Bicara Siswa


Jumaat, 20 Februari 2009

Fatwa Al-Azhar: Haram Berdamai dengan Israel

Disunting daripada pada Paksi
Pada hari Minggu, 18 Jumadal Ula 1375 H/Januari 1956 M, Komite Fatwa Al-Azhar mengadakan pertemuan khusus yang diikuti oleh anggota dewan ulama-ulama senior Al-Azhar dan dipimpin oleh Prof. Sheikh Mohammed Hassanein Makhlouf,
salah seorang ulama senior Al-Azhar, yang juga mantan mufti Mesir. Pertemuan itu dihadiri oleh Syaikh Isa Manun, Dekan Fakultas Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Direktur Lembaga Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdullathif As-Subki, Direktur Tim Inspeksi di Universitas Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Sekjen Komite Fatwa.

Telah dipertimbangkan pertanyaan di bawah ini dan dikeluarkan fatwa sebagai berikut:

(cebisan)...........................

Komite Fatwa menyatakan bahawa perdamaian dengan Israel sebagaimana yang dinginkan oleh orang-orang yang menyeru kepada hal tersebut TIDAK DIPERBOLEHKAN secara hukum syara', kerana di dalamnya terdapat pembenaran terhadap penjajah untuk meneruskan usaha penjajahannya, pengakuan keberhakannya terhadap tanah jajahannya, dan dukungan kepada mereka untuk meneruskan agresinya. Padahal semua agama samawi dan agama-agama non samawi sepakat mengharamkan penjajahan dan mewajibkan dikembalikannya tanah jajahan kepada pemiliknya. Komite juga menyerukan kepada pemilik hak (rakyat Palestin, penj-) untuk membela dan merebut haknya. Kerana di dalam Hadits ditegaskan, "Barang siapa yang terbunuh karena membela kehormatannya maka ia syahid." Dalam Hadits lain, "Bagi tangan (pemilik) apa yang diambilnya (dimilikinya) sampai dikembalikan."

Maka tidak boleh bagi kaum muslimin untuk berdamai dengan Yahudi yang merampas tanah Palestin, menzalimi rakyatnya dan mengambil secara paksa harta benda mereka yang mengukuhkan Yahudi untuk tetap tinggal di tanah Palestin dan mendirikan sebuah negara di atas tanah suci negeri Islam ini. Bahkan wajib bagi kaum muslimin semuanya untuk saling membantu tanpa memandang suku, bangsa, perbedaan bahasa dan warna kulit untuk mengembalikan rakyat Palestin kepada negara mereka, menjaga kesucian masjid Al-Aqsha yang merupakan tempat turunnya wahyu, tempat solatnya para nabi yang diberkati oleh Allah Swt, dan menjaga peninggalan-peninggalan sejarah Islam dari tangan para penjajah.

Wajib juga bagi mereka untuk menolong para mujahidin dengan senjata dan kekuatan untuk berjihad, dan hendaknya mereka mengeluarkan segala kemampuan yang dimiliki untuk menyucikan negeri Islam dari tangan penjajah yang zalim. Allah Swt berfirman:

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan persiapkanlah bagi mereka (musuh-musuh Allah) kekuatan, apa saja yang engkau mampu, dan dari kuda-kuda perang yang ditambat, yang dengannya engkau membuat gentar kepada musuh Allah dan musuh kalian..." (At-Anfal: 60)

Barang siapa yang tidak mendukung hal ini atau menepelak atau mencela kaum muslimin kerananya, atau mengajak kepada hal-hal yang dapat memecah belah persatuan kaum muslimin, dan mendukkung usaha-usaha negara-negara penjajah dan Zeionis untuk merealisasikan rencana mereka terhadap negara-begara Arab dan Islam, terutama negara Palestin ini, maka dia dalam hukum Islam telah keluar dari Jama'atul Muslimin dan telah melakukan dosa yang besar.

Bagaimana tidak, semua orang tahu bahawa Yahudi selalu bertindak ganaz terhadap Islam, kaum muslimin dan negara-negara Islam, sejak dari zaman kenabian sampai sekarang, dan bahawasanya mereka tidak cukup sekedar menzalimi rakyat palestin dan mengotori Masjid Al-Aqsha saja, melainkan, rencana besar mereka adalah menguasai seluruh wilayah negara-negara Islam yang berada di antara sungai Nil dan Eufrat. Maka wajib bagi kaum Muslimin untuk menghilangkan bahaya besar ini, membela negeri-negeri Islam dan menyelamatkannya dari tangan-tangan penjajah. Allah Swt berfirman:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ

"Dan berpegang teguhlan kamu sekalian pada tali Allah dan janganlah berpecah belah..." (Ali Imran: 103)

Adapun bekerjasama dengan negara-negara yang membantu ekstrimis zalim ini dengan materi dan persenjataan sehingga tetap wujud di tanah kaum musllimin, hal itu tidak diperbolehkan menurut syara’, kerana tindakan ini dianggap saling bantu-membantu dalam kezaliman dan mendukung mereka dalam permusuhannya terhadap Islam dan negeri-negeri Islam. Allah Swt berfirman,

إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ ﴿٩﴾

“Sesungguhnya Allah hanya melarang kalian menjadikan teman orang-orang yang memerangi kalian dan mengeluarkan kamu dari negerimu sendiri serta orang-orang yang membantu orang lain untuk mengusir kamu. Barang siapa yang mendukung mereka, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Mumtahanah: 9)

Dalam ayat lain Allah berfirman,

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءهُمْ أَوْ أَبْنَاءهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿٢٢﴾

“Tidak akan engkau temukan suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhir yang mencintai orang-orang yang melawan Allah dan Rasulnya, walau mereka adalah bapa, anak, saudara dan keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah ditetapkan oleh Allah iman dalam hatinya dan menguatkannya dengan pertolongan dari pada-Nya, dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Mereka itulah golongan Allah, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Mujadalah: 22)

Tidak diragukan lagi bahawa mendukung musuh dan mencintai mereka sama dengan membantu mereka dengan sesuatu yang dapat menguatkan posisi mereka baik dengan fikiran, senjata dan kekuatan, baik secara tersembunyi atau terang-terangan, langsung atau tidak langsung, semua itu diharamkan bagi setiap muslim walauapapun alasannya.

80,000 Pekerja Diberhenti Sementara

DENGKIL, 19 Feb - Seramai 80,000 pekerja di negara ini menghadapi pemberhentian kerja sementara sehingga hari ini, suatu peningkatan yang mendadak berbanding 45,000 yang dicatat pada akhir bulan lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata jumlah pekerja yang diberhentikan sepenuhnya juga meningkat daripada 15,000 kepada 19,000 untuk tempoh sama.

Beliau berkata, jumlah yang tinggi bagi pemberhentian sementara itu adalah kerana ia terdiri daripada pelbagai kategori.

"Sesetengah mereka bekerja empat hari seminggu, sebelum ini, sesetengahnya bekerja 12 jam tetapi kini hanya lapan jam, semunya di bawah kategori pemberhentian sementara kerana mereka tidak ada pekerjaan sepenuhnya seperti yang diperoleh sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Projek Memperkasa Wanita dan Beliawanis (2008-2011) di bawah Program Mendidik Kaum Wanita dan Gadis di sini, Khamis.

Exxonmobil menyumbang RM600,000 untuk program itu.

Dr Subramaniam berkata kebanyakan mereka yang terlibat adalah dalam sektor pembuatan, terutama pembuatan barangan elektrik dan elektronik di kawasan-kawasan industri di seluruh negara.

Bagaimanapun katanya kilang-kilang yang ditutup sepenuhnya masih rendah di mana setakat ini jumlahnya kurang daripada 20 buah.

Beliau berkata kementerian turut menyediakan pelbagai skim latihan dengan pembiayaan elaun sara hidup sebagai bantuan kepada mereka yang terlibat dengan pemberhentian itu, termasuk skim latihan perniagaan.

"Kita juga mempunyai skim yang memberi latihan kepada golongan yang majikannya mempunyai masalah, dan kita akan membiayai kos latihan dan apabila keadaan ekonomi kembali pulih, mereka boleh pulang ke majikan asal dengan gaji yang lebih tinggi," katanya.

Dr Subramaniam berkata kementerian diberi peruntukan RM220 juta untuk pelbagai program latihan.

Kementerian juga akan menjalankan kempen besar-besaran di seluruh negara tidak lama lagi untuk memberi peluang kepada mereka yang menghadapi kesukaran mendapatkan peluang kerja yang kini berjumlah 19,000 orang.

Dr Aziz Bari: Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco

Disunting daripada Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR, 19 Feb - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat semalam.

"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.

"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker.

Gantung MB Perak tak sah

Disunting daripada Akhbar Tempatan
PUTRAJAYA 19 Feb. – Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.


Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.

Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.

‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.

‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza di Sri Perdana di sini hari ini.

Semalam, Sivakumar mengambil tindakan mengejutkan dan dianggap tidak mengikut peraturan apabila menggantung dan melarang Zambry bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diketuai oleh Sivakumar.

Sivakumar dalam kenyataannya menegaskan, pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar dan enam Exco dalam kerajaan negeri yang baru itu tidak sah kerana tidak mengikut peraturan.

Ekoran itu, Zambry digantung dan dilarang menghadiri sidang DUN selama 18 bulan manakala enam Exco pula dikenakan hukuman sama selama 12 bulan.

Abdullah berkata, tindakan Sivakumar itu juga bermotif untuk mengurangkan bilangan wakil rakyat BN dalam DUN menjadikannya daripada 28 kepada 21 ADUN sahaja.

‘‘Ertinya 21 dan kalau ada undi, mereka berharap kemenangan akan berpihak kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. Niatnya tidak ada yang baik, hanya untuk menggulingkan kerajaan BN yang diwujudkan,” katanya.

Justeru, kata Abdullah, dalam situasi sekarang adalah lebih baik BN meneruskan pemerintahannya supaya kerajaan negeri terus stabil sekali gus memastikan perkhidmatan yang berterusan untuk rakyat.

Punca Sufiah lari dari Universiti Oxford

Disunting daripada Kosmo!
LONDON - Setelah sekian lama mendiamkan diri, Halimahton iaitu ibu kepada Sufiah Yusof, 24, gadis genius matematik yang menggemparkan dunia kerana pernah menjadi pelacur, akhirnya mendedahkan kisah sebenar anaknya itu.

Dia membuat pendedahan itu dalam laman web terbarunya, Learnerade. com, yang disiarkan kelmarin bagi memberi pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak mengulangi kesilapan sama sepertinya.

Menurut Halimahton, dia membuat pendedahan itu kerana terdapat banyak berita dalam media yang tidak benar seperti dakwaan keluarganya tidak menghadiri perkahwinan Sufiah.
Dia berkata, ramai orang turut bertanya kenapa Sufiah memilih untuk mengikuti jalan yang dilaluinya walaupun dia mempunyai banyak kebolehan.

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menawarkan bantuan dan sokongan ketika kisah Sufiah menjadi pelacur dibongkar pada 2008.

Wanita itu turut menyatakan dia memutuskan untuk menceraikan suaminya dan bapa Sufiah, Farooq kerana perangai lelaki itu menjadi bertambah teruk setelah gadis genius matematik itu meninggalkan keluarga.

Sufiah mendapat tumpuan dunia apabila dia diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun pada 1997 tetapi kemudian tidak menamatkan pengajian dalam bidang matematik.

Gadis itu juga membuat keputusan berkahwin tetapi kemudian bercerai selain enggan tinggal bersama Halimahton dan keluarganya.

Menurut Halimahton, dia enggan membuat sebarang spekulasi kenapa Sufiah memilih untuk menjadi gadis teman sosial.

"Sufiah kini merupakan seorang dewasa dan apa jua keputusan yang dia mahu lakukan dalam kehidupan terpulang pada dirinya.

"Sufiah merupakan seorang anak yang baik dan saya berharap dia tidak berubah sejak dia berjauhan daripada sokongan keluarganya," kata Halimahton.

Halimahton juga berkata, Sufiah mempunyai hubungan baik dengannya dan adik-beradiknya yang lain tetapi menghadapi masalah dengan bapanya, Farooq.

GAMBAR fail menunjukkan Halimahton
bersama Farooq.

Menurutnya, Sufiah menerima tekanan dan berdepan dengan sikap panas baran bapanya sejak dari kecil.

"Apa yang menyebabkan situasi menjadi lebih buruk adalah sikap Farooq yang tidak boleh diramalkan.

"Banyak kali dia bersikap baik dan seperti lelaki budiman tetapi terdapat situasi dia berkelakuan seperti seorang diktator yang ganas serta menindas," katanya.

Ketika berada di Universiti Oxford, Sufiah membuat keputusan untuk memakai tudung manakala Halimahton memberi sokongan terhadap pilihannya itu.

"Farooq berasa tidak senang hati. Itu mencetuskan satu lagi perbalahan," kata Halimahton.
"Sufiah menghadapi banyak tekanan ketika dia masih remaja dan seperti saya, dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengubahnya," jelas wanita itu.

Pada tahun pertama di Oxford, Sufiah mendakwa dia tidak menerima beberapa keputusan penting peperiksaan, kata Halimahton.

"Namun, Farooq kemudian mendapati Sufiah mengelirukannya. Keputusan peperiksaan itu memang ada menyebabkan Farooq menjadi berang.

"Saya tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku tetapi Sufiah berasa amat kecewa dan saya percaya dia melindungi kemarahan terhadapnya (Farooq)," jelasnya.

"Saya berpendapat, Farooq berasa amat sombong ketika dia bersama dengan Sufiah, itu mungkin menyebabkan Sufiah berasa kecewa seperti anda boleh menjangkakan perasaan seorang gadis remaja," katanya.

"Sebaliknya, saya melihat Sufiah berasa gembira apabila bercuti ketika ditemani oleh saya dan anak-anak saya yang lain," jelas Halimahton.

Berikutan situasi tekanan yang semakin meningkat, Sufiah melarikan diri dari universiti ketika dia berumur 15 tahun.

"Sufiah memberitahu, kelakuan Farooq merupakan punca dia berbuat demikian," kata Halimaton.

Waktu itu merupakan waktu yang traumatik untuk keluarga itu dengan Farooq menyalahkan setiap orang kerana Sufiah melarikan diri, bukan dirinya.

Sufiah kemudian ditemui oleh polis dan dia memberitahu enggan untuk kembali ke Oxford dan menemui bapanya.

Gadis itu kemudian tinggal di Bournemouth tetapi Halimahton dan anak-anaknya kerap melawatnya.

Sufiah kembali ke Oxford selepas beberapa tahun dan memberitahu dia mahu berkahwin dengan Jonathan Marshall yang memeluk Islam menyebabkan hubungan dengan keluarganya menjadi bertambah baik.

Halimahton berkata, Sufiah kemudian bersedia untuk memaafkan Farooq.
Namun, hubungan Sufiah dengan bapanya masih tidak baik kerana terdapat beberapa isu yang tidak diselesaikan.

"Kami kemudian mengadakan mesyuarat keluarga di mana Iskander (adik Sufiah) dan saya menggalakkan Sufiah serta Farooq berkomunikasi secara baik," kata Halimahton.

Sufiah kemudian memberitahu Halimahton kenapa dia lari dari universiti dengan menjelaskan sikap Farooq terhadapnya pada masa lampau menyebabkan dia melarikan diri.

GAMBAR fail menunjukkan
ketika Sufiah masih kecil.

Iskander bertanya Sufiah apakah yang dia mahu daripada Farooq dalam satu perbincangan yang penuh emosi.

"Sufiah menyatakan dia hanya mahu Farooq meminta maaf berhubung cara dia melayannya dan semua anggota keluarga," kata Halimahton.

Farooq kemudian meminta maaf dan mereka berpelukan.

Namun, Farooq lupa dia sudah meminta maaf dan beberapa minggu kemudian, dalam satu perbincangan, dia melancarkan serangan kata-kata ke atas Sufiah, Halimahton dan kakak Sufiah, Aisha.

Ekoran Farooq lupa pada janjinya itu, Sufiah enggan memberikannya peluang kali kedua dan dia kemudian meninggalkan keluarganya semula.

"Bagi Sufiah, semua perkara memusnahkan dirinya selepas insiden buruk itu. Dia kemudian memberitahu kami bahawa dia dalam proses perceraian dan tidak mahu keluarga menghubunginya semula," kata Halimahton.

"Oleh kerana Sufiah masih seorang dewasa, kami menghormatinya hasratnya dan kami tidak mendengar apa-apa berita daripadanya selama empat tahun sehinggalah kami menerima berita bahawa dia menjadi seorang gadis teman sosial," katanya.

"Kesilapan besar saya ialah mungkin saya tidak meninggalkan Farooq (bercerai) lebih awal tetapi ia merupakan keputusan yang sukar untuk dibuat kerana anak-anak saya masih kecil ketika itu.

"Saya berasa takut apakah padah yang bakal berlaku kepada anak-anak saya," kata Halimahton.
"Apabila Farooq tidak ada, keluarga kami berasa gembira dan kami berasa amat rapat," katanya.

Kata-kata terakhir daripada Halimahton: "Saya berharap Sufiah akan datang (melawat) satu masa nanti tetapi kita perlu bersabar untuk tidak menekan sebarang isu."

Pada tahun lalu bapa Sufiah, Farooq yang berasal dari Pakistan dihukum penjara selepas didapati mencabul dua remaja perempuan yang menjadi pelajarnya dalam satu kelas tuisyen.

Halimahton kini menjual bukunya yang berjudul Genius in 28 Steps menerusi Internet yang mendedahkan cara untuk membimbing anak-anak menjadi genius.

Selasa, 17 Februari 2009

Proton Exora: Spec and Photos

Edited from Paultan's blog
Proton MPV
is the Proton Exora! The Exora is based on the name of the Ixora flower, with the tagline “Keriangan Keluarga”. The name and tagline were picked by the Name The Proton MPV competition grand prize winner Norsholihan Bt Abdul Eanich, who will get to drive the 7-seater vehicle she named once it is launched in April.


Proton Exora MPV will be priced at under RM 80,000 and will be available in 5 colours - Genetic Silver, Tranquility Black, Blue Haze, Pyrite Brown and Gaia Blue.

In terms of safety, all variants will have at least 2 SRS airbags as standard. The Proton Exora will be built in the Shah Alam plant and cost of development was slightly over RM 450 million.

Proton will produce between 3,000 to 3,500 units of the Proton Exora a month initially and will be swiftly exported to markets such as Thailand and Indonesia by July.

Proton Exora was expected to be powered by the Campro CPS engine. Bookings will be open at a fee of RM1,000 from this Saturday (21st Feb 2009) onwards.

Specification

  1. A complete revamp of the Proton steering wheel design that is curiously reminiscent of the one Honda is currently using. There is steering wheel audio controls and also a phone button which could indicate some variants of the MPV are equipped with a Bluetooth hands-free system.
  2. Instrument panel features a two-meter design, with RPM on the left and an even-numbered speedometer on the right which tops out at 180km/h. The design of the meters are predominantly red with white text. They look like an evolution of the one in the GEN2 CPS facelift, but with modifications that somehow make them end up looking like the one found in the Isuzu D-Max, except the D-Max design is blue.
  3. A small storage and a card holder (Touch N Go?) located below the driver’s side aircond vent.
  4. A door-open indicator in the middle of the two meters
  5. A redline of 7,000rpm for the RPM meter.
  6. Two digital displays below each meter. The left one shows a digital fuel meter and digital temp meter as well as various other multi-info readings. I’m not sure what the right one shows.
  7. The gear lever is dash-mounted much like the Honda CR-V.
  8. Dashboard itself doesn’t seem to have any texture to it but it’s likely that this is a pre-production version, so the production version should have some texture in-line with all the recent Proton model launches.
  9. Center dash area design from top to bottom - clock, two aircond vents, 2-DIN CD player, various buttons including hazard light, manual air conditioning knobs, recirculation and air cond button.
  10. 5-spoke alloy wheels
  11. Bee-sting antenna at the front just after the windscreen.
  12. Signal indicator on side mirrors
  13. Reflector headlamps
  14. Foglamps on the front bumper
more photo...

Chassis

Chassis

  • The wheelbase of the chassis is estimated to be more than 2,700mm but less than 2,800mm. In comparison, the Honda Stream has a wheelbase of 2740mm, the Wish is 2,750mm, the Innova 2,750mm, the Livina 2600mm, and the Mazda5 2750mm.
  • The front suspension design uses MacPherson struts and the rear design uses a torsion beam to minimize suspension system intrusion into cabin.
  • The front end is designed, supplied and assembled as a single module for weight reduction and ease of installation to minimize QC problems.
  • The MPV is said to have very good crash safety design from Proton internal crash tests. A few MPVs will be sent for official crash testing and rating soon.

Rear View


Front View


Side View

Universiti adalah Institusi... Pendidikan Bukan Institusi Hiburan

Sambungan daripada "Mahasiswa UniMAP Perlu... Berubah"

Tidak salah untuk berhibur dan tidak salah untuk berseronok, ia langsung tidak melanggar prinsip Ilmiah dan disiplin ilmu malahan agama tidak melarangnya. Apa yang menjadi masalahnya apabila hiburan menjadi tonggak dan dilebih-lebihkan dari perkara ilmiah yang lain. Apa yang dipersoalkan adalah disiplin dan cara untuk kita berhibur dan berseronok. Adakah wajar dalam setiap kondisi dan segenap acara yang dilaksanakan oleh universiti mahu pun media massa perlu ada "kedua-dua anasir" yang saya sebutkan tadi untuk menjadi penyeri? Adakah wajar universiti yang penuh mulia dengan displin-displin ilmu dijadikan tempat untuk menjayakan program yang mengandungi anasir-anasir tersebut? Jawapannya tidak wajar sama sekali. Berkawat ada displin-disiplinnya, menuntut ilmu ada displin-disiplinnya, berhibur pun ada juga displin-displinnya. Jadi, berhiburlah dengan penuh berdisiplin.

Tidak salah jika saya katakan bahawa remaja melayu pada hari ini semakin lemah dan ketinggalan dalam bidang akademik kerana berpunca daripada keterjebakkan mereka dalam kancah hedonisma dan juga mungkin kerana faktor-faktor lain. Pengaruh hedonisma menyebabkan mereka semakin lalai dan leka, menghalang fokus dan tumpuan mereka pada akademik dan pelajaran, seterusnya melemahkan pemikiran serta kredibiliti kepimpinan yang ada pada mereka kerana terlalu memikirkan keseronokan dan inginkan kesenangan. Ia akan memberikan kesan yang lebih teruk apabila sikap malas mula menguasai diri hasil daripada hedonisma yang telah meracuni fikiran mereka. Tiada lagi istilah kesusahan bagi mereka apatahlagi untuk berusaha dan berkorban dalam menghadamkan ilmu dan mendapatkan pencapaian terbaik di universiti dan mengatasi bangsa-bangsa lain. Pemikiran mereka juga akan hilang ilmiahnya. Inilah hakikat sebenar.

Walaubagaimanapun, perlu disedari masih ada golongan mahasiswa "hedonist" ini berjaya meraih dan mencipta kejayaan yang amat cemerlang dalam akademik bahkan juga dalam bidang-bidang yang lain. Ia tidaklah menimbulkan kehairanan bagi saya dan mungkin juga anda jika kita memahami konsep "istidraj".

Allah Maha Adil dan Bijaksana, Dia juga mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada golongan kafir malahan kejayaan yang diberikan ada antaranya melebihi apa yang diperolehi golongan Muslim, apatah lagi kepada golongan Muslim yang lupakan Allah dan meninggalkan segala perintahnya walaupun seinci dengan tidak menutup aurat yang sempurna dan sebagainya, tetapi awas! Kejayaan yang dikurniakan itu tidak akan diiringi dengan Redha-Nya.

Buktinya lihatlah diri anda, jika kejayaan dikurniakan membuat anda tetap melanggar perintah Allah walaupun hanya sekadar tidak menutup aurat dengan sempurna malahan semakin jauh daripada Allah serta semakin menjurus ke lembah kebinasaan, maka anda perlu sedar bahawa anda dikurniakan kejayaan tanpa diiringi redha-Nya. Jadi, kepada anda yang "hedonist" tetapi mendapat kejayaan 4.oo flat sekali pun janganlah merasa bangga dan bongkak, kerana Allah mengurniakan kejayaan kepada anda agar anda semakin jauh daripada-Nya. Maka insaflah.

Ilmiah dan Ilmuan

Universiti merupakan tempat untuk melahirkan para ilmuan dalam pelbagai bidang termasuk bidang kejuruteraan. Ia penting dalam membuat perencenaan dan perancangan untuk melihat masyarakat melayu mampu mencapai tahap kemajuan Jiwa dan Kebendaan. Ia bukanlah tempat untuk pemuda-pemudi beristirehat dan berseronok semata-mata tanpa batas dan sempadan, tapi yang lebih penting ia dijadikan medan untuk meningkatkan pemahaman dan pengaplikasian ilmu, mengasah idealisma pemikiran serta bakat kepimpinan yang ada selain menjadi tempat mereka mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara.

Masakan akan lahir tokoh seperti Ibn Sina jika hiburan diluar kawalan menjadi tonggak, masakan akan lahir tokoh seperti Ibn Rushd jika anda masih berfoya-foya dan leka dengan nyanyian-nyanyian dan tarian-tarian yang langsung tidak penting, masakan akan lahir tokoh seperti Al-Khawarizmi jika anda masih terkial-kial memberi sokongan padu sehingga menangisi penyingkiran "ahli-ahli syurganya" dalam konsert AF dan American Idol, masakan akan lahir tokoh seperti Al-Jazari jika anda masih terus lalai dibuai ulik mimpi yang indah-indah. Nyanyian, tarian, konsert, bermimpi, berkaraoke tidak salah jika semuanya itu tidak dilebih-lebihkan berbanding menuntut ilmu, memimpin dan beridealisma serta ia mematuhi disiplin berhibur dan yang paling penting tidak melampau batas sehingga di mana-mana perlu ada "hiburan sebegitu rupa".

Sedarlah, kita semua merupakan harapan bukan sekadar kepada ibu bapa, bangsa dan negara malahan merupakan harapan agama. Sudah tentu kita tidak mahu apa yang berlaku di Palentin menimpa negara kita pada masa akan datang, sudah tentu anda semua akan mengatakan tidak mahu. Tapi realitinya anda langsung tidak serius dalam tindakan untuk menunjukkan yang anda semua betul-betul tidak mahu kekejaman sebegitu rupa berlaku. Maka bertindak dan sedarlah, jika dunia mengetahui kita adalah pemuda Islam, maka mereka juga perlu tahu bahawa kita akan bangkit dan menguasai ekonomi, sosial, politik malahan negara mereka dengan kekuatan Ilmu dan rohani yang ada pada kita sebagai pemuda Islam. Wahai mahasiswa UniMAP, anda semua mampu. Maka buktikan lah..

"Unite for UniMAP"
-admin@unimapkini-

Isnin, 16 Februari 2009

257,411 Anak Tanpa Bapa

Disunting Dari Akhbar Tempatan
BAYAN BARU - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes, kata Senator Muntaz Mohd Nawi.

Ujarnya, beliau juga yang turut kesal kerana ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

"Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia," tegasnya.

Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.

Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang hilang maruah diri dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.

"Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan," terang Muntaz lagi.

95 penuntut IPT terlibat salah guna dadah

JOHOR BAHRU – Seramai 95 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang tahun lalu.

Mengikut perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), angka tersebut statistik yang direkodkan agensi terbabit pada 2008.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), AADK Kebangsaan, Prof. Dr. Mahmood Nazar Mohamed berkata, kebanyakan pelajar menggunakan dadah jenis amphetamine dan ganja.

“Kita sentiasa mencari jalan bagi membasmi penyalahgunaan dadah termasuk mendapatkan kerjasama di kalangan para pelajar dan masyarakat,’’ katanya selepas Program Memperkasakan Komuniti Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Pelancaran Rakan Antidadah (Rada) IPTA Peringkat Negeri Johor di Politeknik Johor Bahru semalam.

SIS Memang Cari Nahas

Berita Harian melaporkan baru-baru Sister In Islam (SIS) telah mengadakan satu persidangan Projek Pergerakan Global Bagi Kesamaan dan Keadilan Dalam Keluarga Islam (Musawah) untuk membincangkan jalan terbaik bagi menyuarakan kepada dunia dan pemimpin bahawa diskriminasi tidak boleh dilakukan lagi terhadap wanita dengan menyalahgunakan agama.

admin@unimapkini:
siapa yang mendiskriminasikan wanita sebenarnya? undang-undang mana yang bertindak tidak adil pada wanita sebenarnya? Yang mendiskriminasikan wanita adalah pemimpin dan masyarakat sekular termasuk puak-puak SIS yang liberal ni. Yang bertindak tidak adil pada wanita adalah Undang-undang sekular bukan undang-undang Islam.

Persidangan ini telah dihadiri oleh 250 peserta daripada 47 negara yang bertempat di Ibu Kota dan berlangsung selama 4 hari. Menurut Pengarahnya Zainah Anwar, penganjuran Musawaf tepat pada masanya kerana rangkaian wanita Islam antarabangsa perlu diwujudkan untuk memperjuangkan usaha supaya perubahan undang-undang dapat dilakukan.

admin@unimapkini:
Bagusla tu nak memperjuangkan perubahan undang-undang, kalau betul-betul ikhlas, tak payah ubah-ubah, tukar terus pakai semua Islam. baru selamat dunia akhirat. Ini tudung pun tak pakai, kemudian nak perjuang hak wanita Islam. Celaru betul SIS ni, nak cakap pasal Islam, tapi Islam tak amal, macam mana ni! confius nih!

Zainah berkata, "biasanya apabila wanita Islam mahu menuntut keadilan atau inginkan perubahan undang-undang, mereka akan dimaklumkan bahawa ini semua adalah undang-undang Tuhan yang tidak boleh ditukar atau dibincangkan langsung. Wanita yang mempersoalkan, mencabar atau mahukan perubahan kerana ketidakadilan itu akan dilihat sebagai individu yang menentang syariah atau lemah iman."

admin@unimapkini:
Puak-puak SIS ni kena sedar, di Malaysia ni tidak dilaksanakan pun undang-undang Islam secara menyeluruh. Cuma yang ada berkaitan undang-undang keluarga Islam, walaupun ada tapi masih banyak celarunya sebab pemimpin sekular langsung tiada kesedaran untuk mempraktikkannya secara serius.

Memang undang-undang dan hukum-hukum Islam yang ada dalam Al-Quran tak boleh ditukar, yang boleh ditukar hanya undang-undang sekular yang puak-puak SIS duk pakai sekarang ni. Hukum pakai tudung pun tak leh ubah-ubah, hangpa nak ubah untuk jadi tak yah pakai pasai apa? Kalau cabar undang-undang Islam termasuk pasal aurat, bukan setakan lemah iman, tapi batal iman!

Menurutnya lagi, “Paling tidak pun, wanita itu akan dikatakan bersikap anti-Islam, kebaratan atau akidahnya jauh menyimpang, malah laporan akan dibuat kepada polis atau pertubuhan agama supaya kita ditangkap dan pertubuhan kita diharamkan kerana dikatakan menghina Islam.”

admin@unimapkini:
Memang pertubuhan SIS ni hina Islam pun, memang anti-Islam, kalau tak anti-Islam kenapa tak perjuangkan hukum Aurat, itukan perjuangan hukum yang benar. kenapa tak perjelaskan agar semua wanita muslim faham wajib menutup aurat dan tutup kepala tu. Puak-puak SIS ni belajar-belajarla pakai tudung, kalau tak nak pakai tudung kain, pakai "tudung saji" pun tak pe. "Slow-slow".

“Kita tahu bahawa Islam memberi keadilan kepada semua dan kita ingin nyatakan, tidak ada keadilan dalam dunia ini jika tidak ada kesaksamaan. Walaupun kita mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza, matlamat kita adalah sama, malah kita perlu mengetahui apa yang dibolehkan dalam Islam dan apa yang sebenarnya dilarang.

admin@unimapkini:
Pandai pun SIS ni, tahu pulak yang kita ni perlu mengetahui apa yang dibolehkan dalam Islam dan apa yang sebenarnya dilarang, tapi aku still confius ni! tak tutup "jambol" atau rambut tu dibolehkan ke, memang tak dilarang erk untuk kita tak pakai tudung?


Apa benda yang "kesaksamaan" tu, nak bagi semua sama rata ke SIS? aku rasa macam tula "kesaksamaan" yang hangpa faham dan maksudkan. Jadi tak setujula ni kalau harta pusaka dibahagi 2 nisbah satu pada anak lelaki dan anak pempuan. Eh jangan nak tipu akula kalau hangpa kata hangpa tak pernah persoal benda tu, tak berani ke? SIS ni memang cari nahas betulla, terang-terang nak lawan dan cabar hukum Islam.

“Kita hairan, kenapa tidak ada pihak mempersoalkan kelulusan jika kita mahu bercakap hal berkaitan ekonomi atau politik, tetapi jika kita bercakap berkenaan undang-undang Islam, keadaan menjadi sebaliknya.

admin@unimapkini:
Memangla, tak kanla orang yang tak de ilmu pasal ekonomi nak keluarkan teori atau dasar-dasar ekonomi, takkanla orang yang tak pandai undang-undang, nak keluarkan prinsip-prinsip perundangan. Kelulusan memang penting pun, xpayah nak nafila. Malahan dalam agama lebih daripada tu lagi, bukan setakat kelulusan, tapi perlu "faqih" dan "alim" untuk bincang pasal hukum Islam ni. Ini idak, usul fiqh pun tak reti, macam mana nak bincang dan persoal pasal hukum-hukum agama. Tak sedar ke diri betulla.

Okla, aku tak nak panjangkan dah, aku cakap macam ni je cukup "tak payah nk cakap pasal hak wanita SIS oi, hak Allah pun kamu tak buat dan perjuangkan, macam mana nak perjuang hak wanita. Tengok dulu pakai tudung ke tak tu, tutup aurat tu hak Allah, bukan hak manusia. Jangan buat sesuka hati hangpa." Aku maleh la nak timbul banyak pasal hukum yang hangpa tak ikut ni, nanti karang semakin teruk lagi kena.

ok, mintak sahabat-sahabat yang ada pengetahuan pasal SIS ni boleh kongsi kat komen, dan terbuka untuk nyatakan apa-apa jua pandangan dan pendirian tentang SIS ni. Selamat berkomentar dalam ruang forum idealis.

FORUM IDEALIS @unimapkini

Dr Asri: Isu Semasa Di Perak

Disunting daripada Dr.Maza

Jawapan: Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap.
Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

BEBERAPA penyokong kerajaan PR Perak bertindak nekad berbaring di tengah jalan sambil memegang bendera menghalang kereta peronda polis yang mengiringi kenderaan Raja Muda Perak di belakang berhampiran Istana Iskandariah, Perak, semalam.

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.


3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?


4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

Honda Malaysia Potong Harga Civic Hybrid

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan satu versi kereta Civic Hybrid yang ditambah baik dengan menetapkan harga yang lebih murah.

Harga kereta Civic Hybrid baru itu ditetapkan RM129,980, yang merupakan 20 peratus lebih murah daripada harga sebelum ini, selepas diambil kira insentif cukai bagi kenderaan hibrid seperti yang diumumkan di dalam Bajet 2009, kata syarikat itu di dalam satu kenyataan hari ini.

Honda Malaysia berkata ia menyasarkan untuk menjual 300 unit kereta itu pada tahun ini.

"Dengan adanya ketidaktentuan ekonomi global dan peningkatan kos kehidupan, para pengguna lebih sensitif terhadap turun naik harga bahan api," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Atsushi Fujimoto.

"Wujud juga keperluan mendadak untuk mempromosikan teknologi alam sekitar yang lebih canggih yang lebih efisien bahan api yang mengeluarkan bahan berbahaya yang rendah bagi memperlahan perubahan iklim. sebagai pengilang kereta, adalah menjadi tanggung jawab kami untuk memulihara alam sekitar dan meminimumkan pengeluaran bahan berbahaya ke udara," katanya.

Sistem hibrid di dalam Civic Hybrid mendapat kuasa dari satu enjin yang dibantu motor elektronik yang direka bentuk lebih kompak dan efisien, kata syarikat itu.

Sejak pengenalannya, Civic Hybrid telah menerima permintaan yang baik di seluruh dunia, dengan jualan terkumpul lebih 250,000 unit.

Ahad, 15 Februari 2009

Senat lulus AS$787 Bilion

Pembahagian dan Perincian AS$787 Bilion

WASHINGTON - Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan pakej pemulihan berjumlah AS$787 bilion (RM2.8 trilion) yang dilihat Presiden Barack Obama bakal merangsang ekonomi negara itu yang semakin tenat. Pelan yang sebelum ini memerlukan beberapa pindaan kecil akan dihantar ke pejabat Obama untuk ditandatangani sebelum pelaksanaannya.

Pakej itu termasuk peruntukan AS$120 bilion (RM434 bilion) bagi tujuan prasarana seperti membaik pulih jambatan, bangunan kerajaan dan jalan raya.

Sebanyak AS$100 bilion (RM361 bilion) diberikan untuk pendidikan, AS$30 bilion (RM108 bilion) untuk tenaga dan AS$212 bilion (RM766 bilion) bagi potongan cukai manakala AS$267 bilion (RM965 bilion) adalah untuk makanan serta faedah hilang pekerjaan.

Pejabat Belanjawan Kongres menjangka pelan itu akan menjana sehingga tiga juta pekerjaan baru. Undian 60-38 oleh 100 anggota dewan yang bermula pada pukul 5.30 petang waktu tempatan itu mengambil masa selama beberapa jam. Sejumlah anggota Parti Republikan dalam dewan itu melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa membaca rang undang-undang perbekalan setebal 1,000 muka surat dalam tempoh singkat.


"Parti Demokrat tidak boleh berbuat sesuka hati hanya kerana Republikan menghabiskan banyak wang selepas kejadian 11 September dan ekoran masalah kewangan semasa," kata seorang wakil Republikan.

Sementara itu, Obama menyatakan tindakan Senat meluluskan pelan itu merupakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi AS. "Pelan itu bukan wang Monopoly. Ia perlu dibayar semula oleh anak dan cucu kita," kata Obama. - Agensi

Pusat Data Hijau & 4M

KEPERLUAN terhadap teknologi sebenarnya turut memberi kesan terhadap alam sekitar akibat penggunaan tenaga yang berlebihan lantas mengakibatkan pemanasan global dan penipisan lapisan ozon sepertimana yang diwar-warkan dalam kempen Hari Bumi.

Pusat data adalah kemudahan untuk menempatkan sistem komputer dan komponen yang berkait dengannya seperti unit pemprosesan, sistem pelayan, PC, alat mencegah kebakaran, sistem penyejuk, storan, pembekal tenaga tidak terganggu (UPS) dan unit pengedaran tenaga (PDU).

Menurut Gartner, menjelang 2009, kos tenaga dikatakan bakal menjadi kos kedua tertinggi (selepas kos buruh) dengan penggunaan 70 peratus seluruh dunia. Oleh itu, perancangan yang tidak teliti dan tanpa kajian mampu meningkatkan kos operasi, pembaziran waktu dan tenaga.

Mckinsey berpendapat, walaupun teknologi maklumat (IT) semakin canggih dengan kecekapan teknologi tenaga namun menjelang 2020 tetap berlaku pelepasan karbon dioksida (Co2) sebanyak tiga peratus di seluruh dunia yakni melebihi dua kali ganda pelepasan Co2 di United Kingdom.

Di atas kesedaran masalah pemanasan bumi di seluruh dunia, APC by Schneider Electric (APC) antara peneraju teknologi perkakasan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) antarabangsa memperlihatkan usaha memulihara alam sekitar daripada terus tercemar akibat pengeluaran haba yang berlebihan.

Atas inisiatif itu, APC membina pusat datanya yang mesra alam dikenali sebagai APC Energy Efficient Solutions Center pada 3 April 2008 yang lalu.

Pusat data yang pertama di Asia Tenggara itu terletak di Techpoint, Ang Mo Kio, Singapura di atas tapak seluas 25,000 meter persegi.

APC Energy Efficient Solutions Center diperkukuhkan dengan pem
binaan pusat data APC InfraStruXure, sistem pengurusan bangunan TAC, sistem pemantau tenaga Schneider Electric dan sistem pengawasan cahaya CLIPSAL.

Penasihatnya, David Blumanis berkata,
penubuhan pusat data ini bersandarkan kepada prinsip kecekapan tenaga menerusi prinsip 4M iaitu measure (menyukat), manage (mengurus), model (mengawal) dan monetize (memerhati dan menjana keuntungan).

"APC dalam usaha menyediakan perkhidmatan pusat data yang berkonsepkan tenaga dan penyejukan kerana ia mampu membantu menjimatkan kos tenaga sehingga 30 peratus dan tahan lasak," katanya sewaktu persidangan bersama media di Asia Pacific Editors Event 2008.

Usaha APC ini membabitkan 72 peratus
tenaga kerja yang digunakan namun masih mampu melakukan penjimatan sebanyak 30 peratus. Manakala Co2 mampu dikurangkan sebanyak dua peratus.

Berdasarkan kajian IDC, dalam jangkamasa lima tahun akan datang, kos pembekalan kuasa dan penyejukan pusat data yang sedia ada dikatakan berkembang empat kali ganda berbanding tumpuan ke atas pertumbuhan pusat data yang baru iaitu sebanyak 11.2 peratus.

APC beranggapan pengurusan kapasiti kuasa dan penyejuk merupakan kunci ke arah kecekapan tenaga dan kepercayaan kerana krisis tenaga diseluruh dunia hari ini melibatkan pusat data.

Secara lazimnya, infrastruktur kuasa dan penyejukan pusat data mampu menghasilkan 60 juta megawat sejam setahun. Hal ini adalah satu pembaziran dari segi kewangan dan memberi impak yang besar kepada alam sekitar.

Akan timbul pelbagai persoalan berkaitan cara mengurus pusat data yang membabitkan semua perkara antaranya perkakasan yang diperlukan untuk pusat data, cara untuk memastikan penyejuk dan tenaga kuasa agar sentiasa memenuhi keperluan pusat data.

Oleh itu, APC memperkenalkan APC Trade Off Tool dan APC Change and Capacity Manager.

Secara amnya, APC Trade Off Tool dikategorikan sebagai pemahaman secara imperikal tentang impak keputusan yang dibuat mengenai reka bentuk dan tahap konfigurasi sebelum memulakan pembinaan.

Manakala, APC Change and Capacity Manager adalah perisian untuk menyusun atur operasi dan menjalankan pemerhatian ke atas pusat data.

"Pusat data hijau adalah pusat data yang cekap tenaga. Jika kita mampu mengawal dan mengatur pusat data dengan baik, bermakna kita juga bijak mengawal kos operasi.

"Tidak menjadi masalah bagi sebuah syarikat yang menginginkan pusat data yang terbaik kerana APC diperkukuhkan dengan kelengkapan sedia ada sebagai permulaan iaitu perisian untuk konfigurasi dan reka bentuk pusat data; perisian untuk mengawal dan pengurusan operasi; dan penyediaan fizikal infrastruktur pusat data," katanya.


FAKTA PERKEMBANGAN DATA (dipindah atau disimpan):

  • Sepanjang 2003, sebanyak 27 juta orang melawat Menara Eiffel, Piramid, Acropolis, bangunan Coliseum, Taj Mahal, Red Square, Pangkalan Sydney, Istana Buckingham dan Gunung Fuji.
  • Di India pada tahun 2007, sebanyak 200 juta orang merupakan pelanggan baru yang melanggan khidmat telefon.
  • Lebih daripada 77 juta Smartphones dijual selama tiga bulan iaitu 891 seminit dan 14 saat
  • Tiga peratus pelepasan karbon di seluruh dunia menyamai dua kali ganda pelepasan karbon di United Kingdom menjelang tahun 2020.
  • Sepanjang 2006, manusia mencipta 161 exabite data bersamaan dengan tiga juta maklumat yang ditulis dalam sebuah buku.
  • Cisco menganggarkan video Internet mengalami trafik tiga kali ganda berbanding pada 2006.
  • 10 tera wat hasil daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik yang digunakan di bumi, 0.5 peratus