Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tragis. Papar semua catatan

Selasa, 17 Ogos 2010

Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis

TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini.

Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga. Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut. Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya.

“Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain. “Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Khamis, 29 Oktober 2009

Takziah:Tragedi Perkhemahan 1M

Program Perkhemahan 1 Malaysia murid-murid tahun 6 seluruh sekolah-sekolah di Lembah Kinta bermula dengan tragedi buruk. Program yang baru bermula petang semalam di di SK Kuala Dipang di kejutkan apabila jambatan gantung yang menghubungkan antara SK Kuala Dipang dengan tapak perkhemahan di seberang Sg. Kampar tiba-tiba runtuh kerana tidak mampu menanggung sejumlah pelajar yang agak ramai.

Pelajar-pelajar berpusu-pusu untuk makan malam di SK. Kuala Dipang setelah selesai acara yang diadakan di tapak perkheman. Bilangan pelajar yang melalui jambatan gantung terlalu ramai sehingga jambatan tersebut runtuh. Jumlah yang sebenar dihanyutkan sungai yang deras tidak pasti, tetapi menurut laporan polis 22 orang pelajar disyaki hanyut dan dikhuatiri lemas.



Beberapa orang guru yang terlibat dalam program tersebut telah memberi maklumat, kejadian berpunca dari jambatan gantung yang dibina secara tergesa-gesa (katanya tak sampai sebulan siap), jambatan yang dibina tidak menepati struktur binaan yang kukuh, saya lihat sendiri bagaimana tiang jambatan gantung di sebelah SK. Kuala Dipang boleh terbongkar dan tercabut, filing binaan tidak kukuh, hanya beberapa meter sahaja tiang di tanam kemudian di simen begitu sahaja.



Sesiapa pun melihat walaupun bukan kontraktor atau mengetahui asas-asas berkaitan binaan, pun boleh pertikai binaan tersebut. Kita tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, tapi apa yang kita mahu persoal berdasarkan maklumat yang diperolehi mengapa program yang melibat pelajar yang ramai (peserta hampir 300 orang) fasilitator yang dilantik cuba 11 orang sahaja, mengapa ketika kejadian berlaku kebanyakan guru berada di SK Kuala Dipang, hanya beberapa orang sahaja yang berada di tapak perkhemahan, bagaimana pula murid-murid yang begitu ramai dibiarkan berpusu-pusu menuju ke jambatan tanpa diawasi atau meniti jambatan secara berkumpulan, jambatan gantung yang dibina pula adakah sudah diperiksa dan diluluskan sebelum digunakan, dibina pula secara tergesa-gesa, dan banyak lagi.............



Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak wajar bertanggungjawab di atas insiden tersebut. Jabatan tersebut merupakan penganjur kepada program tersebut yang bukan sahaja diadakan di SK. Kuala Dipang bahkan di seluruh Perak atas nama Perkhemahan 1 Malaysia. Difahamkan program seumpama itu diadakan bertujuan menghabiskan peruntukan hampir 6 juta yang mesti dihabiskan pada tahun ini juga. Antara program yang bertujuan menghabiskan peruntukan tersebut ialah menganjurkan perkhemahan seumpama ini.



Akibatnya semua dibuat dan dibina dengan tergesa-gesa, jambatan gantung dibina dengan tergesa-gesa, yang penting bagi mereka siap dan boleh digunakan dalam tempoh terdekat, lalu jambatan tersebut dibina dengan tidak mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Jambatan itu pula selepas siap terus sahaja digunakan oleh sejumlah pelajar yang ramai. Saya percaya sekiranya jambatan tersebut diperiksa dengan teliti aspek-aspek binaannya sudah pasti tidak akan diluluskan untuk digunakan.



Pihak UniMAPKini dan seluruh warga UniMAP ingin melahirkan rasa simpati terhadap keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Semoga mereka bersabar menghadapi ujian ini.



Kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran ini, diharap insiden yang berlaku memberi kesedaran untuk masa akan datang untuk lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan terlebih dahulu.