Kali ini Squad Bongkar UniMAPKini(SBU) akan membongkar lagi berkaitan Yuran LI. Ayuh kita lihat perkiraan yang hanya dibuat dengan nilai anggaran. Dengan anggaran ini walaupun bukan nilai sebenar, mampu untuk membuka minda kita dalam melihat ketelusan dan logikal sama ada perlu atau tidak untuk kita membayar lebih kurang RM 870 (+/-) sebagai yuran kepada universiti.Anggaran Minima Jumlah Keseluruhan Wang yang Diperolehi oleh UniMAP daripada (1.)Yuran Student LI; dan (2.)Wang daripada KPT:
1.Yuran Student LI:
Yuran pengajian untuk student LI = RM 870 (+/-) / orang
Anggaran bil. student yang menjalani LI = 1000 orang
Jum. Yuran yang diperolehi oleh UniMAP (Jbt. Bendahari) = RM 870 000 (+/-)
2.Anggaran Wang KPT:
Jum. wang yang diberikan oleh KPT = RM 625 000 (+/-)
Jumlah Keseluruhan (1.) dan (2.): = RM 1 495 000 (+/-)
UniMAP memperolehi wang sebanyak RM 1 495 000 (+/-) atau RM 1.495 juta (+/-), hasil daripada wang KPT dan Yuran LI. Ke mana perginya wang tersebut? Adakah ia digunakan untuk menanggung student lain? Sepatutnya tidak kerana wang student LI seharusnya digunakan untuk menanggung student LI.
Jika kita buat kiraan jumlah RM 1.495 juta ini ditolakkan dengan kos (1.)Bayaran elaun kepada pensyarah yang pergi membuat tinjauan(observe), (2.)Majlis 'dinner' yang diaturkan dan (3.)Kos-kos lain serta kontijensi maka;
1. Anggarkan maximum 200 orang pensyarah(observe):
Anggaran Elaun pensyarah (observe) = RM 1000 (+/-) / orang
Anggaran bil. pensyarah (observe) = 200 orang
Jumlah bayaran elaun kepada pensyarah = RM 200 000 (+/-)
2. Anggaran Majlis Dinner untuk semua student LI = RM 100 000 (+/-)
3. Kos-kos lain dan kontijensi = RM 100 000 (+/-)
Jum. keseluruhan (1.), (2.), dan (3.) = RM 400 000 (+/-)
JUMLAH KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI OLEH UniMAP ditolak dengan JUMLAH KESELURUHAN ELAUN, MAJLIS DINNER dan KOS-KOS LAIN SERTA KONTIJENSI:
RM 1 495 000 (+/-) - RM 400 000 (+/-) = RM 1 095 000 (+/-)
Hanya RM 400 000 (+/-) digunakan daripada RM 1 495 000. Ke mana lagi RM 1 095 000 (+/-) atau RM 1.095 juta (+/-) ?
Ini hanya anggaran dan cara pengiraan biasa untuk memudahkan sahabat mahasiswa untuk memahami.
Antara persoalan-persoalan yang perlu dijelaskan oleh pihak pentadbiran UniMAP khususnya Jabatan Bendahari adalah:
1. Adakah RM 1.495 juta (+/-) ini digunakan semata-mata untuk menampung kos pensyarah yang datang 'observe', majlis 'dinner' dan kos-kos lain serta kontijensi?
2. Jika hanya angggaran kasar RM 400 000 (+/-) digunakan untuk menampung kos pensyarah yang datang 'observe', majlis 'dinner' dan kos-kos lain serta kontijensi, adakah wang daripada KPT sebanyak anggaran RM 625 000 itu tidak mencukupi?
3. Jika kos-kos untuk menanggung perkara-perkara tersebut hanya angggaran kasar RM 400 000 (+/-), mengapa masih perlu dikenakan yuran sebanyak RM 870 untuk setiap student LI?
4. Wang daripada KPT adalah wang hangus, yang tidak perlu diauditkan, adakah ia lebih mustahak untuk digunakan bagi tujuan yang lain sehingga perlu mengambil yuran bagi student LI?
5. Ke mana wang hangus itu pergi? sudah tentunya ia tidak boleh disemak melainkan orang-orang yang terlibat menguruskannya kerana wang tersebut tidak diauditkan.
6. Kami tahu ke mana perginya wang tersebut...
7. Wang tersebut boleh dikatakan mungkin tidak ke mana-mana..
8. Wahai Pihak pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana perginya wang tersebut, sesungguhnya kami tahu...
9. Wang yang bernilai RM 1 495 000 (+/-) atau RM 1.495 juta (+/-) itu adalah wang mahasiswa yang menjalani LI, pulangkan kepada mereka. Jika tidak untuk student yang telah menjalani LI, berikanlah hak itu kepada student yang bakal menjalani LI pada semester hadapan dan semester seterusnya.
10. Kami tidak minta untuk dimansuhkan kepada RM 0, tetapi buat permulaan, kurangkan ia sehingga nilai yang dirasakan munasabah. Kemudian mansuhkan ia apabila sampai satu masa yang dirasakan sesuai. Tetapi yang pastinya perlu dimansuhkan!
11. Mohon pihak yang terlibat untuk menjelaskan persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan.
12. Jika "kerja-kerja" ini masih ingin diteruskan, kami tidak menghalang, teruskan sementara anda masih ada peluang dan ruang yang "selamat"...
Amaran! Tiada penggunaan perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang berunsur fitnah atau menunjukkan tuduhan negatif kepada sesiapa dalam posting ini.