Bicara Siswa


Jumaat, 15 Januari 2010

Pilihan Raya Kampus: Pro-Mahasiswa tekad kuasai MPM


KUALA LUMPUR, 13 Jan: Menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) sesi 09/10 yang dijangka penghujung Januari ini, kumpulan Pro-Mahasiswa kini mula serius menggerakkan jentera mereka dalam usaha memenangi kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di kampus masing-masing.



Semalam kumpulan yang terdiri dari beberapa front mahasiswa itu melancarkan misi 'Mahasiswa Tawan Kampus' (MiSi-10) dalam satu majlis di Kompleks Perdana Siswa Gazebo Universiti Malaya.


MiSi-10 terdiri daripada gabungan beberapa front yang di ketuai oleh PRO-Mahasiswa bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM) , Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) , Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (BANTAH).


Mereka juga turut disokong olek kumpulan Pro-Mahasiswa di 10 kampus utama seluruh negara.


Dalam satu kenyataan bersama mereka memberitahu, Pelancaran MiSi-10 sebagai isyarat awal mereka menuntut ruang pemilihan yang adil.


"Ini isyarat awal menunjukan bahawa keseriusan kami di peringkat mahasiswa untuk memastikan pilihan raya kampus yang akan berlansung dilaksanakan dalam satu ruang padang yang adil demi melahirkan kepimpinan mahasiswa yang berkualiti bagi membela nasib mahasiswa yang lain khasnya dan nasib rakyat Malaysia umumnya," kenyataan mereka dipetik.


Mereka juga turut mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak universiti melihat kepada beberapa kronologi kes yang berlaku sepanjang tahun 2009 yang didakwa mereka sebagai kongkongan terhadap demokrasi kampus.


Kes yang dijadikan rujukan termasuklah prosiding lapan mahasiswa UM yang disabitkan di bawah AUKU kerana menjemput ahli politik merasmikan program mahasiswa serta kes pendakwaan terhadap lima mahasiswa dalam kes conteng 'bini puaka' di dinding Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam APIUM.


Selain itu isu halangan penganjuran Forum E-Undi dan tuduhan mahasiswa UKM sebagai Pro-Israel juga ujar mereka suatu yang menghalang mahasiswa beridealisme.


"MiSi-10 melihat bahawa isu-isu yang berlaku telah mencalarkan imej dan fungsi sebuah universiti yang seharusnya disuburkan dengan budaya dan suasana demokrasi yang memberikan keselesaan kepada mahasiswa untuk beridealisme dan melaksanakan aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri," kata mereka lagi.


Sehubungan itu mereka menuntut pihak universiti bertindak telus dan adil pada PRK akan datang dengan membenarkan kehadiran pemantau bebas dari luar.


Ianya juga termasuk menghapuskan sistem pengundian elektronik (e-undi) pada PRK kali ini dan akan datang.


Selain itu mereka turut menggesa agar pihak universiti mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa untuk berhimpun, bersuara, berpersatuan dan kebebasan akademik.


Pihak universiti juga gesa mereka perlu menjaga keselamatan calon dan mahasiswa daripada ancaman pihak-pihak tertentu semasa proses pilihanraya berlangsung.


harakah daily

Ahad, 3 Januari 2010

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua mahasiswa dam mahasiswi UniMAP,tidak terlewat rasanya untuk pihak UnimapKini mengucapkan selamat kembali ke kampus dan meneruskan kembali pengajian saudara dan saudari sekalian di kampus.

Sempena sem baru dan juga tahun baru hijriyyah dan syamsiah ini,kita mengharapkan satu sinar baru bagi kehidupan kita semua.Dengan azam dan harapan baru,kita mengharapkan perjalanan hidup pada masa kan datang akan lebih baik dan berkualiti.Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa dan mahasiswi di peringkat universiti,perlulah satu anjakan yang besar ke arah perubahan yang lebih baik.

Sebagai mahasiwa,kita bukanlah lagi budak sekolah.Kita perlu mempunyai satu jati diri dan pemikiran yang versatil serta ke hadapan dalam menjadikan kita sebagai mahasiswa yang bermanfaat kepada agama dan tanah air serta masyarakat kita.

Salam perubahan..salam harapan baru..

Selamat Kelahiran Blog MPP UniMAP 2009/2010

Assalamualaikum..

Pihak UnimapKini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis sesi 2009/2010 di atas kelahiran blog MPP UniMAP yang terbaru.Blog tersebut yang baru diwujudkan awal sem ini diharapkan akan memberi manfaat dan membantu para mahasiswa dan mahasiswi UniMAP dalam perkara-perkara yang melibatkan mereka.

Pihak mahasiswa dan mahasiswi Unimap juga diharap membantu dan memberikan sokongan kepada MPP dalam menaikkan taraf dan mutu universiti.Pihak UnimapKini juga berharap pihak MPP dan UnimapKini dapat bekerjasama dalam mencambahkan lagi maklumat dan pengetahuan semasa kepada para mahasiswa dan mahasiswi.

http://majlisperwakilanpelajarunimap.blogspot.com/
Salam Intelektual unutuk mahasiswa bersatu..

Sabtu, 2 Januari 2010

UniMAP tubuhkan Anjung ke-2 di KULIM


Kesungguhan UniMAP dalam usaha untuk mengangkat martabat universiti  untuk mempersadakan visi & misi Universiti jelas tergambar apabila pentadbiran mengambil tindakan untuk memuwujudkan Anjung  ke-2 bagi memudahkan pelbagai urusan dan pastinya demi kebaikan UniMAP dan seluruh isinya.

Pihak krew UniMAPkini menyokong penuh tindakan universiti demi merelisasikan Pelan Tindakan Strategik Universiti yag telah dirangkakan serta diharapkan ianya dioptimumkan kegunaannya dan bukanlah hanya menjadi 'sekadar ada' di perkampungan Industri tersebut.





Sistem pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berteraskan kejuruteraan dan berlandaskan pendekatan “lab intensive” merupakan satu keunikan yang menuntut beberapa keperluan. Sepertimana yang diamalkan di negara-negara maju, aktiviti-aktiviti pengkayaan pengajaran dan pembelajaran berorientasikan industri merupakan salah satu ciri utama. Walaubagaimanapun, lokasi UniMAP yang jauh dari kawasan-kawasan perindustrian menjadi daya penolak kepada UniMAP untuk terus melangkah lebih maju di bidang industri ini. Maka tertubuhlah Anjung UniMAP.






Anjung UniMAP adalah pejabat perwakilan UniMAP yang pertama beroperasi di luar kampus induknya yang terletak di negeri Perlis Indera Kayangan. Anjung UniMAP mula beroperasi pada 1 April 2005. Bandaraya kosmopolitan Kuala Lumpur dipilih bagi lokasi Anjung UniMAP kerana kedudukan yang strategik.Ia menjadi pusat tumpuan bagi segala kegiatan khususnya di dalam bidang politik, pendidikan, penyelidikan, ekonomi, hubungan pengantarabangsaan, pelancongan, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.






Walau bagaimanapun, atas dasar memfokus ke arah industri dan kejuruteraan, UniMAP telah membuat keputusan untuk menubuhkan
Anjung UniMAP yang kedua, iaitu Anjung UniMAP Kulim. Dengan tertubuhnya Anjung UniMAP Kulim di Taman Teknologi Tinggi di Kulim ini, diharap dapat memberikan cabaran kepada kerjasama erat yang mampu dijalin dengan lebih erat dengan pelbagai industri di sekitar Pulau Pinang dan Selatan Kedah. Pejabat ini akan menjadi pusat pertemuan dan penyelarasan operasi kerjasama industri, promosi serta kursus-kursus pendek UniMAP yang akan dioperasikan oleh Pusat Kerjasama Industri.

Fungsi
Anjung Kulim UniMAP berperanan sebagai Pusat Komunikasi Setempat (One Stop Communications Centre).



SUMBER: web UniMAP

Batal Forum Terbuka;PKPIM kecam HEPA UM


Kuala Lumpur 31 Dis 12.45 p.m │Berikutan isu pembatalan ‘Forum Terbuka E-Voting  dan Masa Depan Demokrasi Kampus’, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) mengeluarkan kenyataan mengecam  tindakan  campur tangan pihak pentadbiran Universiti Malaya dalam penganjuran Forum Terbuka tersebut.


Semalam,laman blog Um-today.com melaporkan forum tersebut terpaksa dibatalkan akibat arahan pembatalan dari pihak pentadbiran universiti Malaya.
Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM, Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad mempersoalkan rasional pembatalan forum intelektual tersebut memandangkan ianya  membahaskan persoalan berkaitan perjuangan mahasiswa dan  juga turut menampilkan ahli akademik,ahli politik dan mahasiswa sendiri sebagai pembicaranya.
Wan Mohamad Wasif berkata melalui diskusi intelektual  seperti ini akan mampu melahirkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan kreatif,mematangkan pemikiran anak muda serta mampu mewujudkan penghayatan terhadap budaya ilmu dan tradisi keintelektualan .
“Ianya tidak sepatutnya dihalang.Mahasiswa mesti diberi ruang secukupnya untuk menganjurkan diskusi intelektual dan sebarang isu yang diperselisihkan seperti isu penggunaan sistem undian elektronik atau e-voting dalam pilihanraya kampus yang melibatkan mahasiswa misalnya sewajarnya dibenarkan dibahaskan atau diperdebatkan.”
“Soal samada bersetuju atau tidak bersetuju dengan penggunaan sistem undian elektronik dalam pilihanraya kampus itu masih boleh diperbahaskan namun hak bersuara bagi mahasiswa perlu tetap diperjuangkan “Tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, potensi dan idealisma mahasiswa perlu digilap sebaiknya  dengan penganjuran  siri wacana ilmiah dan bukannya terus membiarkan mahasiswa terus hanyut dengan program-program anti ilmu yang melumpuhkan minda, memandulkan idealisma dan membunuh aktivisma mahasiswa.
Sebelum ini, penganjur forum tersebut  iaitu  Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)dengan kerjasama  wakil fakulti Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) dikatakan telah menerima amaran dari Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM agar membatalkan penganjuran forum tersebut.
Selain itu,jurucakap BANTAH, Mohd Ridzuan Bin Othman turut mengesahkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengarahkan pihak APIUM agar membatalkan kelulusan tempat yang diberikan.
Walaubagaimanapun, forum tersebut dikatakan akan tetap diteruskan sekalipun bukan bertempat di Akademi Pengajian Islam tersebut -Mahasiswakini

Pelaksanaan sudut pidato perlu diperjelas

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik langkah membenarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan pengucapan awam di kalangan mahasiswa.Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, usaha tersebut selaras dengan usaha kerajaan melahirkan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan pengucapan awam yang berkualiti.


"GPMS berharap dengan peluang itu mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran pengucapan awam di samping mengasah bakat kepimpinan diri semasa di universiti.


"Ia bukan sekadar melahirkan pemimpin pelajar yang berkarisma tetapi juga membolehkan mereka melontarkan pandangan dan idea-idea bernas dan spontan untuk didengari oleh universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika dihubungi di sini.


Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa IPTA dan IPTS dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.


Menurut Saifuddin, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.
Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPTA dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu di Parlimen.


Jais berkata, usaha itu memberi peluang kepada mahasiswa membincangkan isu semasa termasuk politik tanah air secara terbuka.


"Kita mengharapkan sudut pidato itu bukan digunakan untuk mengkritik kerajaan, parti-parti politik dan universiti sahaja, tetapi ia perlu dilihat secara positif dalam melahirkan pemimpin mahasiswa cemerlang.


"Kita perlu meletakkan sudut pidato ini sebagai landasan untuk memperkasakan mahasiswa kerana kecemerlangan bukan terletak pada akademik semata-mata tetapi juga melibatkan kokurikulum," ujarnya.
Sementara itu Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anwar Nasarah berkata, langkah itu bersesuaian dengan pindaan AUKU 1975.


"Ini membuktikan kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menyuarakan pandangan dan pendapat mereka agar didengari.


"MBM yakin dengan adanya ruang ini ia juga dapat mematangkan fikiran mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin berwibawa," katanya.KUALA LUMPUR 1 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik langkah membenarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), 
Jais Abdul Karim berkata, usaha tersebut selaras dengan usaha kerajaan melahirkan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan pengucapan awam yang berkualiti.
"GPMS berharap dengan peluang itu mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran pengucapan awam di samping mengasah bakat kepimpinan diri semasa di universiti.

"Ia bukan sekadar melahirkan pemimpin pelajar yang berkarisma tetapi juga membolehkan mereka melontarkan pandangan dan idea-idea bernas dan spontan untuk didengari oleh universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa IPTA dan IPTS dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Menurut Saifuddin, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Sudut pidato yang diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975 sejak 34 tahun lalu dibenarkan semula di semua IPTA dan IPTS selepas pindaan mengenainya diwartakan pada Februari tahun lalu di Parlimen.

Jais berkata, usaha itu memberi peluang kepada mahasiswa membincangkan isu semasa termasuk politik tanah air secara terbuka.
"Kita mengharapkan sudut pidato itu bukan digunakan untuk mengkritik kerajaan, parti-parti politik dan universiti sahaja, tetapi ia perlu dilihat secara positif dalam melahirkan pemimpin mahasiswa cemerlang.
"Kita perlu meletakkan sudut pidato ini sebagai landasan untuk memperkasakan mahasiswa kerana kecemerlangan bukan terletak pada akademik semata-mata tetapi juga melibatkan kokurikulum," ujarnya.
Sementara itu Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anwar Nasarah berkata, langkah itu bersesuaian dengan pindaan AUKU 1975.

"Ini membuktikan kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan untuk memberi peluang kepada mahasiswa menyuarakan pandangan dan pendapat mereka agar didengari.
"MBM yakin dengan adanya ruang ini ia juga dapat mematangkan fikiran mahasiswa untuk menjadi seorang pemimpin berwibawa," katanya.

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.



Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.



Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.


"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

Khamis, 31 Disember 2009

Pelajar UM bantah kenaikan yuran kolej kediaman

Kira-kira 50 mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkumpul di pejabat asrama Kolej Kediaman kelapan - Kolej Kinabalu - untuk menuntut penjelasan berhubung kenaikan yuran kolej kediaman bagi semester ini.

Fadzil JamalPihak pentadbiran telah menaikkan yuran kolej kediaman sebanyak RM200 lagi dan menjadikan jumlahnya meningkat kepada RM1,400.

Exco kolej kediaman Majlis Perwakilan Mahasiwsa (MPMUM), Fadzil Jamal (kanan) bersama tiga orang lagi sedang berada di dalam pejabat pengetua kolej tersebut berhubung perkara itu.

Mereka dilihat masuk ke pejabat pada jam 11.50 pagi dan keluar 15 kemudiannya.



um student protest increase fees 311209Mereka memberitahuMalaysiakini bahawa pengetua, Dr Zulqarnian Mohamed tiada di pejabat dan pihaknya telah membuat temujanji untuk menemuinya Isnin ini.
Surat temujanji dengan dengan Dr Zulqarnian telah dihantar Fadzil telah dihantar petang ini.
Kira-kira 50 pelajar menyertai perhimpunan itu dengan membawa tiga kain rentang yang bertulis Kenaikan yuran membebankan mahasiswa,Jangan naik yuran kolej dan MPMUM bersama pelajar kolej 8.
um student protest increase fees 311209Selain kolej kediaman kelapan, pihak pentadbiran turut menaikkan yuran kediaman bagi kolej kediaman keempat, juga sebanyak RM200 kepada RM1,400.
Fadzil berkata, setakat pihaknya dimaklum oleh pelajar dua kolej kediaman berkenaan berhubung kenaikan bayaran yuran tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada yuran kediaman bagi kolej-kolej kediaman yang lain, juga dinaikkan.
Sementara itu, bendahari MPMUM, Ahmad Syazwan Mohd Hasan pula berkata, beliau dapat bercakap dengan pengetua kolej kediaman ke-8 melalui telefon.
um student protest increase fees 311209Katanya, pengetua tersebut memberitahunya bahawa pihak pentadbir kolej berkenaan telahpun menghantar surat kepada pejabat bendahari UM untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Pengetua itu memberitahu saya berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan yuran kerana ia sepatutnya dikira berdasarkan jumlah tujuh minggu belajar, tetapi ia dikira berdasarkan 10 minggu dalam satu semester," katanya.
Ahmad Syazwan Mohd HasanBerikutan itu, kata Ahmad Syazwan (kanan), pengetua berkenaan telah memberi jaminan wang lebihan itu akan dikembalikan kepada pelajar.
Bagaimanapun, katanya, pengetua tersebut tidak pasti bila wang lebihan itu akan dikembalikan.
"Sebab itulah kami mahu bertemu beliau Isnin untuk mengetahui bila wang tersebut akan dikembalikan," katanya.




http://www.malaysiakini.com/news/120868

4,000 siswa hadapi masalah air yang serius

Lebih 4,000 pelajar dari dua buah institusi pengajian tinggi di Labuan iaitu Kolej Matrikulasi dan Universiti Malaysia Sabah dikatakan sedang menghadapi masalah bekalan air yang serius.

Jurucakap Dewan Perniagaan Bersama Labuan, Yussof Mohammad berkata masalah tersebut yang dialami sejak awal tahun ini turut dialami oleh kira-kira 85,000 penduduk Labuan.

Yussof membangkitkan perkara tersebut dalam majlis perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan turut disertai wakil-wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Dewan Perniagaan India, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan Labuan, di Labuan hari ini.

Raja Nong Chik memberi jaminan akan mengadakan rancangan jangka pendek untuk mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi DPMML, Rokiah Ibrahim berkata pelajar institusi pengajian berkenaan terpaksa mandi di tempat terbuka di dalam kawasan kolej mereka.

Para pelajar terpaksa bergantung kepada bekalan yang disediakan oleh Jabatan Air, begitu juga dengan para penduduk, katanya.

Masalah bekalan air di Labuan dijangka selesai menjelang akhir 2010 apabila projek saluran paip bawah laut yang baru bernilai RM365 juta dari Sungai Padas, Beaufort di tanah besar siap disambung.

Masalah kekurangan air berlaku ekoran dua daripada tiga empangan di Sungai Pagar dan Sungai Kerupang telah kering. 
BERNAMA

Selasa, 29 Disember 2009

BOIKOT PENDAFTARAN KOMPUTER!!

Salam 1Malaysia,


Seperti yang anda sedia maklum, setiap desktop mahupun laptop bagi setiap penghuni-penghuni di Kolej Kediaman  Tan Sri Aishah Ghani telah pun diarahkan untuk didaftarkan kepada pegawai-pegawai unit ICT yang berlangsung sepanjang 28-30hb disember ini. 


Sehubungan itu, krew UniMAPkini menyeru kepada semua penghuni agar MEMBOIKOT terus pendaftaran tersebut, dan juga menyeru kepada ahli yang bertanggungjawab agar bangkit untuk menyatakan bantahan anda. Seruan boikot ini kerana pendaftaran ini tidak telus dan pihak ICT UniMAP mempunyai agenda lain disebaliknya. 


Pendaftaran yang dilakukan secara terpilih ini juga telah jelas ianya tidak adil & berat sebelah  dan sudah tentunya  ia mempunyai udang disebalik batu.  Proses ini hanya akan menyusahkan mahasiswa/i dari pelbagai sudut. Hal yang mudah sengaja dirumitkan begitulah sikap pihak ICT yang pastinya mendapat arahan dari pihak tertentu.


Tindakan ini jelas bercanggah dengan perlembagaan Malaysia yang membenarkan agar setiap rakyat Malaysia berhak mendapatkan maklumat & berita yang jelas serta bebas untuk menyuarakan pandangan. 


Akhir kata, tindakan luar tabi'e ini harus diBOIKOT bukan sahaja oleh penghuni KKG malah semua siswa/i UniMAP umumnya.

Mahasiswa mahu perkataan 'Pelajar' ditukar kepada 'Mahasiswa'

SKUDAI, 29 Dis: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam dicadangkan untuk menggunakan perkataan 'mahasiswa' menggantikan 'pelajar' pada nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di Universiti tersebut.

Cadangan tersebut dibuat Pengerusi Pro Mahasiswa UTM, Nur Azim Fahada Ahmad dalam suatu memorandum kepada Naib Canselor Datuk Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang semalam.

Beliau berkata, cadangan tersebut sejajar dengan kenyataan Timbalan Naib Canselor Prof. Dr. Tajuddin Ninggal dalam suatu upacara rasmi Universiti sebelum ini.

Beliau juga berpendapat, penggunaan perkataan 'mahasiswa' pada pertubuhan-pertubuhan siswa Universiti sekali gus mengiktiraf kedudukan mahasiswa sebagai kelompok intelektual terpilih di peringkat Universiti.

Beliau turut memaklum inti perbincangan ProM UTM dengan pentadbiran Universiti, sebelum upacara penyerahan memorandum dilakukan.

"Dalam pertemuan tadi (Isnin), perbincangan kami lebih menumpu pada bagaimana semua pihak dapat bekerjasama dalam menjayakan Pelan Pembangunan Mahasiswa dan melestarikan ilmu di semua peringkat," dipetik dari laman rasmi ProM UTM, promahasiswautm.blogspot.com

Dalam perkembangan yang sama, lebih 50 orang mahasiswa berhimpun di lobi pejabat pentadbiran Universiti menuntut  diadakan Majlis Pengenalan Calon dan kebebasan berkempen dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangka umum diadakan pada awal Januari depan.


Jumaat, 18 Disember 2009

UNIMAP MENANG DI SIIF, KOREA SELATAN

SETINGGI-TINGGI  TAHNIAH  DIUCAPKAN KEPADA UNIMAP DIATAS KEJAYAAN MEMENANGI Seoul International Invention Fair (SIIF) 2009. wALAUPUN UNIMAP BARU MEMASUKI TAHUN KEDUA DIDALAM INOVASI INI NAMUN SUDAH MAMPU MENEMPA NAMA SENDIRI DAN BERJAYA MENGUKIR NAMA UNIMAP DI PERSADA ANTARABANGSA. SEKALI LAGI DIUCAPKAN TAHN IAH KEPADA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG... 


IKUTI BERITA LANJUT DISINI. 


Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)  telah menyertai Seoul International Invention Fair (SIIF) 2009 yang berlangsung pada 3 sehingga 7 Disember 2009, bertempat di Pacific Hall, COEX Seoul, Korea Selatan. Acara tahunan ini merupakan yang terbesar di Asia dan disertai oleh penyelidik dari negara-negara seperti Taiwan, Malaysia, Iran dan lain-lain lagi.


2009 merupakan tahun kedua UniMAP menyertai SIIF dan pada kali ini sebanyak empat produk penyelidikan telah dipertandingkan. Hasilnya kita telah berjaya memenangi satu perak dan satu gangsa dimana pingat perak disumbangkan melalui produk penyelidikan ’Coconut Shell Powder Particle Board’ oleh Dr. Ir. Salmah Hussiensyah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan. Manakala pingat gangsa telah dimenangi oleh Abdul Haqi Ibrahim dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar dengan hasil penyelidikannya, ’CS Brick’.
Kejayaan di SIIF kali ini adalah penutup kepada rentetan kejayaan manis para penyelidik UniMAP yang telah menyertai pelbagai pertandingan rekacipta & inovasi di peringkat antarabangsa dalam tahun 2009. Antaranya di Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan yang terakhir di Korea Selatan. Ini turut membuktikan bahawa komitmen UniMAP di dalam mengenengahkan produk-produk penyelidikan berkualiti yang dihasilkan oleh para penyelidik UniMAP. Ia sekaligus dapat memperkenalkan lagi nama UniMAP di persada antarabangsa.



( 16/12/2009 )
UniMAP Raih Pingat Di SIIF

JEMPUTAN:KEM MPP & PRESIDEN KELAB

1-      Perkhemahan tahunan yang  bakal mengumpulkan keseluruhan pimpinan pelajar di semua peringkat


                                Pada                      :               25-27hb Disember 2009


                                Tempat                   :               Kem Rekreasi Lumut


Yang dijemput   :              
1.       Semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011
2.       Semua Presiden Kelab & Persatuan
3.       Semua Setiausaha Kelab & Persatuan


      2-      Untuk makluman pada tarikh yang sama juga,Seramai 8 orang ahli Majlis Penghuni kolej kediaman  akan menyertai perkhemahan pimpinan kolej kediaman seluruh Malaysia  di
Pulau pangkor.




 **kepada anda yang terlibat juga dijemput hadir, Sebarang persoalan bolehlah menghubungi  Cik Ija di talian  017-4968514 (waktu pejabat)

Salam Maal Hijrah 1431 hijrah