dia Umno tetap akan Umno, jika syahdunya PAS dia akan tetap dengan PAS.

"Kuasa imbangan yang terbesar sekarang adalah ditangan anak-anak muda dan janganlah lupa menggunakan kuasa (pilihan raya) itu untuk menentukan masa depan bangsa dan bahasa," ujarnya.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad mendakwa pemimpin Negara ini telah melakukan satu jenayah kerana melanggar Akta Pendidikan dan Perlembagaan.

Katanya, kemajuan yang mahu dinikmati oleh rakyat dan negara ini bukan dengan cara membunuh bahasa dan bangsa sendiri.

"Kenapakah pemimpin (Umno-BN) kita telah melakukan satu jenayah dengan melanggar Akta Pendidikan dan melanggar Perlembagaan yang mensucikan bahasanya.

"Sekarang tahun 2009, perlanggaran itu berterusan. Apakah orang seperti saya yang membantah PPSMI kerana tidak mahu kemajuan.

"Saya telah berusia 76 tahun dan saya telah menulis sepanjang lebih 50 tahun dan menghasilkan 65 buah buku khazanah untuk bangsa saya,"jelasnya.

Katanya, permasalahan isu PPSMI berlarutan sejak enam tahun lalu kerana negara ditadbir oleh pemimpin yang hanya berfikir lima tahun ke hadapan dan bukan 50 tahun ke hadapan.

"Kita (Melayu) sudah kepupusan huruf (jawi) dan kita sudah hilang Utusan Melayu oleh kerana kepupusan huruf.

"Kita (Melayu) hilang kitab-kitab jawi dan tidak lama lagi dalam lima dekad kita akan hilang bahasa kita (Melayu) sendiri,"

jelasnya.

Jumaat, 27 Februari 2009

Untung Celcom Bertambah 24.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Celcom (Malaysia) Bhd mencatatkan peningkatan dua angka bagi keuntungan sebelum cukainya pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2008 dengan pertambahan sebanyak 24.4 peratus kepada RM1.755 bilion berbanding RM1.410 bilion pada 2007.

Pendapatan syarikat telekomunikasi selular mudah alih itu melonjak sebanyak 10.1 peratus kepada RM5.606 bilion daripada RM5.093 bilion sebelumnya.

Ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata tahun 2008 menyaksikan keputusan kewangan terbaik dalam sejarah syarikat itu, hasil daripada rancangan pemulihannya dan strategi pemasarannya yang agresif.

"Kami juga merupakan satu-satunya pengendali mudah alih yang mencatatkan pertumbuhan pendapatan bagi 11 suku berturut-turut," katanya pada majlis taklimat media mengenai prestasi syarikat itu, di sini hari ini.

Beliau berkata kelembapan ekonomi tidak memberikan kesan besar ke atas perniagaan syarikat itu.

"Dengan demikian, kami masih menikmati pertumbuhan asas pelanggan dan penggunaan, yang kesemuanya merupakan tanda-tanda positif ke arah menjana pendapatan kami," katanya.

Pendapatan Celcom sebelum cukai, faedah, penyusutan dan pelunasan (EBITDA) bertambah 10.5 peratus kepada RM2.5 bilion pada 2008 daripada RM2.3 bilion pada tahun sebelumnya, dan ini menghasilkan peningkatan margin EBITDAnya kepada 45.2 peratus daripada 44.6 peratus.

Asas pelanggan syarikat itu berkembang sebanyak 22 peratus kepada 8.76 juta, dan daripada jumlah ini 6.996 juta merupakan pengguna prabayar manakala 1.765 juta selebihnya adalah pengguna pascabayar.

Ia juga mencatatkan pertumbuhan pelanggan jalur lebar kepada 228,000 setakat akhir 2008.

Agihan pasaran Celcom juga bertambah kepada 32.5 peratus pada 2008 daripada 30.9 peratus pada 2007.

Tentang prospek bagi 2009, Shazalli berkata syarikat itu berharap dapat mengekalkan momentum pertumbuhannya tahun ini dan akan terus mengamalkan strategi proaktif bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi global.

3 Mac sidang tergempar DUN Perak

Disunting Daripada Malaysiakini
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.


Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

sivakumar and perakUsul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut Bernama, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidang biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadi bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua
Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut.

Syarat guna perkataan "Allah"

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR: Penerbitan bahan agama Kristian dilarang menggunakan perkataan "Allah" melainkan jika di kulit muka depan penerbitan itu ditulis dengan terang perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".


Perkara itu terkandung dalam warta kerajaan P.U. (A) 62 bertarikh 16 Februari 2009 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Che Din Yusoh memberitahu dalam satu kenyataan hari ini bahawa perkara itu diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Perenggan 2.(1) warta itu menyebut: "Percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan yang berhubung dengan agama Kristian yang mengandungi perkataan "Allah", "Kaabah", "Baitullah" dan "Solat" adalah dilarang melainkan jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN".

Perenggan 2.(2) Perkataan "UNTUK AGAMA KRISTIAN" yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah ditulis dengan fon jenis Arial bersaiz 16 dalam huruf tebal.

Kerajaan perlu ambil alih konsesi tol, jangan biar rakyat melarat!

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR, 27 Feb - Kenaikan kadar tol yang akan berkuatkuasa 1 Mac di lima konsesi lebuhraya hanya akan menambah beban rakyat tatkala ekonomi negara semakin parah.


Penangguhan kenaikan bukanlah langkah terbaik kerana apapun kerajaan masih terpaksa membayar pampasan sekiranya penangguhan kenaikan dilakukan, kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar.

Akhirnya wang rakyat juga yang terpaksa digunakan bagi membayar pampasan ini yang hanya akan terus memberi keuntungan kepada pemegang konsesi sahaja, katanya.

Walhal pemegang konsesi yang pastinya mendapat keuntungan kerana bilangan kadar penambahan kenderaan setiap tahun, katanya.


Langkah terbaik kata Mahfuz ialah kerajaan secara serius perlu mengambil alih konsesi dengan perbelanjaan yang pernah dianggarkan oleh beberapa NGO hanya pada kadar beberapa bilion sahaja, katanya.

"Langkah ini lebih penting berbanding kerajaan terus menerus menggunakan terma perjanjian dengan pemegang konsesi untuk menaikkan kadar tol dalam tempoh tertentu atau membayar pampasan jika tidak menaikkan kadar tersebut," katanya.

Hal ini penting difikirkan pimpinan kerajaan terutamanya kabinet yang sebelum ini membuat keputusan yang lansung tidak memikirkan keadaan unjuran ekonomi walhal mereka tahu akan senario tersebut, katanya.

"Akibatnya kini (jika naik kadar tol), rakyat yang sudah melarat kerana masalah ekonomi akan terus merempat dan terpaksa mengikat perut," katanya.

Sementara itu beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap berpura-pura pemimpin Umno/BN yang kononnya membantah kenaikan kadar tersebut Mac ini.

Walhal, pemimpin BN lah yang sebenarnya mempertahankan kepentingan pemegang konsesi yang pada hematnya adalah 'funder' kepada Umno/BN termasuk untuk rasuah dan politik wang, dakwanya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar turut kecewa dengan sikap pemimpin BN yang hanya mengutamakan kepentingan syarikat konsesi tol sahaja.

Beliau yang ditemui baru-baru ini menyelar sikap kepimpinan BN yang tidak mahu menghalang kenaikan harga tol ini, sedangkan mereka sebenarnya tahu rakyat kini tersepit dalam kegawatan ekonomi.

"Di mata pemimpin BN rakyat seakan tidak ada erti, malah mereka hanya leka dengan soal politik sendiri terutama menjelang pemilihan Umno Mac ini," katanya.

Senada dengan pemimpin PAS itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tidak munasabah kerajaan tersebut dalam kegawatan ekonomi.

Beliau sendiri akan berbincang dengan pimpinan Pakatan Rakyat samada akan membawa usul atau membahaskan isu kenaikan harga tol itu di Parlimen.

Setelah lebih setahun ditangguhkan ,Menteri Kerjaraya Dato' Nohamad Zin Mohamad Khamis umum kenaikan kadar tol di lima lebuhraya.

Ia akan bekuatkuasa 1 Mac di lima lebuhraya antaranya Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Sementara itu dalam satu jawapan bertulis Kementerian Kerja Raya menyatakan, jumlah kutipan tol yang telah dikutip oleh Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari tahun 2004 hingga 2007 adalah sebanyak RM6.68 billion.

Walaubagaimanapun jumlah kutipan hasil tol bagi tahun 2008 masih belum disahkan oleh juruaudit bersama di antara Kerajaan dan syarikat konsesi.

Sepanjang tempoh tersebut, hanya pada tahun 2004 jumlah pendapatan yang direkodkan melebihi "threshold toll revenue" yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi PLUS. Untuk itu, kerajaan telah menerima perkongsian hasil tol sebanyak RM4.08 juta.