Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan

Sabtu, 7 November 2009

Final Exam, Cuba Tips Ini

Peperiksaan merupakan satu peristiwa yang penting bagi kehidupan seseorang pelajar. Jika di zaman persekolahan hanya ada beberapa periksaan penting, di universiti boleh dikatakan tiap-tiap semester ada peperiksaan penting. Umum berpendapat hanya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menjamin kejayaan masa depan yang gemilang.

Oleh sebab itu ramai yang sanggup melakukan apa saja agar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ada yang mengambil pendekatan positif dengan belajar awal agar persediaan rapi dapat dilakukan. Tahniah untuk anda.






Tetapi ada yang bersikap sambil lewa terhadap peristiwa penting ini. Walau pun begitu mereka ini tetap menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehinggakan golongan ini sanggup melakukan sesuatu yang menyalahi undang peperiksaan. Mereka sanggup menipu dan meniru dalam peperiksaan demi mendapat keputusan yang cemerlang. Berbagai cara dilakukan agar ‘toyol’ mereka tidak dapat dikesan. Lihat pada gambar di bawah. Pelbagai teknik digunakan untuk meniru. (Lihat pada anak panah dan bulatan merah)


meniru.jpg


Berbaloikah kecemerlangan begini?

Seseorang yang menipu atau meniru dalam peperiksaan akan merasai berbaloi atau tidak tindakan yang dilakukanya itu apabila menempuhi dunia pekerjaan. Dunia sebenar kehidupan.

Waktu itu mereka akan lihat bertapa kesungguhan adalah lebih penting dari cemerlang. Tetapi adalah lebih baik kecemerlangan yang diperolehi dari kesungguhan usaha adalah yang terbaik.

Mereka melihat sahabat yang hanya dapat keputusan cukup makan untuk graduate lebih dahulu mendapat kerja yang menjamin masa depan dimana mereka masih lagi melompat-lompat mencari pekerjaan dikala usia makin meningkat.

Memang keputusan yang cemerlang memberi peluang yang lebih untuk seseorang itu dipanggil temuduga dan seterusnya diterima bekerja tetapi keputusan yang cemerlang tidak menjamin seseorang itu akan berjaya melepasi tempoh percubaan syarikat. Tetapi yang lebih menjamin adalah kesungguhan seseorang itu.

Jika anda ingin berjaya dengan cemerlang dalam hidup, mulakan dari sekarang. Ingat kecemerlang yang diberkati adalah kecemerlangan yang hadir dari usaha yang sejati. Dan ingat rezeki itu kurniaan Illahi.

Jadi tips kita hari ini adalah jangan meniru.

“Bangkit Bersama Mahasiswa, Berubah Bersama Intelektual"

"Unite for UniMAP"

Sifar Meniru, Tahniah UniMAP

Peperiksaan yang bermula sejak 2 November baru-baru ini telah memaparkan kerjasama yang begitu baik antara pensyarah selaku pengawas peperiksaan dan Pegawai Keselamatan UniMAP dalam memastikan proses perjalanan peperiksaan berjalan dengan lancar.


Peranan mereka bagi memastikan keadaan sentiasa dalam keadaan selamat dan kondusif serta bebas dari gejala tiru-meniru telak dilaksanakan dengan begitu cemerlang. Krew UniMAPkini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pensyarah, staff-staff serta pegawai keselamatan sepanjang mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Walaupun tegas, tetapi ia cukup untuk memberi kesan yang sangat besar dan baik dalam mendidik mahasiswa agar mereka belajar untuk berlaku jujur dalam segala tindakan mereka termasuk dalam menjawab kertas peperiksaan yang bakal mereka hadapi.


Tahniah sekali lagi kepada UniMAP!

"Mahasiswa Cemerlang, UniMAP Gemilang"


"Unite for UniMAP"

Rabu, 4 November 2009

Selamat Berjuang

Musim peperiksaan sudah 2 hari bermula. Kelihatan mahasiswa begitu bertungkus lumus belajar untuk menguasai setiap mata pelajaran dalam menghadapi peperiksaan akhir semester ini.

Harap masih belum terlambat untuk krew UniMAPkini mengucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan bagi semester 2009/2010 kepada seluruh mahasiswa UniMAP. Mudah-mudahan kita mampu memperoleh keputusan yang cemerlang seterusnya membuktikan kepada masyarakat bahawa kita juga berdaya saing dalam setiap bidang yang ada termasuk bidang akademik.

Sehubungan itu, kami ingin menyeru kepada semua mahasiswa agar mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala peniruan sepanjang musim peperiksaan. Gejala ini tidak lain hanya menunjukkan kerendahan tahap intelektual sebagai mahasiswa dan jelas menongkah arus serta mencabar kesarjanaan yang bakal diperolehi. Sedar atau tidak, natijah buruk akan terserlah kesannya suatu masa nanti.

Tindakan sebegini hanyalah akan melahirkan lebih ramai graduan yang tidak mampu untuk menggunakan ilmu yang dipelajari dengan baik dan berkesan seterusnya mengaplikasi dalam kehidupan seharian. Ia secara tidak langsung menjatuhkan nilai dan kualiti graduan mahasiswa UniMAP yang bakal bergraduasi di samping menyukarkan proses pengakreditasian.

Siswa dan siswi sekalian,

Sekali lagi UniMAPKini ingin mengajak dan menyeru para sahabat agar berlaku jujur dan ikhlas dalam menterjemahkan amanah yang telah dipikul ke atas kertas peperiksaan yang bakal dijawab.

Ayuhlah mahasiswa sekalian, kita bebaskan diri dari gejala ini.

“Bangkit Bersama Mahasiswa, Berubah Bersama Intelektual”