Bicara Siswa


Rabu, 25 Februari 2009

Mahasiswa sokong debat terbuka Nizar vs Zambry

Disunting daripada Akhbar Tempatan

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Cadangan dan harapan Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) untuk menganjurkan debat terbuka antara Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir telah mendapat sokongan yang sepenuhnya di peringkat Mahasiswa.

"Forum seumpama ini bukan sahaja merupakan hasrat dan harapan kami di peringkat mahasiswa malah ia juga merupakan hasrat rakyat tempatan yang inginkan penjelasan dan penerangan yang lebih telus terhadap suasana politik Perak pada hari ini.

"Kita telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar mahasiswa yang bakal memberikan kerjasama dalam menjayakan debat ini," demikian ujar Timb. Presiden (1) Bersatu Perak, Mudzil selepas mempengerusikan mesyuarat bersama wakil-wakil kampus Perak.

Malah Bersatu Perak ujarnya, telah mendapat reaksi dan komen positif yang cukup memberansangkan di peringkat mahasiswa.

Dalam pada itu, Bersatu Perak juga katanya akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato' Farid Ridzuan bagi mengadakan tayangan secara langsung debat yang menemukan dua tokoh tersebut.

"Suasana dan warna politik Perak hari ini, mendapat liputan yang meluas di seluruh negara. Maka bukan rakyat Perak sahaja yang merasai kepanasan isu ini tetapi rakyat diluar Perak juga turut merasai tempias kehangatannya.

"Saya yakin dan percaya rakyat Malaysia keseluruhannya mahu melihat dua tokoh tersebut dipertemukan bagi menjelaskan isu Perak ini kerana itulah debat bersejarah tersebut perlu diadakan secara langsung di kaca TV untuk tatapan rakyat luar Perak," ujar Exco Perhubungan dan Media Bersatu Perak, Shahril Nizam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

A motivating discussion is worth comment. I think that you should write more about this topic, it might not be a taboo matter but generally folks don't discuss such subjects. To the next! All the best!!

My web-site Raspberry Ketones