Bicara Siswa


Memaparkan catatan dengan label Edisi Bongkar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Bongkar. Papar semua catatan

Rabu, 19 Januari 2011

Benarkah ada mahasiswa UniMAP dicabul?

Pihak UniMAPKini mendapat maklumat,baru-baru ini ada kes mahasiswi UniMAP telah dicabul.Kejadian itu dikatakan berlaku di Kolej Kediaman di Wang Ulu.

Khabarnya mahasiswi tersebut telah membuat laporan.Namun dia telah diberi tawaran sesuatu supaya kes ini didiamkan kerana ingin menjaga nama baik universiti.

Maka begitu,jika terjadi kepada anak atau adik atau kakak kepada tuan-tuan,maka bolehlah didiamkan demi menjaga nama baik institusi.Biarlah hak mangsa terabai.

Benarkah peristiwa ini terjadi?
Jika sesiapa ada maklumat sahih,sila laporkan.

Selasa, 29 Disember 2009

BOIKOT PENDAFTARAN KOMPUTER!!

Salam 1Malaysia,


Seperti yang anda sedia maklum, setiap desktop mahupun laptop bagi setiap penghuni-penghuni di Kolej Kediaman  Tan Sri Aishah Ghani telah pun diarahkan untuk didaftarkan kepada pegawai-pegawai unit ICT yang berlangsung sepanjang 28-30hb disember ini. 


Sehubungan itu, krew UniMAPkini menyeru kepada semua penghuni agar MEMBOIKOT terus pendaftaran tersebut, dan juga menyeru kepada ahli yang bertanggungjawab agar bangkit untuk menyatakan bantahan anda. Seruan boikot ini kerana pendaftaran ini tidak telus dan pihak ICT UniMAP mempunyai agenda lain disebaliknya. 


Pendaftaran yang dilakukan secara terpilih ini juga telah jelas ianya tidak adil & berat sebelah  dan sudah tentunya  ia mempunyai udang disebalik batu.  Proses ini hanya akan menyusahkan mahasiswa/i dari pelbagai sudut. Hal yang mudah sengaja dirumitkan begitulah sikap pihak ICT yang pastinya mendapat arahan dari pihak tertentu.


Tindakan ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang membenarkan agar setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan maklumat & berita yang jelas serta bebas untuk menyuarakan pandangan. 


Akhir kata, tindakan luar tabi'e ini harus diBOIKOT bukan sahaja oleh penghuni KKG malah semua siswa/i UniMAP umumnya.

Jumaat, 30 Oktober 2009

EB: Kami Tahu Ke mana Yuran LI (2)

Kali ini Squad Bongkar UniMAPKini(SBU) akan membongkar lagi berkaitan Yuran LI. Ayuh kita lihat perkiraan yang hanya dibuat dengan nilai anggaran. Dengan anggaran ini walaupun bukan nilai sebenar, mampu untuk membuka minda kita dalam melihat ketelusan dan logikal sama ada perlu atau tidak untuk kita membayar lebih kurang RM 870 (+/-) sebagai yuran kepada universiti.


Anggaran Minima Jumlah Keseluruhan Wang yang Diperolehi oleh UniMAP daripada (1.)Yuran Student LI; dan (2.)Wang daripada KPT:

1.Yuran Student LI:
Yuran pengajian untuk student LI = RM 870 (+/-) / orang
Anggaran bil. student yang menjalani LI = 1000 orang
Jum. Yuran yang diperolehi oleh UniMAP (Jbt. Bendahari) = RM 870 000 (+/-)

2.Anggaran Wang KPT:
Jum. wang yang diberikan oleh KPT = RM 625 000 (+/-)

Jumlah Keseluruhan (1.) dan (2.): = RM 1 495 000 (+/-)


UniMAP memperolehi wang sebanyak RM 1 495 000
(+/-) atau RM 1.495 juta (+/-), hasil daripada wang KPT dan Yuran LI. Ke mana perginya wang tersebut? Adakah ia digunakan untuk menanggung student lain? Sepatutnya tidak kerana wang student LI seharusnya digunakan untuk menanggung student LI.


Jika kita buat kiraan jumlah RM 1.495 juta ini ditolakkan dengan kos (1.)Bayaran elaun kepada pensyarah yang pergi membuat tinjauan(observe), (2.)Majlis 'dinner' yang diaturkan dan (3.)Kos-kos lain serta kontijensi maka;

1. Anggarkan maximum 200 orang pensyarah(observe):
Anggaran Elaun pensyarah (observe) = RM 1000 (+/-) / orang
Anggaran bil. pensyarah (observe) = 200 orang
Jumlah bayaran elaun kepada pensyarah = RM 200 000 (+/-)

2. Anggaran Majlis Dinner untuk semua student LI = RM 100 000 (+/-)

3. Kos-kos lain dan kontijensi = RM 100 000 (+/-)

Jum. keseluruhan (1.), (2.), dan (3.) = RM 400 000 (+/-)

JUMLAH KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI OLEH UniMAP ditolak dengan
JUMLAH KESELURUHAN ELAUN, MAJLIS DINNER dan KOS-KOS LAIN SERTA KONTIJENSI:

RM 1 495 000 (+/-) - RM 400 000 (+/-) = RM 1 095 000 (+/-)



Hanya RM 400 000 (+/-) digunakan daripada RM 1 495 000. Ke mana lagi RM 1 095 000 (+/-) atau
RM 1.095 juta (+/-) ?

Ini hanya anggaran dan cara pengiraan biasa untuk memudahkan sahabat mahasiswa untuk memahami.

Antara persoalan-persoalan yang perlu dijelaskan oleh pihak pentadbiran UniMAP khususnya Jabatan Bendahari adalah:

1. Adakah
RM 1.495 juta (+/-) ini digunakan semata-mata untuk menampung kos pensyarah yang datang 'observe', majlis 'dinner' dan kos-kos lain serta kontijensi?

2. Jika hanya angggaran kasar
RM 400 000 (+/-) digunakan untuk menampung kos pensyarah yang datang 'observe', majlis 'dinner' dan kos-kos lain serta kontijensi, adakah wang daripada KPT sebanyak anggaran RM 625 000 itu tidak mencukupi?

3. Jika kos-kos untuk menanggung perkara-perkara tersebut hanya angggaran kasar RM 400 000 (+/-), mengapa masih perlu dikenakan yuran sebanyak RM 870 untuk setiap student LI?

4. Wang daripada KPT adalah wang hangus, yang tidak perlu diauditkan, adakah ia lebih mustahak untuk digunakan bagi tujuan yang lain sehingga perlu mengambil yuran bagi student LI?

5. Ke mana wang hangus itu pergi? sudah tentunya ia tidak boleh disemak melainkan orang-orang yang terlibat menguruskannya kerana wang tersebut tidak diauditkan.

6. Kami tahu ke mana perginya wang tersebut...

7. Wang tersebut boleh dikatakan mungkin tidak ke mana-mana..

8. Wahai Pihak pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana perginya wang tersebut, sesungguhnya kami tahu...

9.
Wang yang bernilai RM 1 495 000 (+/-) atau RM 1.495 juta (+/-) itu adalah wang mahasiswa yang menjalani LI, pulangkan kepada mereka. Jika tidak untuk student yang telah menjalani LI, berikanlah hak itu kepada student yang bakal menjalani LI pada semester hadapan dan semester seterusnya.

10. Kami tidak minta untuk dimansuhkan kepada RM 0, tetapi buat permulaan, kurangkan ia sehingga nilai yang dirasakan munasabah. Kemudian mansuhkan ia apabila sampai satu masa yang dirasakan sesuai. Tetapi yang pastinya perlu dimansuhkan!

11. Mohon pihak yang terlibat untuk menjelaskan persoalan-persoalan yang telah ditimbulkan.

12. Jika "kerja-kerja" ini masih ingin diteruskan, kami tidak menghalang, teruskan sementara anda masih ada peluang dan ruang yang "selamat"...

Amaran! Tiada penggunaan perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang berunsur fitnah atau menunjukkan tuduhan negatif kepada sesiapa dalam posting ini.

Khamis, 29 Oktober 2009

EB: Kami Tahu Ke mana Yuran LI (1)

Edisi Bongkar(EB) kali ini akan membawa sahabat-sahabat mengetahui dengan lebih lanjut tentang ke mana perginya Yuran LI sebanyak RM870 (+/-) yang mana telah dibayar oleh mahasiswa semasa menjalani LI.

Wahai pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana perginya Yuran LI, kami tidak akan tanya ke mana anda semua "menghilangkan" wang tersebut, tetapi sebagai mahasiswa yang bijak, kami sudah tentunya tidak perlu tanya kerana kami sedia maklum dan tahu ke mana ia "pergi".

Nilainya cukup besar, bukan sedikit, ditambahkan lagi dengan wang yang diberikan oleh Ministry of Higher Education(MOHE) atau lebih dikenali dengan nama Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) kepada setiap IPTA untuk mahasiswa yang berpraktikal.

Tahukan anda, seluruh mahasiswa UniMAP, KPT menyediakan wang dengan jumlah tertentu kepada setiap IPTA di seluruh Malaysia untuk student LI, dan UniMAP dianggarkan memperolehi lebih kurang sebanyak RM 625 000 (+/-) daripada KPT.
Nilai(wang KPT) ini adalah mengikut jumlah bilangan mahasiswa yang berpraktikal di setiap universiti. Ia sudah tentunya nilai yang sangat besar. Kemudian ditambahkan dengan lebih kurang RM 870 yang dikenakan sebagai yuran kepada setiap student yang menjalani LI.

Jika dibuat anggaran dengan 1000 orang student yang menjalani LI, maka nilai kesemuanya adalah RM 1 495 000 (+/-) ataupun RM 1.495 juta. Banyak sebenarnya jika dinisbahkan dengan bilangan student LI. Itu jika hanya 1000 orang student, tetapi dimaklumkan kepada UniMAPKini, seramai 1000 orang lebih mahasiswa yang akan berpraktikal pada sem hadapan.

Persoalannya adakah nilai sebanyak itu digunakan untuk menampung pensyarah-pensyarah yang membuat tinjauan(observe) dan melaksanakan majlis dinner? serta menanggung kos-kos yang lain? Adakah wang yang lebih kurang RM 1.495 juta (+/-) ini digunakan semata-mata untuk tujuan itu? Sungguh tidak logik!. Jika dikatakan ya mereka menggunakan RM 1.495 juta (+/-) ini untuk membayar dan menampung semua kos tersebut, maka ia sesungguhnya satu pembaziran yang cukup besar dan sangat LUAR BIASA!.

Squad Bongkar UniMAPKini(SBU) akan membongkar dan terus membongkar satu persatu..
Diharap anda setia menunggu untuk pembongkaran seterusnya..

"Wahai pihak pentadbiran UniMAP, kami tahu ke mana 'perginya' wang itu."

"Unite for UniMAP"