Bicara Siswa


Jumaat, 27 Februari 2009

Kecoh

Disunting Daripada Akhbar Tempatan


Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam. – UTUSAN/Mohd. Naim Aziz

Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.

PM: Kaji semula kenaikan tol

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
PATTAYA 26 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian.


Menurut Perdana Menteri, keputusan untuk menaikkan kadar tol berkuat kuasa 1 Mac ini yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed dibuat oleh Kabinet tiga minggu lepas.

Sehubungan itu, beliau mahu perkara itu dibincangkan semula dalam mesyuarat Kabinet yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak esok.


Perdana Menteri kini berada di Pattaya untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ketiga dan Sidang Kemuncak ASEAN di Hua Hin, Thailand esok.


“Walaupun dipertimbangkan dari segi syarat-syarat konsesinya patut dinaikkan, tetapi situasi sekarang ini tidak wajar dinaikkan kerana keadaan rakyat yang susah,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri ADMM ketiga di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenaikan kadar tol di lima lebuh raya di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini selaras dengan terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya tersebut.

Mohd. Zin berkata, kenaikan kadar tol itu melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Abdullah menjelaskan, sejak perbincangan dan keputusan menaikkan tol dibuat oleh Kabinet, keadaan ekonomi tidak bertambah baik dan ia mendorong kerajaan mengeluarkan peruntukan bantuan berupa pakej rangsangan kedua yang akan dibentangkan dalam bentuk bajet mini.


Menurutnya, mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan kesusahan yang dialami oleh rakyat, pendekatan yang sesuai perlu diambil untuk merangsang ekonomi negara.


Sebab itu, jelas beliau, kerajaan membuat keputusan untuk membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua dalam bentuk bajet mini di Parlimen bulan depan.


‘‘Kerajaan ambil pendekatan ini (membentangkan Mini Bajet) memandangkan rakyat dalam kesusahan dan untuk pastikan ekonomi dapat dirangsang,” katanya.


Ditanya sama ada keputusan kenaikan itu akan ditangguhkan, Abdullah berkata, ternyata sekali rakyat tidak dapat menerima kenaikan itu berdasarkan laporan yang beliau terima.


Abdullah berkata, kenaikan kadar tol ada hubung kait dengan perjanjian dengan syarikat konsensi.

Khamis, 26 Februari 2009

Kes Karpal ke Peguam Negara

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kertas siasatan berhubung 97 laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh telah diserahkan ke Pejabat Peguam Negara, minggu lalu.

Polis juga telah membuat cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya kes itu didakwa mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya kini dalam peringkat perbincangan dengan Peguam Negara berhubung kertas siasatan dan cadangan tersebut.

“Tindakan selanjutnya, sama ada Karpal perlu didakwa atau tidak hanya akan ditentukan oleh Peguam Negara.

“Setakat ini, tiada sebarang dakwaan dibuat terhadap Karpal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kertas siasatan yang dibuka selepas 97 laporan dibuat oleh individu, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara terhadap Karpal Singh yang didakwa menghina Sultan Perak.

Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang pada 6 Februari lalu, menyatakan pakatan pembangkang bercadang memfailkan saman ke atas Sultan Perak kerana menitahkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis telah memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan keterangan, sejak kertas siasatan itu dibuka.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan jumlah serta identiti mereka yang dipanggil berhubung kes itu kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

'Terserah Khalid'

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
MENTERI Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selango di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, kelmarin. Foto Roslin Mat Tahir

Sultan Selangor berkecuali kedudukan Elizabeth Wong

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengambil sikap berkecuali berhubung kedudukan Ahli Exco negeri, Elizabeth Wong Keat Ping, yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan berikutan kontroversi pengedaran gambar separuh bogelnya.

Sehubungan itu, baginda menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Wong sebagai Exco negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan. Pendirian itu dinyatakan baginda selepas menerima menghadap Abdul Khalid di Istana Mestika di sini, semalam.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Abdul Khalid berkaitan hal berkenaan kerana isu itu masih dalam siasatan polis dan membabitkan kedudukan Wong dalam politik.
"Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik," katanya dalam kenyataan dua halaman yang dikeluarkan selepas Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyembahkan perkembangan hal ehwal pentadbiran negeri serta isu Wong.

Kontroversi berhubung penyebaran gambar separuh bogel Wong mendapat liputan meluas media sehingga Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menawarkan diri untuk meletak jawatan sebagai Ahli Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

Mohamad Munir berkata, Sultan Selangor yakin atas apa jua keputusan yang akan diambil Menteri Besar berhubung isu itu dan percaya ia dibuat secara adil serta bijaksana dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri.
Beliau berkata, baginda turut dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dijadikan suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang.

"Adalah satu perkara menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan melalui media massa kepada orang ramai," katanya.

Baginda juga sedih dan simpati terhadap Wong atas insiden yang berlaku dan berharap Adun Bukit Lanjan itu bertenang, bersabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan serta meneruskan kehidupan sehariannya.

9 maut, nahas pesawat terputus 3

Disunting Daripada Akhbar Tempatan
AMSTERDAM 25 Feb. – Sembilan terbunuh, sementara lebih 50 yang lain cedera apabila sebuah pesawat penumpang Turkish Airlines (THY) yang membawa 143 orang terhempas ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, di sini hari ini.



PASUKAN mencari dan menyelamat membantu penumpang-penumpang yang cedera selepas sebuah pesawat penumpang Turkish Airlines terhempas dan terputus tiga ketika mendarat di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, semalam. Sebanyak sembilan penumpang terbunuh dalam nahas itu. – REUTERS

Timbalan Setiausaha Kementerian Pengangkutan Turki, Suat Hayri Aka mengesahkan mengenai angka kematian itu kepada stesen penyiar CNN Turk.

Pesawat Boeing 737 yang dalam penerbangan dari Istanbul, Turki itu terputus tiga apabila terhempas bersebelahan landasan.

Sebelum itu, di Ankara, laporan awal memetik Menteri Pengangkutan Turki, Binali Yildirim sebagai berkata, tiada seorang pun daripada 135 penumpang di dalam pesawat itu terbunuh.

Katanya, semua lapan krew di dalam pesawat tersebut turut selamat.

“Berita baik kerana tidak ada korban jiwa dalam nahas di Lapangan Terbang Schiphol,” katanya dalam laporan awal tersebut.

Beliau bagaimanapun mengesahkan ada penumpang yang cedera tetapi tidak menyebut bilangan mereka.

Terdahulu stesen CNN Turk melaporkan seorang terkorban dan 20 lagi cedera.

Seramai 50 penumpang terselamat tanpa sebarang kecederaan dan sesetengahnya dilihat berjalan meninggalkan lokasi nahas, lapor stesen CNBC Turkey.

Televisyen Belanda pula menunjukkan pesawat itu berada di sebuah padang berlumpur dengan bahagian ekornya tercabut dan keretakan luas pada bahagian badannya di belakang kokpit.

“Kami sekarang berada di tengah-tengah padang, kira-kira 5-6 kilometer dari terminal, kebanyakan penumpang cedera dan kira-kira 30 ambulans sudah tiba,” kata seorang penumpang yang terselamat, Mustafa Bahcecioglu kepada stesen televisyen Turki, Channel 24.

Seorang lagi penumpang, Huseyn Sumer memberitahu CNN Turk menerusi telefon: “Kami ingin memaklumkan keadaan tidak begitu serius tetapi mungkin ada kemalangan jiwa di bahagian depan pesawat.”

Pesawat yang berlepas dari Istanbul pada pukul 8.22 pagi (2.22 petang waktu Malaysia) itu terhempas dekat landasan paling jauh dari terminal di Schiphol, 20 kilometer ke barat daya Amsterdam.

Seorang jurucakap lapangan terbang berkata, ekoran kejadian itu, semua penerbangan yang dijadual mendarat dan berlepas dari Schiphol telah digantung.

Kadar tol naik 5 peratus

Disunting Daripada malaysiakini

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

58,000 dijangka hilang kerja

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan seramai 40,000 hingga 58,000 orang akan diberhentikan kerja tahun ini ekoran krisis ekonomi global.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berkata, angka sebenar bergantung kepada perkembangan ekonomi global dan sejauh mana kesan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi pertama dan kedua kelak.

“Krisis ekonomi global telah memberi impak besar terutamanya kepada sektor pembuatan apabila permintaan bagi banyak produk pasaran eksport telah menurun.

“Ini telah menyebabkan syarikat pengeluar terpaksa mengurangkan pekerja melalui tindakan pemberhentian tetap, sementara dan skim pemberhentian sukarela (VSS),’’ kata Noraini pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Bagi memastikan peluang kerja menyebelahi rakyat tempatan, kementeriannya telah memutuskan agar pengambilan pekerja asing dibekukan bagi sektor pembuatan terutama dalam industri elektrik dan elektronik, tekstil, pakaian serta sektor perkhidmatan.

Rabu, 25 Februari 2009

Mahasiswa sokong debat terbuka Nizar vs Zambry

Disunting daripada Akhbar Tempatan

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Cadangan dan harapan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) untuk menganjurkan debat terbuka antara Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah mendapat sokongan yang sepenuhnya di peringkat Mahasiswa.

"Forum seumpama ini bukan sahaja merupakan hasrat dan harapan kami di peringkat mahasiswa malah ia juga merupakan hasrat rakyat tempatan yang inginkan penjelasan dan penerangan yang lebih telus terhadap suasana politik Perak pada hari ini.

"Kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar mahasiswa yang bakal memberikan kerjasama dalam menjayakan debat ini," demikian ujar Timb. Presiden (1) Bersatu Perak, Mudzil selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil-wakil kampus Perak.

Malah Bersatu Perak ujarnya, telah mendapat reaksi dan komen positif yang cukup memberansangkan di peringkat mahasiswa.

Dalam pada itu, Bersatu Perak juga katanya akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan bagi mengadakan tayangan secara langsung debat yang menemukan dua tokoh tersebut.

"Suasana dan warna politik Perak hari ini, mendapat liputan yang meluas di seluruh negara. Maka bukan rakyat Perak sahaja yang merasai kepanasan isu ini tetapi rakyat diluar Perak juga turut merasai tempias kehangatannya.

"Saya yakin dan percaya rakyat Malaysia keseluruhannya mahu melihat dua tokoh tersebut dipertemukan bagi menjelaskan isu Perak ini kerana itulah debat bersejarah tersebut perlu diadakan secara langsung di kaca TV untuk tatapan rakyat luar Perak," ujar Exco Perhubungan dan Media Bersatu Perak, Shahril Nizam.

SPRM perlu profesional

Disunting daripada Akhbar Tempatan
KUALA LUMPUR 24 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil, profesional, tanpa rasa takut dan tidak memihak kepada sesiapa pun.

Menurut Perdana Menteri, setiap anggota SPRM tanpa mengira pangkat dan kedudukan perlu melaksanakan tugas pada tahap profesional paling tinggi dan berdedikasi dalam penguatkuasaan pencegahan rasuah.

‘‘Pegawai dan anggota SPRM perlu mematuhi undang-undang semasa bertugas kerana tindakan sebaliknya akan memusnahkan usaha untuk melakukan transformasi dalam badan ini melalui peruntukan undang-undang,’’ katanya ketika berucap melancarkan SPRM di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Perdana Menteri memberitahu, kejayaan SPRM bergantung sepenuhnya kepada pegawai dan kakitangannya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Katanya, pengalaman selama empat dekad sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan banyak perkara yang telah dipelajari, maka adalah wajar ia digunakan untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan sebaik mungkin.

‘‘Di bahu pegawai dan kakitangan SPRM terpikul harapan negara untuk melihat rasuah dihapuskan dan ini tentunya satu tanggungjawab yang besar serta perlu dikongsi dengan setiap golongan masyarakat.

‘‘Kerajaan mengakui peranan SPRM untuk memerangi rasuah serta menghargai sumbangan tersebut dan akan terus meningkatkan sumber serta inisiatif bagi memastikan pegawai serta kakitangan suruhanjaya mampu melaksanakan tugas dengan lebih baik,’’ katanya.

Perdana Menteri memberitahu, perang ke atas rasuah tidak boleh dihapuskan melalui polisi, kempen, undang-undang dan hukuman yang dikenakan oleh kerajaan sahaja.

Kata beliau, isu mengenai rasuah serta integriti melibatkan masyarakat, oleh itu usaha tersebut perlu mengambil kira peranan semua pihak termasuk di sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga individu.

‘‘Saya yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib selepas ini juga berazam untuk memastikan kejayaan dalam agenda pencegahan jenayah di negara ini.

‘‘Saya juga berpendapat setiap golongan masyarakat akan memberi tindak balas positif membantu melakukan transformasi dalam landskap moral dan etika yang akan menjadikan negara ini paling bermoral serta kurang rasuah di dunia,’’ katanya.

Flow Process of Roket Lunch

Edited from Paultan's blog
Rarely Seen Shuttle Pre-Flight Activities However, these pictures deserve a wide viewing audience: the amount of thought and engineering that goes into every launch is immense; each successful take-off represents the Mankind’s finest effort, and is a wonder to behold.
(Thanks to Tim for sending this in; images courtesy Christie L. Dyett - NASA Space Coast Launch Services.)

External tank arrives by barge from Louisiana:


External tank approaches Vertical Assembly Building (VAB):

Removing external tank:



Preparing to lift the tank to vertical:



Lifting the tank:


Solid rockets are attached:


Orbiter: External tank with Solid Rocket Boosters (SRB):

Engines are attached to the shuttle in the Orbiter Processing Facility:





Shuttle in sling ready for lift in VAB:

Shuttle has been moved to VAB and will be attached to external tank:


Shuttle is attached:




Payload Preparation in Space Station Processing Facility:


Multi-Purpose Logistics Module (MPLM):

Payload carrier leaves Canister Rotation Facility:


Payload being moved to Launch Pad:


Lifting payload into position for insertion into “Discovery”
when it arrives at the pad:



Shuttle “Discovery” leaves VAB:




Trip to launch:
Length - 3 1/2 mi
Time - 6-8 hours
Arrow indicates the Launch Pad.


Crawler Control:

“Discovery” arrives at Pad:





We Have Lift Off !



On air to the space.