Bicara Siswa


Isnin, 9 Februari 2009

Takziah dan Tahniah MPP 08/09

Ucapan Takziah ditujukan khas kepada barisan kepimpinan MPP 08/09 yang telah dilantik kerana anda bakal memegang amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam kepimpinan mahasiswa di UniMAP seterusnya bertindak sebagai wakil suara mahasiswa di peringkat universiti, insyaAllah.

Barisan MPP 2005/2007

Ucapan Tahniah juga ditujukan kerana buat julang-julang kalinya kepimpinan MPP kali ini mengadakan "Road Tour MPP" untuk memperkenalkan barisan kabinet MPP kepada seluruh mahasiswa UniMAP sekaligus bertindak "turun padang" bagi mendengar masalah-masalah, rungutan, teguran dan pandangan-pandangan serta merealisasikan tanggungjawab MPP sebagai sebuah bad
an kebajikan mahasiswa di kampus.

Barisan MPP 2007/2008

Harapan


Pihak unimapkini mengharapkan agar perubahan baru dapat dilaksanakan oleh barisan MPP kali ini dalam semua lapangan gerak kerja terutama dalam
pengurusan organisasinya, program-program yang bakal dianjurkan dan turut sama dalam perhubungan serta komunikasi mereka dengan seluruh mahasiswa. 3 "manifesto" utama ini perlu diberi suntikan baru dan dilaksanakan perubahan yang sewajarnya berbeza daripada corak kepimpinan MPP yang lalu untuk meraih sokongan dan penyertaan mahasiswa dalam bekerja bersama-sama anda untuk universiti.


Barisan MPP 2008/2009

Harapan yang tinggi juga dipohon agar keutamaan dan fokus MPP kali ini diberikan lebih kepada
memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa serta menjayakan program-program Ilmiah yang memberi keuntungan serta kredit kepada mahasiswa dalam bidang akademik mahupun pemikiran serta "softskill" sesuai dengan tujuan penubuhan universiti sebagai sebuah institusi pendidikan bukan institusi hiburan dan hedonisme.


Tahniah dan Takziah MPP 08/09
Selamat Bekerja...

"Unite for UniMAP"

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

chaiyok!!

Tanpa Nama berkata...

MPP tak guna!

Tanpa Nama berkata...

Ni semua kaki bodek! Pointer cukup requirement ka? Menipu!! HEP bleh plak backup?

Tanpa Nama berkata...

president mpp 2007-08 "alwi' muka mcm ikan emas..pernah kena maki nagn mpkk KKF..ada ker patut g suruh mpkk turun bas sal dia nak mpp yg g dlu sedangkan bas mpp xsampai lg.. dah ler satu-satunya presiden mpp d malaysia yg x lepas 3 pointer

Tanpa Nama berkata...

Warga UniMAP tidak pernah mengiktiraf dan mengangkat mereka sebagai pemimpin.

Sedar-sedarlah sikit... tunggu masa nk kena baling dengan selipar saiz 7 jer nie!

Tanpa Nama berkata...

Hey! This post could not be written any better!
Reading this post reminds me of my old room mate! He always kept talking about
this. I will forward this write-up to him.
Fairly certain he will have a good read. Many thanks
for sharing!

Take a look at my page ... Raspberry Ketones