Bicara Siswa


Jumaat, 13 Februari 2009

Walaupun Anda MPP

Walaupun anda Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dikatakan sebagai wakil kepada mahasiswa UniMAP, tetapi anda perlu sedar dan akur bahawa diri anda bukanlah dipilih oleh mahasiswa, tetapi sebenarnya dipilih oleh pihak pengurusan universiti khususnya HEP. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa jawatan yang anda pegang bukanlah sebenarnya diperolehi dengan cara dan saluran akademik yang sepatutnya dilalui dan dilaksanakan dalam sebuah universiti. Maka anda sebenarnya tidak layak untuk digelar sebagai wakil pelajar ataupun wakil mahasiswa. Gelaran yang mungkin layak bagi anda adalah "wakil HEP" atau Majlis Perwakilan HEP (MPHEP).

Walaubagaimana pun, saya sebagai wakil mahasiswa UniMAP tidaklah berniat untuk memperendah dan mempersoalkan kredibiliti anda sebagai pemimpin pelajar, dan saya juga tidaklah berhajat untuk membahaskan panjang lebar tentang kelayakan dan ketelusan cara pemilihan anda sebagai MPP apatah lagi untuk menjatuhkan pemerintahan anda selaku barisan MPP pada kali ini. Ia bukanlah satu tindakan yang bijak dan wajar diambil sebagai seorang ahli akademik yang masih memegang prinsip keintelektualan. Mungkin ia adalah jalan terakhir jika MPP 08/09 tidak melakukan perubahan yang diinginkan oleh seluruh warga mahasiswa UniMAP.

Anda perlu diberi peluang dan ruang malahan seharusnya seluruh mahasiswa UniMAP sebagai rakyat juga perlu memberi ruang dan peluang kepada MPP 08/09 untuk beraksi dipentas mereka. Kita lihat apa yang bakal mereka lakukan kemudian buat pengadilan yang sewajarnya. Tetapi jangan pula mahasiswa hanya berdiam diri tanpa memberi sumbangan. Mahasiswa juga perlu bertindak dengan memberi galakan dan turut serta terlibat dalam acara dan program yang dirancang namun diingatkan, MPP haruslah bijak menilai kesesuaian program yang ingin dilaksanakan agar menepati kehendak dan matlamat universiti untuk melahirkan ahli akademik yang mempunyai karisma yang tinggi dalam bidang masing-masing.

Mahasiswa Jangan Berdiam Diri

Saya tidak bersetuju jika ada segelintir mahasiswa yang bertindak "mengutuk", "mengherdik", dan "mencerca" MPP dalam apa bentuk medium sekali pun malah mengecam tindakan mereka yang mungkin dilihat berat sebelah dan memihak kepada HEP semata-mata. Perkara ini "mungkin" berlaku pada barisan yang terdahulu, tetapi sekarang saya melihat sudah ada sedikit perubahan kepada MPP apabila sanggup turun padang dan mendengar rintahan "rakyat" mereka. Ini suatu perkembangan yang sangat diharapkan oleh semua lapisan mahasiswa di Universiti Malaysia Perlis. Maka kita gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin. Walaupun diakui, mereka bukan dipilih oleh anda dan diadili dalam Pilihan Raya Kampus, tetapi mereka sebenarnya berhak untuk mendapat sokongan daripada anda seterusnya mendengar segala rintihan dan ketidakpuas hatian anda kepada mereka. Ini wajar diambil kira dan diteliti oleh kita sebagai mahasiswa UniMAP.

Saya sebenarnya tidak mahu diri saya dilabelkan sebagai pihak yang terlalu menyokong dan mempertahankan MPP-HEP, malahan juga saya tidak mahu dilihat terlalu berpihak kepada segelintir mahasiswa yang begitu keras menentang MPP dan bertindak di luar kawalan serta disiplin sebagai seorang penuntut universiti. Tetapi nyatanya, saya tidak dapat menghalang untuk sesiapa sahaja baik barisan MPP sendiri mahupun sahabat mahasiswa yang ingin melabelkan saya sebagai pro-MPHEP atau pro-Mahasiswa UniMAP.

Mana yang salah, kita tegur dan jika tidak ada perubahan maka kita lawan walaupun akan dilabel sebagai pro pembangkang. Mana yang betul kita pertahankan dan pejuangkan walaupun kita akan dituduh sebagai golongan yang pro-HEP. Kita perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Itulah mahasiswa.

Saya akan tetap berada sebarisan dengan MPP jika mereka benar-benar ingin memperjuangkan hak mahasiswa. Saya juga akan mempertahankan mereka jika mereka benar dalam tindakan dan mempunyai halatuju yang jelas untuk memimpin kita, saya akan turut mengangkat dan terus menerus mengangkat mereka jika mereka sanggup berada sebaris dengan mahasiswa. Jika sampai satu tahap mereka mula berlepas diri daripada kita dan memandang ringan dengan apa yang kita bangkit dan persoalkan, maka kita akan jatuh dan terus dan terus jatuhkan serta runtuhkan mereka. Inilah kuasa kita sebagai mahasiswa.

Tahniah, Satu Perkembangan Baik

Kali ini MPP 08/09 telah pun turun pandang buat kali pertamanya dengan program RoadTour MPP. Ia dilihat sebagai satu permulaan yang baik bagi mereka untuk meraih sokongan sekaligus mendapatkan keprihatinan mahasiswa kepada mereka. Sebagai MPP, anda seharusnya berani untuk menerima segala teguran dan kritikan malahan "herdikan". Apatah lagi nasihat yang diberikan oleh sahabat mahasiswa yang mungkin "lebih" berpengalaman. Jadikan ia sebagai asam garam dalam kehidupan anda sebagai pemimpin pelajar. Kehidupan anda sudah tentunya malahan sepatutnya berubah jika dibanding dengan kehidupan anda dahulu, kerana amanah yang dipikul dan hak yang perlu ditunaikan kepada "rakyat" yang anda perintah.


Janganlah lagi kali ini barisan MPP dilihat sebagai "wakil pelajar" yang sombong dan tidak mesra pelajar malah bangga dan berasa megah semata-mata kerana kehebatan jawatan yang dipegang. Inilah yang akan membuatkan "rakyat" anda makin jelik dan memandang rendah pada anda kerana sikap anda. MPP bukanlah jawatan dan platform untuk anda mencari publisiti murahan dan bukan juga untuk menunjukkan "glamor". Ia adalah amanah, apatahlagi anda tidak dipilih secara sah oleh pelajar sendiri.

Kerana anda dipilih oleh HEP, maka berusahalah untuk menarik sokongan mahasiswa agar mereka boleh bekerja bersama anda untuk meningkatkan prestasi serta menaikkan nama UniMAP sebaris dengan universiti-universiti lain di Malaysia.

Lakukan perubahan MPP 08/09.
Unite for UniMAP!

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Harap saudara dapat mempamerkan kualiti dan kesungguhan saudara dengan menyertai barisan MPP di masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Harap MPP letakkan diri di tempat student, dan pelajar juga letakkan diri anda di tempat MPP..
Fikir-fikirkan..

Tanpa Nama berkata...

MPP jgn stakat seronok2 jer nak g melancong 2..pk la tanggungjawab 2 walaupun bkn pelajar yg pilih..hahah..klu aku la..ni bkn Majlis perwakilan pelajar tp MAJLIS PERWAKILAN HEP...hahhaa..ala kipas org atas dptla jd MPP..

Tanpa Nama berkata...

cuba bgtau mcm mana ciri kualiti yang saudara maksudkan? adakah ciri2 seperti mendengar kata, skema yang kita perlukan.. jgn duk citer kalu xtau.. MPP sepatutnya diambil dikalangan student yang mampu menyuarakan suara pelajar kepada pihak universiti untuk kepentingan bersama. Tp MPP yang ada skrg amat menyedihkan hanya berfungsi semasa universiti ada function seperti waktu pesta konvo dan sebagainya.. Demo utk rakyat palestin pon HEP yang buat dengan selingan maksiat(ada poco2, breakdance, karaoke).. celaru nya nye MPP yang dikatakan pilihan pelajar.. aku xredha dengan apa yang hangpa duk buat..

Tanpa Nama berkata...

haha... betul2.. aku setuju.. Tapi betul ke MPP suke2 p melancong?? betul ke?? Betul ke nak jadi MPP kena kipas orang atasan.. Dahsyat betul bunyinya..Korang dapat fakta dari mana ye? Tolong la tunjuk bukti buka mata student kalau benda ni betul.. Aku setuju dengan Khalidsaifullah, MPP patut menyuarakan suara pelajar...Jangan duk diam je.. Tapi bagi pendapat aku, kadang-kadang kita patut fikir jugak, adakah semua yang dirancang oleh student tu walaupun die seorang MPP akan menjadi seperti yang dirancang? Kadang kala perancangan tu diganggu oleh pihak lain. Fikir-fikirkan.. Siapa pun kita di Universiti, apa pun pangkat kita di kalangan pelajar, kita masih pelajar.. Fikirkan anda di tempat orang lain.. dan pastikan setiap apa yang dikeluarkan, ade bukti.. Senyum selalu.. ~~ntah pape..~~

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Said,

Salam..
Harap MPP letakkan diri di tempat student, dan pelajar juga letakkan diri anda di tempat MPP..
Fikir-fikirkan..

saya setuju ngn penyataan ni...mmg MPP merupakan badan yang menyuarakan hak pelajar...tapi..yang peliknye kenapa korg x suarakan je masalah korg kat MPP tu...dorg pun student gak cam kite..ape salahnye kite bekerjasama ngan MPP bgtau masalah2 stdent?...think~~

Tanpa Nama berkata...

"lebih" berpengalaman

amboi leh jadi mpp nih

Tanpa Nama berkata...

APe pon yang korang cakap adalah hak masing2..harapan ku adalah supaye sape2 yang berani @ seronok bercakap nih , g r bertanding... Jangan asyik mencontohi Pembangkang di sesetengah negeri..yang hanya bijak membangkang..praktikal hampeh.

Tanpa Nama berkata...

aku bkn nak kata pa lah...... pikirlah klu dah jadi pemimpin... jgn dok kira "perut" sendiri je... jgn dok kipas susah mati sgt org kat atas tu tp bersikap adil...... sapa pun yg jadi MPP try ubah lakukan satu perubahan jgn biar universiti len dok kata kat kita..... guna otak guna akal tambh ngn imam bukan men hentam ja.... jgn brat sblah budak diploma pun student Unimap gak gi la tgk tanya khabar... aku tak mau dak diploma ni jd mcm anak tiri ja kat unimap...... jgn mrh klu aku ckp..... pa2 hal pun jd yg terbaik bukan makan tido pastu bodek memanjang..... klu nak jadi pemimpin jadi pemimpin yang disukai rakyat... sbb antara org yang tak diterima solatnya adalah pemimpin yang tak disukai rakyat pikir2lah tanggungjawap anda tu berat.... amanah nnti kna soal dlm kubur aku tak mau jwp..... assalammualaikum

Tanpa Nama berkata...

salam..
sape ntah bg aku link ni..so tepakse la ak bace komen2 yg ade kat atas..
kesimpulan ak..
pasal mpp pun nk kecoh..
masing2 ade tanggungjawab..
pandai2 la..
jgn nk salahkan org jek..
ak dah nk hbs kat unimap ni relax je..
klu byk aktiviti buat pn bkn ak nk join..
so korang mpp jage kebajikan pelajar yg penting..
ksian ak tgk member2 ak dlu..jd mpp..jd bahan fitnah..tp ak respek kat die..xpenah nk sumpah seranah bdk2 yg finah die tu..
kpd pemimpin2 pljr...
abaikan suare2 yg slalu mengutuk2..
depa xtau keja korang mcm mane..
biaq depa ckp hg mpp hep ka..mpp bintong ka...
ikut pengalaman aku ni,depa pandai taip kat com ja..pandai ckp..sumbangan haprak..
temasuk la ak skali dulu2..hahaha...
utk kwn2..
bese la tu jd student..susah sane..susah sini..
hidup bkn bleyh senang sokmo..
yg pntg,datang kuliah,bt assgmnt,tutorial,lab n stadi utk final..
Agama plak jgn dilupe..solat 5 waktu tu yg plg pnting..
utk khalidsaifullah plak..sepanjang aku mengaji la..xpenah plak ustat ak ckp "xredha"....ape yg ak blaja..."redha" tu Allah punye..
mintak maap klu tesalah...
kite manusia biase xmampu smpi ke tahap tu..
ape2 hal pun gudlak utk sume..MPP ke mpkk ke blogger2 ke unite28 ke unimapkini ke portal unimap ke....hua3..
(boring tgh fyp)...
salam perjuangan~

Tanpa Nama berkata...

adoiii..
pe la korang nie..
sal bas pom nk salah kn mpp..
pe kate kalo kamo sndiri buat report kat jbtn pembangunan unimap..
ckp gn dorg tros..
gtao dlm komp nie buat pe??
kalo kamo berani sgt p tanye!!
nk tgok cmne..
komen owg pndai..
diri sndiri xpkir ke???
sedar la sket..
manusia pom buat salah..
KAMO POM AD BUAT SALAH!!!
JGN DUK PANDAI NK KOMEN2 ORG JE..
CERMIN DIRI DULU..

Tanpa Nama berkata...

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : 'Bahawasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

apakah niat anda (admin unimapkini)?
apakah niat MPP?
apakah niat HEP?
apakah niat setiap warga UNIMAP?
......

sesungguhnya anda akn dipertanggungjawabkan atas segala tindakan yg anda lakukn...

Tanpa Nama berkata...

btul 2.. da la, x payah la duk tuding jari sana sini.. kalau rasa mpp x buat keje, x bagi sumbangan ape2, student laen bangkitlah buat sumbangan untuk UniMAP ni..

nasihat aku tetap sama, cuba la letak diri korang kat tempat orang laen, kalau korang ni mpp, cuba letak diri kat tempat student, n kalau student, cuba plak letak diri korang kat tempat mpp.. jangan duk komen sana, komen sini..
n jangan menilai orang dari luaran.. jangan berfikir nagatif tentang orang..

setiap apa yang dilakukan pasti ade sebab.. jangan mudah buat cerita, fikirkan atas setiap tindakan n kejadian..

~~ntah pape~~

Tanpa Nama berkata...

salam..
sekadar mmberi pndgn balas kpda mulot2 yg pndai bkata2...tp realiti xtau pape..

korg ni da penah pegang pe2 jawatan ker??? korg duduk kat krsi mpp tu korg rsa r perit n akitnyer mpp tu nk wt kije.. dorg bkn p mlncong sesuke ati.. dorg p bawak amanah.. nak memartabatkan unimap ni.. ingat senang ke nak mempertahankan nama u kite ni..?? tiap kali berforum unimap yg setahun jagung ni asik kene entam ngan univ2 lua... mcm mne nak nmpk kan kn u lua yg unimap ni mmpu bdiri setanding dorg kalo pemikiran student pon mcm katak bawah tempurung??? korg p ganti tmpt mpp tu pastu join forum yg dorg kene p.. pastu korg rsa la cmne bwak t/jwb..cmne nak pertahankan maruah u kite ni.. da la klas pon byk dorg kene tggl.. nak cvr blk igt sng ke.. klo korg pk pointer dorg org ats ley bntu.. slp bsr.. dorg kene cvr sndri.. tp udah2 la kutuk mpp tu.. dorg d plh tu sure org atas nmpk kredibiliti dorg ni.. xyah kipas.. offer tu dtg sndri.. xcaye??selidik lah.. think twice guys!

kpda khalid saifullah.. renungi peribadi anda sebelom merenung peribadi org laen..~

Pelajar UniMAP berkata...

Siboringbosan memang suka, sebab kawan dia yg MPP tu dok support dan rasuah macam2... Baju, pen dan semua harta benda Unimap yang tak samapi kat student yang sepatutnya.!

Pointer backup, melancong sana-sini! Yang dibuat program hiburan! Kebajikan tak ada!

Tak halal duit saya!

Tanpa Nama berkata...

apa yg mpp 08-09 dah buat utk plajar???

Ahmad berkata...

kepada aqua (n_n),

Jangan bila kena kritik bagi alasan supaya orang lain bersimpati dekat diorang atas kerja-kerja mereka. Walhal kerja yang dilakukan semuanya adalah usaha nk popular melaui kaedah hiburan.

Mereka patut sedar mereka wakil pelajar bukan wakil HEPA.

Kalau tak mampu meminpin janganlah galak nk memimpn!
Lagipun warga UniMAP tak pernah mintak diorg memimpin dan jadi ketua kepada pelajar lain! Warga UniMAP tak pernah iktiraf mereka!

Sedar diri anda sebelum nk memihak yang bukan-bukan...